Khamis, Januari 11, 2007
Dolah Di Periksa Doktor
Dolah sangat penat pada akhir tahun 2006. Jadual beliau sungguh padat.
Beliau telah membuat lawatan rasmi ke Caracas, Venuzuela. Dalam perjalanan, dia berhenti di Turki. Selepas habis lawatan, dia baru dapat cuti 3 hari di Greece, tapi terpaksa pulang mengenangkan dan memantau rakyat yang dilanda banjir. Singgahlah dia selama 5 jam pada hari Krismas di Sri Gading, Batu Pahat, dan Jasin.
Sampailah dia untuk balik kampung petang Krismas di Perth. Itu pun jadual ketat. Besoknya, main golf. Lusa, deep sea fishing. Jumaat dan Sabtu, majlis dan pelancaran Restoren Nasi Kandar Puteri di Perth. Baru dapat rehat hari Ahad Raya Haji. Besok dia cadang nak periksa doktor kerana masa'alah tidor akibat banyak sangat pergi majlis.
Hari Isnin tu, Dolah pun pergi ke Hospital. Sampai ke tingkat 5, Dolah keluar lif, jalan sedikit dan masuk terus ke bilek Doktor dengan ADC nya. Ia disambut dengan layanan baik dan mesra dan dijemput dudok. Selepas perbualan kecil dan beberapa pertanyaan, Doktor Omputih to nak mulakan pemeriksaan.
Diambilnya jangkasuhu untuk dimasukkan mulut Dolah, tapi Dolah tak mahu buka mulut dan arah selit celah ketiak. Doktor menerangkan, "That is for babies only. It won't be accurate for adults." Dolah masih berdegil. Terpaksalah Doktor mengikut kehendaknya. Hairan Doktor, kenapa susah sangat.
Setelah selesai pemeriksaan, dia mengarahkan Dolah pergi ke bilek X-ray. Semasa Dolah di luar bilek, Doktor menahan ADCnya untuk bertanya masaalah tadi. ADC menjawab, "He is shy because he has fork tongue". Barulah Doktor tahu Dolah lidah bercabang.
Kita di Malaysia sedia maklum dah.
Bagi yang masih belum, baca ini dari siri No. 1 ke No. 14 dan seterusnya di Cuit-Cuit Sikit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Trol tidak disiarkan.