Jumaat, September 28, 2007

Singapura Beri Ultimatum Kepada Malaysia

Berita Terkejut


Perdana Menteri teresak berjanji akan memujuk Singapura menarik balik tuntutan

SINGAPURA 20 Sept, 2026 - Kementerian Perdagangan Singapura mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini memanggil Perdana Menteri Malaysia untuk datang ke Singapura dalam tempoh 48 jam untuk memeterai Perjanjian Ekuiti Minimum yang sudah disiapkan untuk dilaksanakan.

Difahamkan bahawa jika Perdana Menteri Malaysia gagal untuk datang dalam tempoh berkenaan, Singapura tidak akan teragak-agak untuk menarik semula semua pelaburan sedia ada yang dijangka bernilai 400 billion ringgit di Malaysia, samada yang dimiliki melalui agensi-agensi milik Kerajaannya atau milik syarikat persendirian rakyatnya.

Perjanjian Ekuiti Minimum tersebut memberi hak, antara lain, kepada agensi pelaburan Kerajaan Singapura untuk menyertai tender-tender Kerajaan Malaysia sekurang-kurangnya 60% daripada nilai kontrak yang dikeluarkan.

Sumber daripada Pejabat Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya menyatakan Malaysia memang mempunyai tiada pilihan dalam soal ini kerana bukan sahaja menghadapi risiko kesan ekonomi yang buruk jika kepentingan Singapura menarik balik pelaburan sedia ada, malah ianya akan melumpuhkan negara.

Setakat ini di antara kepentingan strategik yang menjadi milik Singapura di Malaysia ialah yang berkaitan dengan bekalan tenaga, air bersih dan komunikasi.

Parlimen Malaysia minggu lepas telah meluluskan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan Perkara 636 dan telah meluluskan Akta Pelaburan Wajib dan Ekuiti Minimum Singapura bagi menyokong polisi ini sebagai suatu undang-undang. - Agensi Peneraju Press


----------------------------------

Terkejut? Dada berdebar? Itu hanya berita olok-olok.

LKT Industrial Berhad, sebuah syarikat elektronik berpengkalan di Penang telah jatuh kepada Temasek. Tabung Haji - pelabur kedua terbesar - mempunyai 19.52
peratus saham dalam LKT Industrial Bhd. Pelabur utama syarikat tersebut - dengan 23.54 peratus saham - adalah Datuk Loh Khee Lian.

Orang komen tak ada hal. Mungkin oleh kerana tidak boleh urus sendiri, maka Lembaga Tabung Haji pun jual sahaja. Taukeh utama dah jual. Nak buat macam mana?
Ambil mudah ya?

Dato Ruhanie bertanya di blog PuteraMaya sini.


Apa yang diberitakan seperti di atas adalah satu urusan korporat yang biasa. Tetapi, bila Tabung Haji adalah milik kerajaan Malaysia, pastinya penjualan sahamnya dalam LKT Industrial Bhd kepada Temasik-linked company menimbulkan tandatanya yang bukan kecil. Ini kerana LKT Industrial Bhd adalah sebuah syarikat yang strategik.

Jadi, siapakah yang membenarkan Tabung Haji menjual sahamnya GLC Singapura? Adakah ianya dirstui oleh Menteri Kewangan I? Apakah rasional dan motif saham itu dijual? Sudahkah penjualan itu dikaji daripada seluruh aspek akan kesan dan implikasinya?

Kebelakangan ini berapa banyak lagikah saham-saham GLCs Malaysia yang telah dijual atau akan dijual kepada Temasek-linked companies atau GLCs Singapura? Yang kita tau adalah Telekom Malaysia. Lagi?

