Ahad, Mei 22, 2011

Tapi budak di dalam ...


Sedang Husin menaiki keretapi Putra, terlihat seorang muda memberi tempat duduknya kepada seorang wanita mengandung.

Ini mengingatkan Husin kepada satu peristiwa masa zaman muda dulu semasa baru kerja. Kereta belum ada, maka sana sini naik bas mini. Harga murah saja 50 sen. Taklah sampai beringgit-ringgit seperti naik keretapi sekarang. Stau station pun RM1 lebih.

Bas mini merupakan kenderaaan untuk graduan baru kerja yang belum rasa bonus pertama untuk deposit beli kereta. Nak minta pinjam dari orang tua, malu pasal bertekad nak mula berdikari konon. Memang mahu mulakan hidup bersusah dahulu.

Masa waktu pergi dan balik kerja, bas mini begitu penuh hingga sendat. Lain pula orang yang bergantung di luar bas. Pasal harga murah, semua terima keadaan kurang selesa ini.

Yang hairannya, naik bas mini dulu lebih mudah dapat duduk kerusi dari naik keretapi sekarang. Aircon takda, hanya angin dari tingkap yang terbuka. Dulu dalam bas boleh hisap rokok.

Biar Husin mulakan cerita kisah beri tempat duduk atas bas mini.

Satu hari dalam perjalanan pulang dari kerja atas bas mini, naiklah seorang wanita Tionghua muda yang sedang mengandung. Orangnya agak lawa, biasalah Cina putih dan memakai gown mengandung.

Selalu orang bangun kasikan kerusi tapi wanita ini tak segan untuk minta. Dengan sopan dia meminta dari seorang lelaki muda yang sedang duduk.

“Incik, bolehkah saya minta tempat duduk? Saya berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni ...”.

Lelaki yang sedang hisap rokok itu terus bangun berikan tempat duduknya.

Wanita itu berkata lagi kepada lelaki itu, “Incik, boleh tak matikan rokok. Saya tak kisah, tapi budak di dalam ni ...”

Orang kaki lados feed-up bila disuruh berenti rokok. Tapi pasal timbang rasa dia matikan juga putung rokok tersebut dan buang keluar tingkap.

Boring aje dia. Banyak sangat cekadak pompuan Cina ini. Dah kasi kerusi, tahan aku nak merokok, katanya dalam hati.

Dalam bersempit-sempit, tiba ada penumpang terlanggar gown wanita ini dalam bergegas untuk turun bas. Terselak gown dia hingga terdedah pangkal pahanya yang putih melepak sexy.

Lalu lelaki itu terus tunduk dan bisik pada wanita tersebut.

“Puan ... boleh tak puan tutup skirt tu. Saya tak apa, tetapi budak di dalam seluar saya ni tak boleh ..."

Cilaka ... Cina mengandung pun dia boleh teransang.

Kalau sistem keretapi yang ada sudah susah nak dapat tempat duduk, macam mana pula bila terbina sistem keretapi RM40 billion kelak.

Husin dah biasa pergi balik naik subway di banyak bandaraya luar negara. Apa pula kerenah nanti.


* Terima kasih Badut Rakyat atas ilham ini.

17 ulasan:

Marhaen Kacak berkata...

syahdu nye dapat smoking dalam bas mini dulu2..heaven..haha

Untuk Renungan Umat Melayu Islam : Kau Masuk Gerakan Islam Ingat Kau Dah Hebat?

usin berkata...

x masuk pas bukan dosa.

Pemuda Melayu berkata...

mmg lawak la tuan ..nasib baik pemuda tu kalau brader y naya amoi tu hehehe

Awanama berkata...

kelakor kelakor

tapi bab "lados" tu yang aku tak tahan. teringat zaman bas mini.

lados @ piak

azienmat berkata...

adoyai lawak lawak...
nostalgia zaman bas mini dulu, awak budak lg.. pernah tercekup penuh ngam 2 bungkus nasi lemak penuh kat seorang awek (pangkat akak waktu tu).. dia punya menjerit satu bas dengar.
aku minta maap sambil buat muka seposen.. dia tak jadi membebel dan senyum, mcm suka pulak. pastu hari-hari mengadap muka dia sampai dia hilang camtu je..
dah berlaki kot! hukhuk

kluangman berkata...

mmaaf, aku tak faham..

Ada kaitan ke dengan Anwar....

hehehehehe

jebat berkata...

Salam ya HUsain,
Kluangman 1:14 am,

Apa hang pikiaq semua hal ada kaitan dengan Nuar.

Kalau hang ke tandas pun teringatkan Nuar ?

Masya Allah !!
Apa dah jadi dengan ente ni??
Kalut !! Kalut !!


Istighfar 1000 kali !!

Awanama berkata...

Hahaha...sin2..

ya la, zaman bas mini dulu, aku x kisah pun klu x dpt tempat duduk...kalau bole nak dekat tepi tangga...sebab kekadang konduktor x mintak duit, sebab tolong jaga pintu..

YB (Yang Biol) Nurut Izzam berkata...

Woi Pakcik Usin,

Ngko buat criter ni mesti nak kaitkan papaku..pasai tu muke kartun tu iras-iras papaku..tak caye..ce tanya abang kluangman..aku tau ler..dulu-dulu masa papaku jadi cikgu..dia slalu naik bas mini..keje gomen tak ndak..camane nak beli kete..tapi camane pun mummy aku tetap sayang kat dia..ngko jangan jeles..cinte sejati gitu! Ha ha!!

Husin Tempayan berkata...

Hehehehehehehe..............kelakar. Teringat kalau brader y pun naik bas mini tu.

Awanama berkata...

itu ajelah kau pandai, sendiri tulis sendiri gelak, IQ kluangman pun tak dapat tangkap cerita cerdik macam ni.

Awanama berkata...

Lados? confirm husin lempoyang budak STAR bukan budak Koleq.

Awanama berkata...

assalam...cayalah bro, mengingatkan kembali nostalgia lama naik bas mini dengan bas syj dari pulapol jalan gurney (la jalan semarak) ke choket..seronok wooo

Awanama berkata...

star ada banyak star.

tak mungkin husin budak koleq ... dia dok kutuk koleq selalu

Awanama berkata...

Tanpa Nama 11:10 PM

.. bukan syj tape sj (seri jaya).
syj tu rock kapak.

Awanama berkata...

di STAR, Ipoh : Lados maksudnya rokok

bAS tING tING berkata...

Tq, abe Sin, tq. Dalam maksud intipatinya. Supo nge cito kawe amo masih bebudok lulu. Asik ngorat nge gewe dale bas mini. Sapai doh depe umah dio, tapi toknyo ting ting, sebab ralek ko gewe hok dio ngorat, dio tok turun. Sapai stesen bas besa, gewe tuh turun, dio pn turun jugok. Dio pun kelih jah gewe takdi naik kete, dio pon bewoyat dale ati "laki dio agaknyo"..