Khamis, Januari 26, 2012

Kompleks mencari bakal isteri pula


Jika anda membaca kisah kompleks untuk membeli belah suami minggu lepas, minggu ini pula adalah kisah kompleks untuk membeli belah isteri.

Bagi mengelak tekanan sebuah NGO wanita yang menentang sebarang ketidakadilan gender, empunya kompleks tersebut telah bekerjasama dengan NGO wanita ini untuk memulakan kompleks yang sama untuk bakal-bakal suami memilih bakal-bakal isteri.

NGO tersebut mahu membantu wanita-wanita dari kallangan ahli-ahli mereka bertemu bakal suami. Untuk memulakan perniagaan, pusat membeli belah menawarkan bakal-bakal isteri yang dibekalkan NGO tersebut.

Buat permulaan, hanya tiga tingat saja yang diguna. Kompleks itu mengikut The Mines menggunakan konsep Venice yang romantis.

Tingkat pertama menawarkan isteri-isteri yang gemar seks.

Seperti juga kompleks membeli belah isteri, pelanggan kena pilih tingkat mana yang mereka minat atau terus naik ke tingkat lebih atas tanpa dibenarkan patahbalik.

Tingkat kedua menawarkan isteri yang gemar seks dan mempunyai wang.

Tetapi berlainan dari kompleks beli belah untuk isteri, tingkat tiga tidak di kunjungi sesiapa. Semua bakal-bakal suami puas hati dengan bakal-bakal isteri yang dibekalkan oleh NGO tersebut.

Mesti NGO wanita yang tergila-gila mengenai seks. Baca kisah NGO melampau tersebut di sini.

Ahad, Januari 22, 2012

Kompleks membeli belah suami


Kononnya ikut cerita, ada satu kompleks membeli belah untuk wanita-wanita mencari dan memilih suami.

Syaratnya wanita-wanita hanya boleh lawati satu saja tingkat. Kompleks ini ada 6 tingkat dan mutu pilihan suami bertambah baik di tingkat-tingat yang lebih atas. Wanita boleh turun ditingkat yang mereka bersesuaian atau naik ke tingkat lebih atas, tetapi mereka tidak boleh turun balik.

Seorang anak dara yang baru nak meningkat umur pergi ke kompleks itu untuk mencari bakal suami. Dia ke tingkat pertama dan terbaca papan tanda yang tertulis:
Tingkat 1: Lelaki-lelaki di tingkat ini mempunyai pekerjaan.
Tanda itu menibulkan misteri tetapi wanita itu terus saja ke tingkat dua dan berjumpa papantanda berikut:

Tingkat 2: Lelaki-lelaki di tingkat ini mempunyai pekerjaan dan menyayangi anak-anak.
'Bagusnya,' wanita itu terfikir, 'tetapi aku mahu lebih dari itu.' Lalu dia terus ke tingkat tiga. Papantanda tingkat tiga berbunyi:
Tingkat 3: Lelaki-lelaki di tingkat ini mempunyai pekerjaan, menyayangi anak-anak dan hensem.
'Wow,' wanita itu terfikir, tetapi hasrat hati kuat untuk naik ke tingkat lebih atas. Dia terus sambung perjalanan atas lift ke tingkat empat dan terjumpa papantanda yang berbunyi:
Tingkat 4: Lelaki-lelaki di tingkat ini mempunyai pekerjaan, menyayangi anak-anak, hensem, dan sedia membantu kerja rumah.
'Alamak, bestnya!' hatinya berteriak, 'Inilah lelaki impian aku selama ini.' Namun, dia masih mahu naik ke tingkat lima. Papantanda tertulis:
Tingkat 5: Lelaki-lelaki di tingkat ini mempunyai pekerjaan, menyayangi anak-anak, hensem, sedia membantu kerja rumah, dan romantis.
Dia sudah mahu berhenti di sini tetapi terikut lift ke tingkat enam. Papantanda tingkat 6 berbunyi:
Tingkat 6: Anda adalah pelawat ke 31,456,012 ke tingkat ini. Tiada lelaki pilihan di tingkat ini. Tingkat ini diadakan untuk membuktikan kemahuan wanita memang mustahil untuk dipenuhi. Terima kasih melawat kompleks membeli belah ini.
Itulah perempuan.

Jadi wanita yang bersuami adalah wanita yang tak cerewet dan mahu naik Tingkat atas sekali untuk lelaki idaman kalbu.


