Selasa, Julai 31, 2007

Peristiwa Tan Sri Di Australia



Tan Sri Muhammmad Md Taib ditangkap di Brisbane tahun 90an dahulu kerana cuba membawa keluo sejumlah wang dari Australia.

Apa yang berlaku ialah, sebelah paginya, Tan Sri pergi ke bank dimana sejumlah wangnya disimpan dan beliau mengeluarkan.

Oleh kerana jumlah ini banyak, teller itu bertanyakan "How would you like your money Sir (Bagaimana Tuan mahukan dominasi wang ini)?"

Tan Sri secara spontan "Yes, I like my money very much, thank you! (Ya, saya sangat suka duit. Terima kasih!)"

Menyedari dia kurang faham bahasa Inggeris, teller tersebut menggunakan budi bicara untuk memberi wang-wang dominasi besar.

Semasa tengaharinya, Tan Sri pergi makan tengahari disebuah grill terkenal di Brisbane bersama seorang usahawan terkenal. Mereka pun bersetuju memesan steak untuk santapan.

Pelayan bertanyakan usahawan tersebut "How would like your steak, Sir (Macam mana anda mahu stik anda di masak)?"

"Medium please (Separuh masak)", jawab usahawan tersebut.

Soalan sama kemudian ditanyakan kepada Tan Sri "How would like your steak, Sir (Macam mana Tuan mahu stik tuan di masak)?".

Tan Sri dengan spontan lagi "Small please (Kecil sahaja)!" sambil menerangkan kepada hostnya "I had eaten a lot for breakfast (Saya masih kenyang dari makan sarapan yang banyak)".

Sebelah petang baru Tan Sri pergi ke lapangan terbang untuk pulang. Sebenarnya, usaha Tan Sri boleh lepas untuk menyeludup wang keluar dari Australia kerana dia ada paspot diplomat. Tapi, pegawai imigresen Australia sudah mengesyaki ada yang tidak kena.

Semasa mengisi borang deklarasi kastam, Tan Sri telah menyalah isi. Nama, warganegara, nombor paspot dan lain-lain sudah diisi dengan betul. Bila di ruang "Sex", Tan Sri mengisi "Yes please (Ya, saya suka)".

Pegawai imigresen mahu membantu membetulkan borang itu. Dia bertanya, "I am sure you didn't come to Australia just to mate, mate (Kawan, saya pasti anda tidak datang ke Australia hanya untuk bersetubuh)?"

Memang rasmi Tan Sri, apabila tidak memahami apa yang disebut untuk menyebut "Yes please" sambil tersenyum. Oleh kerana loghat pegawai tu pekat, Tan Sri tak faham langsung dia hanya menjawab, "Yes please".

Menyedari kelemahan penguasaan bahasa Inggeris Tan Sri, pegawai Imigresyen mula meminta paspot dan dokumen-dokumen untuk merujuk dan memastikan butiran yang diisi dalam borang itu betul.

Dia pun menyemak dan membetulkan mana-mana yang salah. Setiap kali dia akan tanya soalan, Tan Sri yang susah memahami pelat Australia yang pekat mengulang saja, "Yes please!" Lama-lama pegawai itu menjadi kurang sabar kerana setiap kali dia kata ya, dokumen menyatakan yang lain.

Sampai satu bahagian berkenaan deklarasi membawa wang, pegawai bertanya perlahan-lahan supaya dia faham, "Are you bringing money more than A$5,000?"

Menyedari pegawai itu akan menjadi birang jika dia memberi jawapan yang sama, Tan Sri cuba mengubah jawapan mengikut apa yang disoal, "Yes, I am bringing money more than A$5,000, thank you!"

Pegawai tu mengarah pegawai lain, "I have enough of this shit! Full search. Check his bags!"

Kantul!!!



** Terima kasih Estelle


Ahad, Julai 29, 2007

Tan Sri Dah Tahu Bertutur Inggeris

Saya sedang melengkar di hadapan televisyen dalam keadaan hendak tidur, selepas santapan tengahhari ahad yang sedap oleh isteri saya, tetapi terkejut beruk oleh satu lapuran berita TV3 pukul 1:30 tengahhari.

