Selalunya setiap kali dikritik menyalahgunakan ISA, Tun Dr Mahathir akan kata dia lepaskan tahanan ISA sebaik naik jadi PM.
Maka sebaik sahaja naik jadi PM, Dato Najib juga ikut jejak langkah Mahathir yang merupakan mentor padanya untuk lepaskan tahanan ISA. Malah dia pertingkatkan contoh baik Mahathir hingga dia hapuskan ISA dan batalkan EO.
Agak kecewa bila diketahui bahawa Mahathir yang kini sudah lebih liberal dalam serba serbi bukan orang yang sebenarnya bertanggungjawab tahan ramai orang bawah ISA. Dia kata mantan Timbalannya dalam Kementerian Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid yang arah dan dia ikut saja.