Rabu, Julai 15, 2009

Stimulus Package pindah ke mana pula?


Walaupun PAS menang hanya 65 undi lebih di Manek Urai, kedua-dua pihak mendapat apa yang mereka mahu. PAS dapat pertahankan kerusi mereka. UMNO dapat buktikan pengaruh PAS dan Pakatan Rakyat sudah menurun. Cara Nik Aziz berkempen pun boleh membuat orang benci.

Akhbar menyiarkan pelbagai janji untuk Manek Urai. BN tidak datang untuk menjatuhkan kerajaan Nik Ajis tetapi hanya berjanji mahu bawa pembangunan untuk Manek Urai. Banyak sekolah dapat peruntukkan naik taraf.

Selain Stimulus Package, baik UMNO dan juga PAS pun ada hadiah Stimulus Package untuk pengundi. Fatwa Nik Aziz benarkan ambil.

PRK Manek Urai sudah selesai.

Sekarang MP dan ADUN mana patut "mati" untuk Stimulus Package sampai segera ke kawasan mereka? Kalau tak ada yang "mati", ADUN dan MP yang mana mahu di kasi "mati"?

Dengar-dengar Azmin Ali da da da dan Za Za Zaid Ibra ra ra rahim su su su dah ada ran ran cang cang cang cangan ... AMK pun sudah mula meroyan.

Selasa, Julai 14, 2009

Estrada lawat Zoo Negara dengan Anwar

Bekas President Phillipnes, Joseph Estrada memang diketahui ramai adalah President boneka caturan CIA.

Dia adalah President Phillipines semasa Anwar ditangkap kerana liwat pada tahun 1998 dan mengkritik Malaysia di atas tangkapan Anwar semasa itu.

Apabila Estrada diguling dan ditahan atas kesalahan korupsi, Anwar pula membalas budi dengan menyeru pembebasan Estrada pada tahun 2007.

Pada Julai 2008, kedua-dua ikon demokrasi kononnya dapat bertemu setelah kedua-dua mereka kini bebas. Wan Azizah pun ikut sama untuk bertemu dengan Corazon Aquino di Manilla.

Anwar menyanyi lagu "It's Now or Never" dalam Majlis itu tapi gagal untuk melakukan rampasan kuasa pada September 16, 2008. Estrada akan terus membantu usaha CIA dengan bertanding pada tahun 2009 ini.

Anwar menjemput Estrada datang ke Malaysia. Dalam diam-diam dia datang pada awal tahun ini. Semasa lawatan itu, Estrada meminta Anwar iringinya untuk melawat Zoo Negara. Katanya, dari kecil dia memang suka melawat Zoo. Semasa dia Presiden, dia tak dapat melawat Zoo negara-negara yang dilawatinya. Anwar setuju.

Esok harinya Estrada dan Anwar pergi melawat Zoo Negara di Hulu Kelang. Sampai ke satu sangkar, Orang Utan membuat satu isyarat mencarut dengan kakinya seolah-olah ingin memberitahu sesuatu kepada Estrada mengenai Anwar.


Anwar rasa malu melihat tingkah laku Orang Utan. Estrada faham apa yang diberitahu oleh Orang Utan itu dan akan sampaikan kepada President baru Amerika Obama. Obama mungkin tidak lagi menyokong Anwar.

Saja aja dia tanya Anwar, "What is the Orang Utan trying to tell?"

Anwar menjawab, "Oh... I don't know what Najib's intention to instruct the trainer to teach the Orang Utan that. He is always conspiring against me. Traditionally, that gestures mean good bye."

Estrada mengangguk-angguk konon menerima penerangan Awnar tetapi dia faham sudah maksud Orang Utan. Supaya Anwar tidak terasa malu, Estrada si playboy membalas, "I like that. Very good hand gesture."

Esok hari Estrada balik. Semasa di Airport dan lepas bersalaman dengan Anwar, dia pun berjalan menuju ke pintu departure. Dia berpaling dan lakukan dengan tangan seperti isyarat kaki Orang Utan ke arah Anwar dengan tujuan nak kata terima kasih. Anwar tak mahu rasa malu, dia pun balas isyarat yang sama.

Orang ramai yang melihat garu kepala melihat mereka berdua carut mencarut. Seorang playboy dan seorang lagi ada kes liwat.

Ahad, Julai 12, 2009

Kuda Chedet lawan Kuda Utusan Malaysia

Ini kuda Chedet. Dah dekat 70,000. No menang jauh ni.


Bawah ni kuda Utusan. Tengah jauh tertinggal. Undi jumlah baru 6,000. Leading lebih skit


Campuq, tertinggal juga.

Pi lah sini dan sini untuk tolong kuda masing-masing.

Sabtu, Julai 11, 2009

Nasha N Aziz di atas pentas sama


Ana maksudkan Nasha Aziz. Betullah Nasha Aziz sedang menggayakan dan meragakan pakaian di atas pentas sama dengan peragawati-peragawati lain. Ohhh how lovely ... hehehe

Pasti ada antara ente-ente yang ingatkan ianya mengenai Nasha dan Nik Aziz. Memang katanya Nasha akan berada atas pentas yang sama dengan Nik Aziz di Manek Urai. Sudah ada pula kata dia sudah berada di Kota Baru dan akan muncul di Manek Urai.

