Ahad, Januari 31, 2010

Ayam berkelahi dengan Kambing


Si kambing mengatakan ayam itu walaupun cantik, dengan balungnya yang lawa dan sedap bunyi kokokannya tetapi sayang ayam tidak berkasut.

Ayam pula kata kambing, walaupun berbulu halus dan cantik dengan tanduk yang gagah dan berkasut pula, tetapi ayam menganggap kambing tidak mempunyai sifat malu kerana menampakkan telornya berbuai-buai dan badan yang berbau busuk.

Kambing lagi berkata, “walaupun telor aku berbuai-buai setidak-tidaknya aku ada telor, tapi ayam jantan tu tak bertelor”.
Mahu tahu si ayam jantan dan si kambing dalam cerita ini, sila ke blog Aspan Alias sini.

Jumaat, Januari 29, 2010

Berundurnya Pemimpin dan Perjuangan

Dato Onn Jaafar berundur dari Pengasas dan jawatan Yang Dipertua UMNO serta keluar UMNO kerana mahu meneruskan perjuangan politik berbilang bangsa.

Haji Ahmad Fuad bin Hassan berundur dari UMNO kerana mahu memperjuangkan Islam di luar melalui PAS.

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj berundur kerana menghormati permintaan ramai dan sudah perlu memberi jalan kepada pemimpin lain.

Dato Harun Idris sedia dipecat dari jawatan Menteri Besar melalui proses undi tidak percaya di DUN kerana mahukan pengunduran mengikut prosedur DUN dan dengan itu menyelesaikan perbezaan antara tuntutan Pemuda dan arahan Presiden.

Tun Hussein Onn berundur dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO kerana kesihatan.

Tun Musa Hitam mengundur dari jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana perbezaan pendapat dengan Perdana Menteri dan kehendaknya tidak dilayani.

Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berundur dari jawatan Menteri kerana kalah dalam pertandingan menentang Perdana Menteri dan Presiden atas perbezaan prinsip.

Tun Dr Mahathir Mohamad berundur kerana sudah 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur kerana mengambil tanggungjawab atas prestasi buruk Barisan Nasional di PRU12.


Khairy diminta berundur kerana kepimpinan yang lemah nafsu syahwat dan tidak memberi kepuasan kepada pasangan.

Isyyy ... macam nak tulis dalam sejarah UMNO ni?

Khamis, Januari 28, 2010

Jatuhnya Empayar dan Pemimpin


Empayar Alexander The Great bertahan sekejap saja kerana mati muda pada umur 32.


Empayar Mongol berpecah kerana perang saudara merebut takhta dan jajahan.



Empayar Melaka mula menjadi lemah akibat tamak dan akhirnya dikalahkan Portugis pada 1511.


Empayar Napolean Bonaparte mula hancur kerana kalah teruk di Rusia dan akhirnya tewas di Perang Waterloo.


Empayar Islam terakhir, Othmaniyah jatuh kerana kelemahan pentadbiran. Ada katakan disebabkan perancangan Barat dan Zionis.


Hitler mula menjadi lemah kerana tak henti-henti berperang dan mula kalah cuba menakluk Rusia di musim sejuk.


Soviet Union berpecah akibat masaalah ekonomi dan polisi Glasnost dan Perestroika.


Matahari mula tenggelam di Empayar British ikutan masaalah kewangan selepas perang dunia ke dua.


Anwar Ibrahim tak capai cita-cita menjadi Perdana Menteri dan PKR berpecah kerana liwat?

Ahli Sejarah pun malu nak tulis.

Selasa, Januari 19, 2010

Kementerian baru akan dibentuk

PUTRAJAYA Jan 18 - Ura-ura rombakan kabinet terus menjadi bahan mulut di serambi kuasa di Putrajaya.

Selain-lain ura-ura biasa tentang beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang akan digugurkan kerana prestasi yang rendah, turut diperkatakan adalah sebuah Kementeriaan baru akan dibentuk.

Ketika ditanya wartawan selepas di Majlis Perasmian Sekolah Was-wasan semalam, Timbalan Perdaan Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menafikan atau mengesahkan desas desus itu.

Katanya, ia ada berbincang dengan Perdana Menteri tetapi ini semua terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri.

Menurut Muhyiddin, pembentukan dan pembubaran sesebuah Kementerian adalah suatu perkara biasa kerana keanggotaan dan struktur kabinet perlu berubah-ubah mengikut keperluan semasa.

Sumber memberitahu Kementeriaan Dalam Negeri (KDN) perlu dipecahkan balik menjadi dua. Semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, KDN telah dipecahkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri tetapi disatukan kembali selepas Pilihanraya Umum ke 12.

