Khamis, Julai 26, 2007

Bila Pemburu Musang Tak Kenal Musang

Hahahaha .....

Hahahaha .....

Maaf kerana ketawa dahulu sebelum bercerita.

Cerita ini diberitahu oleh salah seorang hulubalang 30 yang menyertai Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib atau gelaran Yang Mulia Raja Petra Kamaruddin (YM RPK) beri Muhammad anak Muhammad atau gelaran lebih popular Mat Tyson.

Orang UMNO lah ni. Saya pun orang UMNO, tapi saya tahu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Al Kisahnya, bergegas-gegaslah, dengan penuh semangat berkobar di dada, hulubalang-hulubalang ini pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD Dang Wangi) demi memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair atas kononnya komen-komen yang mencemar Islam, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan membawa porak peranda antara kaum.

Hebat .... dengan pakai kot. Segak dan korporat. Asal tak keparat cukuplah.

Maka sampainya Mat Tyson ke IPD, dia pun di sambut boss situlah, mungkin OCPD. Saya ni bukan faham pun pangkat-pangkat polis. Tan Sri pun keluarkan dari brief case nya yang dibawa oleh seorang balaci sebuah repot yang sudah ditulis untuk diserahkan pada polis. Sambil tu dia brief pada polis hasratnya untuk membuat laporan supaya pihak polis buat penyiasatan atas tuduhan menghasut dan lain-lain terhadap YM RPK.

Sementara Mat Tyson bercakap pada OCPD dan seorang ASP, seorang polis menaiplah dalam komputer dan kelihatan dia berherut-herut kening ... macam tidak faham laporan tu. Apa nak buat, yang repot Tan Sri. Kenalah taip saja, nanti kena pindah ke Sabah, susah lah. Dah habis dia tulis, dia pun panggil ASP dan membisik sesuatu ke telinganya.

ASP tu pun diam dulu dan ikuti penerangan Ketua Penerangan UMNO ini. Perlahan-perlahan dia engsut ke OCPD tu dan berbisik. OCPD berbisik balik sesuatu kepada ASP tu. Tak lama kemudian, dia membawa draf laporan yang sudah bertaip dan dia membaca.

Habis saja Mat Tyson bercakap, OCPD pun bertanya nak tahu apa yang menghasut mengenai YM RPK? Mat Tyson pun beritahu Malaysia Today, blog YM RPK. OCPD tu beritahu maksudnya apa dia yang menghasut dalam MT, artikel ke atau komen ke. Sudah tahu baru kami boleh siasat apa yang Tan Sri tuduh.

Nampak muka Mat Tyson agak tersentak dan cepat dia pusing kepada balacinya untuk bertanya mana bahagian artikel yang menghasut. Balaci yang bawak beg tu cakap dia tak tahu dan tak bawak apa-apa.

Menyedari Mat Tyson termalu, OCPD pun menyelamatkan keadaan dan mencadangkan di buka laman web Malaysia Today di Internet IPD. Mereka pun buka dan ada lah antara hulubalang yang datang agak tahu bukak laman web. Tapi dia seolah olah mencari. Kawan saya baru sedari bahawa mereka sendiri tak tahu mana artikelnya. Mereka baru nak cari artikel-artikel dan komen-komen yang kononnya menghasut.

Kemudian datang satu budak yang mungkin cyberwarrior yang nampak tahu sikit, terus dia pergi ke satu artikel dan dia cari dalam komen-komen tu. Dia tersebut "Eh ... dah tak ada". Opps pecah lubang ... kawan saya cakap ini macam sesuatu tak kena.

Maka kecohlah dan merah padam muka Mat Tyson. Dia memang tak dapat menolong. Dia tak tahu IT dan siapa tak tahu dia tak tahu baca omputih. (Ini ada cerita sedap yang saya akan cerita nanti). Hulubalang-hulubalang ni tengok sesama masing-masing. Apa nak jadi ni dah panggil orang suratkhabar dan TV? Dia orang ni pendekar yang hanya tahu lagu IT pasal Siti Nurhaliza nyanyi tapi tak tahu IT.

Akhirnya datang seorang pemberita suratkhabar Cina, katanya Oriental Daily, yang tolong tengokkan dan dia yang pileh mana satu komen-komen yang kononnya hasutan. Nasib baik ada wartawan suratkhabar Cina ....