Ini semua politik bodoh tetapi inilah realiti politik. Ia bukan berlaku dalam PAS, tetapi hampir dalam semua parti politik di Malaysia. First world facility, third world politics. Politik yang masih berdasarkan personaliti dan bukan kepimpinan, agenda dan program.

Tengah sibuk dan serius pilihanraya untuk rakyat memilih wakil untuk ke Dewan Undangan Negeri, ada pula cerita-cerita dalaman politik. Apa kena mengena Nik atau Nasha? Yang bertanding Fauzi dan Tuan Aziz.

Isunya siapa yang layak antara dua.

Tak ada cerita mengenai taraf seorang pegawai Kesedar dan sorang peraih ikan. Tak ada cerita sorang berpelajaran dan sorang tak cekap membaca. Bawah kacamata demokrasi semua sama.

Dalam pengamalan demokrasi, apa yang penting sangat semua ruang kosong dipenuhi oleh poster dan bendera parti? Letak beberapa poster calun ditempat tertentu cukuplah. Berlebih macam amalan sekarang adalah membazir.

Yang penting mereka dapat liputan untuk memberitahu mesej masing-masing dan pengundi pilih. Mereka boleh ceritakan track record masing-masing. Ragakan apa yang menjadi pakaian politik mereka cukuplah. Macam model pula ye.

Abendalah cerita Nik Aziz dan Nasha perlu berada atas pentas sama. Bukan mereka bertanding. Nak jadi model pula nak hiasi pentas.

Baiknya Pak Lebai yang menghiasi pentas, ia tidak menarik sugar daddy yang membiang.

Wow! Ana jual orang tapi terjual orang nak jadi Arab.

Khamis, Julai 09, 2009

Anak manusia, Anak lembu


Ini cerita ana jumpa di sini mengenai perbualan antara lembu dan ayam. Boleh buat tauladan.

Ayam: Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu: Kenapa kau kata macam tu?

Ayam: Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu: Hah! Buat apa pulak?

Ayam: Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku. Macamana aku nak dapat anak!

Lembu: Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam: Maksud kau?

Lembu: Aku ni. Kalau fikirkan nasib, aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam: ... (Tak terkata apa-apa!)

Ana terfikirkan anak-anak manusia yang sekarang terlalu bergantung pada susu tin dan kurang mendapat susu ibu.

Padan ibu-ibu dan bapa-bapa pening memikirkan sikap dan perangai anak-anak muda sekarang. Rupanya bukan anak mereka tetapi ANAK LEMBU.

Jangan marah, nanti kena jual.

Rabu, Julai 08, 2009

Sankara Niaya dengan wartawan


Perbicaraan Anwar Ibrahim patut bermula hari ini tetapi ditangguh kali kedua kerana Ketua Peguambela, Sulaiman Abdullah sakit. Berikut adalah kenyataan dari jurucakap pasukan peguambela Anwar, Sangkara Niaya:

Sankara Niaya: Saya hanya ada sedikit kenyataan saja. Pendengaran kes tidak dapat diadakan hari ini sebab ketua peguambela, Sulaiman Abdullah sakit. Dia tidak dapat datang dan ada kasi surat cuti MC kepada hakim. Hakim telah tetap tarikh mahkamah ditangguh kepada hari Rabu minggu hadapan, Julai 15hb.

Wartawan 1: Sulaiman sakit apa?

Sankara Niaya: Tidak kami tidak ada buat-buat. Dia sakit butul...

Wartawan 1: Tidak, nak tahu sakit apa saja?

Sankara Niaya: Dia sakit purut hari itu. Itu yang ditangguh dari Julai 1hb ke hari ini. Dia ada perigi Pantai tapi jatuh lepas keluar dari Hospital Pantai. Sekarang dia sudah masuk HKL. Itulah tempat yang patut untuk buat lapoiran forensik tapi kami hanya sebut pasal laporan Pusrawi.

Wartawan 2: Adakah benar Dato Seri Anwar akan berlepas ke Perth pada 11 Julai ini?

Sankara Niaya: Itu tidak patut. Itu telah melanggar hak asasi manusia. Dia berhak sebagai Ketua Pembangkang dan Wakil Rakyat untuk travel. Kerajaan perlu percaya bahawa dia seorang bertanggungjawab.

Wartawan 2: Pegi ke?

Sankara Niaya: Kami masih menunggu kebenaran dari mahkamah.

Wartawan 1: Adakah Sulaiman menghadapi gastrik atau lain-lain sakit yang agak serius?

Sankara Niaya: Oh itu saya tidak tahu. You tahulah sakit perut paling senang dapat MC. Doktor pun tak boleh verify.

Wartawan 3: Adakah Sulaiman Abdullah dijangka sedia untuk bertugas minggu hadapan dan tidak ada lagi tangguh-tangguh tarikh?

Sankara Niaya: Oh ... saya rasa dia boleh sihat minggu depan. Tapi saya tidak jangkakan mahkamah dapat mula bicara lagi.

Wartawan 3: Kenapa?

Sankara Niaya: Saya pun kurang sedap badan. Saya macam rasa mahu sakit minggu depan ...

Wartawan 4: Awak pun mahu MC ke minggu depan?

Sankara Niaya: ... Takpa takpa ... Terima kasih. I have to go now ...

Selasa, Julai 07, 2009

Tukang kempen yang tersohor


Tun Ghaffar sudah beberapa tahun meninggal dunia. Walaupun dia kelihatan seorang yang simple, tetapi jasanya banyak. Diplomasi adalah kekuatannya. Masa MCA berbalah sesama sendiri, Ghaffar pernah menjadi Pemangku Presiden MCA.

