Rabu, Jun 25, 2008

Hari Ini Hari Kau, Besok ...


Dilaporkan Majlis Tertinggi UMNO yang diketuai Tuan Sadiq Sigaraga telah mengeluarkan tataetika baru pemilihan UMNO. Tujuan etika ini adalah untuk menjamin pemilihan berjalan dengan lancar dan bersih dari elemen-elemen kurang baik.

Ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu undi tidak dibenarkan dan mereka yang melakukan boleh digantung keahlian dan dipecat daripada parti. Abdul Wahub berkata, "Ini amat adil sekali. Ia menunjukkan ketegasan dan keterbukaan; tegas kepada saya dan terbuka kepada Tuan."

Calon-calon pula tidak dibenarkan menghadiri majlis perkahwinan, tahlil dan kesyukuran. Abdul Wahub berpendapat, "Ini amat baik sekali kerana hanya calon-calon yang berjawatan sahaja yang ke hadapan dalam Majlis-Majlis rasmi. Ini menunjukkan pengurusan ekonomi yang baik."

Tataetika ini mula berkuatkuasa Julai 1hb, 2008. Pemilihan UMNO di peringkat cawangan akan bermula dari 17 Julai, bahagian dari 9 Oktober dan peringkat Pusat dari 16 Disember. Presiden pun sudah selesai bertemu Ketua-Ketua Cawangan. Abdul Wahub berpendapat, "Ini amat bijak sekali kerana orang lain tidak perlu berkempen. Ini menunjukkan kebolehan dalam menggunakan kuasa."

Sebarang usaha untuk berkempen perlu diaturkan oleh pihak Perhubungan Negeri. Abdul Wahub berpendapat, "Ini amat meyakinkan kerana pihak perhubungan boleh mengurangkan atrcara berkempen. Ini menunjukkan pengurusan yang jimat cermat."

Mengikut Perkara 7.2 tataetika, adalah menjadi kesalahan bagi ahli-ahli UMNO mempertikaikan keputusan-keputusan MT dan Lembaga Disiplin. Abdula Wahub berpendapat, "Ini amat cekap sekali kerana bila banyak orang bercakap, susah untuk memerintah. Ia menunjukkan amalan demokrasi."

"Apa ini semuanya baik dan setuju, dia tidak marah?!," Sadiq bertanya dengan hairan kepada Tuan Penasihatnya.

"Sekejap lagi dia akan marah," jawab Tuan Penasihat untuk menyedapkan hati bosnya.

... sambil itu berbaring di kandang kuda, Abdul Wahub merenung ke siling dan berkata, "Tak apa Sadiq Sigaraga. Hari ini hari kau, besok hari aku ..."

Wow! Menunggu bapak mertua hendak kena jual.

12 ulasan:

  1. Tanpa Nama8:34 PG

    Taktik begini hanya membuat akarumbi marah saja.

    Inilah dia demokrasi kepala hotak dolah.

    DIaingat ini parti dia punya!!!!!!!

    BalasPadam
  2. Husin Lempoyang, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tahi unta juga.

    Diharapkan akarumbi tidak marah, nanti kena jual.

    Abdul Wahub musti ada cara supaya Pak mentua dia kena jual, sekarang juga.

    Sama-sama kita saksikan...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama10:58 PG

    ada ka patut halang org p kenduri? pendek akai...

    - yang tak mahir politik -

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama11:05 PG

    Inilah yang dimaksudkan dengan Demokrasi Terpimpin. Jangan marah nanti kena Jual!

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama2:12 PTG

    wow!~ Allah cucuri rahmat ke atas roh P. Ramlee (seorang manusia yang Allah sayang, diberi kelebihan yang melimpah-limpah dan mampu melihat masa depan)!

    BalasPadam
  6. BUKA KE ISLAM MEMENTINGKAN SILATURAHIM??
    ALLAHUAKBAR....
    APE UMNO NI...
    MAKIN HARI MAKIN X BETUL...
    AJARAN SESAT ADA HAD ADA HARI

    BalasPadam
  7. Just wanna inform you this blog have been officially nominated as a candidate for …
    Cuma nak baeritahu yang saudara telah dipilih sebagai calon untuk …

    The Greatest Malaysian Blog – ANONYMOUS (Bahasa)
    (http://thexopinions.blogspot.com/2008/06/greatest-malaysian-blog-anonymous-bm.html)

    YOUR OPINION COUNTS!

    Message from:
    the X opinions (http://thexopinions.blogspot.com/)

    BalasPadam
  8. Dah tarik balik tu...rilek la..

    www.pilihananda08.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama11:28 PG

    Mana da tarik balik.. cuma TSMY saja yang tekankan boleh pi kenduri tapi takleh berkempen...

    Flip Flop tak kata apa.. dia dah tau dia dah kalah... menantu dia pun dah kalah.... najib pun dok ketaq lutut tu.. takut TSMY nak langgaq dia... husin hang juai lagi hikayat dongeng flip flop ni... Nanti aku cabut uban hang sebagai upah hang...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama5:51 PTG

    Ini tidak ADIL!!!

    Mengapa pula tak boleh melobi dan berkempen, walhal Tuan Saddiq melakukan perkara sabegitu sebelumnya.

    "Aik---aik----marahhh?"

    Mestilah marah jika hari-hari terpaksa diam aja---tak boleh cakap apa-apa.....

    "Aaaaa-- kalau marah awak di kena jual dan harta awak semua di rampas keseluruhnya (da yang terbaru PETRONAS)

    tombak

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama10:33 PTG

    Dah gila dah puak2 ni..

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama4:39 PTG

    Jangan marah2.. Inilah dikatakan DEMOKRASI TERPIMPIN !!!


    heheheheh yang sepatotnya memimpin asyik tido jer..siang malam tido..dah tu dapat bini baru pulak.. apa lagi..tido jer la.. hehehehe

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.