Sabtu, Disember 08, 2007

Susah Bila Dolah Berfikir Di Luar (K)otak

Sesudah ranap Kuala Terengganu dan Johor Selatan, giliran Sungai untuk menjadi hasil pemikiran Dolah di luar (k)otak.

Blogger dan penulis Dato' Kamal Amir menulis dalam kolumnya "Bila Dolah Buat Lawak":

Sementara Abdullah Ahmad Badawi pula diberitakan oleh RTM meninjau sekitar kawasan yang dinaiki air di Johor dengan menaiki pesawat dan sebaik sahaja ditanya oleh wartawan lantas beliau mencadangkan agar sungai di Johor diluruskan.

“Bila dah lurus sungai, mana-mana kawasan yang jadi tasik boleh buat tempat memancing atau famili berkelah di musim cuti, boleh juga buat tempat naik bot untuk tujuan riadah, mana-mana tebing yang telah dihias dapat jadi kawasan istirehat. Bila sungai lurus masalah banjir dapat diatasi.”

Begitulah ucapannya yang tersiar di Berita Radio klasik sebelum masuk waktu sembahyang zohor.

Kah kah kah ...

Ini bukan bedek. Bernama pun melaporkan.

Kah kah kah ... Sempatkah Dato sembahyang zohor? Kalau Husin dengar radio tu, pasti terbahak-bahak ketawa dari masuk waktu zohor hingga ke waktu asar. Kah kah kah ...

Dato Kamal mesti faham .... kah kah kah .... bahawa .... kah kah kah ...(diam, selawat, dan minum air bertenang sebentar 5 minit).... ha ha he he ...., maaf Dato', ... saya sambung... sakit perut sikit.

Tok mesti faham bahawa sejak tahun 2004 Husin sudah berkali-kali dengar dia bersyarah, "We must think out of the box". Bolehkah dianggap Dolah menggunakan kaedah ini dengan berkesan untuk mengendalikan ide-ide pembangunan baru?

Yang numero uno hingga di puji seorang Dato Vice Chancellor adalah Piala Monsoon untuk pertandingan kapal layar. Tiap-tiap kali pertandingan, cerita lagenda ide ini akan diulang. Begitulah hebatnya hingga baru tiga tahun, tapi dah dipuji dengan begitu cemerlang, gemilang dan terbilang. Tunggu masa tutuplah F1.

Alkisahnya Dolah mendapat ilham ini dalam salah satu expedisi memancing di Terengganu. Dalam perbualan menunggu ikan memaut, mereka berbincang mengenai masaalah kekurangan pelancong ke Terengganu di musim tengkujuh. Dolah dikatakan mendapat ide mengadakan acara pelancongan yang besar untuk Terengganu.

Fikir-fikir punya fikir, anak angkatnya Patrick Badawi mencadangkan pertandingan kapal layar world class. Mesti world class kerana menandingi ide F1 Dato Mahathir. Bagi pelancong yang tidak dapat bersantai di pulau-pulau maka Pulau Duyong dibangunkan sebagai Marina Resort. Boleh biznes sedikit ... Thinking out of the Box.


Menyedari ombak tengkujuh terlalu kuat untuk kapal layar belayar, ditutup muara sungai Terengganu dan pertandingan diadakan di muara. Dapatlah biznes untuk membina penahan ombak ... Thinking out of the Box.


Khabarnya penahan ombak yang tinggi 20 kaki tidak dapat bertahan dan kos membaiki akan menelan belanja berpuloh juta tiap-tiap tahun. Ohhh ... itu tidak apa, itu biznes. .... Thinking out of the Box.


Khabarnya pelancong barat yang diharap datang untuk Monsoon Cup tak berapa sangat. Lalu dikatakan audit media mentaksirkan satu pertiga ummah manusia akan menonton pertandingan itu di TV. Adakah ketinggian angka audit menguntungkan negeri dan rakyat Terengganukah? Asal nampak macam berjaya ...Thinking out of the Box.

Dari orang komplen sangat, dilalaikan dengan dibina Masjid Kristal untuk melambangkan Terengganu Negeri Islam Hadhari. Tamaddun dan peradaban Islam boleh juga dijadikan tarikan pelancong barat untuk jemur bersantai dalam pakaian mandi. Memang hebat ... Thinking out of the Box.

Khabarnya angin tidak kuat dan tidak menentu. Pertandingan hanya merupakan nasib siapa baik dapat angin. Bagaimana akan diselesai masaalah ini? Adakah akan dibina mesin kipas angin gergasi untuk menjana angin bagi melayarkan kapal-kapal ini? Pasti boleh membina satu industri baru. Satu lagi ide untuk Dolah .... Thinking out of the Box.

Kalau tak habis-habis keluar wang dan tak habis-habis menyelesaikan masaalah, bukanlah thinking out of the box atau berfikir di luar kotak, tapi ... berfikir di luar otak.


Itu pun ramai tak tahu kesan alam sekitar Piala Monsoon kepada sistem ekoloji dan perairan Kuala Terengganu. Tunggu saja untuk melihat kesannya. Ada prospek biznes.

Tahun lepas, Dolah ada satu lagi ide berfikir di luar otak. Malah dia mengaku, "Ini ide saya."