Husin kesian dengan Kak Jat yang kini terpaksa bersaman untuk membersihkan namanya. Disebab suaminya, Pak Leh Budu tak mahu jawab soalan di sidang akhbar, orang sudah marah Kak Jat kerana mengheret Wanita UMNO, UMNO dan pemimpin lain ke masalah keluarganya.

Tak habis-habis Salleh menyusahkan ...dari masa TTM, pencen pergi ke IJN, dan terkini NFC.

Tak tentu pasal kini Kak Jat pulak yang terpaksa menjawab masalah biznes suami, bercuti dan mungkin berakhir kerjaya politik. Betul menyusahkan isteri.

Hmmm ... di tingkat berapa Kak Jat jumpa dia?

Sabtu, Januari 21, 2012

Sokong perlantikan


Husin tidak setuju betul dengan segelintir penyokong dan blogger pro-BN yang mempolitikkan perlantikan dan pengagihan portfolio kepada exco kerajaan negeri Selangor. Demikianlah blogger bebas yang tidak bertuan dan tidak dibayar.

Pada hemat Husin, YAB MB Selangor telah membuat keputusan yang amat tepat dengan melantik Dr Yunus ke portfolio Adat dan Sukan.

Maklumlah sebagaimana pengakuan Timbalan Presiden PAS, portfolio ugama tidak perlu dipegang oleh mereka yang tidak berilmu ugama. Tidak salah untuk Tuanku menolak perlantikan Dr Rani.

Suami Normah merasakan portfolio ugama boleh dipegang oleh seorang yang bersifat amanah, jujur dan ikhlas seperti MB Selangor.

Sifat MB Selangor yang sedemikian yang membuatnya sedia akur pada tuntutan Theresa Kok, Alizabeth Wong, Xavier Jeyakumar dan Ronnie Liu untuk meminta maaf dalam dua hari selepas JAIS menyiasat dan menjumpai Damansara Utama Methodist Church mengadakan program memurtadkan orang Islam atas alasan Majlis berbuka puasa.

Cukup masa beliau pasti boleh dilatih hingga berupaya menjadi Imam untuk mengetuai jemaah sembahyang dan berilmu dalam hukum hakam ugama Islam.

Tiada salah dia mencadangkan perlantikan Dr Yunos untuk membawa perubahan yang boleh menggantikan kopiah dengan topi, jubah dengan jersi, dan janggut dengan jembut.

Dia mewakili PAS (Parti Adat dan Sukan).

Dengan ini Husin menyokong.

Rabu, Januari 18, 2012

Siapa lompat ke parti siapa?


"Husin, kau jangan buat kami susah," jawab YAB Dato Seri Dr Zambery ketika Husin bertanya kalau boleh diguna tajuk sedemikian untuk posting Husin Lempoyang hari ini.

Husin bertemu Dr Zambery bersama dengan YB Nasharuddin Mat Isa di International Conference for the Movement of Global Moderates di Kuala Lumpur Convention Centre semalam.

Dr Zambery baru lepas menjadi Moderator untuk sesi forum pertama. Manakala, Nasha akan menjadi panel forum di sesi petang pukul 4. Kedua-dua mereka ada bersama ketika Dato Naib menyampaikan ucapatama.

Ketika Husin sedang bersembang dengan Nasha, lalu diplomat hebat Tan Sri Razali dan terdengar mereka berkata ucapan Najib amat baik sekali pagi tadi. Nyata semua pihak sekata dalam perlunya kesederahanaan untuk mengatasai extremisma.

Apabila datang pula Dr Zambery ke kumpulan sembang kami, jadi sedap pula perbualan. Dari kisah Hasan Ali ke kisah Nizar, dari kisah Awang Adek di PRU lepas ke kisah lompat-lompat parti dan turut dibincang hala tuju UMNO dan hala tuju PAS.

Butirnya tak bolehlah di cerita sini.

Dalam bersembang itu, memang ada usik mengusik dan berjenaka pasal bila Nasha nak lompat ke UMNO. Belum sempat Nasha nak menjawab, sesama kami dah jawabkan tak payahlah lompat lompat ini. Peranan UMNO diperlukan, peranan PAS pun diperlukan.

Lalu Husin keluarkan kamera untuk ambil gambar pertemuan menarik ini. Bila Husin tanya apa agaknya pembaca akan kata bila lihat gambar ini. Nasha lompat ke UMNO atau Dr Zambery lompat ke PAS atau PKR?

