Rabu, Februari 21, 2007

Kisah Kapalselam


Pihak KEMENTAH sudah bersedia untuk menamakan kedua dua kapalselam “Scorpene” yang ditempah dari DCNi, Perancis. Dijangka kapalselam ini akan mula beroperasi 2009.

Kapalselam pertama, yang sedang dibina di limbungan DCNi Cherbourg, Perancis dijangkakan dinamakan “KD Tunku Abdul Rahman”. Manakala yang kedua, yang sedang dibina di limbungan Ixar Cartagena, Sepanyol, akan dinamakan “KD Tun Abdul Razak”.

Nama pilihan yang cukup bagus sekali, amat sesuai digunakan kepada alatan senjata strategik melambangkan mereka yang pernah berjasa mempertahankan Malaysia .

Mungkin dari ini, boleh dirumuskan fleet kapalselam TLDM hanya akan berjumlah empat sahaja. Ini kerana, jika ada lima, maka kapalselam kelima itu mungkin tidak berapa bagus. Nampak macam 'clean' (bersih), tetapi bersarang.

Nakhoda sering tertidur semasa bertugas. Nakhodanya juga mungkin akan mengambil keputusan berbaik-baik dan ‘bertepuk tepuk belakang’ dengan “musuh”.

Kapalselam itu akan terlalu kerap keluar negara.

Pegawai-pegawai kananya akan mengaturkan rancangan sendiri (tanpa melibatkan markas) seperti menglibatkan diri dengan Monsoon Cup tahunan.

Anak-anak kapal juga selalu mengunakan kapalselam untuk memancing dimalam hari dan nakhodanya kerap bercuti (R & R) keluar negara juga!

Motto kapalselam kelima itu mungkin "submarine hadhari".

Masalah tu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Trol tidak disiarkan.