Sebagai contoh, semasa dia di atas pentas bersama seteru lamanya Dato Pandithan dari IPF di Ijok. Oleh kerana keadaan pilihanraya kecil yang tegang di Batang Berjuntai, maka dia dan Dato Pandithan sanggup duduk atas pentas bersama-sama menyokong calon India dari BN, Parthiban. Samy berkata di atas pentas, “Itu cerita-cerita lama saya tidak ada di dalam hati lagi.”
Jangan ketawa kerana maksudnya jelas bahawa dia tak ambil hati lagi, apa-apa kata-kata dan perbuatan-perbuatan Pandithan terhadapnya selama ini. Untuk usaha mahu berbaik dengan Samy, Pandithan sudah dapat jadi Tan Sri. Hai ... apa jasa Pandithan untuk dapat Tan Sri?
Samy memang terkenal kerana loyar buruk dan pandai keluar dari soalan-soalan susah yang ditanya pemberita.
Kata orang, satu masa dahulu dia telah di tuduh sebagar korup. Di Parlimen dia dituduh mempunyai rumah di Australia dan pelbagai lagi tuduhan yang di tujukan pada Samy. Maka, Samy dengan cekap menafikan. Dia berkata, “Yang Di Pertua Dewan, saya menafikan semua tuduhan pihak pembangkang kerana salah tuduhan mereka. Saya tidak ada satu rumah di Australia tetapi saya ada dua rumah.”
Ya tak ya. Betul dia cakap pihak pembangkang membuat tuduhan salah. Dia ada dua bukan satu rumah. Ini kata orang.
Ramai orang Islam masih ingat semasa pertelingkahan antara UMNo dan PAS yang melibatkan kafir mengkafir. Samy pun ikut sama dan dipanggil kafir oleh orang PAS. Dia marah, "Kenapa PAS memanggil saya kafir?" PAS tak salah, kerana bagi orang Islam, orang yang tidak memeluk agama Islam adalah kafir. Macam Yahudi panggil orang bukan Yahudi, goyim.
Ada satu masa Samy terpaksa menjawab mengenai kerosakkan pembinaan fasiliti awam. Apabila ditanya sesuatu teknikal yang dia tidak boleh jawab dia akan berkata, “Itu perkara tidak boleh tanya sama saya, saya hanya arkitek. Tolong tanya Timbalan saya, Ir Dato Zain.” Dapat dia tepis ke Zain Badak.
Kalau dia dapat jawab, dia akan kata orang yang membuat tuduhan tidak mempunyai kepakaran semacam kami di JKR. Malah, dia akan kata, siapa mereka untuk menyoal.
Pernah semasa di kritik hebat oleh satu kerosakkan fasiliti awam, dia mengelakkan tekanan dengan memberi nombor handphone peribadinya. Orang ramai pun senang hati dapat membuat aduan terus. Terlalu banyak panggilan, akhirnya Samy terpaksa menyuruh staff menjawab. Tapi orang lupa kes yang dia disoal dan Samy pun selamat. Nombor handphone dia berhentikan juga. Mudah lupa.
Antara yang paling bijak dia mengelak adalah berkenaan bangunan Martrade. Dia kata Kementerian tidak boleh membuat apa-apa keputusan, kuasa adalah pada EPU. Habis berapa ramai orang yang dia dapat cannon, termasuk PM kerana EPU dibawah Jabatan PM. Entah PM terkejut sedar dari tidur ke?
Selain Pandithan, ramai pernah berusaha untuk menjatuhkan Samy dari jawatan Presiden MIC. Mudah dipatahkan pesaing-pesaingnya. Dato S Subramaniam mencuba beberapa kali, hingga akhirnya terpaksa tunggu saja sebagai Timbalan hingga Samy berhenti. Bila Samy kata, “Kita mesti cari orang yang kerja bukan bersukaria”, lain Subramanium yang jadi Timbalannya. Berbuih S Subra berkata “achimilai achimilai achimilai … jangan takut, jangan takut, jangan takut”, habis di ladoo sampaikalah oleh delegasi MIC.
Samy banyak jasanya kepada kaum India hingga mereka tersayang dan terhutang budi. Mereka tidak akan benarkan Samy di tentang sesiapa.
Samy telah banyak membina sekolah-sekolah dan Universiti untuk anak-anak India melanjutkan pelajaran. Sesuatu yang mereka amat terhutang budi adalah patung dewa Murugan yang besar bersalut emas di kuil Baru Caves. Kalau difikirkan, kadang-kadang semacam muka Samy ternampak pada muka Dewa Murugan. Saya tidak niat untuk mempermainkan ugama Hindu, hanya menyatakan hebatnya Samy diagungkan kaum India.
Malah di kawasan Melayu Sungai Siput pun susah untuk pembangkang melayu untuk menjatuhkan Samy. Dia sentiasa memberi bantuan kewangan untuk membiayai program UMNO Bahagian Sg Siput.