GAMBAR: Hishamuddin memberi amaran dalam ucapan pembukaan mesyuarat Pemuda UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2006

Menurut sumber, keperluan kini memerlukan Kementeriaan Amaran Dalam Negeri (KADN) khusus untuk mengeluarkan amaran-amaran kepada ahli politik pembangkang dari terus menyuarakan kata-kata dan kenyataan yang menyalahi undang-undang hasutan.

Masaalah kini timbul kerana ahli-ahli politik pembangkang tidak langsung mengambil endah amaran yang dikeluarkan dan masih terus mengeluarkan kata-kata menghasut. Manakala itu, tiada pula tindakan diambil.

Dipercayai fungsi memberi amaran dan mengambil tindakan perlu diasingkan untuk memelihara kewibawaan KDN.

Selain itu, peranan KADN adalah masuk campur dalam urusan polis hingga susah untuk menjaga keselamatan dalam negeri dan pengundi Cina, India, dan penganut Kristian ditatang bagai minyak yang penuh hingga naik kepala.

Desas desus mengatakan tiada pertambahan Menteri kerana Kementeriaan baru tersebut akan diketuai oleh Dato Hishamuddin Hussein Onn. Tiada nama yang disebut untuk mengisi jawatan Menteri Dalam Negeri tetapi dijangka akan dipegang oleh Perdana Menteri atai Timbalan perdana Menteri.

Kekosongan masih belum ada untuk Khairy jadi Menteri. Bakat Menteri dari Sarawak masih ramai lagi. - Agensi Husin Lempoyang

* Kemaskini 10:30 AM

Sabtu, Januari 16, 2010

Seperti menamakan kambing


Ali Bin Karim : Ferhad ...oooo Ferhad..

Tim Bin Ferhad: Kenapa kau panggil bapak aku?

Ali Bin Karim: Aku tak panggil bapak kau la ... Aku panggil kambing aku..

Tim Bin Ferhad: Kurang Ajar!!!! (sambil melepaskan penumbuk). Apa hal nama kambing kau sama dengan nama bapak aku?

Moral cerita:

Si anak boleh marah bila nama bapanya disempenakan dengan seekor kambing. Inikan pula ...

Faham ye apa maksud ana ...

Dipetik dari Bila Harimau Menaip

Selasa, Januari 12, 2010

Amalan terkini yang sama dalam semua agama


Berbincang sesama agama tapi berbeza mazhab dan pendekatan pun tidak boleh capai satu persepakatan. Inikan pula berbincang mengenai perbezaan agama.

Perbincangan antara agama selalu tidak akan berakhir dengan apa-apa hasil. Lazimnya semua yang berbincang bukan mahu cari kebenaran tetapi mahu menang.

Ikutkan tiada perlu perbincangan antara agama, melainkan untuk mengadakan satu persefahaman supaya amalan masing-masing tidak menimbulkan pergeseran dan perkelahian antara agama.

Orang yang waras dan bijaksana selalu berkata cari persamaan untuk memudahkan kita memahamai antara satu sama lain. Mutakhir ini, satu amalan sudah muncul yang sama dalam semua ugama.

Amalan itu bukan pengunaan kalimah Allah yang sedang hebat menggolakkan negara tetapi peringatan berikut dari ketua ugama yang mendahului istiadat atau amalan agama masing-masing:

Diminta tutup talipon bimbit anda sebelum kita memulakan ...

Talipon bimbit simbol keharmonian antara ugama?

Isnin, Januari 11, 2010

Besarkan Masjid


Sharif, Saiful dan Malik bersembang di serambi masjid menunggu maghrib masuk.

Sharif: Saiful, dah berapa duit kita dapat kumpul nak besarkan masjid ni?

Saiful: Setakat ini ada dalam RM60,000.

Malik: Ehh ... mana cukup tu. Kawasan dekat-dekat ini orang dah bertambah. Kita nak tambahan untuk 500 jemaah.

Saiful: Simen dan besi asyik naik harga. Ingat dalam RM100,000 cukup. Tambahan sikit ini sudah RM160,000.

Malik: Aku ingat, baik kita besar-besarkan betul sekali gus. Kalau tambah sikit sini dan sikit situ, buruk jadinya.

Sharif: Aku setuju, kita guna tambahan kawasan untuk sekolah dan jadikan pusat masyarakat. Biar ada tempat-tempat untuk budak-budak sekolah datang dan belajar. Budak2 yang duduk di flat tu rumah sempit-sempit. Ada tempat untuk mereka mentalaah.

Malik: Ide baik kamu. Budak-budak rajin penuhkan masjid. Lepas isya dah pasti masjid tak sunyi. Kita bantu budak-budak yang nak ambil periksa dengan sediakan guru tuisyen.

Saiful: Cadangan yang baik. Berapa pula nak pakai wang. Mahu sampai RM500,000.