Pada waktu yang sama, adakah kita pernah terdengar berita di mana GLCs Malaysia membeli saham GLCs Singapura? Adakah Singapura pernah termimpi untuk menjualkan saham GLCs miliknya kepada GLCs Malaysia? Mungkinkah Singapura akan berhati baik dan berbuat demikian tidak lama lagi? Atau, mungkinkah kita tunggu sehingga kucing bertanduk pun mimpi sebegini tidak akan jadi realiti?
Ini jawabnya Dato, Husin terbaca komen ini di Malaysia Today sini:

"Ismee Ismail is CEO of ECM Libra Securities. An accountant by profession, Ismee has varied commerce and industry exposure, having work experience in a public listed company, multinational company, government owned entity and government agency. Prior to joining ECM Libra, Ismee was CFO at Lembaga Tabung Haji. He began his career with Arab Malaysian Development Berhad as its Management Accountant, and subsequently joined Shell Malaysia in 1989, where he held several key finance positions, including Head of Forex and Banking. In 1998, he served with the pioneer management team at the national asset management company, Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, as its Chief Accountant/Treasurer."
Kalau dah nampak gambaran itu, Dato pernah tanya "Pernah Tak DAP Komen Pasal WPI?".

Anwar tidak pernah kritik Abdullah Ahmad Badawi yang baik dengan Singapura. Mungkin Dato Ron baik baca komen Anwar Ibrahim dibawah ini:

Anwar believes in close ties with Singapore

Channel News Asia - August 23, 2007

Former Malaysian deputy prime minister Anwar Ibrahim said he strongly believes Malaysia should encourage close relations with its neighbour, Singapore.

From a national perspective, the closer Malaysians are to Singapore, the better for Malaysia.

Mr Anwar made these comments at a seminar on "Lessons Learnt from the Asian Financial Crisis" on Wednesday, organised by the S Rajaratnam School of International Studies in Singapore.

The 1997 Asian Financial Crisis had several victims, including the ex-Malaysian deputy PM.

The then Finance Minister's handling of the crisis led to a fallout with Dr Mahathir Mohamad, who was premier at that time.

Mr Anwar was sacked in September 1998.

Mr Anwar said Singapore is an important neighbour and any sentiments against the Republic will not be to Malaysia's advantage.

"Sometimes negotiating with the Singaporeans is a very arduous task and I had some experience in that. But we deal with Singaporeans as friends. Why this phobia about past history, and insisting on the half bridge to nowhere, you can find a resolution to the problem," said the former Malaysian deputy PM.

"We can choose to be critical about Singapore, but the problem is not with Singapore. The problem is governance and corruption; it's our foreign policy prescriptions. Playing to the gallery and inciting Malay sentiments against the Singapore Chinese leadership is, to my mind, just insane," he said.

"I said it to the Malaysians in Johor, that we better settle our problems and deal with Singapore as a very important friend and neighbour. We can choose to disagree with them or strongly protest ourselves on some issues, but don't ever make this blunder of inciting sentiments against Singapore, it will not be to our advantage," Mr Anwar added.

Mr Anwar, who is currently advisor to Malaysian opposition party, Keadilan, also spoke of his political role.

"I try to facilitate and... probably try to get the reform agenda, and there is a consensus. But they are right - this is not a personal issue and I don't think the reform agenda is tied to Anwar personally," he said.

Mr Anwar thinks Malaysia's next general election will be held before the end of this year or early next year, so as to deny his right to contest.

Rasa tidak cemasnya? Maka, janganlah terkejut dengan Berita Terkejut diatas. Ianya akan berlaku!


* Terima kasih kepada ilham dan bahan dari Fazilogic Forum MyKMU

Selasa, September 25, 2007

Perdana Menteri Yang Disalah Pilih (PM YDP) Solat Terawih

Bulan puasa adalah satu bulan di mana orang Islam banyak berbuat ibadah sambil berpuasa. Mereka mengerjakan sembahyang terawih dan tadarus Quran di Masjid tiap-tiap malam. Inilah juga peluang untuk berjumpa dan bercampur dengan masyarakat setempat kita. Bagi pemimpin politik, ini juga bulan untuk menjalankan program.

Secara diam-diam, Pak Lah sedang menjelajah negara untuk "rasa-rasa" dan secara diam-diam berkempen. Dengan melawat rakyat satu negara bersama isteri tersayang, diharap meingkatlah imejnya yang bertambah hari bertambah tercemar dan bertambah tipis keyakinan rakyat.

