Jumaat, Ogos 24, 2007

Tidor, bangun dan hidup

Husin tidor terlalu lewat malam atau lebih tepat pagi tadi. Selepas bangun sembahyang subuh, terpaksa tidor balik. Orang-orang tua-tua kata tidak baik, mewarisi malas. Sedang Husin bertafakur … maksud disini tidor, tiba-tiba dikejutkan oleh satu SMS dari seorang kawan berbunyi:

“Pak Lah tidak turn up for launch buku ‘Lilin Membakar Diri’. Buku on the Badawis. Organiser kata dia tak bangun tidoq lagi.”
Apa lagi lah cerita Pak Lah ni, Husin terfikir?

Dahlah masa akhir bulan Jun, dia beri ucapan waktu pagi di satu Seminar tapi tak datang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Dengarnya tercungap-cungap Dato Najib lari mengejar dari out-station untuk tiba-tiba perlu sampai awal untuk mempersediakan diri ganti menjadi Pengerusi. Pernah satu masa, Raja Petra pernah menceritakan bahawa pada satu masa, dia lambat mempengerusikan Mesyuarat Kabinet hari Rabu kerana hendak bertemu seseorang.

SMS ini mengacau Husin tengah bertafakur di pagi Jumaat.

Sejak berkahwin dengan Jeanne Abdullah, hidup Pak Lah sudah mula nampak tersusun. Jeanne sudah atur hidupnya dengan lebih baik. Muka dia asyik senyum sahaja. Dia sudah tidak teruk sangat gelabahnya semasa majlis bersama wartawan yang tidak selalu dan kalau ada pun, pendik sahaja.

Pak Lah, sebagai suami ni memang patuh pada isteri. Isteri tidak minat warna merah talileher Kementerian Kewangan yang diberikan, sedia dia patuh pada Jeanne untuk tukar pada warna merah yang lain. Kalau dahulu, Pak Lah suka pakai batik dan songket, sekarang dia lebih memakai “Jean”.

Memang berbeza zaman KKKK dulu dengan JKKK sekarang. KKKK memang lazim diketahui adalah pendikan untuk mereka yang berkuasa dalam negara ini beberapara tahun lepas - Kamal, Khairy, Kalimullah dan Kak Endon. JKKK pula bukan Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung, tetapi Jeanne, Kamal, Khairy dan Kalimullah.

Sudah tidak ada gambar-gambar terbaru Pak lah tidor tengah Majlis. Semasa Pak Lah suka benar tidur, ada penganjur-penganjur Majlis terpaksa buat sebahagian Majlis dalam gelap supaya tidak nampak sangat Pak Lah tidor. Betul ke Husin?

Hmmmm … dengan Husin jangan kelentong, tahu sahaja macam mana nak cari maklumat dan bukti. Tak percaya lihat gambar ini yang Pak Lah tidur semasa Majlis tutp lampu sekejap.

Sudah tidak boleh bertafakur Husin bila sudah terganggu. Segera bangun menalipon kawan tu tadi.

Pelancaran pagi Jumaat (Ogos 24hb, 2007) patut bermula pukul 10 dan dilancarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Dato Radzi Sheikh Ahmad di Bilik Pacific Ballroom A, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Husin tidak kelentong, ada detail ni. Pak Lah sepatutnya datang kerana ini adalah buku berkenaan keluargnya. Rupanya dah pukul 10:30, Pak Lah tidak datang lagi. Setelah dapat dihubungi orang tertentu, baru diketahui bahawa Pak Lah masih tidor.

Kenapalah Pak Lah ini? Padahal majlis pelancaran buku yang ditulis oleh Dato Yunos Ahmad dan terbitan Thinkers Library adalah suatu public relation exercise untuk memperbaiki imejnya. Kenapa berlaku ni, Husin tidak tahu? Sepatutnya sudah tidak berlaku.

Bagi orang yang berumor macam Pak Lah, kata balaci-balacinya, dia memang kuat bangun malam buat ibadat. Selalunya bagi orang Islam yang sudah berumor dan mahu meningkatkan maqam atau tahap kerohaniannya akan beribadat dalam sejuk keheningan pagi. Bukan senang untuk diamalkan bangun semasa sedang sedap tidor untuk beribadat. Bagi yang sudah mendapat nikmat atau zouknya, dia sudah merasai erti kehidupan di dunia sementara ini.

Walaupun balacinya pernah menggunakan ini sebagai helah semasa dia lambat memileh Dato Najib sebagai Timbalan, Husin tak mahu pertikaikan sesuatu yang antara dia dengan tuhan sahaja yang mengetahui. Mungkin Pak Lah bangun bermalam hingga subuh tetapi terlena semasa baring-baring lepas subuh. Kenapa Jeanne yang dikatakan effisyen tidak kejutkan? Entah dia pun ikut terbaring pasal sama-sama berjemaah dibelakang suami tercinta, kut? Atau dia demam dan lupa nak beritahu.

Cerita pasal terbaring ini, Husin teringat satu jenaka lama dari kalangan peguam-peguam semasa mahkamah mula mengubah dari berbicara dalam bahasa Inggeris kepada Melayu. Katanya YB Karpal Singh mahu menyebut, “I put it to you that you are lying, yes or no?” dalam bahasa Melayu. Maka disebut “Saya taruk sama awak, awak terbaring. Betul ke tidak?”

Dalam Husin menyebut mengenai mencari erti kehidupan, teringat akan kata-kata seorang rakan. Katanya, kita ini semasa berumur dalam 20an, itu tahap pandangan hidup. Bermakna pandang dah hidup. Bila mencecah 30-40, itu tahap pegangan hidup. Bermakna dengan bantuan pegangan, hiduplah. Ada yang dalam linkungan 40-60 disebabkan kesihatan, bermati-matian untuk hidup. Kalau dah mencecah 70 keatas, itu tahap kebijaksanaan yang memahami falsafah kehidupan. Tinggal merindui dan angan-angan untuk hidup.

Sebagai Perdana Menteri, selalu terdengar laungan “Hidup Pak Lah!”. Melihat begitu romantis First Pengantin Baru, pastinya ... hidup. Sebagai rakyat, Husin menumpang bahagia PakLah sudah menunjukkan kehidupan.

Sudah banyak slogan, spin dan lancar, bilakah ekonomi bukan hanya falsafah tetapi pandangan hidup?

1 ulasan:

  1. nak buat cam no husin, pak lah tak habis2 dibuai mimpi, mula mimpi menang pilihanraya, skrg mimpi seronok dgn bini baru, tak bila nak habis mimpi org tua ni. cuma aku harap jgn sampai terlambat sudahlah.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.