Jumaat, November 29, 2013

Snow White, Pinochio dan Superman jalan ke pekan


Suatu hari dalam dunia fantasia, Pinocchio, Snow White dan Superman sama-sama keluar berjalan-jalan ke pekan.

Tiba-tiba terserempak satu papantanda tertulis, "Peraduan ratu cantik untuk gelaran wanita tercantik di dunia."

Snow White kata, "Saya nak masuk beradu."

Lepas selan dua , Snow White keluar dan lain-lain tertanya, "Amacam?"

"Tempat pertama," Snow White beritahu dengan senyum.

Rabu, November 27, 2013

Menunggu isteri bersalin


Di lobi sebuah hospital, beberapa orang suami sedang menunggu isteri masing-masing bersalin. Ada yang gelabah dan ada cool menunggu kelahiran bayi. Kegelisahan jelas diriak muka mereka.

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan dan mencari suami pertama.

“Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”

Gembira lelaki tersebut.

Sabtu, November 23, 2013

Rumah paling berhantu di Malaysia


Sejak kisah seorang budak berumur 16 tahun dikatakan hilang memasuki Villa Nabila di Johor Baru, rumah banglo yang ditinggalkan tuan punya menjadi terkenal sebagai rumah berhantu. Ada pula pihak menambah kata 30 budak hilang di Villa Nabila. 

Bukan kata tiada rumah berhantu. Husin ada seorang rakan pernah menceritakan kisah duduk di sebuah castle di Argentina. Dia dan rakan-rakan semua nampak lembaga yang telus cahaya. Besuk, pindah ke hotel hehehe ....

Biasalah kita di Malaysia, timbul cerita Villa Nabila, maka timbullah macam-macam cerita mengenai rumah berhantu yang lain. Ini adalah antara tempat-tempat paling berhantu di Malaysia yang jadi sebutan:

Khamis, November 21, 2013

Drama kes dera di mahkamah Shah Alam


Husin dapat cerita ni dari Outsyed the Box lalu bantu terjemahkan.

Alkisahnya seorang budak lelaki berumur tujuh tahun sedang berada tengah drama di mahkamah Alam Shah semalam. Ia melibatkan seorang budak yang pernah didera ibu bapa.

Budak ini mencabar keputusan mahkamah berhubung hak penjagaan dirinya.


Rabu, November 20, 2013

Dr Mahathir panggil mesyuarat tertutup


Sebenarnya Tun Dr Mahathir sudah lama sedar akan masaalah Menteri-Menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO yang takut bini.

Husin dengar tapi tak boleh konfem. Nak tanya Dr Mahathir pun  segan. Masa kurang sakit, takut nak tanya soalan begini.

Alkisah dari pelapor-pelapor di kedai kopi dan coffeehouse hotel, suatu masa Dr Mahathir cuba nak selesaikan masaalah ini.

Lalu dipanggil semua memanda Menteri dan pemimpin lelaki UMNO ke sebuah stadium untuk mesyuarat tertutup.

Ahad, November 17, 2013

Ahli politik mengenai IT, Pakar IT mengenai hati


Simpulan bahasa Melayu berkata hanya jauhari mengenal manikam. Komala Devi lebih mengenali Maniam. Begitu juga dalam siber dan Internet, biarlah pakar IT yang bercakap.

Dato Ahmad Shabery Chik baru berkata Malaysia berdaya menghadapi pencerobohan siber. Ini adalah usaha untuk menyedapkan hati orang ramai yang dikhabarkan mengenai pencerobohan siber besar-besaran terhadap sistem-sistem kerajaan Singapura. Pelakunya beroperasi dari Malaysia.

Khamis, November 14, 2013

Takut mati pucuk, tak takut mati esok


Saja nak menarik perhatian kepada blog yang dah lama tak dikemaskini.

Bukan cerita kotor yang mahu Husin kongsi. Hanya beberapa pemerhatian yang agak terlalu terus terang tapi ada kebenaran disebaliknya.

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

Khamis, November 07, 2013

Baik-baik bila Wanita kenakan jantan


Kemenangan moral BN dalam kekalahan di Sungai Limau perlu diperakui sebagai sumbangan Wanita UMNO dan tidak ketinggalan Puteri UMNO.

Menurut blog Unspinners sini, UMNO bboleh menang jika pihak Bahagian dan Pemuda tidak gagal mengeluarkan 2,000 pengundi putih.

Naib Ketua Pemuda tidak kota janji membawa 2 ribu sukarelawan untuk hari mengundi.


Sabtu, November 02, 2013

Apa lagi cina mahu? Satu jawapan ....


Penawaran bantuan sebanyak RM2.3 juta kepada beberapa sekolah Cina di Sungai Limau menimbulkan reaksi negatif dari penyokong UMNO dan aktivis pro-UMNO.

Walaupun sebuah sekolah maahad dapat RM350,000 dan beberapa sekolah maahad sudah dapat lebih banyak serta tawaran bantuan itu memang dalam peruntukan belanjawan, jawapan itu susah nak diterima.

Pada PRU13, 97% pengundi cina menolak kesemua calun BN. Namun begitu, tanpa segan silu, pengundi cina seramai 2 ribu lebih di Sungai Limau masih nak memberi senarai tuntutan.

Ini membuat ramai menganggap hanya satu saja jawapan kepada soalan yang diajukan editor Utusan Malaysia, Zulkiflee Bakar: 

Jumaat, November 01, 2013