Kekuatan Ghaffar adalah dalam berceramah ke akas umbi. Tiada pilhanraya kecil tanpa Ghaffar turun berceramah. Walaupun dia ditewaskan dari jawatan Timbalan Presiden, dia tetap setia dan terus berkhidmat untuk parti. Tak ada bukak parti baru dan lawan balik.

Ada satu masa lepas dia sudah tak ada jawatan dan badan mula uzur, dia turun ke satu tempat untuk kempen bagi BN. Dia dah tak boleh cakap dengan banyak. Dia naik pentas dan beri salam dan beri mukaddimah.

Langsung ditanya: "Tuan-tuan dan puan-puan ni, nak hidup atau nak mati?"

Orang diam saja. Diulang: "Nak hidup ke atau nak mati?"

Orang pun menjawab nak hidup. Ada laung tak mahu susah hidup. Langsung dia terus berkata: "Kalau nak hidup, undilah Barisan Nasional. Kalau nak ..."

Selesai dia terangkan soalan dan jawapan dengan ringkas, terus dia duduk. Itu saja dia cakap. Tak ada konsep ini. Tak ada janji apa. Tak ada cerita gagasan.

Pembangkang dapat undi 80 saja.

Tak payah pakai blogger, cybertrooper, SMS, risalah banyak-banyak, dan menoreh subuh-subuh. Pasal orang mudah paham apa yang ingin disampaikan. Pasal orang percaya pada orang yang bercakap.

Nak gi Manek Urai, mesti pahe dan kecek Kelate. Dema pahe, mudoh cayo.

Kalu dok, mu jale-jale sokmo.

Isnin, Julai 06, 2009

Kaedah PRK segerakan Pekej Ransangan Ekonomi setempat

PUTRAJAYA Julai 6hb: Pekej Ransangan Ekonomi (PRE) boleh dipercepatkan melalui kaedah tertentu, kata Menteri Kewangan Kedua Dato Ahmad Husni Hanazlah ketika mengulas anggapan ramai mengenai kelambatan pekej ransangan ekonomi.

Husni menyangkal tuduhan pekej ransangan ekonomi yang diumumkan Menteri Kewangan di Parlimen pada suku akhir tahun 2008 untuk menghadapai kemelut ekonomi global. PRE berkait rapat dengan Danajamin yang belum beroperasi lagi.

Namun demikian, kata Husni, kerajaan sedia memberi perhatian istimewa untuk tempat-tempat tertentu melalui kaedah Prosedur Ransangan Khas (PRK) di bawah PRE. Kaedah PRK telah dibuat di beberapa tempat seperti Penanti, Bukit Selambau, Bukit Gantang, dan Batang Ai.

Terbaru adalah di Manek Urai yang mana penamaan calun telah dilaksanakan pada pukul 10 pagi tadi.

Kaedah PRK adalah satu usaha bipartisan yang mendapat sokongan kuat dari Pakatan Rakyat (PR). Selain Kuala Terengganu, kebanyakkan insiatif PRK diusahakan dari kawasan yang mempunyai wakil rakyat PR.

Pengorbanan PR dalam menyegerakan PRE ke kawasan-kawasan mereka amat disanjungi. Sebagai contoh, PAS telah mengorbankan dua wakil rakyat untuk menyegerakan PRE ke kawasan-kawasan mereka.

Parti Keadilan Rakyat telah mengorbankan kerusi yang diduduki Presiden parti. Kini mereka mengenal pasti beberapa kawasan-kawasan untuk kaedah PRK seperti di Kelana Jaya dan Bandar Tun Razak yang menghadapi masaalah-masaalah wakil rakyat yang bisu di Parlimen dan gagap.

UMNO agak lambat dan masih terkial-kial merancang dan mengenalpasti kawasan-kawasan yang perlu dikorbankan wakil rakyat. Satu kawasan yang menghadapai wakil rakyat yang bisu dan tidak pernah bercakap di Parlimen telah dikenalpasi.

Parti komponen Barisan Nasional sedang digalakkan mengenalpasti kawasan-kawasan yang boleh disegerakan PRE. - Agensi Husin Lempoyang

Ahad, Julai 05, 2009

Cara Malaysian berbahasa atau ...

Sahabat ana kata cara Malaysian berbahasa Inggeris agak terlalu mudah, pendik, tepat, dsb. tetapi efektif. Dia bandingkan dengan cara orang Briton berbahasa seperti dalam contoh-contoh yang diberi melalui e-mel berikut:

WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS
Britons:
I'm sorry, Sir, but we don't seem to have the sweater you want in your size, but if you give me a moment, I can call the other outlets for you.
Malaysians: No Stock.

RETURNING A CALL
Britons:
Hello, this is John Smith. Did anyone page for me a few moments ago
Malaysians: Hello, who page?

ASKING SOMEONE TO MAKE WAY
Britons:
Excuse me, I'd like to get by. Would you please make way?
Malaysians: S-kew me

WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY
Britons:
Hey, put your wallet away, this drink is on me.
Malaysians: No-need, lah.

WHEN ASKING FOR PERMISSION
Britons:
Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter
through this door?
Malaysians: (pointing the door) Can ah?

WHEN ENTERTAINING
Britons:
Please make yourself right at home.
Malaysians: Don't be shy, lah!