Dengan senyuman yang begitu menyerlah sekali, Dr Zambery berkata, "Jangan buat pasal Sinnn .... " Panjang intonasi nada dia.

Begitulah politik.

Di awam kami boleh tegur menegur, kritik mengkritik dan hentam menghentam, tapi secara peribadi semua kawan-kawan berlaka. Kawan tetap kawan walaupun ideologi dan parti politik berbeza. Inikan pula Dr Zambery dan Nasharuddin yang sama-sama berasal usul di Universiti Islam Antarabangsa.

Jadi kita yang rakyat biasa, janganah extremis sangat pasal politik. Bersederhanalah dalam berpolitik. Jangan buat gila hingga sampai putus saudara mara, persahabatan, dan bergaduh sesama jemaah dan jiran tetangga.

Jadikan kesederhanaan Melayu dan Malaysia sebagai contoh kepada dunia walaupun bukan contoh terbaik dan banyak kekurangan serba serbi.

P/S Nizam Kicap ... Sebenarnya hensem juga kamu berkepala botak. Bulan lepas aku pun botak, brader ... hehehe.

Sabtu, Januari 14, 2012

Pemimpin amanah, bersih dan berani

Di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 3, Tok Guru Dato Nik Aziz Nekmat diuumumkan sebagai pemimpin yang bersih dan amanah.

Pasti mereka berharap rakyat lupa Nik Aziz menerima tiket haji dan umrah yang bernilai RM65,000 dari seorang kontraktor yang mendapat kontrak kerajaan.

Atas tuduhan kesalahan sama, Dr Khir Toyo baru disabitkan salah bawah kanun keseksaan Seksyen 165.

Lim Guan Eng diumumkan sebagai pemimpin bersih dari rasuah. Pasti ada menganggap rambut kaum Tionghua yang lurus, maka serba serbi mengenainya itu lurus.

Pasti ada rakyat tidak tahu bahawa orang lurus tidaklah boleh selalu kena tangkap berbohong dan mememutarbelit fakta.

Mungkin ada mudah percaya Guan Eng kasi 70% kontrak pada Melayu. Kontrak kelas F lojiklah. Kenapa ada lagi 30% bukan Melayu untuk kontrak F?

Bagi kontrak class C, B, dan terus ke atas, adakah kontraktor Melayu yang dapat?


Apatah lagi nak kata dia bersih dari rasuah jika PDC hanya jual tanah pada pemaju, projek sPice dimajukan tanpa tender terbuka dan lain-lain penutupan, dan masaalah dengan projek parking.

Dato Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai pemimpin yang berani. Maklumlah dia sentiasa diingati sebagai pemimpin yang menghayati seruan "lawan tetap lawan."

Masaalahnya ... kalau dialah bakal Perdana Menteri, kenapa tidak diperkenalkan juga sebagai pemimpin amanah, bersih dan tidak rasuah?

Mungkinkah rakyat masih ingat dia tidak amanah kerana hilangkan jam Omega.

Dia tidak bersih kerana salah laku anunya yang bengkok masih diyakini ramai.

Dan, dia lakukan rasuah untuk mengumpan pembacuh kopi dengan karipap dan holiday di Hong Kong.

Jumaat, Januari 13, 2012

Apakah "Mangoose fight made in Malaysia"?

Aisay Fasha Sandha ... berdosa tau you poking sama ana ...

Menurut peraturan Kementerian Pertahanan Malaysia yang baru, tidak dibenarkan memakai “clothes that poke eye” untuk waktu kerja.

Collared shirts and tight Malay civet berbutang three” perlu dipakai untuk tujuan dan waktu tertentu.

Sementara itu, untuk majls-majis seperti majlis makan, dikehendaki memakai “long-sleeve batik shirt with collar / mongoose fight made in Malaysia

Pastikan alas kaki yang “shine close”.

Untuk memahami apa yang dikatakan, peraturan Kementah baru tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata untuk waktu kerja.

Baju Melayu berkolar cekak musang dengan tiga butang perlu dipakai untuk tujuan dan waktu tertentu.

Sementara itu, untuk majls-majis seperti majlis makan, dikehendaki memakai baju batik lengan panjang berkolar/cekak musang buatan Malaysia

Kasut yang dimaksudkan adalah yang bertutup atau kasut menutupi jari kaki.

