Selasa, Disember 16, 2008

Kalau Dolah dibaling kasut ...


Sila lihat video diatas yang menjadi You-Tube sensasi dalam masa terdekat kerana telah berjaya memberi cenderamata bersara yang wajar untuk Dubya Bush.

Orang Arab begitu seronok dengan tindakan wartawan Iraq, Muntadhar al-Zaidi itu hingga ada hartawan yang akan menawarkan jutaan wang hadiah. Dia telah dianggap hero oleh dunia Arab.

Ada membuat spekulasi wartawan itu telah dibelasah dalam tahanan. KIni dikatakan di bawah tahanan tentera Iraq.

Satu game online dilaporkan telah direka di Internet.

Kalau Ali Rustam tak menang Timbalan dan Dolah betul-betul berhenti. Apa pula reaksinya jika dibaling kasut macam Bush? Undi salah satu dari jawapan objektif berikut:

a) Beliau akan sambut kasut tersebut. (SMS SAMBUT)
b) Tak sedar kerana sedang tidur (SMS TSEDAR)
c) Bertanya kasut sapa ni (SMS KSIAPA)
d) Akan bentang rang undang-undang segera tubuh Suruhanjaya (SMS SRHJYA)
d) Tiada jawapan (SMS TAKADA sila tulis jawapan anda)
Sila hantar jawapan SMS anda ke DLH_2KNG_KSUT

* Terima kasih peminat yang SMS saya joke ini

34 ulasan:

  1. Tanpa Nama8:24 PTG

    Sin,

    Aku agak kasut tu akan dibawa keliling kampung.

    Mana anak dara yang sama saiz kakinya dgn kasut tu akan diambil menjadi.........jadi apa agaknya ye?

    Klau anak dara tak ada,janda pun boleh juga.

    BalasPadam
  2. Husin Lempoyang,

    Saya pilih:

    b) Tak sedar kerana sedang tidur (SMS TSEDAR)

    BalasPadam
  3. Tuan Husin,

    Ana cadangkan kerajaan adakan undang-undang baru.

    Semua pemberita yg nak menemuramah menteri mesti berkaki ayam.

    Heh...heh...heh...menteri lagi pandai.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama9:01 PTG

    Sin,

    Dollah kan ke ada darah tionghua, bagi orang tionghua, kena baling kasut tak ada makne. Orang melayu pula pantang kena baling penyapu. Kalau keturunan turki atau arab kena baling kasut memang sial sepanjang hayat. Menteri yang kena berhati-hati adalah Syed Hamid dan Hishamuddin. Terutamanya kepada Hishamuddin, kalau tak nak kena baling kasut Jumaat nih, pasti kan program Mathematics and science in English diteruskan. Bagi orang Melayu, English or Perish.

    Y.B HISHAM GEMUK

    BalasPadam
  5. kalau dolaH kena baling kasut sure kena punya sbb dia kan dok lena saja mana nampak kasut melayang

    BalasPadam
  6. tak pun rostrum kena ada windshield macam scooter alaf baru...

    mesti lepas ni ada direct nego untuk perolehan rostrum2 macam tu bagi semua jabatan/agensi seluruh negara...mungkin...

    BalasPadam
  7. salam.

    blog ini telah disenaraikan di http://debatrakyat.blogspot.com

    dijemput menziarahi apabila kelapangan.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama10:04 PTG

    Pada MURAISENJA.

    Aku setuju dengan jawapan kau.

    Cuba bayangkan orang tengah tidur,tiba-tiba kasut sampai kat kepala. KEDEPOK bunyinya.

    Yg kena tu terpinga-pinga terperanjat sambil air liur basi meleleh kat pipi.

    BalasPadam
  9. pak lah terkejut dari tido, lalu x jadik berenti

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama10:17 PTG

    kalau kena pada pak lah le.. rongak gigi satu baris

    BalasPadam
  11. setelah terkejut dari lena

    maka paklah akan terus berteriak "saya pantang dicabar"

    BalasPadam
  12. Bangsa melayu kaya dengan budi bahasa... walau seteruk mana pun Pak lah janganlah dibaling kasut padanya. Kalau Bush tak pe dengan bom lagi tak pe...

