Selasa, September 25, 2007

Perdana Menteri Yang Disalah Pilih (PM YDP) Solat Terawih

Bulan puasa adalah satu bulan di mana orang Islam banyak berbuat ibadah sambil berpuasa. Mereka mengerjakan sembahyang terawih dan tadarus Quran di Masjid tiap-tiap malam. Inilah juga peluang untuk berjumpa dan bercampur dengan masyarakat setempat kita. Bagi pemimpin politik, ini juga bulan untuk menjalankan program.

Secara diam-diam, Pak Lah sedang menjelajah negara untuk "rasa-rasa" dan secara diam-diam berkempen. Dengan melawat rakyat satu negara bersama isteri tersayang, diharap meingkatlah imejnya yang bertambah hari bertambah tercemar dan bertambah tipis keyakinan rakyat.

Dua Ahad berturut-turut Pak Lah berterawih di luar Putrajaya. Kali ini, tidaklah Pak Lah menjadi imam sembahyang. Mungkin dia tidak mahu ada jemaah mufaraqah semasa dia menjadi Imam.

Pada Ahad lepas September 16hb, Perdana Menteri Yang Disalah Pilih (PM YDP) Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sibuk berkunjung ke Kelantan dengan isteri tersayang, Datin Jeanne Abdullah.


Pada waktu siang, mereka sibok menyerahkan derma di Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal dan Golongan Daif Parlimen Pasir Mas dan Rantau Panjang di Sekolah Menengah Kangkong, Pasir Mas. Utusan melaporkan 3,000 orang yang menerima sumbangan.

Wow!

Itu belum cukup hebat, laporan media berkata, rakyat jelata yang mendapat sumbangan melibatkan enam kawasan Dewan Undangan seramai 45,000 orang.

Wow banyaknya!

Pada Majlis itu, Pak Lah berkata, “Saya Perdana Menteri untuk seluruh negara, bukannya di negeri-negeri yang dikuasai Barisan Nasional (BN) sahaja.” Hebat bercakap. Nasib dia tidak menyebut, “Saya Perdana Menteri Yang Disalah Pileh (PM YDP)”.

Sewaktu petang, Pak Lah PM YDP bersama isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah berbuka puasa bersama kira-kira 10,000 penduduk di Sekolah Menengah Tanah Merah. Jumlah ini yang menjadi tajuk Utusan Malaysia.

Wow juga!



Selepas maghrib, Utusan melaporkan beliau berlepas ke Masjid Al-Ubudiah, Labok, Machang untuk solat Isyak dan tarawih. Anihnya, bab ini tidak dilaporkan jumlah yang sama berjemaah sembayang Terawih.

Satu SMS sampai kepada seorang rakan yang tambor, bersama Husin minggu lepas, yang berbunyi 500 berbuka dengan Pak Lah, Hanya 200 orang sahaja yang sama bersembahyang isya dan terawih dengan Pak Lah di Labok, Machang. Ini menunjukkan betapa penerimaan rakyat kepada PM kita.” Eh ... betul ke ni. Media kata 10,000? Kalau 200 terawih, ia serupa jemaah harian biasa sahaja rasanya. Husin bertanya sungguh ke angka-angka 3,000, 45,000 dan 10,000 yang di kompang-kompang media perdana. Tidak heran kalau dah di putarbelit dari 300 dan beberapa ribu saja.

Tidak Wow lah gut?

Dari Kelantan, Ahad baru-baru ini September 23hb, PM YDP Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berada di Johor. Menteri Besar, Dato Gani Osman telah menjemput beliau dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah berbuka di kediaman rasminya di Saujana. Seramai 200 orang yang kebanyakkan terdiri dari pemimpin-pemimpin UMNO Johor.



Cerita ini disampaikan oleh seorang Naib Ketua Bahagian UMNO.

Selepas berbuka puasa dan sembahyang Maghrib, sejumlah yang agak besar mengundur diri dari Majlis. Mungkin masing-masing ada majlis lain yang perlu di hadhiri. Dan, mungkin juga ada fed-up dengan PM YDP. Sedia maklumlah, ramai orang Johor tak sejuk lagi kemarahan kepada PM YDP yang membatalkan Jambatan Johor dan projek Wilayah Pembanunan Iskandar yang lebih untuk kepentingan Singapura.