WHEN DOUBTING SOMEONE
Britons:
I don't recall you giving me the money.
Malaysians: Where got?

WHEN DECLINING AN OFFER
Britons:
I'd prefer not to do that, if you don't mind.
Malaysians: Don't want la ...

IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION
Britons:
Err. Tom, I have to stop you there. I understand where you're coming from, but I really have to disagree with what you said about the issue.
Malaysians: You mad, ah?

WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE.
Britons:
Excuse me, but could you please ! lower your voice, I'm trying to concentrate over here.
Malaysians: Shut up lah!

WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU.
Britons:
Excuse me, but I noticed you staring at me for some time. Do I know you?
Malaysians: See what, see what?

WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION.
Britons:
We seem to be in a bit of a predicament at the moment.
Malaysians: Die-lah!!

WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED
Britons:
Will someone tell me what has just happened?
Malaysians: Wat happen Why like that ...?

WHEN SOME ONE DID SOMETHING WRONG
Britons:
This isn't the way to do it here let me show you,
Malaysians: like that also don't know how to do!!!!

WHEN ONE IS ANGRY
Britons:
Would you mind not disturbing me
Malaysians: Celaka u

Pandai saja rakan ana mengaku Malaysian.

Malaysian sebenar berbudaya ketimuran yang tinggi. Malaysian sebenar berbudi bahasa dan tinggi nilai kesopanan. Malaysian sebenar tahu hidup bertolak ansur, berkompromi, dan bertoleransi. Malaysian sebenar sentiasa jaga hati orang lain. Malaysian sebenar tahu menghargai budi orang.

Bahasa macam begini bukan Malaysian tapi bahasa Malaysian Malaysia. Satu kerusi pun act semacam, kita ada *29 kerusi situ!

* Pembetulan: Maaf, bukan 30. Butir sini.

Sabtu, Julai 04, 2009

Nama sesuai untuk NGO Hindraf

Baru-baru ini kumpulan haram HINDRAF mengumumkan akan menubuhkan parti politik. Namanya PAHAM atau maksudnya Parti Hak Asasi Manusia.

Lim Guan Eng merasakan mereka tak faham isu sebenar dalam hal Kampung Buah Pala atau dipanggil Kampung High Chapparal seperti cerita koboi lama. LGE pula satu hal. Orang nak jumpa tapi dia melarikan diri. Masa pilihanraya ceh ceh ... macam real laungkan MAKHAL SAKTI.

Apabila Autakumar .... oppps Uthayakumar keluar dari Kemunting, dia terus umum akan tubuh satu parti sendiri kerana tak mahu berada di bawah PKR atau DAP. Dia tak percaya pada BN atau PR untuk memperjuangkan nasib orang India. Semua pemimpin India tak boleh pakai; baik Samy Velu, atau Kayveas, atau pun Anwar Ibraheem.

Bakal bertambah parti politik untuk orang India kepada yang ada sekarang MIC Yem My See, IPF, PPP Pee Pee Pee, parti Nalla, dan ada satu lagi. Semua ada enam katanya.

Masa suatu masa Ibrahim Ali kata, kalau India ada Hindraf, Cina ada Dong Jiao Zong, Melayu ada PERKASA.

Ini yang membuat Manoharan, selepas tak berapa bulan keluar ISA, membuat kenyataan menuntut diharamkan Perkasa. Dia tuduh Perkasa sebagai rasis.

Mana dia belajar law? Perkasa pertahan apa yang dalam Perlembagaan. Hindraf tuntut gantung Perlembagaan Persekutuan. Kepala ayah dia! Lu siapa Tambi nak gantung perlembagaan?

Mungkin Hindraf cemburu dengan nama Perkasa. Nama Perkasa boleh tunjukkan mereka nak perkasakan kaum Hindu atau India, entah mana satu mereka perjuangan.

Mano kena faham. Nama itu sudah sinonim dengan tokoh-tokoh mereka seperti Ibrahim Ali, Fuad Hasan, Shuib Lazim, Ruhanie Ahmad, dll. Tak ada nilai jenama atau branding untuk Hindraf.

Nama parti politik Hindraf nak dikasi nama Paham untuk tunjuk mereka tak faham.

Kalau jadi pertubuhan dan nak ikut bunyi masa Perkasa, baik pakai nama PERKASAM untuk tunjuk mereka tak bau masam.

Baik sekali fail permohonan kumpulan haram, militan dan ganas seperti mereka ini diperam dan tidak diluluskan sampai jadi perkasam.

Ada cadangan nama lain?

Jumaat, Julai 03, 2009

Jang Oh Jang ... Apo ekau termonung tu ha


Jang. Oh jang. Apo ko buek tu?

Takdo apo, Omak.

Hai, apo nak jadi ekau ni ha. Tak habih-habih termonung.

Yo lah. Bingung den mikirkan hidup ni. Selalu gagal dalam bacinto. Apo nak jadi diri ni ...

Maso umo 14, teringin nak ado teman wanita. Ado kawan-kawan sebayo dah mulo ado gelfren. Utus-utus surat, dating.

Umo 16, dapek den gelfren satu. Budak samo sekolah. Anak Cikgu Seman. Tapi dio macam suko tak suko. Tak bersemangat. Takdo passion. Malas cerito. Tinggal den. Cari pompuan yang ado keceriaan.