Something is wrong with the law.” Terperanjat saya mendengar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, atau sering digelar Mat Tyson, menyebut ketika membuka Mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Betulkah Tan Sri sudah tahu bahasa Inggeris? TV3 bukan boleh percaya, kuat putarbelit. Adakah dengan sebutan enam perkataan itu, bermakna dia sudah memperbaiki kebolehan bertutur bahasa Inggeris?

Hari itu pun di Dewan Negara, banyak perkataan Inggeris yang disebut. Dah naikkah “prestation” atau prestasi kemahiran bahasa Inggeris Tan Sri. Apa hal pun, nampaknya, kemahiran berbahasa Inggeris Ketua Penerangan UMNO sudah meningkat.

Bolehlah membantu anak-anak kecil … dan cucu-cucu Tan Sri yang kini menggunakan bahasa Inggeris untuk matapelajaran Sains dan Matematik. Kalau ditanya “atok-atok” atau “ayah-ayah”, apa ini? Tak akan nak cakap “I don’t know, I am not involved”. Malulah …

Tidak boleh berhelah “Jom kita minum!” dengan anak-anak dan cucu-cucu. Ahhhh … untuk yang tidak tahu, ini adalah satu helah biasa Tan Sri atau mana-mana ahli politik yang berasa salah dan nak melarikan diri dari soalan dan kritikan dari rakan-rakan dan kenalan-kenalan.

Sejak Tan Sri membuat laporan polis hari itu dan bersungguh-sungguh konon tidak takut mempertahankan kehormatan raja-raja Melayu, macam-macam cerita lama sudah keluar. Malah, kemana-mana Tan Sri pergi, ada saja yang menegurnya.

Ada seorang kenalan Tan Sri bersuara padanya, “Siapa kamu nak pertahankan Raja-Raja Melayu? Kamu juga dulu yang hentam Raja-Raja semasa krisis perlembagaan, melebihi Presiden UMNO. Kamu main hentam dan main belasah sampai puteri Sultan kamu sondol. Ditanya Sultan, kamu tak mengaku sampai bersumpah.”

Merasakan keadaan yang amat tidak selesa, Tan Sri cepat-cepat berhelah. “Saya ni nak cepat, lepas ni mari kita minum.” Begitulah stail Tan Sri melarikan diri dari keadaan yang kurang selesa.

Sebenarnya cerita mengenai Tan Sri ni banyak. Entah betul entah tidak, cerita dari orang-orang politik. Tapi, peristiwa-peristiwa IPD Dang Wangi dan "prestation" cerita-cerita betul.

Selepas dia diberhenti dan digantung oleh Tun Dr Mahathir dan MT (Majlis Tertinggi bukan Malaysia Today) dari jawatan-jawatan Menteri Besar dan Timbalan Presiden UMNO, disebabkan peristiwa Australia yang memalukan, Tan Sri terpaksa mencari pekerjaan.

Setelah lama berusaha tetapi tidak berjaya kerana kurang keupayaan dalam bahasa Inggeris, kerajaan Selangor telah menawarkan tugas Pengerusi hypermarket Macro kepadanya. Jawatan ini amatlah sesuai dengan pengalamannya dalam perniagaan berbentuk “cash and carry”.

Namun, Tan Sri menolak … entah apa sebabnya ye?
Saya faham, mungkin tidak sesuai. Sepatutnya lebih sesuai ditawarkan jawatan Pengerusi Securicor yang memberi perkhidmatan keselamatan untuk Bank-Bank membawa duit. Western Union dan Bank tidak berapa sesuai kerana menghantar wang melalui telegraf, telex dan komputer.

Semasa dia memegang jawatan sebagai Menteri Besar, Tan Sri memang rajin dan dia banyak meluangkan masa untuk lawatan-lawatan ke luar negara untuk mencari pelaburan untuk negeri Selangor, selain mempromosi pelancongan.

Dalam satu lawatannya, dia telah disajikan makanan tradisi negara tersebut ia-itu sejenis “fermented rice” atau nasi yang diperam. Rasanya di Korea, kerana di sana memang ada makanan sedemikian.

