Khamis, April 19, 2012

Ditahan polis trafik


Pesuruhjaya SPRM, Dato Abu Kassim Mohamad orangnya tegas dan salah cakap, memang kena hentam. Macam gitulah jeneral yang boleh perangi rasuah. Tapi dia pun boleh berseluruh.

Lepas istiadat ambil pingat di Istana Pahang, Dato Abu Kassim, Dato Zaini Utusan dan Encik Azizan Omar bersembang kosong sambil minum air. 


Dato Zaini menceritakan kisahnya ditahan polis.

"Dato, semalam dalam perjalanan balik dari Fraser's Hill, saya kena tahan polis dekat nak sampai Tanjung Malim's tol plaza. Jalan lurus tapi ada double line. Satu lori bergerak slow sangat. Saya pun potong. Tak jauh dari situ, kena tahan polis."

Dato Abu Kassim tanya, "Kena saman, tak?"

"Saya park kat tepi, turunkan cermin dan tunggu polis datang. Polis datang dan dia cakap, "Cik potong double line tadi. Ni cakap dengan sarjan saya. Sarjan datang. Saya mengaku potong double line pasal lori depan slow sangat. Sepanjang masa saya senyum saja."

Azizan tanya, "Kena tidak?"

"Polis tu dok cakap awak bawak Mercedes, kereta ini laju. Saya jawab dengan senyum dan dengan rupa rasa bersalah memohon maaf. Saya tak bawak laju dan merbahaya. Saya hanya potong lori yang terlalu perlahan. Akhirnya dia kata lepas."

Azizan pun menceritakan kisahnya pula.

"Betullah Dato, polis trafik kalau tahan kita janganlah melawan atau kasar. Saya tahu ramai wanita kalau kena tahan, mereka panik dan menangis. Polis tidak sampai hati dan lepas."

Dato Abu Kassim hairan, " Sampai menangis?"

"Tapi saya ada cerita menarik pasal kena tahan. Satu hari itu, saya ditahan depan Hotel Istana, Jalan raja Chulan. Polistu mintak IC dan lesen memandu. Saya pun kasilah apa yang ada. Heran lama dia belek-belek kad tapi tak tulis-tulis saman."

Dato Zaini tertanya, "Kad apa hang bagi tu?"

"Polis tu pulangkan dan berkata 'Encik,ini kad ATM RHB, takde no.IC!!!' Aku tersenyum,dia pun tersenyum ...dahlah Encik jalan la, saya beri peringatan aje.. Lepas ..."

Ketawa Dato Abu Kassim dan Dato Zaini.

"Nasib baik kau orang aku bukan polis trafik," kata Dato Abu. 

"Kalau akulah polis trafik, aku tetap saman kau orang. terutama kamu Dato Zaini. Memotong di dua garisan kembar adalah salah di sisi undang-akta akta keselamatan jalan raya. Jika didapati bersalah boleh didenda sehingga RM300.00."

Muncung saja Dato Zaini kena tegur maam gitu.

"Kalau saya tak kasi IC, saya akan caj bawah Penal Code kerana enggan bekerjasa dengan pegawai perkidmatan awam. Berat tau ..."

Macam pula Encik Azizan. 

"Jadi kalau memandu perlu sabar. Ikut peraturan jalanraya yang ditetapkan. Lori tetap lori. Bila dia bawa muatan mesti lah slow punya.

"Kalau aku jadi kamu Dato Zaini, aku pun potong juga lori ...."

Berdekah-dekah Dato Zaini ketawa.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kawan kalau kena tahan polis trafik, petuanya usah melawan dan ngaku sajalah.

lagi kita melawan lagi kena.

mahkamah kecik atau duit poket tu ... mintak maaflah. Buat dosa kasi rasuah.

Quantum Metal Consultant berkata...

Psikologinya, kalau kena tahan dengan polis trafik, kena senyum, kalau dengan keluarga kena ketawa sesama sendiri berdekah-dekah supaya polis rasa 'ringan' ketika menjalankan tugasnya dan kita tak 'tension' kena saman.

Tanpa Nama berkata...

Tak lawak pun,ni lawak bodoh!

Tanpa Nama berkata...

Mengapa tak de cite Syafie Bedal dengan Zahida....

Dato azmi berkata...

Saya kena tahan oleh polis traffic kerana melanggar red light dekat jalan Tun Abdul Razak.

Bila polis datang saya tanya " boleh selesai tak.saya bersalah.Jangan saman saya."

Polis kata " Boleh kasi 100 ringgit"

Saya kata " ini rasuah"

Polis jawab," mahathir dan Najib lagi rasuah besar, "

Saya senyum dan beri kapada dia 100 ringgit.

Dia jawab" tolong halah ya"

Tanpa Nama berkata...

.. saya pun, kat lebuh raya .. kena tahan speeding, bila dia tengok, is3 & anak baguih punya tidoq, dia suruh jalan lepas bagi IC dan lesen saya kembali.. 2 minggu lepas tu dapat surat saman melalui pos, gi jalan bandar KL.. settle RM80.. saya memang sokong polis... depa menjalankan tugas dengan penuh sopan, cuma yang kurang ajar ajer dan bebal ajer yang kata sebaliknya... BTW.. kalau dah tau salah, sengaja atau tidak, elok bayar saman ... supaya lain kali beringat.. bukan untuk orang lain, untuk kebaikkan diri sendiri.. rugi ka?... mana lagi rugi.. setakat RM80 kat dunia atau sebahagian api neraka kat akhirat?... apa kao ingat bab itu tak kena bakar?...

Dot berkata...

dato azmi ngn polis trapek tu 2x5, 5x2= rasuah!! bakal menjilat api ****** jika tak sempat bertobat!!

polis tu yakinka Tun ngn DS Najib amal rasuah? polis tu tengok, tangkap mrk sendiri ka @ dengki krn diri terpaksa kerja susah payah sbb tak brapa cerdik & kuat IMAN?

ingat yg ambik saja kena hukum? yg bagi lagila teruk sbb lagi kurang beriman & tak pikir panjang kesannya kpd diri, anakcucu & ummah!!