Sampai umo 18, den dapek keluo dengan sorang gadis yang penuh keceriaan, bersemangat dan sentiasa riang tapi terlalu emosi. Budak Ipoh. Perhubungan kami macam drama; sekojap gembiro, sekojap sodih, sekejap ketawo riang, dan sekejap menangis sampai nak bunuh diri. Tak tahan den. Baik cari yang lebih tenteram.

Hari jadi den 25, terjumpo seorang gadis yang begitu tenteram sekali orangnyo. Oghang Johor. Tapi pulak tu membosankan. Oghangnyo terlalu mudah dijangko dan serupo tak ado perasaan. Perhubungan kami membosankan, maka den raso baik cari seorang gadis yang memberi keriangan.

Pada umo 28, terjumpa den seorang gadis yang sangat riang sampai tak terikut. Budak Bangsar. Dio suko buek kojo gilo-gilo dan menjadikan den kadang-kadang susah dan kadang-kadang gembiro. Mulo-mulo seronok tapi lamo-lamo macam tak ada arah hidup ni. Mako den tak mahu laghi dengan dio dan nakkan wanita yang ado berarah tuju dan cito-cito.

Alhamdulillah, umo den 30 terjumpo wanita sedemikian. Oghangnyo cerdik bercito-cito dan realistiklah kato. Rumah oghang tuo dio tak jauh dari rumah Omak dokek Ampangan di Soromban. Kami pun kahwin. Masaalahnyo cito-cito dio terlalu tinggi. Semuo nak konop ikut cakap dio. Kito asal kampung, mano ado cito-cito nak jadi oghang bosa. Jodoh kami tak panjang. Akhirnyo bercorai. Habih semuo harto diambil nyo.

Hari ni, den dah 35. Umo dah banyak. Lebih bijaksano. Kali ni baik den cari gadis yang barang bosa ajo.

Rabu, Julai 01, 2009

Boleh lepaih tapi tak done nak mengaku?

Merenung Pak Shiekh. Kes liwat dah mula. Nak lari Washington dah tak boleh. Kenalah hadapi.

Dalam fikiran dia bermacam-macam yang sedang dikatakan.

Kalau kena, balik penjara lagi aku.

Depa tuduh aku liwat. Depa liwat tu lagi teruk. Ada yang dok liwat sampai hancuq. Kalau aku liwat pun, aku liwat orang. Depa tu liwat negara.

Aku dah tua dan sakit belakang. Tak akan depa tak boleh terima alasan itu.

Tak makan alasan na. Celaka betui depa ni. Latu tak habis-habis dok main-mainkan aku.

Kalau nak lepaih, bukan tak bole. Aku ada alasan dan bukti yang boleh diguna. Mesti lepaih guna hujah ini.

Teruih jatuh semua tuduhan-tuduhan. Mustahil depa boleh tuduh aku ada apa-apa dengan pompuan atau jantan lagi. Orang ramai punya mesti percaya. Naik peluang nak jadi PM.

Tak done nak guna alasan itu? Lagi depa dok main-mainkan aku.

Depa betoi juga. Macam mana nak bangun jadi Perdana Menteri, kalau apanama dah tak boleh bangun.

Celaka betoi ...

Selasa, Jun 30, 2009

Buat Sekarang, Usah Tangguh


Ana lalu hadapan Mahkamah di Jalan Duta tempoh hari. Hairan melihat slogan Buat Kerja ditampal pada beberapa tiang besar-besar. Punya ratusan juta dibelanja untuk bina bangunan Mahkamah yang cantik. Sayang slogan itu mencacatkan kecantikan wajah bangunan.

Apakah tujuan slogan itu? Adakah ini bermakna ada masaalah pekerja dan pegawai Mahkamah (yang termasuk peguan-peguam) tidak buat kerja? Adakah dengan slogan ini akan jadikan mereka supaya mula buat kerja? Kalau mahu memberi semangat mereka untuk kerja dengan lebih bersungguh-sungguh, tidak adakah slogan yang lebih baik?

Kalau difikirkan baik-baik, yang jadikan Mahkamah tak buat kerja adalah hakim benarkan tangguh-tangguh yang tidak perlu.

Nazri baru saja kembali sebagai Menteri JPM menjaga hal-hal mahkamah. Sebelum ini Zaid Ibrahim sekejap. Mungkin sekali masa itu Zaid Ibrahim mahukan Buat Kerja dan jangan tangguh kerja. Pasti dia mahu ada kes tidak ditangguh-tangguhkan juga. Eh ... sedap juga bunyi slogan Jangan Tangguh Kerja atau Elak Tangguh Kerja.

Buat Sekarang, Usah Tangguh. Ini lagi sedap. Cuma panjang sedikit.

Isnin, Jun 29, 2009

Ayah Pin nafi Nik Aziz tapi sokong PAS di Manek Urai

LANGIT 26 JUN: Ayah Pin, Ketua Kerajaan Langit hari ini mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat bahawa Kerajaan Langit bekerjasama dengan UMNO.

Menurut laporan Shamsul Yunos, Ayah Pin mengeluarkan kenyataan mee segera ini kepada semua ketua pengarang, mengerang dan memerang melalui teknologi komunikasi yang direka Ai Tea Em.

Selama ini, Ayah Pin dipercayai menyampaikan kenyataan melalui seorang peguam hak asasi manusia yang mempunyai hubungan dengan seorang pengikut Ayah Pin.