Tan Sri tidak lalu hendak makan kerana nasinya bagaikan nasi basi. Dia menolak lawaan host. Apabila ditanya, dia tidak tahu apa nak cakap, maka dia belasah menjawab, “nation bation.” Terpinga-pinga host nak memahami. Terpaksa orang-orang kedutaan menerangkan dalam bahasa tempatan maksud Tan Sri "sour rice." Hos pun terus meminta pelayan menyediakan makanan lain untuk Tan Sri dan mereka makan bersama-sama.

Dalam perbualan semasa makan, host bertanya mengenai makanan harian orang Malaysia. Tan Sri menerangkan orang Malaysia tidak makan nasi peram, tetapi nasi yang dimasak panas-panas. Kalau ada yang diperam, ia adalah tapai yang merupakan pulut yang diperam.

Host menawarkan air tuak dari beras tetapi Tan Sri minta air kosong sahaja. Dia menerangkan orang-orang Islam di Malaysia tidak minum arak. Host bertanya mengenai minuman yang paling popular dan boleh diminum oleh pelbagai kaum di Malaysia.

Teh tarik or pull tea” cepat Tan Sri menjawab.

What is that”, tanya tuan rumah.

Tan Sri menerangkan, “First you take hot water. Put tea and sugar. Put milk. Then you …”. Tan Sri terlupa perkataan Inggeris untuk kacau-kacau. Dia pun belasah saja “… hmmm … then you disturb disturb with spoon.”

Sampai nak pecah perut orang-orang kedutaan menahan ketawa untuk tidak memalukan Tan Sri.

Saya bukan hendak menghina tetapi memang selalunya anak luar bandar kurang mahir berbahasa Inggeris. Tan Sri menghadapi masaalah pertuturan bahasa Inggeris dari bangku sekolah lagi. Syukur dia berjaya merintasi rintangan sampai ke Universiti Malaya, walaupun ada masaalah bahasa.

Tan Sri dulu masuk Universiti atas biasiswa guru setelah beberapa tahun mengajar di Kuala Selangor. Selepas dia lulus dan mendapat ijazah, dia berhasrat dan bercita-cita hendak masuk dunia korporat dan cuba memohon kerja dengan PNB.

Bagi yang tidak tahu sejarah PNB, Pengurusi pertama PNB, arwah Tun Ismail Ali terkenal cerewetnya dalam penguasaan dan ketepatan nahu bahasa Inggeris. Masa itu, Tan Sri telah ditemuramah sendiri oleh arwah Tun.

Tun Ismail: Nama saudara siapa ?

Tan Sri: Muhammad bin Muhammad Taib

Tun Ismail: Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!...

Tan Sri: Saya dua beradik.. adik saya masih belajar di Kuala Lumpur. Orang tua saya tinggal di Kuala Selangor. Nenek dan datuk saya dari belah ayah tinggal di sebelah berdekatan Sabak Bernam. Nenek dan datuk dari belah ibu pula tinggal di Perak. Bapak-bapak saudara dan mak-mak saudara tinggal di Melaka, Johor dan juga Pahang..

Tun Ismail: Apakan saudara boleh berbahasa Ingeris ?

Tan Sri: Yes .. sir ...

Tun Ismail: Now tell me about your family in English!

Tan Sri: Sorry sir .. I don't have family in English. They all live in Malaysia.

Tepuk dahi arwah Tun. Seperti yang kita sedia tahu, Tan Sri tidak dapat kerja PNB. Namun, sinarnya memancar dalam politik.
Tak apalah, itu yang lepas-lepas. Sekarang Tan Sri sudah ada peningkatan pertuturan bahasa Inggeris.

Saya bangga dia akhirnya mahu memperjuangkan maruah bangsa dan agama. Apa-apa hal buatlah mengikut lunas undang-undang.

Jangan dilayan si KJ. ... Dulu dia kata biarlah blogger bersuara, itu hak masing-masing untuk bersuara dan kritikan mempertingkatkan perbincangan. Dia kata dia tak ada masaalah tapi sekarang dia panggil blogger sebagai monyet. Ini kali kedua dia panggil orang-orang yang mengkritik monyet. Sejak bila beruk hitam yang suka main-main dengan pontianak ada masaalah dengan monyet? Mungkin Oxford University marah dengan Darwin. Setanlah si berok hitam berlidah macam ular.