Salah Menteri tak lancar bercakap dalam bahasa Inggeris atau salah mereka yang bergantung penuh dengan Google Translator.

Apa hal pun, memalukan jika sampai masuk The Wall Street Journal Report. Baca Anak Sungai Derhaka sini.

Khamis, Januari 12, 2012

Siapa kentut


Empat orang mahasiswa kumpulan pro-mahasiswa pergi ke spa malam semalam untuk meraikan pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim dari dijatuhkan hukuman bersalah meliwat.

Mereka duduk berendam dalam sebuah jacuzzi yang agak besar, sambil bersembang, bercerita dan gelak ketawa untuk menghabiskan duit RM25o seorang yang diberi Tian Chua.

Tiba-tiba setompok lendir putih timbul ditengah tengah jacuzzi. Rupanya macam air ludah tapi pekat. Bau macam clorox ...

Salah seorang mahasiswa merungut, "Okay. Baik mengaku. Siapa baru lepas kentut?"

Selasa, Januari 10, 2012

Wacana Sinar HAIRAN


"... baiklah tanpa membuang masa saya tujukan kepada YB Nurul Izzah dan Datin Seri Dr Wan Azizah sebagai ahli keluarga Dato Seri Anwar Ibrahim. Apa perasaan sekarang setelah Anwar lepas dari jangkaan ramai bahawa dia akan dipenjarakan?"

Sebagai YB, Nurul menjawab dahulu, "Pertama, saya kini yakin bahawa sistem kehakiman tidak setempang yang saya kata. Kedua, ini adalah satu kelegaan kami yang telah berjuang berhadapan dengan fitnah ini selama lebih 10 tahun dan pengorbanan saya yang tidak dapat menghayati hyat muda saya."

"Kak Wan?" Wan Saiful dari kumpul ultra liberal IDEAS menujukan soalan.

"Alhamdulillah ... saya rasa syukur. Pengorbanan kami sekeluarga membuahkan hasil. Namun, saya masih lagi tidak lega sepenuhnya. Pihak pendakwaan masih boleh merayu dan ada banyak lagi laporan polis terhadap Anwar yang boleh bertanya diguna untuk menganiayainya.

"Buat setakat ini, biar saya luahkan ucapan terima kasih .... isy isy ... yang teramat sangat pada pihak yang telah .... bersama kami menyokong .... isy isy isy ...membantu ... Maaf saya terlalu sayu untuk meneruskan."

Nurul pun kelihatan mula nak menitiskan air mata. Lalu Wan Saiful terus mencelah.

"Tak apa Kak Wan .. Nurul. Banyak bersabar ... Banyak lagi kita nak berbincang ni.

"Baiklah, kita tanya pula saudara Shamsul Iskandar yang terlibat mengerakkan 901."

Sam Kemetot hanya memberi signal tangan meminta ditujukan soalan kepada ahli panel yang lain. Dia kelihatan turut serta menangis teresak-esak.

Rupanya disebalik misai yang menjadikan wajahnya garang, Sam Kemetot seorang yang sensitif rupanya.

"Tok Guru Dato Seri Haji Hadi Awang ... apa pandangan Tok Guru dengan keputusan ini?"

"Saya turut tersentuh juga dengan nasib keluarga Dato Seri Anwar Ibrahim. Akhirnya keadilan ditemui buat dirinya yang mana ... setelah meninggalkan UMNO, tidak henti-henti ....... berhadapan dengan fitnah dan tomahan... "

Haji Hadi berhenti sekejap mencari saputangan dari poket seluarnya dan dihenbus hidungsnya.

"Isy isy isy ... mintak tanya dulu Dato Zaid Ibrahim ... "

Dah Hadi pun sama sebak.

"Dato Zaid ... mungkin nak cuba soalan yag sama."

"Buat diri saya, mahkamah sudah buat keputusan dan saya sebagai peguam dan pengamal undang-undang, akan menghormati keputusan itu sebagai sebahagian dari proses perundangan. Walaupun saya pernah secara terbuka mengatakan Anwar mungkin telah melakukan ... isy isy isy ... yang mana saya kesali dan harap Kak Wan sekeluarga sedia maafkan, ... isy isy isy ..."

Zaid pun turut bersedih dan tidak upaya menghabiskan ayatnya.

