Ahad, Julai 29, 2007

Tan Sri Dah Tahu Bertutur Inggeris

Saya sedang melengkar di hadapan televisyen dalam keadaan hendak tidur, selepas santapan tengahhari ahad yang sedap oleh isteri saya, tetapi terkejut beruk oleh satu lapuran berita TV3 pukul 1:30 tengahhari.

Something is wrong with the law.” Terperanjat saya mendengar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, atau sering digelar Mat Tyson, menyebut ketika membuka Mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Betulkah Tan Sri sudah tahu bahasa Inggeris? TV3 bukan boleh percaya, kuat putarbelit. Adakah dengan sebutan enam perkataan itu, bermakna dia sudah memperbaiki kebolehan bertutur bahasa Inggeris?

Hari itu pun di Dewan Negara, banyak perkataan Inggeris yang disebut. Dah naikkah “prestation” atau prestasi kemahiran bahasa Inggeris Tan Sri. Apa hal pun, nampaknya, kemahiran berbahasa Inggeris Ketua Penerangan UMNO sudah meningkat.

Bolehlah membantu anak-anak kecil … dan cucu-cucu Tan Sri yang kini menggunakan bahasa Inggeris untuk matapelajaran Sains dan Matematik. Kalau ditanya “atok-atok” atau “ayah-ayah”, apa ini? Tak akan nak cakap “I don’t know, I am not involved”. Malulah …

Tidak boleh berhelah “Jom kita minum!” dengan anak-anak dan cucu-cucu. Ahhhh … untuk yang tidak tahu, ini adalah satu helah biasa Tan Sri atau mana-mana ahli politik yang berasa salah dan nak melarikan diri dari soalan dan kritikan dari rakan-rakan dan kenalan-kenalan.

Sejak Tan Sri membuat laporan polis hari itu dan bersungguh-sungguh konon tidak takut mempertahankan kehormatan raja-raja Melayu, macam-macam cerita lama sudah keluar. Malah, kemana-mana Tan Sri pergi, ada saja yang menegurnya.

Ada seorang kenalan Tan Sri bersuara padanya, “Siapa kamu nak pertahankan Raja-Raja Melayu? Kamu juga dulu yang hentam Raja-Raja semasa krisis perlembagaan, melebihi Presiden UMNO. Kamu main hentam dan main belasah sampai puteri Sultan kamu sondol. Ditanya Sultan, kamu tak mengaku sampai bersumpah.”

Merasakan keadaan yang amat tidak selesa, Tan Sri cepat-cepat berhelah. “Saya ni nak cepat, lepas ni mari kita minum.” Begitulah stail Tan Sri melarikan diri dari keadaan yang kurang selesa.

Sebenarnya cerita mengenai Tan Sri ni banyak. Entah betul entah tidak, cerita dari orang-orang politik. Tapi, peristiwa-peristiwa IPD Dang Wangi dan "prestation" cerita-cerita betul.

Selepas dia diberhenti dan digantung oleh Tun Dr Mahathir dan MT (Majlis Tertinggi bukan Malaysia Today) dari jawatan-jawatan Menteri Besar dan Timbalan Presiden UMNO, disebabkan peristiwa Australia yang memalukan, Tan Sri terpaksa mencari pekerjaan.

Setelah lama berusaha tetapi tidak berjaya kerana kurang keupayaan dalam bahasa Inggeris, kerajaan Selangor telah menawarkan tugas Pengerusi hypermarket Macro kepadanya. Jawatan ini amatlah sesuai dengan pengalamannya dalam perniagaan berbentuk “cash and carry”.

Namun, Tan Sri menolak … entah apa sebabnya ye?
Saya faham, mungkin tidak sesuai. Sepatutnya lebih sesuai ditawarkan jawatan Pengerusi Securicor yang memberi perkhidmatan keselamatan untuk Bank-Bank membawa duit. Western Union dan Bank tidak berapa sesuai kerana menghantar wang melalui telegraf, telex dan komputer.