Cuma terkilan dan kesian pekerja-pekerja estet India yang masih tidak ada gaji minima. Bila Samy akan dapat membantu mereka yang kadang-kadang hidup dalam keadaan daif?
Semasa Tun Dr Ling Liong Sik mengumumkan pengunduran diri dari jawatan Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, ramai menjangkakan Samy pun akan berundur. Masa itu Tun Dr Mahathir pun sudah umumkan perletakkan jawatan dalam setahun.
Ketika pengumuman itu, Samy sedang membuat lawatan ke India untuk membantu kontraktor-kontraktor Malaysia mendapat kontrak di India. Di satu lawatan ke tapak, Samy terjatuh dan dagunya patah dan dia tidak boleh bercakap. Namun, sebagai pemimpin yang bersikap penuh bertanggungjawab, Samy meneruskan lawatan-lawatannya.
Kalau Samy membuat lawatan hingga tidak dapat menghadiri Mesyaurat Jemaah Menteri hari rabu, dia akn menalipon secara terus menerus membentangkan laporannya. Kali itu, walaupun tidak boleh bercakap, dia mahu membentangkan laporan. Dia meminta jurukamera untuk menghantar klip video sebagai laporannya.
Dari sebuah kampong di India, Samy mendapatkan seeokor ayam dan menunjukkan ke kamera. Kemudian, dia mendapatkan kambing orng kampung untuk ditunjukkan ke kamera. Akhir sekali, dia meminjam beg seorang pembantunya untuk di tunjukkan kamera.
Semasa mesyuarat jemaah menteri, video laporan Samy ditayangkan. Dr Ling Sik menyuarakan pendapat bahawa Samy cuba memberitahu keadaan kekurangan makanan di India dan dia meminta kita menghantar derma beg2 berisis beras.
Dr Mahathir yang mempengerusikan mesyuarat tidak bersetuju dengan pendapat Dr Liong Sik. Jemaah Menteri memandangnya dan menunggu huraian. Dengan senyum, Dr Mahathir beritahu, “Tidak … Samy sedang cuba memberitahu dia akan kembali dan kekal sebagai Presiden MIC”. Memandang semua masih tak faham, Tun terangkan “AYAM KAMBING BAG dalam pelat India bermaksud I am coming back."
Sampai sekarang, masih Samy dan nampaknya dengan Timbalan yang belum cukup kuat dan berpengalaman, lama lagi dia akan kekal sebagai MP Sungai Siput dan Menteri.

Ahahaha..
BalasPadamAyam Kambing Bag. Thats a good one!
aku pun tengah tunggu bila dia nak resign... hahaha...
BalasPadamsamy nak mati dalam pejabat-lah. aku cover dia sejak 1984, sejak aku jadi wartawan. ramai kawan2 aku berbangsa india yang menyampah dengan dia ni, tapi nak buat apa? dia powerful. musuh2 politik dia dalam dan luar MIC semua dah pengsan atau gering. nak give up sekarang? tak akan.
BalasPadamkita boleh hot dan marah dengan dia tapi sebenarnya samy vellu seorang yang hebat dan handal. bukan calang-calang. dia dah melalui berbagai-bagai cabaran dan onak duri. tempat dia dalam sejarah politik negara kita dah tetap ada. grudgingly, we'll all have to give him that.
long live samy vellu!
"Sekarang handphone saja sudah jam!", kata Dato' Seri S. Samy Vellu kerana mempamirkan no telefon bimbit peribadi diBerita TV3 semasa isu Jejambat MRR 2 dua tahu lepas, mengundang semua komplain mengenai apa apa infrastruktur dibawah JKR terus kepadanya. Beliau menerima 9,700 sms keesokan harinya!
BalasPadamSammy...Sammy...
BalasPadamKalau ada menteri baru yg ganti jawatan dia nih, ada 2 kemungkinan:
1-'Mental' musti kuat dan semangat musti 'kental' sebab nak cuci sampah2 Sammy...atau
2-'Resign' balik sebab tak tahan sampah2 tadi tu busuk bangat!!
Buahahahaharks, sampai kat sini lawak 'Ayam Kambing Bag'. Memang serasi dengan Lato' Sami-Kepala-Dua. Mana-mane I denger lawak tu pun dek Samy yang jadi hero lawak.
BalasPadamhussin...
BalasPadamana ada tulis posting pasal si mangkuk ayun "malaysia" dalam ana punya blog...
ana mahu mintak ente join belasah dia lah kalau ente tidak sibuk lah...
ayam kambing bag untuk dato' samy, bukan untuk Tun.
BalasPadamNanti kalau sapa mati dulu dari dato', dia untung, tapi kalau dato' samy mati dulu, nahas semua, akan dikenakan tol.
Orang tua memang matilah dulu, tapi yang muda macam budak mizi, kenalah sedia-sedia duit untuk bayar tol dalam kubur.