Isnin, Oktober 15, 2012

Awas bila ekonomi merudum kelak


Husin melihat laporan-laporan berita mengenai kedudukan ekonomi luar negara yang tidak meyakinkan. Negara kita pula begitu mewah memberi bantuan wang tunai kepada rakyat yang kurang berada. Maklumlah potongan cukai dan lain-lain tak akan mereka rasakan sumbangan kerajaan.

Bak kata Mesin Taip Buruk, "...dalam keadaan politik nyawa-nyawa ikan, rakyat bukan setakat mesti diberi ikan dan perlalatan menangkap ikan tetapi Kerajaan juga seharusnya mengenal pasti di mana lokasi yang banyak ikan untuk sampan berlabuh."

Seingat Husin, setiap kali ekonomi merudum dan banyak peniaga dan peminjam tidak dapat servis hutang mereka, ramailah pemungut-pemungut hutang, chettiar-chettiar, loyar-loyar dan lain-lain sewaktu dengannya ini pergi ke rumah-rumah orang untuk mengutip hutang.

Selain hal ini yang mengingatkan Husin kepada satu jenaka lama seorang kawan mengenai hutang, Husin pun terbaca kisah artis seberang dalam blog Pilihan Anda di sini.

Kisahnya seorang lelaki yang berumur dapat isteri muda. Setelah sekian lama mereka bahagia bersama, si lelaki mula sakit-sakit. Maklumlah orang dah banyak umur.

Satu malam lepas makan, dia beritahu pada isterinya, Salmah, "Kalau abang tiada nanti, Mah cari orang lain tak?"

"Eh ... abang ni! Apa cerita yang bukan-bukan ni?" Salmah menjawab.

"Mah tak terfikir ini semua."

"Alah Mah ni ... Abang tanya saja. Hidup lawannya mati. Bila isteri abang lama meninggal, abang cari lain dan jumpa Mah pula. Takkan abang nak nafikan Mah pasangan untuk hidup bersama?" si suami terangkan.

"Entahlah bang...."

"Kalau abang tiada dan sementara menunggu ada orang mahukan Mah, abang tak mahu Mah terasa sunyi ketiadaan abang nanti. Mah simpan anu abang dan bila Mah rindukan abang, Mah sebut nama Mah tiga kali," Terangkan si suami.

Tak berapa tahun meninggal si suami dan tak lama selepas semua urusan si suami selesai datanglah satu chettiar. Dia tahu si suami dah tiada dan dia mencari balunya, Salmah. Ketika itu Salmah tiada di rumah.

Dengan baju lengan pendek dan kain dhoty putehnya serta payung, si cetiar mengintip sana mengintip sini mencari pintu atau tingkap yang terbuka. Sebaik tak jumpa, dia terus berteriak saja, "Salmah! Salmah! Salmah!"

Kenapa tidak kasi Assamualaikum? Dia bukan Islam, nak buat macam mana?

Tiada sahut lalu dia nak teriak lagi. Belum dia teriak, tiba-tiba kedengar bunyi bising dan kelihat  seketul pisang terbang menerpanya. Dah hampir dekat baru dia dapat kenal pisang itu.

Ayoyo ... sambil menjerit-jerit dalam bahasa Tamil dia mencecet lari.

Oleh yang demikian, beringat sedikit wahai chettiar dan pemungut hutang bila ke rumah orang yang kosong dan sunyi. Tidak boleh teka apa yang menerpa keluar nanti. Kalau tak anjing ...

Itulah sebab ajaran Islam menggalakkkan kamu menghalalkan hutang jika peminjam tidak mampu membayar.

Wow! Baik dijual bank-bank dari dijual harta peniaga yang bank rampas

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alahan Pak Husin Kuih Lompang.... Ekonomi memang dah merundum, tak payah nak tunggu2 lagi. Bukan tu saja, ijazah2 bebudak sekarang ni pun dah tak berapa nak laku... 44 ribu graduan menggangur. Kalau BN diberi peluang memerintah lagi, 5 tahun lepas ni Malaysia jadi pengeksport tenaga kerja berijazah ke luar negeri untuk kerja sebagai pekerja kilang atau pembantu umah di negara2 lain... Kita jadi macam Indonesia, Nepal atau Bagladesh...