Malik: Aku cadang mestilah aku dah fikirkan caranya. Tadi aku terfikir. Kita baling molotov cocktail ke bahagian masjid yang kita nak renovate. ... Nanti PM yang sumbang ...

Sharif: Isyhhh ... ente ni. Macam gitu pulaknya.

Saiful: Kalau gitu, besuk aku nak bomkan rumah aku. Dapat AJK masjid ni repair rumah.

Khamis, Januari 07, 2010

Susah juga tak boleh bohong


Sekarang ini, orang dah jadi konfius. Mana satu nak percaya. Media perdana atau media alternatif? Alangkah baiknya jika ada satu alat yang boleh tahu orang bohong atau tidak.

Ini ada satu kisahnya seorang Profesor Samad yang berjaya mencipta robot yang boleh mengesan bohong. Robot itu direka supaya ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong ...

Dia sudah dapat bayangkan keuntungan dari jualannya. Bayangkan syarikat media, mahkamah, pejabat kerajaan dan korporat pasti mahukan mesin yang dapat mengesan pembohongan. Polis mesti nak guna tangkap blogger-blogger yang sebar fitnah.

Siap saja prototype robot pengesan bohong, Professor Samad bawa pulang untuk tunjuk pada anak bininya.

Dibawa robot prototype ke ruang tamu untuk tunjuk pada anak lelakinya. Ditunggu-tunggu, dia tak pulang hingga lewat pagi. Sampai tertidor.

Prof Samad dikejutkan oleh bunyi motor anaknya yang baru pulang. MAsuk saja anaknya, dia bertanya, "Kamu dari mana ni?"

"Ada pelajaran tambahan ayah," jawab anaknya.

*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Anak, ini adalah robot ciptaan ayah. Dia akan tampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!

"Maaf ayah ... sebenarnya saya pergi menonton movie di rumah kawan...".

"Cerita apa?

"Cerita Papadom ayah".

*PLANG*

"Katakan dengan jujur cerita apa?!"

"Maaf ayah ... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Prof Samad. Dia berleter, "Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu, ayah tak pernah pun buat macam nie."

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.

Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata, "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Memanglah anak awak ni ... "

*PLANG*

Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya ...
dan semua terdiam...

Menyusahkan juga kalau tidak ada tipu dan putar belit.

Rabu, Januari 06, 2010

Senjata nak halau UMNO


Sinar Harian hari Isnin, Januari 4hb 2009 memaparkan tajuk 'Pakatan Rakyat berazam halau BN dari Selangor' - Elizabeth

Dalam satu ceramah di Hulu Selangor, Eli Wong berkata Pakatan PKR, PAS dan DAP berikrar untuk menawan kesemua kerusi Parlimen dan DUN untuk halau BN dari Selangor.

"Kita akan halau BN dari Hulu Selangor hingga ke Sungai Bernam" kata Elizabeth Wong.

Anak Cina yang berasal dari Ipoh ini pasti ada senjata rahsia dalam menghalau keluar UMNO dari kawasan kubu.

Kalau ini senjata untuk halau UMNO, hoiii ... nak berapa kali guna. Penat ...

Selasa, Januari 05, 2010

China also hit by earthquake


China was also hit by the earthquake. Seven million died.

The Malaysian Chinese held a quick meeting. All the Chinese based political parties were united.

Decision was swift and conclusive. Before the US, UK, Australia, London, Saudi Aaabia, and Japan could offer any assistance, the Malaysian Chinese offered to replace the seven million dead.

China outrightly REJECTED!

Reason: They demanded a Malaysian Malaysia policy - samara rata dan sama rasa - the same with China's Chinese citizen.

Isnin, Januari 04, 2010

Malaysia to assist Indian earthquake victim


A big earthquake with the strength of 8.1 on the Richter scale hit India. One millions Indians died and over a million are injured. The country is ruined and the Government doesn't know where to start providing help to rebuild.

The world is in a shock. USA sent it's troops to help. Saudi Arabia sent money. New Zealand and Australia sent sheeps, cattle and food crops.

Malaysia has yet to decide on it's donation. As a country with a large number of Indian population, the world attention is on Malaysia. The British press is ready to pounce on Malaysia using the Hindraf legal claim in the English court.

After going through the bureucrasy of consultation, deliberation and appeasing all the Indian political parties within Barisan Nasional and Oppositions, they finally decided after two weeks of lengthy discussion.

Malaysia will send 1 million Indians as replacements!!!

Reason here.

Jumaat, Januari 01, 2010

Harapan Sebenar 2010


Setiap tahun baru, kita buat resolusi untuk pertingkatkan kita. Resolusi dibuat untuk target pencapaian tahun 2010.