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama11:15 PTG

    Mr.Hus.

    I think majorty pengunjung blog u ni mempunyai High sense of humour and high standard of creativity.

    I baru baca 13 comment and I already gelak separuh mati.

    kalau Tan Sri P.Ramlee masih hidup dia akan kata..Kalau ada satu lagi macam husin ,ana boleh pecah perut, ana boleh jadi gila. Ini macam ana boleh mati dalam ketawa lah

    BalasPadam
  14. Rakyat Amerika dan Obama sendiri marah dengan peristiwa tersebut, Mereka bukan marah kepada wartawan berkaitan sebaliknya marah kepada Bush kerana tidak menyerang balas, Bush sepatutnya juga baling kasut dia kepada wartawan tersebut.

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama12:51 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  16. Kalau Pak Lah ni tak elok di baling kasut!!!
    Tapi seelok-eloknya direndam dalam air laut TAMBAK JOHOR.

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama8:59 PG

    Husin dan pelawat blog,

    Ambooooiiiii, sedapnya mulut bercakap.Mulut tu ada insuran ke?

    Engkorang tau tak,aku ni ada penyakit pundi-pundi lemah.

    Bila baca komen engkorang aku gelak sangat hingga terkencing dalam seluar.

    ni dah basah ni.sapa nak jawab?

    Aku bersumpah tak kan baca blog ini lagi sehingga pundi-pundi aku baik

    BalasPadam
  18. muka presiden Iraq selamber jer. cam tak terkejut jer. cam tak der pepe jer.

    Tapi Bush amat hebat mengelak.

    BalasPadam
  19. Belalang Kunyit,

    Kalau sakit pundi kencing,

    Rebus barli dan minum airnya tiap tiap hari.jangan taruk gula.

    Satu bulan gerenti baik.

    Sapa yg kenal blalang kunyit tolong bagi tau dia sebab dia tak lawat blog ni lagi

    BalasPadam
  20. Tuan Usin,

    Brader Muntadhar Al-Zaidi ni memang amat tinggi cita-cita nya nak kenakan bush, tetapi ada lagi orang lebih menyerlah citanya dari si muntadhar ni atau setanding dengan nya....

    baca posting berikut di.......

    http://nasirudinanjud.blogspot.com/2008/12/flying-shoe-incident-george-bush-ducked.html

    baru lah Tuan Usin faham......orang malaysia lebih menyerlah....

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama10:18 PG

    Bush bunuh jutaan nyawa rakyat Islam. Merosakkan dua negara Islam dan kini sednag mahu campur tangan dlm Pakistan pula. Sepatu tak memadai.

    Pak Lah ranapkan Melayu dan Bumiputera. Dia tunduk kepada Singapura kiasu dan biarkan Cina kiasu naik kepala.

    Sebab dia tak mahu bertanggungjawab, maka Anwar dilepaskan. KIni dia bermaharaja lela membohong dan menipu rakyat serta menjual hak melayu dan bumiputera.

    Tak payah baling kasut, baling seketul daging b.a.b.i. terus masuk mulut dia masa dia ternganga tengah tidur.

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama10:33 PG

    Jangan dibalaing kasut tu pada Pak Lah. Tak baik kita sesama Islam dan sesama Melayu nak buat macam tu. Bush tu kafir laknat dan banyak buat negara Islam melarat. Memanglah layak. Jangan samakan mangkuk tu dengan Pak Lah...

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama10:51 PG

    yang akan baling kasut kat Pak Lah sure la menantu dia. Sebab Pak Lah resign awal hingga merencatkan sasaran dia nak jadi KP Pusat.