Si Rosli AgendaDaily pun satu lagi. ... Dia kata dia tidak dibayar dan dipengaruhi sesiapa … Hmmm … Nak tanya sedikit dan bukan menuduh. Kamu dulu tulis nak siarkan surat-surat jawapan kepada surat yang menghina Tun Dr Mahathir yang kamu siarkan. Sampai sekarang tak nampak pun kamu siarkan. Boleh jawab, ada sesiapa arah kamu dari menyiarkan surat-surat jawapan itu? Hehehe ... jawab Rosli jawab.

Pendik kata Tan Sri, biarlah polis melakukan penyiasatan. Ahli-ahli politik tidak boleh masuk campur penyiasatan polis. ISA pun hanya boleh digunakan sekiranya betul-betul berlaku masaalah keselamatan. Itu pun mengikut cara adalah hanya berdasarkan syor dan penyiasatan polis. Susah negara, kalau sedunia tuduh menyalahguna kuasa dan tidak menghormati “human rights” dan “freedom of speech”.

Setakat orang politik berbaling lumpur itu kan perkara biasa. Orang politik tak boleh telinga nipis dan melatah. Berilah penerangan dan jawab, terutama tuduhan yang betul. Kalau bayar saya RM2,700 sebulan, saya boleh tunjukkan cara … hehehe

Oh Tan Sri … “human rights” itu bukan manusia yang mempunyai sebelah kanan yang banyak, tapi hak asasi manusia. “Freedom of speech” itu bukan kebebasan memberi syarahan, tapi kebebasan bersuara. Dan, ISA itu bukan Tan Sri Isa Samad, tapi Internal Security Act.

Tiada niat menghasut dan memporak-perandakan antara kaum dan ugama.

Khamis, Julai 26, 2007

Bila Pemburu Musang Tak Kenal Musang

Hahahaha .....

Hahahaha .....

Maaf kerana ketawa dahulu sebelum bercerita.

Cerita ini diberitahu oleh salah seorang hulubalang 30 yang menyertai Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib atau gelaran Yang Mulia Raja Petra Kamaruddin (YM RPK) beri Muhammad anak Muhammad atau gelaran lebih popular Mat Tyson.

Orang UMNO lah ni. Saya pun orang UMNO, tapi saya tahu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Al Kisahnya, bergegas-gegaslah, dengan penuh semangat berkobar di dada, hulubalang-hulubalang ini pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD Dang Wangi) demi memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair atas kononnya komen-komen yang mencemar Islam, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan membawa porak peranda antara kaum.

Hebat .... dengan pakai kot. Segak dan korporat. Asal tak keparat cukuplah.

Maka sampainya Mat Tyson ke IPD, dia pun di sambut boss situlah, mungkin OCPD. Saya ni bukan faham pun pangkat-pangkat polis. Tan Sri pun keluarkan dari brief case nya yang dibawa oleh seorang balaci sebuah repot yang sudah ditulis untuk diserahkan pada polis. Sambil tu dia brief pada polis hasratnya untuk membuat laporan supaya pihak polis buat penyiasatan atas tuduhan menghasut dan lain-lain terhadap YM RPK.

Sementara Mat Tyson bercakap pada OCPD dan seorang ASP, seorang polis menaiplah dalam komputer dan kelihatan dia berherut-herut kening ... macam tidak faham laporan tu. Apa nak buat, yang repot Tan Sri. Kenalah taip saja, nanti kena pindah ke Sabah, susah lah. Dah habis dia tulis, dia pun panggil ASP dan membisik sesuatu ke telinganya.

ASP tu pun diam dulu dan ikuti penerangan Ketua Penerangan UMNO ini. Perlahan-perlahan dia engsut ke OCPD tu dan berbisik. OCPD berbisik balik sesuatu kepada ASP tu. Tak lama kemudian, dia membawa draf laporan yang sudah bertaip dan dia membaca.

Habis saja Mat Tyson bercakap, OCPD pun bertanya nak tahu apa yang menghasut mengenai YM RPK? Mat Tyson pun beritahu Malaysia Today, blog YM RPK. OCPD tu beritahu maksudnya apa dia yang menghasut dalam MT, artikel ke atau komen ke. Sudah tahu baru kami boleh siasat apa yang Tan Sri tuduh.