Ayah Pin yang telah menghilangkan diri untuk naik ke langit menuduh UMNO menafikan hak asasi kebebasan mereka untuk menyembah tekoh teh. Katanya lagi, pentadbiran UMNO di Terengganu yang memusnahkan Kerajaan Langit mereka di Besut.

Gambar atas: Kerajaan Langit semasa zaman kegemilangan di bawah naungan pemerintahan Hadi di Terengganu. Penempatan Ayah Pin dimusnahkan di bawah pentadbiran kerajaan Idris Jusoh.
Katanya, kerajaan Terengganu pemerintahan PAS yang diterajui oleh Datuk Maksum Alim Kucing Misai Haji Hadi Awang yang telah memberi mereka naungan untuk berkembang. Rakan-rakan PAS yang sama belajar di Universiti Azhar seperti Cikgu Kamariah adalah mengikuti ajaran mereka.

Atas budi baik PAS, Kerajaan Langit sedia memaafkan kesalahan kenyataan Nik Aziz dan sedai memberi sokongan kepada calun PAS di Manek Uari. Sebanyak 1,000 uncang teh Boh Tea telah dihantar dari langit untuk kegunaan petugas-petugas kempen PAS.

- Agensi Husin Lempoyang

Ahad, Jun 28, 2009

Nik Aziz lancar slogan PRK Manek Urai

MANEK URAI Jun 28: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini melancarkan slogan kempen PAS untuk pilihanraya kecil Manek Urai.

Slogan yang berbunyi "Membangunkan Islam bersama DAP" dilancarkan ekoran kenyataan kontroversi Nik Aziz menuduh UMNO sama dengan ajaran sesat Ayah Pin.

Dalam ucapannya Nik Aziz menerangkan bahawa hanya PAS sahaja parti yang dianggotai oleh orang Islam. Dengan demikian, parti-parti yang bekerjasama dengan PAS khususnya DAP dan PKR saja bersedia membangunkan Islam.

Penganalisa politik dari Institiut Kajian Politik Antarabangsa, Prof Alvin Bik Spec berkata kenyataan Nik Aziz ini menunjukkan usahanya untuk memenangi balik hati rakan-rakan Pakatan Rakyat PAS.

Pada Khamis lepas, Nik Aziz menyamakan UMNO dengan komunis dan pengikut ajaran Ayah Pin dalam syarahannya. Setakat ini, Nik Aziz masih tidak berganjak dari pendirian dan mencabar Presiden UMNO Dato Seri Najib Tun Abdul Razak berbahas.

Semasa ditanya dalam sidang akhbar samada Lim Kit Siang dan Karpal Singh telah berkompromi berkenaan negara Islam, Nik Aziz menyatakan ini tidak menjadi masaalah. Mereka tidak pernah menentang negara Islam dan kenaytaan mereka hanya laporan palsu oleh media perdana.


Bila ditanya mengenai syarahan seorang pemimpin PAS yang menuntut kepulangan Chin Peng dalam syarahan di Parit Sulong, Nik Aziz kata tidak mengapa. Walaupun UMNO tentang kepulangan komunis pengganas Chin Peng, dia yang penentu untuk tuduh UMNO komunis.

"Serupa macam saya cakap dahulu. Orang UMNO boleh lompat parti masuk Pakatan Rakyat. Tapi kalau orang Pakatan lompat masuk barisan Nasional, saya kata hukumnya haram dan melanggar prinsip demokrasi," kata Nik Aziz dalam sidang akhbar.

Pendiran yang sama diberi Nik Aziz bila diberitahu wartawan peguam yang mengikuti ajaran Ayah Pin adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Pemuda UMNO Kelantan telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Nik Aziz. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria merasakan kesal dengan kenyataan Nik Aziz. Tengku Razaleigh yang jarang memberi kenyataan politik turut menegur. Pemimpin dan pengikut PAS enggan memberi respons. Difahami mereka takut dihujani dengan 60 soalan.

Prof Alvin tidak menolak kemunmgkinan Nik Aziz membuka ruang untuk UMNO memenangi pilihanraya Manek Urai dan mungkin telah mengubah hati untuk kerajaan perpaduan. Dia menyamakan dengan Haji Hadi yang pernah mengkafirkan UMNO dua puloh tahun dahulu yang kini condong untuk berkerjasama dengan UMNO.

Seorang pemimpin masyarkat di Manek Urai yang ditanya mengenai perkembangan ini measakan Melayu dan Islam akan bersatu.

Katanya, "Sebabnya mudoh. Tak lamo kita sama Tok Guru ni." - Agensi Husin Lempoyang

Jumaat, Jun 26, 2009

Syukur ana jual unta, bukan bela ...


Pagi ini, ana bangun rasa banyak bersyukur.

Alhamdulillah. Tuhan kasi ana rezeki dari jual unta. Rezeki halal. Tak ada mintak-mintak orang. Tak ada makan komisyen. Tak ada rasuah. Ana beli anak unta. Kasi makan. Dia besar. Ana jual di bazaar.

Ana syukur tuhan beri kebebasan. Tak ada orang boleh suruh-suruh ana. Tak ada orang ana kena suruh buat kerja. Semua ana bikin sendiri. Jadi ana boleh jual orang. Siapa-siapa ana boleh jual.

Ana paling syukur pagi ini kerana tuhan buka rezeki ana melalui menjual unta. Unta binatang sensitif tapi taat setia. Paling untung, unta tak ada bawa penyakit seperti ayam dan 'kerbau pendik'.