Dua Ahad berturut-turut Pak Lah berterawih di luar Putrajaya. Kali ini, tidaklah Pak Lah menjadi imam sembahyang. Mungkin dia tidak mahu ada jemaah mufaraqah semasa dia menjadi Imam.

Pada Ahad lepas September 16hb, Perdana Menteri Yang Disalah Pilih (PM YDP) Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sibuk berkunjung ke Kelantan dengan isteri tersayang, Datin Jeanne Abdullah.


Pada waktu siang, mereka sibok menyerahkan derma di Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal dan Golongan Daif Parlimen Pasir Mas dan Rantau Panjang di Sekolah Menengah Kangkong, Pasir Mas. Utusan melaporkan 3,000 orang yang menerima sumbangan.

Wow!

Itu belum cukup hebat, laporan media berkata, rakyat jelata yang mendapat sumbangan melibatkan enam kawasan Dewan Undangan seramai 45,000 orang.

Wow banyaknya!

Pada Majlis itu, Pak Lah berkata, “Saya Perdana Menteri untuk seluruh negara, bukannya di negeri-negeri yang dikuasai Barisan Nasional (BN) sahaja.” Hebat bercakap. Nasib dia tidak menyebut, “Saya Perdana Menteri Yang Disalah Pileh (PM YDP)”.

Sewaktu petang, Pak Lah PM YDP bersama isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah berbuka puasa bersama kira-kira 10,000 penduduk di Sekolah Menengah Tanah Merah. Jumlah ini yang menjadi tajuk Utusan Malaysia.

Wow juga!



Selepas maghrib, Utusan melaporkan beliau berlepas ke Masjid Al-Ubudiah, Labok, Machang untuk solat Isyak dan tarawih. Anihnya, bab ini tidak dilaporkan jumlah yang sama berjemaah sembayang Terawih.

Satu SMS sampai kepada seorang rakan yang tambor, bersama Husin minggu lepas, yang berbunyi 500 berbuka dengan Pak Lah, Hanya 200 orang sahaja yang sama bersembahyang isya dan terawih dengan Pak Lah di Labok, Machang. Ini menunjukkan betapa penerimaan rakyat kepada PM kita.” Eh ... betul ke ni. Media kata 10,000? Kalau 200 terawih, ia serupa jemaah harian biasa sahaja rasanya. Husin bertanya sungguh ke angka-angka 3,000, 45,000 dan 10,000 yang di kompang-kompang media perdana. Tidak heran kalau dah di putarbelit dari 300 dan beberapa ribu saja.

Tidak Wow lah gut?

Dari Kelantan, Ahad baru-baru ini September 23hb, PM YDP Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berada di Johor. Menteri Besar, Dato Gani Osman telah menjemput beliau dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah berbuka di kediaman rasminya di Saujana. Seramai 200 orang yang kebanyakkan terdiri dari pemimpin-pemimpin UMNO Johor.



Cerita ini disampaikan oleh seorang Naib Ketua Bahagian UMNO.

Selepas berbuka puasa dan sembahyang Maghrib, sejumlah yang agak besar mengundur diri dari Majlis. Mungkin masing-masing ada majlis lain yang perlu di hadhiri. Dan, mungkin juga ada fed-up dengan PM YDP. Sedia maklumlah, ramai orang Johor tak sejuk lagi kemarahan kepada PM YDP yang membatalkan Jambatan Johor dan projek Wilayah Pembanunan Iskandar yang lebih untuk kepentingan Singapura.

Peliknya, sampai mereka di pintu perkarangan Saujana, pintu telah di kunci oleh Polis dan mereka tidak di benarkan pulang. Tetamu yang menyedari mereka terkunci menjadi marah dan menyoal Polis. Terperanjat mereka dengan jawapan polis bahawa ini keputusan dari atas.

Keputusan atas? Siapa? PM YDP atau MB? Siapa yang hard-up sangat nak popular hingga memaksa orang sembahyang sunat Terawih bersamanya? Adakah PM YDP perlu dipura-purakan seolah-olah orang menyukainya?