Semasa dia memegang jawatan sebagai Menteri Besar, Tan Sri memang rajin dan dia banyak meluangkan masa untuk lawatan-lawatan ke luar negara untuk mencari pelaburan untuk negeri Selangor, selain mempromosi pelancongan.

Dalam satu lawatannya, dia telah disajikan makanan tradisi negara tersebut ia-itu sejenis “fermented rice” atau nasi yang diperam. Rasanya di Korea, kerana di sana memang ada makanan sedemikian.

Tan Sri tidak lalu hendak makan kerana nasinya bagaikan nasi basi. Dia menolak lawaan host. Apabila ditanya, dia tidak tahu apa nak cakap, maka dia belasah menjawab, “nation bation.” Terpinga-pinga host nak memahami. Terpaksa orang-orang kedutaan menerangkan dalam bahasa tempatan maksud Tan Sri "sour rice." Hos pun terus meminta pelayan menyediakan makanan lain untuk Tan Sri dan mereka makan bersama-sama.

Dalam perbualan semasa makan, host bertanya mengenai makanan harian orang Malaysia. Tan Sri menerangkan orang Malaysia tidak makan nasi peram, tetapi nasi yang dimasak panas-panas. Kalau ada yang diperam, ia adalah tapai yang merupakan pulut yang diperam.

Host menawarkan air tuak dari beras tetapi Tan Sri minta air kosong sahaja. Dia menerangkan orang-orang Islam di Malaysia tidak minum arak. Host bertanya mengenai minuman yang paling popular dan boleh diminum oleh pelbagai kaum di Malaysia.

Teh tarik or pull tea” cepat Tan Sri menjawab.

What is that”, tanya tuan rumah.

Tan Sri menerangkan, “First you take hot water. Put tea and sugar. Put milk. Then you …”. Tan Sri terlupa perkataan Inggeris untuk kacau-kacau. Dia pun belasah saja “… hmmm … then you disturb disturb with spoon.”

Sampai nak pecah perut orang-orang kedutaan menahan ketawa untuk tidak memalukan Tan Sri.

Saya bukan hendak menghina tetapi memang selalunya anak luar bandar kurang mahir berbahasa Inggeris. Tan Sri menghadapi masaalah pertuturan bahasa Inggeris dari bangku sekolah lagi. Syukur dia berjaya merintasi rintangan sampai ke Universiti Malaya, walaupun ada masaalah bahasa.

Tan Sri dulu masuk Universiti atas biasiswa guru setelah beberapa tahun mengajar di Kuala Selangor. Selepas dia lulus dan mendapat ijazah, dia berhasrat dan bercita-cita hendak masuk dunia korporat dan cuba memohon kerja dengan PNB.

Bagi yang tidak tahu sejarah PNB, Pengurusi pertama PNB, arwah Tun Ismail Ali terkenal cerewetnya dalam penguasaan dan ketepatan nahu bahasa Inggeris. Masa itu, Tan Sri telah ditemuramah sendiri oleh arwah Tun.

Tun Ismail: Nama saudara siapa ?

Tan Sri: Muhammad bin Muhammad Taib

Tun Ismail: Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!...

Tan Sri: Saya dua beradik.. adik saya masih belajar di Kuala Lumpur. Orang tua saya tinggal di Kuala Selangor. Nenek dan datuk saya dari belah ayah tinggal di sebelah berdekatan Sabak Bernam. Nenek dan datuk dari belah ibu pula tinggal di Perak. Bapak-bapak saudara dan mak-mak saudara tinggal di Melaka, Johor dan juga Pahang..

Tun Ismail: Apakan saudara boleh berbahasa Ingeris ?

Tan Sri: Yes .. sir ...

Tun Ismail: Now tell me about your family in English!

Tan Sri: Sorry sir .. I don't have family in English. They all live in Malaysia.

Tepuk dahi arwah Tun. Seperti yang kita sedia tahu, Tan Sri tidak dapat kerja PNB. Namun, sinarnya memancar dalam politik.
Tak apalah, itu yang lepas-lepas. Sekarang Tan Sri sudah ada peningkatan pertuturan bahasa Inggeris.