Akhir-akhir ini, ana tengok media asyik bercerita mengenai H1N1. Macam-macam keluar. Dulu Pak Menteri kata semuanya terkawal. Masa Mexico kena H1N1, kita berhati-hati. Satu kapalterbang turun dan ada orang sakit, kita sudah dapat kesan dan baikkan.

Macam mana lepas cuti sekolah, begitu cepat merebak? Ana kata ini bukan salah Menteri tapi pegawai yang cuai. Tanggungjawab untuk urus adalah Ketua Pengarah, Pengarah dan pegawai-pegawai. Kenapa sekarang baru sibuk-sbuk tahan 100,000 pekerja Kementerian tidak boleh cuti? Ini kena kasi masuk jail dan kerja berattttt ..., kata Majistret Tuan Labu.

Ana rasa masaalah ini serius tapi kerajaan tak mahu takut-takutkan orang ramai. Ana pun tak mahu takutkan orang ramai. Dengan demikian, ana rasa kita semua sendiri kena berhati-hati.

Ambil itu injection. Pergi jumpa itu Doktor betul, bukan Doktor Labi.


Kalau dulu ada manusia kejar khinzir untuk makan. Sekarang khinzir sudah kejar manusia balik.

Penyakit H1N1 ini jenis virus khinzir baru dan belum difaham betul. Virus ini merebak dari khinzir ke manusia dan mudah menjangkit. Dari manusia, ia boleh menjangkit balik ke khinzir.

Oleh yang demikian, kita kena jauhkan diri dari mereka yang sakit. H1N1 tersebar melalui batuk dan bersin pesakit. Jauhkan diri dari terdedah dan bersentuh dengan khinzir dan persekitaran yang terjangkit.

Kalau saudara-saudara kita dalam PAS dan PKR nak berdekatan dan bersalaman dengan orang-orang DAP (Dog and Pig), hati-hati lah. UMNO pun jangan cakap banyak. Baik-baik dekat sama MCA dan Gerakan. MIC tak apa, dia makan kambing dan ikan.

Macam mana kita nak tahu samada seseorang itu kena H1N1? Simtom Influenza biasa adalah demam, batuk, lemah, dan hilang selera.

Meracau dan meroyan macam yang berlaku pada Mei 7hb di Dewan Undangan Negeri Perak bukan simtom H1N1. Itu simtom variant S1N3 yang nama saintifik adalah Sivagilum Ngehngarium Nizatitis.

Orang yang suka panggil orang komunis tapi rakannya tuntut Chin Peng balik pun bukan simtom H1N1. Walaupun dia juga panggil orang Ayah Pin, masih bukan virus khinzir H1N1. Itu penyakit lain ia-itu 1Hadi 1Nasha. Simtomnya pelupa, meraban dan flip flop.

Apakah sebabnya berlaku virus H1N1? Buat masa ini, yang telah dikenalpasi adalah penternakan khinzir besar-besaran secara moden dan kononnya bersih.

Kakaka .. kami tidak ... berberber ...sesese... tututu ... ju setuju ... deng ... deng ... deng ... dengan ... pandan pandan ... pandangan ini. Ini konkonkon ... konspirasi Mexico ... opppsss mintak maaf salah sebut ... Barisan Nasional. Babi Negara berusaha ... nak nak nak ... memburukkan Puk ... Puk ... Puk U Rakyat .. maaf Pakatan Rakyat.

Cakap macam begitu pun bukan simtom H1N1. Itu Khalid Ibrahim gagap bila terasa bersalah.

Wow! Ana bersyukur tidak bela khinzir dan dapat juga jual orang.

P/S Ingat ente semua, tak kira parti apa, asal manusia di Malaysia. Bawa keluarga semua untuk dapatkan suntikan dari doktor betul.

Rabu, Jun 24, 2009

Tindakan kerajaan Selangor dikutuk

SUBANG JAYA Jun 24hb - Pemimpin Melayu mengutuk tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menutup kedai dan menyuraikan pembeli-pembeli Melayu dari kedai 4D Subang Jaya yang sedang beroperasi hari ini.

Mereka turut melabelkan kerajaan Selangor sebagai bertindak zalim terhadap rakyat yang ingin membeli empat nombor ekor (ENE).

Setiausaha Agung Persatuan Pembeli 4D Melayu (PP4M), Mat Bingkai berkata, tindakan menggunakan ramai pegawai dan anggota JAIS menahan pembeli Melayu yang beratur secara aman untuk membeli 4D membunuh profesionalisme JAIS.

“Isu lapuk kononnya jualan yang dianjurkan itu haram dan menjejaskan kewangan keluarga amatlah tidak boleh diterima pakai kerana selama ini belum pernah dilaporkan kes membeli 4D jualan Magnum dan kedai-kedai Empat Nombor Ekor (ENE) mengundang muflisan atau timbul sebarang jenayah rompak pihak pembeli.

“PP4M meminta pihak kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat agar tidak bertindak sewenang-wenangnya terhadap hak untuk membeli nombor ekor di negara ini. Tindakan itu menampakkan kerajaan Selangor terlalu tertekan dan takut dengan kebangkitan dan kesedaran pembeli-pembeli ENE untuk melakukan perubahan menyeluruh terhadap sistem kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mat Bingkai berkata, sepatutnya kerajaan Pakatan Rakyat sedar dan insaf bahawa menghalang dan menutup kedai ENE tidak akan mengundang dan memenangi sokongan pembeli ENE. Kami akan menyokong Barisan Nasional di pilihanraya akan datang kerana hanya BN yang membenarkan kedai nombor ekor.