Setelah di desak oleh tetamu-tetamu barulah Polis bersetuju membenarkan mereka keluar. Entah berapa kerat yang sebenarnya berjemaah dengan PM YDP lagi.

Media perdana tidak langsung melaporkan lawatan PM YDP ke Johor. Ah … mungkin kerana cerita kematian Nurin Jazlin sedang panas.

Namun, fahamlah Husin kenapa PM YDP berkata semalam bahawa belum masa untuk mengadakan pilihanraya umum. Orang Melayu disuruh mendaftar mengundi. Jangan heran yang dah mendaftar meluat dengan PM YDP dan anak beranaknya.

Kira tak Wow!

Jumaat, September 07, 2007

Bila Pak Lah Bentang Bujet


Hari ini Pak Lah akan membentangkan bujet.

Sejak Tun Dr Mahathir terpaksa sendiri memegang jawatan Menteri Kewangan selepas pemecatan Anwar Ibrahim, sudah menjadi satu precedent untuk Perdana Menteri memegang jawatan tersebut.

Maka seorang yang sudah ditolak dari memasuki jurusan ekonomi di Universiti kerana fail statistik, pun dapat menjadi Menteri Kewangan. Siapa yang bercita-cita nak jadi Menteri Kewangan, belajar Islamic Studies dan Malay Studies? Tak merasa Tok Pa. Orang lain yang dilatih dan berupaya, orang lain yang menduduki jawatan.

Sebagai seorang Menteri Kewangan zaman era Islam Hadhari, tugasnya hanya bagai pelakun yang hanya membaca skrip membentangkan bujet.

Penyediaan bujet sudah dibuat oleh pegawai-pegawai Kementeriaan dengan pengawasan dari dua bekas Pegawai Bank Negara Malaysia yang sudah jadi Menteri - Tan Sri Nor Mohammed Yakcop dan Timbalan Menteri Dato Dr Awang Adek. Samada rapi atau tidak, tidak dijamin lagi.

Ada satu tahun, bujet untuk landasan keretapi berkembar dan jambatan masih ada di bentangkan padahal sudah di batalkan Perdana Menteri. Mungkinkah impian Husin menjadi kenyataan, pentadbiran era Islam Hadhari bertambah baik bertambah hari?

Bagi mempertahankan bujet apabila disoal oleh pembangkang di Parlimen, dia sudah ada Menteri khusus untuk memporak perandakan Parlimen dan cekap memanggil ... ahli-ahli Parlimen lain ... Bodoh! Bodoh ! Bodoh! Selalunya bila berlaku kekecohan, di hujung sudut akan ada suara perempuan yang perlahan tapi nyaring dari MP-MP DAP menjerit ... Yang Di Pertua, Yang Di Pertua, Yang Di Pertua ... Ini salah mengikut tataara Parlimen ... Pengerusi Dewan Negara zaman era Islam Hadhari ni hanya ... Yang Berhormat, Yang Berhormat, Sabar sabar .... Kalau time Tun Dr Mahathir, selalu cerita buang dan gantung MP.

Bagi untuk membagi-bagikan kepada orang-orang tertentu, sudah ada orang-orangnya dalam pelbagai jawatan Setiausaha dan Penasihat.

Maka, kerja Menteri Kewangan dalam era Islam Hadhari sebenarnya senang. Mungkin juga kerjanya hanya bagai burung parrot membaca apa yang diajar.

Apabila teringat cerita parrot, Husin diberitahu oleh seorang peniaga bagaimana Pak Lah - Perdana Menteri pernah beri tandatangan sokongan projek untuk seorang hamba Allah kepada Kementeriaan Kewangan. Apabila sampai ke Kementeriaan Kewangan, pegawai mendapati tiga orang dapat surat sokongan untuk projek yang sama dari Pak Lah. Pening nak jawab ... ceritanya, jawapan yang diberi adalah itu rekomen Perdana Menteri bukan Menteri Kewangan. Entah siapa Menteri Kewangan yang sebenar bertugas dan bekerja? Cerita cerita.

