Isnin, Februari 20, 2012

Shahidan mahu Islam di Malaysia hebat


Husin pergi ke satu perjumpaan ilmu sepanjang hari minggu.

Dalam satu sesi bersama Menteri JPM, Dato Jamil Khir, mantan MB Perlis, Dato Shahidan Kassim yang sedia datang hanya sebagai peserta seperti kami semua, bangun menimbulkan isu.

Dia kata, "Kenapa Islam di Malaysia tidak sehebat di Thailand, tidak sehebat di Indonesia, tidak sehebat di Singapura, tidak sehebat di Brunei, tidak sehebat di Cambodia, tidak sehebat di Vietnm, tidak sehebat di Fiji, tidak sehebat di Tonga ..."

Hairan satu dewan bila mendengar Islam di malaysia yang pernah dipuji sebagai negara Islam contoh tidak sehebat Islam di Tonga. adakah orang Islam di Tonga?

Shahidan bersambung, "Macam mana nak hebat jika sesuatu yang halal tidak dihalalkan?"

Apa dia menatang halal tidak dihalalkan.

"Susah sangat nak nikah hingga perlu isteri sign borang!"

Itu rupanya tak hebat.... Macam mana Pak Menteri nak jawab?

Habis saja beberapa orang lain bertanya soalan, moderator menjemput Pak Menteri menjawab.

"Saya tahu di Malaysia, kita ada macam-macam masaalah seperti murtad, Islam plural, liberalisma, seks bebbaas, dan lain-lain. Tak tahu pulak Islam di Tonga lebih hebat... kat situ rupnya tak hebat.

"Beginilah ... nabi ada berkata dalam hadisnya .... (Husin tak ingat) .... perbezaan pendapat itu membawa rahmat," kata Jamil Khir.

Kot mana dia nak kornar ni?

"Begitu juga undang-undang yang berbea-beza di negeri-negeri ada rahmatnya. Kalau tak boleh kat Selangor, boleh pi ke Perlis."

Bertepuk peserta mendengar Jamil menjawab sekali dua soalan.

Pasal sebelum itu juga, Shahidan juga turut meninmbulkan perlunya keseragaman enakmen dan undang-undang syariah untuk seluruh Malaysia.

Mantap ....

16 ulasan:

  1. Sabihus Semak10:31 PG

    Kekuatan Islam bergantung kepada kekuatan siasah.

    Kita perlu kekalkan keramaian penduduk Islam di Malaysia untuk kekalkan kuasa.

    Islam perlu dihebatkan dari produk amalan malam jumaat yang banyak dan sihat!

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama12:06 PTG

    pak husin,

    yg tanya soalan tu pun rebuih tak hempok..

    diakan boleh jd mcm2, sat ulama, sat mau MB, sat NGO2, sat chairman olahraga.. semua dialah.

    ckp pandai sgt.. suruh atlit olahraga kita tutup aurat dulu.. baru mai ckp bab lain.

    ni susah bila umno ada pemimpin mcm ni yg bermahzahab wahabi+hadhari. semua dia pandai. ni ada la nak tunjuk kat org ramai yg org mcm dia ni masih diperlukan lagi.

    tok dan oiiii.. sudah2 la. bagi la org lain sama. asyik hg saja. hg pun bukan maksum.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama2:19 PTG

    Dalam banyak2 soalan tu yang ditanya,bangang punya pemimpin....

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama3:16 PTG

    aku pung hairan soklan tu..hahahahah

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama3:54 PTG

    Abe Husin,

    Plet No Kereta orang menikah satu:
    ADE 103. Tok laki ambo menikah empat, plet no kereta dia: DAH 4.


    Nik Rahmoh

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama5:17 PTG

    pak usin klu betul apa yg kau tulis, apa punya samdol lah bekas MB ni , tapi klu hg buat lawak aku sama gelak

    BalasPadam
  7. Pak Belalang7:09 PTG

    lantik aje Shahidan ni jadi menteri nikah khawin.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama10:44 PTG

    Tuan Haji..., itulah soalan dari seorang yang menganggap dirinya hebat dengan soalan yang dianggapnya amat hebat tapi dia bukanlah sehebat mana pun!!!. Mengambil ungkapan ayat 'Sheikh Imran Husein" seorang ilmuan Islam terkenal : You don't need someone with a PHD to answer this stupid question. Suffice with someone at the Primary level.

    BalasPadam
  9. Menteri Ugama sejak PM pertama hingga sekarang tetap jadi 'boneka', tak boleh buat apa2.

    Jamil masa jadi penceramah bebas dulu, cakap berhabuk..bila pegang jawatan..habuk pun tarak.

    Penyakit yang sama dah hinggap pada PAS, Majlis Ulama dan Syuranya dah jadi tonggangan Anwar dan DAP.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama8:03 PG

    kadang2 isu yang ditimbulkan tak perlu serius dan tepat sangat, boleh juga diselitkn jenaka.

    kita suka berjenaka mengenai kahwin dua jadi menggunakan jenaka itu di menimbulkan isu birokrasi dalam pengurusan ugama dan kekangan kepada sesuatu yang sudah dihalal mengikut hukum.

    Isu birokrasi atau adat jelas. pasal bapa tak kasi date, eorang anak perempuan putus cinta dan tak boleh kahwin. ini datin rahimah punya kerja kat anak tiri.

    sesuatu yang halal tapi kita pulak merepek2 pakai dna test lah apa, tabasco yg dibuat dari lada, cuka dan bahan halal jadi haram.

    perlukah dalam islam melihat hingga sehalus dna untuk tahu halal dan haam sesuatu bahan makanan?

    ini perlu dibahaskan kerana bukankah yang jelas dah mencukupi???

    orang zuhud tak begini ccara nak capai halal toyyiba. dok sebuk halal, sampai toyyiba yang lebih penting tertinggal

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama4:40 PTG

    hehehe aku suka apa yg kluang man tulis lebih2 lagi yg para 3 tu . betul bebenar

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama10:16 PTG

    Bekas MB tu saja perli menteri agama, pasai duit zakat pun dia boleh rembat.Ada kuasa dia halang nak jalankan hukum islam.Macam mana nak mai hebat!

    BalasPadam
  13. Salam... terbaik pak husin!

    BalasPadam
  14. 132 Ahli Parlimen BN
    303 ADUN BN
    57 Ahli MKT UMNO
    36 J/kuasa Wanita UMNO Malaysia
    33 J/Kuasa Pemuda UMNO Malaysia
    39 K/kuasa Puteri UMNO Malaysia

    Hanya 1 ADUN/ahli MKT yang mampu meluangkan masa dari awal sampai habis di Himpunan Ulama, Cerdekiawan Islam dan Penulis Maya (Bloggers) walaupun tidak ada jemputan rasmi kepada beliau..

    Syabas buat Dato' Seri Shahidan Kassim..!

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama2:52 PTG

    di zaman nak dapat yang haram tu amat mudah..mudahkan lar nak dapat yang halal...bukan semakin menyusahkan...

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama5:19 PTG

    usin ... aku ada ramai kekawan yg sibuk pasal hal. menyusahkan dgn peraturan birokrasi dan mcm2 mrk kata. aku tanya mrk satu saja... ada berani. klu peraturan memudahkan tapi tak berani tak usah cakap banyak ........ Ana MADU 3. ada berani!!!!!

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.