Saya bangga dia akhirnya mahu memperjuangkan maruah bangsa dan agama. Apa-apa hal buatlah mengikut lunas undang-undang.

Jangan dilayan si KJ. ... Dulu dia kata biarlah blogger bersuara, itu hak masing-masing untuk bersuara dan kritikan mempertingkatkan perbincangan. Dia kata dia tak ada masaalah tapi sekarang dia panggil blogger sebagai monyet. Ini kali kedua dia panggil orang-orang yang mengkritik monyet. Sejak bila beruk hitam yang suka main-main dengan pontianak ada masaalah dengan monyet? Mungkin Oxford University marah dengan Darwin. Setanlah si berok hitam berlidah macam ular.

Si Rosli AgendaDaily pun satu lagi. ... Dia kata dia tidak dibayar dan dipengaruhi sesiapa … Hmmm … Nak tanya sedikit dan bukan menuduh. Kamu dulu tulis nak siarkan surat-surat jawapan kepada surat yang menghina Tun Dr Mahathir yang kamu siarkan. Sampai sekarang tak nampak pun kamu siarkan. Boleh jawab, ada sesiapa arah kamu dari menyiarkan surat-surat jawapan itu? Hehehe ... jawab Rosli jawab.

Pendik kata Tan Sri, biarlah polis melakukan penyiasatan. Ahli-ahli politik tidak boleh masuk campur penyiasatan polis. ISA pun hanya boleh digunakan sekiranya betul-betul berlaku masaalah keselamatan. Itu pun mengikut cara adalah hanya berdasarkan syor dan penyiasatan polis. Susah negara, kalau sedunia tuduh menyalahguna kuasa dan tidak menghormati “human rights” dan “freedom of speech”.

Setakat orang politik berbaling lumpur itu kan perkara biasa. Orang politik tak boleh telinga nipis dan melatah. Berilah penerangan dan jawab, terutama tuduhan yang betul. Kalau bayar saya RM2,700 sebulan, saya boleh tunjukkan cara … hehehe

Oh Tan Sri … “human rights” itu bukan manusia yang mempunyai sebelah kanan yang banyak, tapi hak asasi manusia. “Freedom of speech” itu bukan kebebasan memberi syarahan, tapi kebebasan bersuara. Dan, ISA itu bukan Tan Sri Isa Samad, tapi Internal Security Act.

Tiada niat menghasut dan memporak-perandakan antara kaum dan ugama.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Tan Sri Muhammmad Md Taib semasa ditangkap di Brisbane tahun 90an dahulu kerana cuba membawa keluo sejumlah wang dari Australia.

Apa yang berlaku ialah, sebelah paginya, Tan Sri pergi ke bank dimana sejumlah wangnya disimpan dan beliau mengeluarkan.

Olehkerana jumlah ini banyak, teller itu bertanyakan "How would you like your money Sir?" (Bagaimana Tuan mahukan donimasi wang ini?)

Tan Sri secara spontan "Yes, I like my money very much, thank you!".

Semasa tengaharinya, Tan Sri pergi makan tengahari disebuah grill terkenal diBrisbane bersama seorang usahawan terkenal. Mereka pun bersetuju memesan steak untuk santapan.

Pelayan bertanyakan usahawan tersebut "How would like your steak, Sir?".

"Medium please" jawab usahawan tersebut.

Soalan sama kemudian ditanyakan kepada Tan Sri "How would like your steak, Sir?".

Tan Sri dengan spontan lagi "Small please!" sambil menerangkan kepada hostnya "I had eaten a lot for breakfast".

Tanpa Nama berkata...

Cessssssssssssssssssssssss......

Usin ooooo usin,... Ko buat urat kentut aku macam nak putus,... cesssssss..

Wakakakakakak,...

Mak Taik ni buak lawak pulok... (Loghat org pantai timur....)

bzz berkata...

WAkakakaka...
Lawak di hari Isnin yg malap nih...
Lawak anda menceriakan hariku.

Maverick SM berkata...

This is a good one.

Human rights??? manusia yang mempunyai sebelah kanan???


Hahahahahahahahahah!!!!!!!!!