Selalunya pembentangan bujet dibuat, selepas sembahyang Jumaat. Husin harap Pak Lah dapat dudok bersandar tiang semasa khutbah Jumaat untuk lelap agar segar semasa membentangkan bujet. Husin pun macam gitu.

Pak Lah kalau berucap, sering kali akan menjajar kerana hilang dari barisan bacaan dan tersasar kesana kemari hingga tidak difaham apa yang disebut. Apabila menyedari, dia akan ulang balik. Seperti biasa, suara seraknya menjadikan susah untuk didengari suaranya. Dalam serak-serak suaranya, Pak Lah sering kalau bersyarah di public rally mahu berteriak menjerit melaungkan slogan.

Husin dah lama berhenti mendengar dia berucap. Tak menarik. Tak ada isi. Tak membuka minda kepada perkara baru langsung. Tak menaikkan semangat.

Apahal pun bersedialah kita petang ini dengan slogan-slogan seperti mesra rakyat, bujet berhemat, dan lain-lain klise-klise. Pasti tidak ketinggalan Pak Lah tidak ketinggalan menyebut slogan-slogan dah basi seperti "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang". Akan ada kemungkinan slogan "Jangan Berkerja Untuk Saya Tetapi Bekerja Bersama Saya" akan ada. Hari ini kita fahamlah slogan ini untuk dia tak payah kerja tetapi orang lain yang kerja. "Islam Hadhari" pasti tidak berhenti-henti di sebut. Kali ini akan kedengaranlah, "Misi Nasional" tambahan 50 tahun visi Pak Lah untuk melangkaui kehebatan Tun Dr Mahathir yang hanya dapat lihat sampai Wawsan 2020. Entah dia faham ke yang tersurat dan tersirat disebalik perfect vision 2020.

Bila sudah habis, para-para MP dan Menteri akan ditanya media. Mereka pasti dan tidak pernah tidak sebut bujet ini "good budget", menarik, adil dan saksama, kerajan menjalankan tanggungjawab, melipui semua kaum dan lingkungan masyarakat, dan bermacam-macam kata-kata yang sudah jadi klise.

Walaupun ada kebenaran, masaalahnya zaman pentadbiran era Islam Hadhari ni susah nak percaya dan tidak yakin langsung dengan kata-kata PM.

Zaman PM ada had dan ada hari yang banyak pengampu hingga dia sendiri percaya bahawa diri nya hebat, Husin jangka banyaklah komen dan putarbelit suratkhabar yang akan memuji kehebatan, kebijaksanaan dan kejauh pandangan Pak Lah. Jauh pandang kerana matlamat yang dekat dah hancus.

Fokusnya bukan ekonomi dan masa depan ekonomi, tetapi Pak Lah. Usaha untuk menggunakan kemerdekaan sudah back fire kerana yang nampak adalah kasih sayang rakyat yang begitu jelas kepada Tun Dr Mahathir. Bagi yang mendengar dia berucap, mereka bertanya-tanya: Apa benda dia merepek?

Oh ... jangan lupa akan ada penafian ini bukan bujet pilihanraya.

Khamis, September 06, 2007

Takut Bercakap Di Repot Polis, Gambar Sajalah

Galeri Lihat Percaya Sendiri - Era Islam Hadhari
Di Dedikasi Istimewa Untuk AgendaDaily (Journalist Makan Gaji) dan Thinker (No More) Library

Di Tilawah Al Quran Baru-Baru Ini

Dah mula lah tu ...

Khusyuk mendengar bacaan ayat-ayat suci Al Quran ke?


Di Satu Majlis Bersama Dato' Azalina Othman dan Dato' Zul Hasnan bin Rafique


Nasib baik gelap tak nampak orang ...


Kacau Saja Flash Camera!

Resah Dato Zul hasnan .. Dahlah boss macam tu, Dato Azalina pun terikut.

Akan bersambung lagi bila ada yang benak nak konon pertahan sifat Dolah Kaki Tidor ...