Wan Saiful pun segera tujukan soalan kepada Tengku Razaleigh, "Saya tanya soalan lain. Tengku ... kenapa ahli-ahli panel semua sayu dan sedih?"

Ku Li menjawab, "Mereka ini semuanya bukan apa. Semua mereka mengharap Anwar masuk penjara supaya ada peluang untuk mereka kalahkan Najib dan jadi Perdana Menteri. Saya dah lama dalam permainan ini, dah 40 tahun sebagai wakil rakyat Gua Musang yang tidak pernah kalah. Saya tahu ... sebelum awak lahir saya sudah wakil rakyat ...

"Isy isy isy ... saya pun nak juga. Isy isy isy ... ini juga peluang terakhir saya nak jadi Perdana Menteri ...isy isy isy ...."

Akhirnya Tengku Razaleigh pun turut serta menangis.

Isnin, Januari 09, 2012

Baik-baiklah ...


Tolonglah ... beritahu dan sebarkan pada mana-mana kawan lelaki yang bontot cantik dan "cute".

Undang-undang tak menjanjikan keselamatan dan keadilan untuk anda.

Winnable candidate untuk Najib


Najib boleh letakkan Anwar bertanding di Permatang Pauh. Dia dah winnable candidate ...

Jumaat, Januari 06, 2012

Otak mahasiswa


Selepas demo di UPSI, seorang mahasiswi bergegas memanggil ahli bulan sabit merah. Kononnya, seorang mahasiswa terlantar cedera.

Mereka mendapati mahasiswa itu dan dimasukkan dalam ambulan untuk dihantar terus ke hospital. Mahasiswi itu ikut sama.

Di dalam ambulan, mahasiswi ditanya apa sakitnya mahasiswa itu.

"Otak dia tercedera," mahasiswi itu beritahu.

Selepas diperiksa kepalanya, dilihat tiada ada apa-apa yang cedera. Ditanya balik, "Kepala dia okay saja. Kenapa awak kata otak dia sakit?"

"Cuba periksa lututnya..."

Kelihatan lututnya berlumuran darah. Oh ... disitu terletak otaknya.

Selasa, Januari 03, 2012

Saifuddin Nasution akan tentang RPK


Rancangan Gerakan Bebaskan Anwar 901 sudah berjalan lancar. Rancangan mereka nak dapatkan seramai yang boleh datang ke mahkamah pada hari keputusan kes Anwar pada Januari 9hb.

Buat sementara ini, disebarkan secara diam-diam risalah dan diadakan ceramah untuk bangkitkan kemarahan rakyat.

Kali ini, ahli olitik kurang terlibat. Mahasiswa dikudakan. Tujuannya untuk ambil peluang menimbulkan kemarahan orang muda terhadap kerajaan.

Itu yang demo Tanjung Malim macam pemain bolasepak Piala Dunia yang kena sikit, menggelimpang macam dihempuk kayu balak bila terkena sikit. Tujuannya supaya mereka kelihatan sebagai mangsa polis.

Semua berjalan lancar ikut skrip hingga timbul kenyataan Raja Petra.


Pandangan RPK dalam wawancaranya di New Straits Times betul-betul kacau pelan.

Sebagai Setiausaha Agung dan Pengarah Perang Saraf PKR, Saifuddin Nasution perlu merancang suatu kempen siber yang lebih canggih. Dia telah menggajikan beberapa pakat perang siber untuk melawan RPK yang kononnya telah dibayar UMNO.

Saifuddin sendiri berkata, dia akan terlibat secara terus dalam kempen ini. Sesampai di pejabat, dia membuka PC barunya.

Lepas dia dah log-on, Saifuddin terus segera keluar ke gate depan untuk melihat peti surat. Dia tengok dalam dan tidak kelihatan sebarang surat. Kecewa sedikit dia.

Lalu dia kembali masuk ke pejabat. Tapi beberapa minit kemudian dia keluar lagi untuk melihat peti surat.

Saifuddin lakukan ini sampai lima kali dan jiran sebelah rumah operasi pun tegur, "Kamu menunggu surat penting ke?"

"Tak," Saifuddin jawab.

"Saya sedang berkerja di komputer. Tiap-tiap kali ianya memberitahu "I have mail". ..."

Wow! Rupanya Saifuddin macam pemimpin UMNO. hebat berbicara pasal dunia siber, tapi tak ada email dan tak mengikuti Internet pun.


* Ide dari sini