    Jgn tak tau, dia baling kasut tumit tinggi la you...hahahaha

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama10:51 PG

    SMS SRHJYA

    BalasPadam
  25. paklah tengok atas syiling dan berkata dari mana kasut ni jatuh.

    biaq pi la

    BalasPadam
  26. The Chinese Educationist has clearly sabotaged the government’s effort to teach Maths and Science in English.

    Only students from Chinese vernacular schools scored between 1–3% in student support towards the system; Tamil and Sekolah Kebangsaan both registered more than 60% preference towards the English by their students.

    Even the passing and achievement rate increases in ALL AREAS.

    BUT THE CHINESE COMMUNITY ARRAGONTLY USING ‘THEIR STATISTIC’ TO SUPPORT THEIR FALSE CLAIM.

    How can you register such a low percentage point?

    The only logical answer to that is SABOTAGE!

    Ignore and do not teach both subjects in English, and then SCREAM FAILURE!

    If I am wrong, then tell me what actually happened? Please give me an excuse that doesn’t make you look stupid, as it is!

    NOW THEY EVEN THREATHENING TO STAGE A MAMMOTH DEMO!

    In the mean time, THOSE BANGSA MALAYSIA CHAMPIONS from MCA, GERAKAN & DAP are keeping their mouth shut and pretending not to be involved!

    Ong Tee Keat, Chua Soi Lek, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng and Koh Tsu Koon should make their stand as a man; NOT AS A TONGUE TWISTER COWARDS!

    MY TAKE: Support Mukhriz idea of only ONE NATIONAL SCHOOL. Let us make a wise decision and build the REAL BANGSA MALAYSIA.

    TO THE GOVERNMENT: Do the right things and do not let these people fool you!

    TO CHINESE EDUCATIONIST: Bring on your mammoth RACIST demo!

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama12:07 PTG

    kawan kata, pembaling akan kena isa, Sebab tok arab tu sensitif hal baling kasut ni, pastu dia pujuk pak lah takyah turun dulu.. kena ambil lagi 6 bulan nak rangka undang2 baling kasut. Najib tunggu kejap.. walau dah jadi presiden umno tapi kena ikut perlembagaan, tak semestinya PU jadi PM..

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama3:32 PTG

    Sin,
    Hang bukak balik blog session pasai ajar maths dan sains dlm bahasa orang putih. Aku nak baling kasut nih...

    Din Pungkok
    Tanah Liat, Permatang Pauh.

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama4:42 PTG

    Kalau Pok Nik Aziz kena baling dengan kasut mesti tukang baling kata camni "Hotok mu ini undi Pas leh masuk syurga, tuhan mencarut, boleh kawan ngan setan" dgn masalah kesihatannya saya rasa Pok Nik tak sempat elak. Ahli Pas terus jatuh hukuman mati kpd pembaling tersebut

    BalasPadam
  30. Kalau Dollah kena baling kasut nanti, sebabnya jawapan dia B.

    Tapi yang pasti ramai juga nanti nak baling benda-benda kat Khairy, selain daripada kasut, boleh guna seluar dalam, used tuala pelekat dan juga coli.

    BalasPadam
  31. Tanpa Nama6:59 PTG

    bush acah sikit aje, org Islm dah bangga, mana tau dia upah orang tu?

    Tak mungkin Bush boleh masuk Iraq buat sidang media, kecuali semua attendee orang2 upahannya. Mcm Keri juga.

    Dia nak alih sasaran bom, dia 'upahlah macai'- elok2 bom Bush, topik lain pulak keluar "bebaskan pembalng kasut"

    samalah jua 'kerajaan bankrup' dituduh DAP sebab nak tolong Singh-pork yg makin bankrup. & disokong Dolah & Nuar

    BalasPadam
  32. Tanpa Nama8:55 PG

    Kalau Pak Lah mesti baling bantal busyuk yang berusia 5 tahun ke atas baru memadai.

    Ya lah kasut, mungkin kalau kena boleh cacat muka Pak Lah yang handsome.

    Apabila Pak Lah letak jawatan, BANTAL adalah hadiah yang paling sesuai sekali di-beri untuk nya.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.