Rabu, Jun 25, 2008
Hari Ini Hari Kau, Besok ...
Dilaporkan Majlis Tertinggi UMNO yang diketuai Tuan Sadiq Sigaraga telah mengeluarkan tataetika baru pemilihan UMNO. Tujuan etika ini adalah untuk menjamin pemilihan berjalan dengan lancar dan bersih dari elemen-elemen kurang baik.
Ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu undi tidak dibenarkan dan mereka yang melakukan boleh digantung keahlian dan dipecat daripada parti. Abdul Wahub berkata, "Ini amat adil sekali. Ia menunjukkan ketegasan dan keterbukaan; tegas kepada saya dan terbuka kepada Tuan."
Calon-calon pula tidak dibenarkan menghadiri majlis perkahwinan, tahlil dan kesyukuran. Abdul Wahub berpendapat, "Ini amat baik sekali kerana hanya calon-calon yang berjawatan sahaja yang ke hadapan dalam Majlis-Majlis rasmi. Ini menunjukkan pengurusan ekonomi yang baik."
Tataetika ini mula berkuatkuasa Julai 1hb, 2008. Pemilihan UMNO di peringkat cawangan akan bermula dari 17 Julai, bahagian dari 9 Oktober dan peringkat Pusat dari 16 Disember. Presiden pun sudah selesai bertemu Ketua-Ketua Cawangan. Abdul Wahub berpendapat, "Ini amat bijak sekali kerana orang lain tidak perlu berkempen. Ini menunjukkan kebolehan dalam menggunakan kuasa."
Sebarang usaha untuk berkempen perlu diaturkan oleh pihak Perhubungan Negeri. Abdul Wahub berpendapat, "Ini amat meyakinkan kerana pihak perhubungan boleh mengurangkan atrcara berkempen. Ini menunjukkan pengurusan yang jimat cermat."
Mengikut Perkara 7.2 tataetika, adalah menjadi kesalahan bagi ahli-ahli UMNO mempertikaikan keputusan-keputusan MT dan Lembaga Disiplin. Abdula Wahub berpendapat, "Ini amat cekap sekali kerana bila banyak orang bercakap, susah untuk memerintah. Ia menunjukkan amalan demokrasi."
"Apa ini semuanya baik dan setuju, dia tidak marah?!," Sadiq bertanya dengan hairan kepada Tuan Penasihatnya.
"Sekejap lagi dia akan marah," jawab Tuan Penasihat untuk menyedapkan hati bosnya.
... sambil itu berbaring di kandang kuda, Abdul Wahub merenung ke siling dan berkata, "Tak apa Sadiq Sigaraga. Hari ini hari kau, besok hari aku ..."
Wow! Menunggu bapak mertua hendak kena jual.
Taktik begini hanya membuat akarumbi marah saja.
BalasPadamInilah dia demokrasi kepala hotak dolah.
DIaingat ini parti dia punya!!!!!!!
Husin Lempoyang, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tahi unta juga.
BalasPadamDiharapkan akarumbi tidak marah, nanti kena jual.
Abdul Wahub musti ada cara supaya Pak mentua dia kena jual, sekarang juga.
Sama-sama kita saksikan...
ada ka patut halang org p kenduri? pendek akai...
BalasPadam- yang tak mahir politik -
Inilah yang dimaksudkan dengan Demokrasi Terpimpin. Jangan marah nanti kena Jual!
BalasPadamwow!~ Allah cucuri rahmat ke atas roh P. Ramlee (seorang manusia yang Allah sayang, diberi kelebihan yang melimpah-limpah dan mampu melihat masa depan)!
BalasPadamBUKA KE ISLAM MEMENTINGKAN SILATURAHIM??
BalasPadamALLAHUAKBAR....
APE UMNO NI...
MAKIN HARI MAKIN X BETUL...
AJARAN SESAT ADA HAD ADA HARI
Just wanna inform you this blog have been officially nominated as a candidate for …
BalasPadamCuma nak baeritahu yang saudara telah dipilih sebagai calon untuk …
The Greatest Malaysian Blog – ANONYMOUS (Bahasa)
(http://thexopinions.blogspot.com/2008/06/greatest-malaysian-blog-anonymous-bm.html)
YOUR OPINION COUNTS!
Message from:
the X opinions (http://thexopinions.blogspot.com/)
Dah tarik balik tu...rilek la..
BalasPadamwww.pilihananda08.blogspot.com
Mana da tarik balik.. cuma TSMY saja yang tekankan boleh pi kenduri tapi takleh berkempen...
BalasPadamFlip Flop tak kata apa.. dia dah tau dia dah kalah... menantu dia pun dah kalah.... najib pun dok ketaq lutut tu.. takut TSMY nak langgaq dia... husin hang juai lagi hikayat dongeng flip flop ni... Nanti aku cabut uban hang sebagai upah hang...
Ini tidak ADIL!!!
BalasPadamMengapa pula tak boleh melobi dan berkempen, walhal Tuan Saddiq melakukan perkara sabegitu sebelumnya.
"Aik---aik----marahhh?"
Mestilah marah jika hari-hari terpaksa diam aja---tak boleh cakap apa-apa.....
"Aaaaa-- kalau marah awak di kena jual dan harta awak semua di rampas keseluruhnya (da yang terbaru PETRONAS)
tombak
Dah gila dah puak2 ni..
BalasPadamJangan marah2.. Inilah dikatakan DEMOKRASI TERPIMPIN !!!
BalasPadamheheheheh yang sepatotnya memimpin asyik tido jer..siang malam tido..dah tu dapat bini baru pulak.. apa lagi..tido jer la.. hehehehe