Rabu, Februari 27, 2013
Penyelesaian pencerobohan Lahad Datu
Pencerobohan sekumpulan yang mengaku sebagai tentera diraja Sulu ke Lahad Datu membawa satu masaalah kepada pihak kerajaan. Malaysia.
Dipercayai sebahagian dari mereka adalah tentera pembebasan bangsa Moro bawah MNLF yang dipimpin oleh Nur Misuari.
Sultan Jamalul Kiram III yang kononya adalah waris Sultan Kesultanan Sulu tampil ke hadapan dan mengaku mereka adalah pengikutnya.
Bila diminta pulang dengan aman, dia enggan berbuat demikian atas alasan ...
Selasa, Februari 26, 2013
Nak bangun pun susah
Sejak awal bulan, sudah ada kerancakan BN Kedah mainkan isu. Isu Pedu, isu KUIN, isu Madrasah Salsaliah, kewangan kerajaan negeri, dan lain-lain.
Begitu rancak hingga PAS sama PAS pun mula kelahi nak gugurkan Azizan. BN pun lebih kurang juga. Harapan nak menang dah ada tapi cantas mencantas sesama sendiri sudah mula berlaku.
Lepas penat kerja kempen, Bahar pun pergi ke kedai Ah Weng untuk minum dan bersantai dengan kawan-kawan.
Sesampainya saja, Ayim yang selalunya agak tiumbang rasa dalam bersembang dah teriak, "Wah Bahar ... nampaknya tak lagi tak hujan tapi lembab."
"Syukur ... ada perubahan sedikit. Namun banyak lagi perlu dilakukan. Tak boleh bersenang lenang," Bahar jawab dalam mood yang masih tak berapa gembira.
Radzi sedar lalu bertanya, "Apa lagi yang tak kena ..., Bahar?"
"Nampak dah gerak, baguih lah tu ...," Ayin memberi pandangan sebelum Bahar boleh berkata apa-apa.
Isnin, Februari 25, 2013
Jumaat, Februari 22, 2013
Khamis, Februari 21, 2013
Rabu, Februari 20, 2013
Selasa, Februari 19, 2013
Rabu, Februari 06, 2013
Tak tahu jangan komen ... nampak bengong
Pencen sebelum orang benci. Nanti diberhentikan ... malu.
Wow! Kalau bengong sangat, tak laku nak dijual
Selasa, Februari 05, 2013
Tak hujan tapi lembab
Gong dah mula bergema. Nampaknya semua orang dah mula cerita pasal politik.
Sana sini tertanya-tanya bila pilihanraya. Turut jadi persoalan adalah Anwar bertanding di mana? Ceramahnya di Permatang Pauh tak menarik hadhirin.
Kedudukan PAS yang tergincang dengan isu ugama dan salahlaku yang tak mencerminkan mereka sebagai parti pejuang Islam pun jadi bahan perbualan.
Siapa calun MB bagi BN jika berjaya tawan balik Selangor? Siapa Timbalan PM untuk Pakatan Rakyat? Kenapa DAP, PKR dan PAS tak daftarkan Pakatan Rakyat?
Siapa bakal calun MB untuk Kedah. Mukhriz ke? Atau Bashah?
Bahar baru balik dari mesyuarat pilihanraya di Alor Star. Nampak kelihatan letih dan kecewa. Dia singgah di kopitiam Ah Weng bandar Jitra untuk minum kopi sambil bersembang dengan kawan-kawan untuk menghilangkan keresahan.
Belum pun sempat Bahar duduk, dia dah ditanya Radzi, "Apa yang kau runsing sangat Bahar?".