Peliknya, sampai mereka di pintu perkarangan Saujana, pintu telah di kunci oleh Polis dan mereka tidak di benarkan pulang. Tetamu yang menyedari mereka terkunci menjadi marah dan menyoal Polis. Terperanjat mereka dengan jawapan polis bahawa ini keputusan dari atas.

Keputusan atas? Siapa? PM YDP atau MB? Siapa yang hard-up sangat nak popular hingga memaksa orang sembahyang sunat Terawih bersamanya? Adakah PM YDP perlu dipura-purakan seolah-olah orang menyukainya?

Setelah di desak oleh tetamu-tetamu barulah Polis bersetuju membenarkan mereka keluar. Entah berapa kerat yang sebenarnya berjemaah dengan PM YDP lagi.

Media perdana tidak langsung melaporkan lawatan PM YDP ke Johor. Ah … mungkin kerana cerita kematian Nurin Jazlin sedang panas.

Namun, fahamlah Husin kenapa PM YDP berkata semalam bahawa belum masa untuk mengadakan pilihanraya umum. Orang Melayu disuruh mendaftar mengundi. Jangan heran yang dah mendaftar meluat dengan PM YDP dan anak beranaknya.

Kira tak Wow!

6 ulasan:

  1. Tuan Hussin Lempoyang Al Kaherahi,

    Pegawai pegawai PM YDP Abdullah boleh 'mengarahkan' agar pintu Saujana dikunci dan menghalang orang orang UMNO Johor meninggalkan majlis sebelum selesai. Wajar atau tidak "penahanan haram" (unlawful detention) itu, sama sama kita periksa.

    Namun begitu, berat sangatkah PM YDP Abdullah selaku Presiden UMNO dan sekelian para MKT UMNO untuk anjurkan upcara sembahyang hajat dan doa selamat diperingkat Kepimpinan UMNO dan UMNO Pusat bagi mendoakan sejahteraan Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Presiden UMNO yang amat berjasa itu, kini terlantar dalam ICU IJN dibawah mesin pernafasan setelah pembedahan terbuka dada kali kedua dalam tempoh 18 hari itu????

    Mana keikhlasan pemimpin pemimpin UMNO hari ini????

    Apa yang Kepimpinan UMNO cuba terapkan dari episod ini kepada generasi anak Melayu muda muda????

    BalasPadam
  2. Itu bukannya menunjukkan orang dah fed-up dengan PM, ia menunjukkan orang dah fed-up dengan MB Johor. PM tidak menyuruh pagar di tutup dan memaksa orang untuk berjemaah dengannya. Dia berjemaah dengan yang ingin berjemaah bersamanya, tetapi MB yang memaksa orang supaya jangan pulang kerana takut kelihatan bahawa grassroot UMNO Johorpun sudah tidak menghormati beliau sekaligus menggambarkan bahawa beliau tidak lagi berpengaruh.

    Kalau orang fedup kepada PM, mereka tidak datang langsung dan kalau nak di kirakan makanan yang dihidangkan kepada orangramai, AJK2 bahagian dan Ketua2 cawangan lebih mampu untuk menyajikan yang lebih lazat dari itu.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama12:25 PG

    Itulah dia dasar pembodek yang di amalkan oleh Ghani. Satu hari nanti Ghani ni akan ditempeleng oleh Tuanku Sultan dikhalayak ramai. Baru padan muka.

    BalasPadam
  4. tak ada lagi pemimpin yg boleh diharap utk bela nasib rakyat...

    yg ada semua kaki jilat pungkok...

    setuju dgn haji, kalau baginda sultan johor tempeleng mb johor, malah dgn pak lah sekali lagi bagus...

    BalasPadam
  5. Sembahyang pun mahu spin dan berpura-pura. Haprak pemimpin Melayu.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama8:46 PTG

    Excuse for that I interfere … At me a similar situation. Let's discuss. Write here or in PM.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.