Tanpa Nama berkata...

macam mana lah ijazah tu nak laku, masa buat thesis copy cat dari mana2 je janji lepas...

tu lah tahap ijazah Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Dont,t tell me all 46k copying their thesis.... Shhhhh.... That terrible our education system.

Tanpa Nama berkata...

Jangan dipanggil Zizah! Zizah! Zizah!

Nanti anugerah tuhan yg bengkok terbang kejar

Quantum Metal Consultant berkata...

Setiap Kali budget, hanya 'wan' yg dibelanjakan, kenapa tidak 'nenek' atau 'opah' turut dibentangkan.... belanjatok, belanjaopah kan lebih adil.

Tanpa Nama berkata...

sebab tu Nabi S.A.W kata sembilan dari 10 punca rezeki adalah berniaga. Bertani adalah perniagaan apatah lagi berniaga. Bumi malaya ni subur.

kalu pakat2 berniaga atau niagatani (termasuk nelayan), takde la menggangur.. ni tak, sikit2 nk makan gaji. Sekali job kosong gomen, nk pakai 30 orang.. yg minta berpuluh ribu, yang di panggil temuduga ribu2.. yg dapat kerja dah lama dapat - pakai kabel.

bai..kalau beniaga kena temuduga tak? kalau bumiputra (termasuk warga Siam), boleh apply TEKUN atau MARA atau Agrobank atau BSN Mikro atau AIM atau Maybank..

Mungkin dasar melayu kot..bukan kaki meniaga..
menggangur lah jawabnya.

Usin Kuda

Tanpa Nama berkata...

Aku baru buat loan tekun rm25k utk besar biz. bayar RM600/bulan.

Buat masa ini, jangan lagi gatal mahu beli kereta baru, itu prinsip berniaga. awal-awal jangan nak bermewah. sekarang pakai kereta iswara 2nd.

prinsip kewangan, jangan buat hutang panjang (termasuk ptptn) lebih dari 40% pendapatan.

jebat berkata...

Tuan Haji,

Nabi bersabda 9 dari 10 rezki dari perniagaan tapi bukan niaga manusia

NIAGA ORANG ikuat istilah sekarang!

Niaga orang lebih laknat dari Niaga DADA atau DADAH !!

Sebutan DADA dalam Bahasa baku hampir sama dengan DADAH dalam bahasa biasa,

adi setiu berkata...

Saya tamat belajar Jun 2012, sekarang baru je konvo Sept 2012. Masih belum dapat kerja yang sesuai lepas 3 bulan.

Nasib baik saya ada lesen untuk jual unit amanah, sekurang-kurangnya cukuplah untuk sara hidup dengan pendapatan tu. Tapi kawan saya masih ramai yang belum dapat kerja walaupun pointer tinggi.

Hendak berniaga perlukan modal, hendak modal perlu loan, nak buat loan perlu slip gaji. Macam mana nak berniaga kalau takda modal, pengalaman pun tak ada lagi. Tambah pula kalau mak ayah orang susah.

Saya cemburu dengan anak-anak DS Shahrizat NFC. Keluar je universiti dah dapat kerja, gaji 60k sebulan. Nak modal bisnes pun boleh mintak ngan mak. :-)

adi setiu berkata...

Saya kecewa bila umur bersara dinaikkan kepada 60tahun. kami yang baru grad ni tersekat dari masuki pekhidmatan

Tanpa Nama berkata...

tuan husin..saya pun nak sokong umno jugak..tengok bapak dia baru ketua cawangan umno dah bawa handa civic datang kesekolah.

jebat berkata...

Tuan Haji Husin,

Badut2 Negara (Nasonal) macam shahrizat lah yang menyebabkan Barisan Nasinal terlungkup dalam PRU12 yang lalu.

Kalau silap kira. PRU 13 nanti sama juga.

Kerana nila setitik rosak SUSU sebelanga.

Najib, Mahyuddin, Leiw Thong Lai, sedarlah segera!!!

Tanpa Nama berkata...

bagus lah begitu. aliran wang masuk ke negara. kelantan dah lama buat begitu....