Rabu, Februari 27, 2013

Penyelesaian pencerobohan Lahad Datu


Pencerobohan sekumpulan yang mengaku sebagai tentera diraja Sulu ke Lahad Datu membawa satu masaalah kepada pihak kerajaan. Malaysia.

Dipercayai sebahagian dari mereka adalah tentera pembebasan bangsa Moro bawah MNLF yang dipimpin oleh Nur Misuari. 

Sultan Jamalul Kiram III yang kononya adalah waris Sultan Kesultanan Sulu tampil ke hadapan dan mengaku mereka adalah pengikutnya.

Bila diminta pulang dengan aman, dia enggan berbuat demikian atas alasan ...

Selasa, Februari 26, 2013

Nak bangun pun susah


Sejak awal bulan, sudah ada kerancakan BN Kedah mainkan isu. Isu Pedu, isu KUIN, isu Madrasah Salsaliah, kewangan kerajaan negeri, dan lain-lain.

Begitu rancak hingga PAS sama PAS pun mula kelahi nak gugurkan Azizan. BN pun lebih kurang juga. Harapan nak menang dah ada tapi cantas mencantas sesama sendiri sudah mula berlaku.

Lepas penat kerja kempen, Bahar pun pergi ke kedai Ah Weng untuk minum dan bersantai dengan kawan-kawan.

Sesampainya saja, Ayim yang selalunya agak tiumbang rasa dalam bersembang dah teriak, "Wah Bahar ... nampaknya tak lagi tak hujan tapi lembab."

"Syukur ... ada perubahan sedikit. Namun banyak lagi perlu dilakukan. Tak boleh bersenang lenang," Bahar jawab dalam mood yang masih tak berapa gembira.

Radzi sedar lalu bertanya, "Apa lagi yang tak kena ..., Bahar?"

"Nampak dah gerak, baguih lah tu ...," Ayin memberi pandangan sebelum Bahar boleh berkata apa-apa.

Jumaat, Februari 22, 2013

Puh ... setia dengar tazkirah Tok Guru


Berapa ribu ekar dapat Ladang Rakyat tu nanti....




Rabu, Februari 20, 2013

Rabu, Februari 06, 2013

Tak tahu jangan komen ... nampak bengong


Pencen sebelum orang benci. Nanti diberhentikan ... malu.

Wow! Kalau bengong sangat, tak laku nak dijual

Selasa, Februari 05, 2013

Tak hujan tapi lembab



Gong dah mula bergema. Nampaknya semua orang dah mula cerita pasal politik.

Sana sini tertanya-tanya bila pilihanraya. Turut jadi persoalan adalah Anwar bertanding di mana? Ceramahnya di Permatang Pauh tak menarik hadhirin.

Kedudukan PAS yang tergincang dengan isu ugama dan salahlaku yang tak mencerminkan mereka sebagai parti pejuang Islam pun jadi bahan perbualan.

Siapa calun MB bagi BN jika berjaya tawan balik Selangor? Siapa Timbalan PM untuk Pakatan Rakyat? Kenapa DAP, PKR dan PAS tak daftarkan Pakatan Rakyat?

Siapa bakal calun MB untuk Kedah. Mukhriz ke? Atau Bashah?

Bahar baru balik dari mesyuarat pilihanraya di Alor Star. Nampak kelihatan letih dan kecewa. Dia singgah di kopitiam Ah Weng bandar Jitra untuk minum kopi sambil bersembang dengan kawan-kawan untuk menghilangkan keresahan.

Belum pun sempat Bahar duduk, dia dah ditanya Radzi, "Apa yang kau runsing sangat Bahar?".


Selasa, Januari 22, 2013

Wawa, Rara, Nina, ... Wow!


Husin membaca kisah ahli ekonomi yang cuba membuat ramalan politik dan akhirnya majikannya hilang sabar dan samannya kerana membocorkan rahsia Bank kepada orang luar.

Ahli ekonomi ini bernama Azrul Azwar Ahmad Tajuddin tapi Rocky Bru asyik panggilnya Wawa. Eksyen nak saman blogger. Ahirnya bakal disamn bawah BAFIA.

Baca kisah Wawa di sini, sini, sini dan sini.

Selasa, Januari 15, 2013

Gegaran gempabumi dirasai penduduk Hulu Klang


KUALA LUMPUR: Penduduk pangsapuri Hulu Klang, Kuala Lumpur memberitahu merasai satu gegaran gempabumi pada malam tadi ketika sedang tidor.

Namun pihak Jabatan Metoroloji menafikan ada gegaran sedemikian dikesan di seluroh Kuala Lumpur.

Agensi Husin Lempoyang menerima banyak panggilan dari penduduk-penduduk dari kawasan Hulu Klang, Kuala Lumpur berhubung kejadian ini.

Gegaran tersebut dikatakan berlaku pada lebih kurang pukul 1:00 pagi malam tadi dan berlangsung selama 20 saat. Perabut-perabut rumah saja yang bergegar-gegar.

Paling banyak yang melaporkan kejadian tersebut adalah dari penduduk pangsapuri-pangsapuri di AU3 dan Kem Wardieburn serta kondo-kondo baru di Taman Melawati.

Tiada sebarang kemalangan dilaporkan.

Sabtu, Januari 05, 2013

PAPA umum 'duit hangus' ambil amah


PAPA, persatuan yang mewakili agensi-agensi pengambilan amah asing telah mengumum menenetapkan harga RM6,700 bagi menggaji amah asing.

Oh ... barulah Husin faham pengambilam amah untuk membantu suri rumah berkait rapat dengan Papa.

Nampaknya RM6,700 baru duit hangus. Belum lagi mas kahwin, hantaran dan lain-lain .... eh eh kelain pulak.

Rabu, Januari 02, 2013

If NOT happy ...



Tidak terlambat nak ucapkan

Happy New Year

If not happy, wait another year.


Husin Lempoyang

Isnin, Disember 31, 2012

PANAS ... Video rogol mantan Speaker V Sivakumar


Pada mulanya video itu tidak jelas rupa pelaku rogol itu menyerupai Sivakumar.



Muncul pula video rogol mantan Speaker Perak


Sebaik saja timbul skandal tanah-untuk-jawatan MB di blog Pisau dan turut juga muncul di sidang Dewan Undangan Negeri Perak, mantan Speaker DUN Perak dan ADUN Tronoh telah membuat sidang akhbar mendedahkan mengenai satu video seks yang dipercayai melibatkan Speaker DUN,  Datuk Ganesan.

Selama beberapa hari, orang ramai tertanya-tanya dan ingin melihat video tersebut sebelum menyatakan pendirian masing-masing.

Ahad, Disember 30, 2012

Boleh jual iklan


Takkan tak boleh jawab di media alternatif pembangkang? Macam-macam alasan.

RTM mesti tidak berani beri Hadi peluang dengan Rais Yatim begitu konservatif. Namun begitu, sebagai TV swasta, TV3 boleh ambil peluang.

AMbil peluang jual ruang iklan ubat kuat.

Wow! Jual iklan akan jual orang