Sajak terakhir dari Abdulla Badawi
Ku cari damai dihati
Ku perkenalkan Islam Hadhari
Ku cari Ghazali dan Shafiee
Ku hilang Shahrizat dan Samy
Ister tercinta telah pergi
Ku ambil jin sebagai pengganti
Oh sakitnya hati
Apabila hilang 5 negeri
Jumpa lagi 4 tahun lagi
Itu pun kalau tak mati lagi
Ini satu lagi:
Gurindam Pak Lah
Panas ku sangka hingga petang
Rupanya hujan ditengahhari
Kelantanku sangka mudah ditawan,
Rupanya ku hilang 5 negeri.
Sungguh malang nasibku ini,
tiada kampung dan tioada negeri.
Penang negeriku ditawan DAP,
Tak tahu kemana hendak bawa diri
Ada baiknya ku undur diri,
Bagi peluang kepada Khairy
Sambil ku tumpu kepada isteri
Manalah kot kot dapat baby!!
Cemerlang, Gemilang, ... Kecundang
Khairy akan diberi peluang?
Sahlah gurindam ini mungkin berasal dari Khairy untuk psy-op bagi rakyat menerima kedatangannya.
Ingat Dolah betul faham apa dia kata sebagai pengajaran. Bolehkah dia faham suara rakyat jika masih nak putar banyak-banyak. Fahamkah beliau suara rakyat, rupanya dia masih tidak menerima hakikat. Baca berita bawah ini:
PM Ulangi Khairy Tidak Pengaruhi Beliau
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulangi dengan tegas bahawa menantunya Khairy Jamaluddin tidak pernah mempengaruhinya dalam sebarang keputusan yang beliau buat atau lakukan.
"Khairy bukan satu pengaruh dalam apa jua saya lakukan. Beliau adalah Naib Ketua Pemuda Umno, dan beliau mempunyai idea mengenai apa jua.
"Mungkin secara kebetulan beliau bercakap mengenai dasar yang sama dan bukan kerana dasar itu adalah sesuatu yang telah beliau promosikan, ini adalah dasar kerajaan," kata Perdana Menteri kepada wartawan di Ibu Pejabat Umno di sini hari ini.
Beliau berkata sebagai seorang anggota Umno, adalah menjadi tugas Khairy mengetahui dasar-dasar kerajaan dan bercakap mengenainya.
"Bila kita bercakap mengenai dasar itu tidak bererti itulah dasar yang beliau cadangkan," kata Abdullah mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mendakwa bahawa Khairy bertanggungjawab atas kekalahan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang baru berakhir.
Presiden Umno itu berkata apa yang berlaku kepada Khairy adalah akibat persepsi salah yang berasaskan hakikat bahawa beliau (Khairy) adalah menantu Perdana Menteri.
"Beliau bukan orang yang berkata 'Babah tolong terima ini dan saya (Abdullah) terima, dan ini you (Abdullah) mesti lakukan. Beliau tidak berbuat begitu.
"Ini satu persepsi, saya rasa ini persepsi salah dan saya kesiankan Khairy kerana persepsi sebegitu berlaku terhadap matlamatnya, dan hubungan beliau dengan saya sebagai seorang menantu dengan bapa mertua," kata Abdullah.
Perdana Menteri berkata Khairy adalah orang yang bercakap secara terbuka dan aktif melahirkan pendapatnya sebagaimana ramai orang pernah dengar di perhimpunan agung Umno.
"Siapa saja bebas memberikan pendapat, serta pandangan, dan Khairy, seperti orang lain juga bercakap secara terbuka dan kenyataan disiarkan dalam akhbar," kata Abdullah.
-- BERNAMA
Si menantu pun saja tidak mahu menerima hakikat, tetapi dalam kekalahan masih nak berdendam pulak.
Postal boy lagi spin pulak ....
Rakyat Malaysia telah berkorban selama 4 tahun di bawah pemerintahan Paklah. Kenapalah beliau tidak dapat berkorban demi 26 juta rakyat pula? Adakah selepas semua yang berlaku hari ini adalah secara kebetulan atau takdir. Sekiranya kebetulan maka, perlulah Pahlah muhasabahkan dirinya dan berdoa dengan pengundurannya nanti ada pemimpin yang lebih baik dapat memperbetulkan keadaan.
BalasPadamSekiranya takdir maka lagi cepatlah beliau perlu berundur.
Manakala pihak pembangkang perlulah menjaga tindak-tanduk mereka jangan pula sehingga menjadi penyangak. Walaupun menang mereka masih perlu hormati undang-undang dan bukannya pergi menyelongkar segala fail di jabatan kerajaan. Adakah mereka berkuasa berbuat demikian sehingga menyelongkar fail-fail di SUK untuk mencari fail-fail yang mungkin ada penyelewengan kerajaan lepas. Tetapi secara langsung mereka melanggari Akta Rahsia Rasmi. Adakah dengan memakai pakaian PAS;DAP dan PKR membolehkan mereka dengan sewenang-wenangnya membuka fail-fail di pejabat kerajaan sedangkan mereka bukan kakitangan kerajaan.
