Jumaat, Februari 14, 2014

Pakar strategis kedai kopi berbincang


Nampaknya tiada wakil rakyat yang meninggal dunia, sudah ada pula pilihanraya kecil. Bukan satu saja di PRK Kajang, tetapi mungin dua sekali gus pada tarikh yang sama tarikh dengan PRK  Bailingan Sarawak juga.

Kedai kopi pun turut hangat membincangkan isu BN nak hadapi dua pilihanraya kecil serentak.

Abu: Salah ... Anwar Ibrahim mempermainkan proses demokrasi untuk main sesuka hati arah wakil rakyat letak jawatan dan dia nak tanding. Ini bukan sekali tapi dah berapa kali PKR buat PRK sesuka hati. Penanti, Permatang Pauh ...

Faisal: Alah UMNO pun pernah buat dulu masa Mat Taib ditangkap dengan beg penuh duit di Australia. Padanlah dia buat gitu, dia orang PAS ...

Rosli: PAS pulak nak dikenakan ... Masa tu dia UMNO ye...


Abu: Anwar tu raja rasuah dan politik wang

Rosli: Masa dalam UMNO juga kan?

Abu: Memang dasar parti pembelit...

Rosli: Ha ha ha ... gitulah UMNO

Abu, Faisal: He he he he ...

Rosli: Cakap betullah ... Aku tengok UMNO ni lembab saja. Macam membiar saja dikangkungkan. Bila kena kangkung, marah ... tu ajer reaksi orang UMNO. Takde orang cerdik yang pakar media atau propaganda untuk jawab dan kenakan balik Pakatan

Abu: Anwar dah start kempen dengan Melayu di Kajang. Dia tahu undi cina 40% dah pasti dalam poket. Yang dia risau adalah undi Melayu. Untuk dapatkan majoriti meningkat lebih 10 ribu, kena target Melayu. UMNO pun ikut peraturan sangat .... SPR pun kata boleh pulak Anwar berkempen sebelum pilihanraya.

Faisal: Undi Melayu tentu split dan kalau BN nak kurangkan majoriti Anwar, mesti letak MCA. Kasi can dia kuatkan balik parti. Mana tau boleh dapat sikit undi Cina.

Rosli: Tapi ada Melayu nak Melayu dicalunkan dan perasan calun Melayu boleh dapat semua 48% undi Melayu...

Dahlah peduli semua itu. Persoalan yang aku rasa perlu kita firkirkan adalah strategi UMNO.

Mat Maslan jadi contoh turun padang
Faisal: Apa salah strategi Mat Maslan? Bukankah kita menang PRU13?

Rosli: Kau ni kalau nak buat lawak, aku sepak kang... Mat Maslan ada strategi untuk PRU13?

Faisal: Ada ... SMPPSS.

Rosli: Apa jadahnya tu?

Faisal: Kerja kuat Siang Malam Pagi Petang Subuh Senja

Rosli: Kalau itu namanya strategi, padanlah bawah Tok Najib hanya 133 kerusi. Pak Lah sambil tidor pun boleh dapat 140 kerusi. Bukan nama strategi kalau hanya kerja kuat. Mestilah ada impak yang di fokus dan dituju. Apa kerja-kerja untuk capai fokus dan tujuan tu.

Faisal: Betul betul ... tu pasaal untuk PRU 14 kelak ada strategi baru KBSMM

Rosli: Jadah apa pulak kali ini...

Faisal: Kenduri Kahwin Sakit Mati Bersalin

Abu, Rosli, Faisal: Muahahaha ....

Rosli: Hahahaha ... inilah masaalah UMNO.... haha...


Sebenarnya UMNO ni dah ada kebolehan, kepakaran dan pengalaman. Tapi sesama sendiri ada banyak sangat cemburu jadi dipilih orang luar yang tak tahu apa-apa atau mana-mana dunggu yang diterima ramai jadi ketua.

Faisal: Rosli ... masaalah UMNO serupa sebuah orkestra Melayu. Kita dah ada seksyen main biola yang baik. Seksyen main alat musik seruling dan clarinet yang dah baik... biasalah pemuzik kasik semua dah terer baru boleh main  orkestra.

Seksyen alat gendang dan percussion dah ok ... Tinggal cari konduktor untuk pastikan semua yang terer-terer ni dapat main bersama dengan baik dan sedap.

Abu: Mat Maslan kan konduktor?

Satu hari ...kamulah konductor
Faisal: Tapi UMNO ambil budak susun kerusi orkestra sebelum show yang dijadikan konduktor.

Abu, Rosli, Faisal: Hehehehe ...

Abu: Aku orang Pontian tau

Rosli, Faisal: Kikiki ...

Rosli: Kalau tak budak susun kerusi, pencen PKR. Macamlah yang setia dengan UMNO  takde yang tahu buat

Abu: Abis pemain muzik gaduh sesama sendiri. Cemburu pasal duit, upah dan saguhati tak renti-renti... macam mana nak pilih konduktor antara mereka. Mat Maslan yang terbaiklah.


Kau tengok dia kasi penerangan mengenai GST. Pendekatan baru ..... macam artis. Sampai turun pentas

Rosli, Faisal: Hahaha ...orang mengantuk perlu dikejutkan


Abu: Strategi yang Mat Maslan sebut tu adalah untuk orang bawah. Dia minta pemimpin dan ahli UMNO dekati rakyat. Suruh kerja kuat dia orang tak tahu apa yang perlu kerja. Jawa-jawa ni dah salah paham lalu dia hanya kerjakan macam-macam.

Kali ni Mat Maslan jelaskan apa dia kerja.

Rosli: Sayang kamu AP kamu ye ...

Abu: Mesti

Wow! Pakar strategis kedai kopi ... salah silap anda dijualnya

6 ulasan:

  1. sori lag Usin... tak menarik posting kali ni

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama7:50 PTG

    Ini sinis untuk orang yang paham ... takpe lama-lama harap kamu dapat paham kamaron

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama10:32 PG

    Betul tu..tak faham aku..level tinggi punya kutukan..

    BalasPadam
  4. Hahaha.....

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama11:37 PTG

    Pasal GST.

    Semua penerangan pasal GST di radio dan TV tu tak de pun ditunjukkan bagaimana GST beri manafaat kepada Rakyat. Bertambah confuis ade.

    Kita hanya nak tahu jika pergi McD kita bayar RM30 sekarang, bila ade GST adakah masih perlu bayar RM30 ? Kenapa ?

    Jika harga McD itu akan jadi kurang dgn GST barulah GST tu dikatakan beri manafaat kepada Rakyat. Setuju ?

    Jika harga McD tu menjadi lebih mahal lepas adanya GST, maka semua menteri cabinet kena turun padang dan jawap kenapa harga barang akan bertambah mahal !!!

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama10:35 PG

    pagi ni mat maslan kasi briefing pasal gst pada blogger

    hmmm..

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.