“Mereka harus tahu untuk berdiplomasi dan menerima kehendak pembeli ENE dengan bertolak-ansur dan bukan menutup kedai ENE. Mungkin pembeli ENE lari bertempiaran tetapi adalah amat mustahil undi mereka juga akan lari kepada Pakatan Rakyat Selangor,” katanya.

Beliau berkata, jualan nombor hari itu turut dihadhiri oleh pembeli-pembeli bukan Melayu, pegawai-pegawai kerajaan dan korporat dan amat menyedihkan apabila pegawai-pegawai Jais bersikap terlalu tegas.

“PP4M mendesak agar Kerajaan Negeri Selangor dan pihak JAIS meluluskan lebih banyak kedai-kedai ENE yang dipohon.

“PP4M juga menyeru agar dikembalikan kerajaan Barisan Nasional kerana hanya BN yang akan berlaku adil dan menghormati hak-hak asasi kami dan keperluan berjudi kaum bukan Melayu untuk membeli nombor ekor,” katanya. - Siaran Hairan

Nota: Kadang-kadang kenyataan begini bunyinya macam serupa saja. ... hehehe

* Diolah dari kenyataan rasmi sini

Selasa, Jun 23, 2009

Disoal Mungkar Nakir

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Dari tanah kau datang, kepada tanah kamu akan kembali.

Haji diumumkan pulang ke rahmatullah malam. Sepanjang hidup Haji, dia aktif dan merupakan pemimpin politik PAS yang memperjuangkan gagasan daulah Islamiah.

Nasib dia meninggal semasa dah pencen. Kalau tidak, satu lagi pilihanraya kecil Muhyiddin kena ketuai.

Mayat Haji dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan. Sempat anak-anak, saudara mara dan sahabat seperjuangan menghantar mayatnya ke kubur untuk dikebumikan. Selesai dikebumikan, orang ramai pulang.

Maka datanglah malaikat mungkar nakir untuk memulakan temuduga. "Marobbuka," kata Mungkar Nakir. "Siapa tuhan kamu?"

Haji jawab dengan tenang, "Allah tuhan ku."

Kalau ikut penerangan ulamak, roh yang menjawab.

Mungkar Nakir tanya soalan kedua, "Apa Agama kamu?"

Roh Haji menjawab tanpa ada tersekat-sekat, "Islam ugama ku."

"Siapa Nabi kamu?"

"Muhammad," jawab Haji.

Ditanya, "Apa Kitab kamu?"

Mudah lagi dijawab, "Quran kitab ku."

Mungkar Nakir tanya, "Di mana kiblat kamu?"

Haji jawab, "Mekah, kiblat ku."

Soalan terakhir dan Haji sudah pasti lepas dari seksa kubur. Mungkar Nakir bertanya, "Siapa Saudara anda?"

Alamak dah mati pun ada soalan politik. Kena jawab benar. Anggota kita tak dapat tipu. Dengan agak teragak-agak Haji menjawab, "Uhhh ... DAP dan PKR."

Dengan suara yang kuat bagaikan halilintar, Mungkar Nakir menjerit, "Kenapa DAP dan PKR????!!!!!

"Kamu sepatutnya bersaudara dengan orang Islam. Sebagai pemimpin Islam, kamu sepatutnya menyatu padukan umat Allah di muka bumi. Salah kamu memecah belah, menipu menuduh, dan tidak membela saudara kamu!!!"

Haji menjawab dengan suara yang bertambah halus tergetar-getar dari ketakutan, "SSS ...ssaya nak satukan baba .. balik tetete ... tetapi Nik Ajis tttak ... tak tak ... tak bagi ..."

Mungkar Nakir rasa hairan. "Ohhhh ... gitu."

Isnin, Jun 22, 2009

KPI Tsu Koon?


Ketua Menteri yang hilang kerusi dan negeri merangka dan memantau KPI.

Hmmm ... KPI sendiri kasi tak? Entah, sendiri ada tak KPI. Kalau ada, taklah kalah.

Ahad, Jun 21, 2009

Tak bule puji Tok Guru sampa gitu


Komentar ana, Azhar Abdullah ghoyak pasa komen di Harakah. Baco bawoh:

Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.

"Inilah bukti gambar Tok Guru mempunyai nilai yang tinggi di kalangan rakyat beliau," katanya ketika dihubungi.
Dema di MyKMU sindir. Kecek gitu serupo gamba atah.

Mu nok politik, suko hati demo. Sampa ghoyak tengok gambar dapak pahlo tu mengaruk. Tokde dale Quran. Tak masuk akal dan melanggar ilmu mantik.

Saye Tok Guru pun jange sampa taksub. Ado maso dia flip flop. Ado maso dio lupo. Dio jugo manusia yang ada kelemahan. Dah tuo pelupo. Orang PAS pun pening. Dio kecik tak jago-jago.

Huduh-huduh UMNO tak buak gini. Keliru-keliru PAS tak buak keja gini. Jange ikuk Nuar. Dio bule angkak sumpoh depe gambar agung untuk jadi PM tahun lepah ...

Tugah ana untuk tegur Salmiyah wartawan Harakah, editor atah dio, dan Wan Rahim. Hok akidah kito kena jaga. Nok berbalah pun takpo.

Ana yakin kecek-kecek gini bule sesat.