Nampak muka Mat Tyson agak tersentak dan cepat dia pusing kepada balacinya untuk bertanya mana bahagian artikel yang menghasut. Balaci yang bawak beg tu cakap dia tak tahu dan tak bawak apa-apa.

Menyedari Mat Tyson termalu, OCPD pun menyelamatkan keadaan dan mencadangkan di buka laman web Malaysia Today di Internet IPD. Mereka pun buka dan ada lah antara hulubalang yang datang agak tahu bukak laman web. Tapi dia seolah olah mencari. Kawan saya baru sedari bahawa mereka sendiri tak tahu mana artikelnya. Mereka baru nak cari artikel-artikel dan komen-komen yang kononnya menghasut.

Kemudian datang satu budak yang mungkin cyberwarrior yang nampak tahu sikit, terus dia pergi ke satu artikel dan dia cari dalam komen-komen tu. Dia tersebut "Eh ... dah tak ada". Opps pecah lubang ... kawan saya cakap ini macam sesuatu tak kena.

Maka kecohlah dan merah padam muka Mat Tyson. Dia memang tak dapat menolong. Dia tak tahu IT dan siapa tak tahu dia tak tahu baca omputih. (Ini ada cerita sedap yang saya akan cerita nanti). Hulubalang-hulubalang ni tengok sesama masing-masing. Apa nak jadi ni dah panggil orang suratkhabar dan TV? Dia orang ni pendekar yang hanya tahu lagu IT pasal Siti Nurhaliza nyanyi tapi tak tahu IT.

Akhirnya datang seorang pemberita suratkhabar Cina, katanya Oriental Daily, yang tolong tengokkan dan dia yang pileh mana satu komen-komen yang kononnya hasutan. Nasib baik ada wartawan suratkhabar Cina ....

Itupun dalam bergegas dia tolong UMNO buat laporan, ada lah tersilap. Puas satu dunia mencari mana artikel YM RPK bertarikh Julai 11hb yang menghina dan menghasut. Rupanya bukan Julai 11hb.

Sampai ada komen yang tak menghasut pun di kata menghasut. Dalam laporan The Star, Mat Tyson meletakkan komen berikut sebagai menghasut: 'Why fight, we are Malaysians, let us live peacefully and be happy'. Hai ini lah susahnya orang tak tahu bahasa Inggeris.


Terbaru dari Mob's Crib. Terima kasih. - Julai 30hb, 2007

Cerita pasal Mat Tyson tak tahu Inggeris, ada satu peristiwa masa dia menang jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan Team Wawasan. Adalah satu televisyen asing bertanya: “What is it that made you successful in this attempt?”

Mat Tyson terus jawab: “I think UMNO delegates appreciate my prestation.” Semua terdiam dan tergamam tak tahu apa perkataan prestation.

Menyedari keadaan, Mat Taib toleh kepada pembantunya dan tanya apa tu prestasi. "Performance lah Tan Sri" …. jawab pembantunya termalu-malu.

Inilah kisahnya … pemburu musang yang tak kenal musang tapi nak buru musang yang dikatakan masuk reban makan ayamnya. Entahlah apa nak jadi UMNO bawah pemimpin kaki tidor, Ketua Penerangan pun sama half past six. Agaknya, Pemburu Musang kenal tak reban dan ayam?

Hahahaha .....

Hahahaha .....

Jangan ketawa!!!! Nanti dituduh menghasut dan mencemarkan agama, membawa porak peranda kaum, dan menghina Agong.

Rabu, Julai 25, 2007

My Ego Needs That


The far right bowl will definitely be mine. Anyone will be in awe with the sight of Husin's brother. But my brother is NOT camel merchant from Cairo that made more money from selling the two greedy and idiot brothers - Abdul Wahab and Abdul Wahid - than trading in Camels. Wow! Thats why camel meat is good for you.

Shhhh ... Would Khairy be putting up Maya Karin's picture at his private office's pissing bowl? Wonder what is the facial expression? He's got big ego, but does that mean its bigggg enough? Sometimes. people with big ego hides much insecurity. And, hiding behind the power of his father-in-law to ward off challenges and cutting off nomination of challengers means he got no balls.