Bagaimana pula jika rahsia negara tergadai kepada anasir-anasir luar. Undi yang diberikan kepada PAS;PKR dan DAP bukan untuk mereka bermaharajalela.
Janganlah keghairahan kemenangan disalahgunakan. Tangkahlaku sesetengah pemimpin pembangkang yang baru menang ini sangat memualkan. Undang-undang haruslah dikuatkuasakan untuk menghalang mereka ini. Sekarang tugas pemerintah yang baru diberi mandat adalah berusaha menbangunkan negeri yang dimenangi dengan segera dan biarkan undang-undang melakukan keadilan. 5 tahun adalah singkat dan janganlah keghairahan melacurkan pemerintahan dahulu mealpakan tujuan sebenar perlantikan mereka.
Sibuk kedengaran di luar sekarang kerja-kerja melabelkan seseorang dengan pemimpin dahulu sehingga melupakan objektif asal mereka. Buang yang keruh dan ambil yang jernih ` Itulah tugas sebenar pemerintah baru. JANGANLAH pula mereka mengeruhkan keadaan lagi dengan menyelak kain orang lain kerana kelak dik kerana alpa mereka kalah dan kemudian atas dasar dendam kain mereka pula diselak. Anwar faham permainan ini dan maha arif tentangnya. Nasihatkanlah pengikutmu.
Anwar diibaratkan sebagi Hitler Malaysia kerana mampu mengubah corak dan peta politik Malaysia secara Remote Control akhirnya rakyat Malaysia kena kencing. Perasaan balas dendam beliau begitu membara dan mungkihkan dengan diadakan semula pilihanraya kecil nanti rakyat Malaysia berkesempatan menonton satu lagi jaguh politik kita di ranjang.
BalasPadamSaya berani bertaruh bahawa Anwar tidak akan berani bertanding dalam pilihanraya kecilnanti jika ada mana-mana ahli PKR mengundurkan diri erana beliau tahu apa yang telah dimiliki oleh Tun M.
Tunggu dan lihatlah nanti.......
Anwar boleh memperbodohkan pengundi tetapi tidak Tun M sebabnya hati Tun M baik.
NEP dimansuhkan di Pulau Pinang kemudian di Selangor dan kemudian di Pearak dan kemudian di Kedah dan kemudian di Kelantan dan kemudian dan kemudian .......... habuk pun takda. Itulah hadiah istimewa Anwar kepada pengundi Melayu.
BalasPadamAnak-anak muda kita sekarang kena belajar rajin-rajin kalau tidak tanah sawah pun dah kurang sebab mahal. Habis habis jadi peon atau despatch boleh masuk kelab Mat Rempit Nuar pula. Apalah nasib bangsaku 10 tahun lagi.
Kalau pemain golf pun yang handicapnya rendah akan berikan stroke kepada yang handicap tinggi untuk menyamakan kemampuan dan kebolehan masing-masing sekarang bermula dengan kedudukan sama rata.
Tunggula dan Lihatlah bermulanya zaman kemunduran bangsaku. Keputusan STPM yang baru diumukan tadi menampakkan keputusan di bandar adalah lebih 4 kali ganda lebih baik dari luar bandar. Ke mana-mana anak-anak desa ini akan pergi jika semuanya disamaratakan. Bukan mereka bodoh atau kurang pintar tetapi kemungkinan kekurangan kemudahan pembelajaran melambatkan mereka tetapi mereka akan dikehendaki bersaing dengan golongan pelajar di bandar yang lebih sofistikated. Tak adil.
Paklah serahkan sahaja jawatan anda kepada Anwar segera supaya tidak perlulah NEP di mansuh/batal secara berperingkat.
Sorong papan tarik papan
BalasPadamBuah keranji dalam perahu
BN Kelantan bagi duit balik Kelantan aku simpan
BN Kelantan suruh undi dia aku tak mau
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Negeri Kelantan Lah suruh Awang Gondang bawak lari
Rupanya 4 + 1 negeri BA bawa terbang
Buai laju-laju
Sampai pucuk atap
Apa lagi yang rakyat marhaen mahu
Mahu wakil rakyat bertanggungjawab dan cekap
Yang merah itu saga
Yang molek itu kendi
Yang indah bila BA berkuasa
Yang cantik itu bila Lah undur diri
Sorong papan tarik papan
BalasPadamBuah keranji dalam perahu
BN Kelantan bagi duit balik Kelantan aku simpan
BN Kelantan suruh undi dia aku tak mau
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Negeri Kelantan Lah suruh Awang Gondang bawak lari
Rupanya 4 + 1 negeri BA bawa terbang
Buai laju-laju
Sampai pucuk atap
Apa lagi yang rakyat marhaen mahu
Mahu wakil rakyat bertanggungjawab dan cekap
Yang merah itu saga
Yang molek itu kendi
Yang indah bila BA berkuasa
Yang cantik itu bila Lah undur diri