Itupun dalam bergegas dia tolong UMNO buat laporan, ada lah tersilap. Puas satu dunia mencari mana artikel YM RPK bertarikh Julai 11hb yang menghina dan menghasut. Rupanya bukan Julai 11hb.

Sampai ada komen yang tak menghasut pun di kata menghasut. Dalam laporan The Star, Mat Tyson meletakkan komen berikut sebagai menghasut: 'Why fight, we are Malaysians, let us live peacefully and be happy'. Hai ini lah susahnya orang tak tahu bahasa Inggeris.


Terbaru dari Mob's Crib. Terima kasih. - Julai 30hb, 2007

Cerita pasal Mat Tyson tak tahu Inggeris, ada satu peristiwa masa dia menang jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan Team Wawasan. Adalah satu televisyen asing bertanya: “What is it that made you successful in this attempt?”

Mat Tyson terus jawab: “I think UMNO delegates appreciate my prestation.” Semua terdiam dan tergamam tak tahu apa perkataan prestation.

Menyedari keadaan, Mat Taib toleh kepada pembantunya dan tanya apa tu prestasi. "Performance lah Tan Sri" …. jawab pembantunya termalu-malu.

Inilah kisahnya … pemburu musang yang tak kenal musang tapi nak buru musang yang dikatakan masuk reban makan ayamnya. Entahlah apa nak jadi UMNO bawah pemimpin kaki tidor, Ketua Penerangan pun sama half past six. Agaknya, Pemburu Musang kenal tak reban dan ayam?

Hahahaha .....

Hahahaha .....

Jangan ketawa!!!! Nanti dituduh menghasut dan mencemarkan agama, membawa porak peranda kaum, dan menghina Agong.

13 ulasan:

tunku berkata...

jaga ko husin nanti kena ISA cerita pasal mat taib ni,hehehehehe. anyway a good kisah.

ghostline berkata...

Mat Tyson Sang Pemburu ni bukan sahaja tak pandai beza musang daripada harimau, 'masa dia bersemuka dengan RPK, barulah dia sedar, yang dianggapnya senapang tu pun sebenarnya senapang air.

Habis pemburu dibaham harimau...

mob1900 berkata...

Prestation...muahahaha Pemburu Musang ni memang kelakar sentiasa buat cerita lawak kemana saje dia pi... Tulah, nak buat sesuatu pun kena buat R&D sikit, jangan buat terburu pikir nak glamer je...

Tuan Husin, bila gak nak sambung/tambah cerita pasai Mat Tyson baca Omputih lagi? kekekeke

Kalam Kasturi berkata...

Husin Lempoyang hang ni memang lawak la... Hang ni walaupun org UMdoNo tapi tetap realistik dgn keadaan semasa.

Syabas Husin ... Teruskan usaha-usaha anda.

Salam

Hamizi Hamdan berkata...

kelakar betul... pandai le kau ni...

kingbinjai berkata...

ha ha ha buduh! orang tak berpelajaran begitulah. bukan dia sahaja malah kesemua mereka tidak berpelajaran. poodah! pergi mati la woi!

What A Lulu berkata...

maaf tuan husin, lulu tergelak tadi.

mob1900 berkata...

Tribute to Mat Tyson!

http://mob1900.blogspot.com/2007/07/zero-will-rise.html

Thanks for the idea, Lulu and her blog commentator. ;)

sahabat berkata...

Hussin lempoyang, jangan susah hati ye, sebab, wau! Nak komen di blog kuda kepang dikena moderat.

Husin lempoyang, tau bukan, saya dah banyak kali nasihat, yang hang tu kurus cekeding, beli hamba, pula untung sebab tiga abdul sudah gaduh adik-beradik kerana harta.

wau, hang kena peniaga minyak urat dan untalah... wau!

Lily Abdullah berkata...

salam encik Husin,
Ceritera yang menarik lagi melucukan ha...ha..ha...ingatkan orang kampung macam saya jer yang buta IT kuang..kuang..kuang :)

Rockybru berkata...

Encik Antics,

Takkan dalam briefcase tu takda semillion dua, kot? Kalau takde, bukanlah Mike Tyson tu.

kasut-gombak berkata...

hehe..lawak2

Sleepyhead berkata...

Ahahahhahaha.. Very funny! Betul ke Mat Taib tak tahu ckp omputeh? No wonder, masa dia dtg NZ hari tu, bila students tanya dia soklan in english, dia jawab in malay. Hehehe.