Ahli-ahli politik pun ada resolusi tapi ia menyembunyi harapan sebenar. Mari kita selami resolusi dan harapan sebenar mereka berikut:

Dato Seri Najib Tun Abdul Razak
Resolusi: Mengajak negara bangkit lebih ampuh
Harapan Sebenar: Hai ... apa lagi fitnah untuk tahun 2010. Tengah sabar ni ... menunggu masa untuk bangkit.

Dato Seri Anwar Ibrahim
Resolusi: Tahun yang lebih baik buat semua dan negara
Harapan Sebenar: Harapnya tahun ini aku naik jadi PM. Apa lagi aku trick aku tak guna nak jadi PM.

Dato Seri Nizar Muhammad
Resolusi: Dikembalikan hak rakyat Perak untuk memilih kerajaan pilihan
Harapan Sebenar: Nak balik jadi MB Boneka

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Resolusi: Teruskan usaha untuk membantu PM dalam mempertingkat kehidupan rakyat
Harapan Sebenar: Terus berjaga-jaga. Perempuan mana pulak Anwar akan fitnahkan aku? Masa Najib TPM, dia kena dengan Altantunya.

Dato Seri Hishamuddin Husein Onn
Resolusi: Akan lebih tegas dalam meningkat keselamatan dalam negeri dan keselamatan rakyat
Harapan Sebenar: Akan lebih tegas agar cepat menjawab bila ditanya umur.

Datin Seri Rosmah Mansur
Resolusi: Mempertingkatkan keupayaan anak-anak kita
Harapan Sebenar: Takyahlah aku nak kena talipon editor untuk kasi publisiti untuk program Permata aku

Lim Kit Siang
Resolusi: Keadilan sosial dan amalan demokrasi untuk semua rakyat.
Harapan Sebenar: BN saja amalkan kebebasan bersuara dan akhbar, DAP tak perlu amalkan.

Dato Noh Omar
Rosolusi: Berkhidmat membantu orang miskin
Harapan Sebenar: Masya Allah ... banyaknya orang miskin bawah RM1,000 minta beras. Kalau tak ambik balik Selangor, lagi besar perlu peruntukan untuk SUBUR.

Dato Seri Nik Aziz Nik Mat
Resolusi: Negeri Kelantan yang aman dan damai
Harapan Sebenar: Macam mana nak hadapai keadaan sekarang yang orang dah berani lawan aku dan pihak lawan dah berani bantai aku.

Dato Shahrizat Jalil
Resolusi: Memantapkan Pergerakan Wanita UMNO dan kebajikan rakyat
Harapan Sebenar: Memantapkan diri lebih dari Ashwarya Rai supaya baru dapat menarik perhatian Dato Sahak.


Dato Ahmad Maslan
Resolusi: Memperbaiki sistem penerangan untuk dapat mendekati rakyat
Harapan Sebenar: Aku dah tak larat asyik tidor rumah orang lagi ...

Dato Haji Hadi Awang
Resolusi: Meneruskan kesinambungan perjuangan parti
Harapan Sebenar: Ya Allah ... Cepatkan Nik Aziz ni nak mati. Asyik mengacau kerja aku saja.

Nasharuddin Md Isa
Resolusi: Membantu presiden parti menguatkan parti
Harapan Sebenar: Amin ...

Dato Nazri Aziz
Resolusi: - Nil -
Harapan Sebenar: Aku apa peduli? Nak gaduh? Boleh ...

Dato Husam Musa
Resolusi: Memastikan Kelantan dapat balik royalti yang dijanji
Harapan Sebenar: Ya Allah panjangkanlah umur Nik Aziz. Inilah nyawa politik ku. Tapi jangan pula kasi dia kuat dan sihat. Sampai bila nak tunggu jadi MB

Khairy Jamaluddin
Resolusi: Memberi tumpuan untuk memperkuatkan Pemuda UMNO dan jaga kawasan
Harapan Sebenar: Omak ..KJ nak jadi Menteri. Maleh den buek kojo-kojo ni. Camno nak jadi PM sebelum 40?

Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Resolusi: Menguatkan pertahanan negara
Harapan Sebenar: Menguatkan pertahanan politik sendiri. Aku bakal nak kena pancung. KJ kena tolong aku, dan aku tolong KJ.

Datin Seri Wan Azizah
Resolusi: Melihat kejayaan PKR dan PR untuk menerajui kerajaan
Harapan Sebenar: Kalau tidak, habislah suami ku merengkok di Sg Buloh kerana liwat

Azmin Ali
Resolusi: Terus berjuang untuk memastikan kuasa rakyat yang hakiki
Harapan Sebenar: Hai ... kena reformasi lagi. Kekasihku nak masuk balik. Aku pun nak masuk balik.

Husin Lempoyang
Resolusi: Wow! Jual orang lagi untung dari jual unta
Harapan Sebenar: Wow! Jual orang lagi untung dari jual unta