I don't know about balls, but I know he got no brother.

Why I say no brother?

Sure lah, he is an only son of Dato Jamaluddin.

Khairy has no brother!
Khairy has no brother!
Khairy has no brother!
Khairy has no brother!
Khairy has no brother!


** Picture taken from Cakap Tak Serupa Bikin

Rabu, Julai 11, 2007

Al Kisah Kehebatan Bendahara "I Don't Know"

Al kisah di suatu negera yang kaya raya dan subur, ada seorang mamak bendahara yang "cemerlang, gemilang dan terbilang". Kehebatan mamak bendahara ini amat mengkagumkan kerana dalam masa 2 dan 3 tahun, ramai cerdik pandai sudah mengkaji kehebatan kepimpinannya. Bendahara sebelum itu dah 20 tahun baru orang sedar dan kaji kehebatannya.

Dikatakan orang bahawa, mamak bendahara tersebut melakukan perbuatan yang ganjil dan anih adalah kerana pemikiran luar biasa dan pemikiran luar kotak.

Semasa orang bermajlis dan bermesyuarat, dia tidor. Sebenarnya dia berfikir.

Semasa orang tak habis ke majlis-majlis, dia memancing. Sebenarnya, dia sedang memikir untuk menjadikan musim tengkujuh tarikan pelancong. Penting dan berbaloi keluar beratus ratus juta untuk menarik pelancong makan makanan dari Chinois KLCC di Terengganu.

Semasa orang bercakap mengenai IT, dia bercakap mengenai kelapa sawit. Sebenarnya dia sedang memberi penerangan kepada pakar IT dunia untuk suruh mereka memikirkan untuk meng IT kan pokok-pokok kelapa sawit.

Rakyat sentiasa memerhati mamak bendahara yang bijak ini. Orang ingat dia bodoh dan takut kerana membatalkan jambatan Johor tetapi sebenarnya dia memikirkan "idea saya" untuk mencantumkan rancangan yang ada kepada idea yang amat besar.

Tidak payah cuba membina berdikit-dikit pembangunan berdasarkan kegiatan ekonomi yang berakhir dengan kawasan penempatan membesar menjadi pekan, kemudian bandar, dan lambat laun akhirnya bandaraya. Mamak bendahara mahu melangkah terus menjadi Metropolis IDR.

Maka pemikir-pemikir sekarang sedang mengamati di sebalik kata-kata "bekerja bersama saya", "kita bukan hendak membina bangunan indah sahaja", "agenda melayu", "towering malay", "islam hadhari" dan lain-lain slogan hebatnya.

Ada yang berasakan dia melakukan disebalik yang dikata dan lebih hebat. Asasnya sepanjang dia mahu melakukan "pembangunan modal insan", dia telah melakukan sesuatu yang lebih hebat ia-itu tak payah pakai pekerja dan memberhentikan pekerja-pekerja GLC berpuloh ribu.

Maka, al kisah suatu masa adalah hasrat hati anakanda menantu untuk memiliki bank pelaburan. Dia membeli sedikti saham dan adalah perancangannya. Apabila di tanya oleh suratkhabar sibuk menyebuk, mamak bendahara mengatakan "I don't know I am not involve."
Apabila melihat perancangan bank itu, rupanya benda hebat yang mahu dibuat anakanda menantu dan sebagai juga penjaga khazanah negara, dia mengatahui. Dengan demikian, tidak habis-habis rakyat mengharapkan yang sebalik dan lebih hebat apabila dia berkata "I don't know" atau apa sekali di katakan pun.

Kini rakyat sedang bertanya-tanya apa sebaliknya di sebalik kata-kata "I don't know" kepada tuduhan Temenggong mengambil rasuah dari anak raja separuh Selangor dan separuh darah Wales tetapi dia mahu Temenggong berhenti dengan sikap "I don't know". Menunggu-nunggu dan mengharaplah rakyat jelata sekali lagi kehebatan mamak bendahara. Rakyat menghayati "damai abadi" yang mencari tak jumpa-jumpa ghazali dan shafie tapi terjumpa kali dan khairy.

* Gambar dan idea dari Tunku