Tidak lain dan tidak bukan, ide itu adalah projek Wilayah Pembangunan Iskandar. Ialah projek yang dikatakan Megapolis. Kemudian dikatakan Hong Kong Malaysia. Penasihat Dolah, Musa Pendekar Tualang Tiga, katakan Shenzhen. Eh mana satu ni? Shenzhen untuk siapa?

Dengan WPI, maka Dolah dapat mengalihkan pandangan orang ramai daripada masaalah pembatalan Jambatan Bengkok. Dolah dapat menghidupkan harapan dan keyakinan orang Johor kepada kerajaan BN. Padahal harapan mereka untuk dapatkan jambatan tidak tercapai ... Thinking out of the Box.

Sekali tak laku dapat menarik pelabur, maka dibenarkan pula pembeli-pembeli hartanah membeli hartanah berharga RM250,000. Developer lah untung ... Thinking out of the Box.

Orang marah, maka mereka diam saja dulu. Bila Akta dapat diluluskan, pelbagai rancangan dan kemudahan untuk orang Singapura diumumkan - kad pintar imigresyen, mudah dapat permit kerja, kemudahan keselamatan, dan macam-macam lagi. Pembangunan untuk memanafaatkan rakyat... Thinking out of the Box.

Akhirnya bagi memastikan Singapura terlibat, maka ditubuh Jawatankuasa Peringkat Menteri melibatkan Malaysia dan Singapura. Menteri Singapura terlibat untuk membangunkan tanah Johor? Kata Dolah dan Musa, negara tak terjual. Macam mana tu? ... Thinking out of the Box..

Rupanya Akta WPI memberi kuasa mutlak kepada kerajaan persekutuan dan pegawai-pegawainya hingga mengubah peraturan dan tidak boleh di saman. Ini bukan sahaja "berfikir di luar kotak atau otak", orang Johor kata kepala hotak!!!

Berbalik pada cerita meluruskan sungai dan adakan tasek menakung air untuk berkelah dan bersantai, Husin takut dengan "idea saya" dan "Thinking out of the Box" Dolah.

Tak payahlah Dolah buat sungai lurus. Lebarkan dan dalamkan pun cukup. Selalu-selalulah keluarkan sampah-sampah dari sungai. Pastikan orang dan industri tak buang sampah.


Nasiblah ... dia dah mula berfikir di luar otak. Adalah orang yang akan buat biznes dan bertambah mahallah belanja.

Mungkin cara Dolah berfikir di luar otak terlalu maju, maka terlalu berharga dan mahal di luar kemampuan Malaysia. Lebih baik Dolah tawarkan buah fikiran dan caj mahal-mahal sebagai konsultan kepada MNC dan Negara yang minat.

Husin lebih untung jual orang dari jual unta.

** Disunting dan dikemaskini dengan gambar pada 10/12/2007 pada 11:59 malam

14 ulasan:

  1. salam..
    minyak dah nk abis.. mula la cari jln takut duit pun abis.. apakata tanam hewan mati dlm laut agar menjadi fosil dan membentuk minyak satu hari nanti.. thinking out of the box..
    heh

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama12:05 PTG

    Dealer kereta proton tak leh nak jual keret sebab pasaran lembap...pikiran luar kepala otak Pak Lah kata "jual lah kereta jenama lain..."

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama6:30 PTG

    Pak Lah memang hebat berfikir. Kadang-kadang melebihi dari semua orang. Setakat Mahathir dan G.Bush bukanlah tandingan Pak Lah. Pemikirannya menjangkau pemikiran AlGhazali dan Shafie.

    Kebolehan Pak Lah memacu pertumbuhan ekonomi negara dengan mencipta berbagai mega projek tentulah mengkagumkan seluruh umat manusia, terutama bagi mereka yang berugama Hadhari. Pemikiran Pak Lah memang diluar otak. Dikatakan cara pemikiran Pak Lah begitu terkedepan dan menjangkau masa.

    Ketokohan Pak Lah belum lagi ada tandingan setakat ini. Semua Perdana Menteri Malaysia setakat ini tidak secerdik Pak Lah. Selayaknya Pak Lah digelar Bapa pemikir Melayu. Dikatakan bahawa Mahathir tidak memiliki walaupun sepuluh per sen dari kecerdikan Pak Lah. Kecerdikan Pak Lah lebih menyerlah bila lebih banyak masaalah menyerang negara. Setakat ini Pak Lah sudah dapat menyelesaikan semua masaalah negara, termasuklah isu hindraf yang timbul baru-baru ini.

    Adalah malang bagi Malaysia sekiranya Pak Lah ditakdirkan mati dalam beberapa tahun ini. Dikatakan Pak Lah mempunyai perancangan terlalu banyak untuk memajukan Malaysia. Wawasan 2020 sudah tidak relevan lagi kerana dikatakan Pak Lah boleh memacu negara kearah negara maju sebelum tahun 2010. Mengikut unjuran ekonomi oleh Bank Negara, Malaysia akan dapat menandingi Amerika Syarikat dalam semua hal sebelum tahun 2010. Dikatakan juga pada pertengahan tahun 2009 semuanya akan menjadi kenyataan. Pak Lah dikala itu tentunya akan ketawa terbahak-bahak kerana dia berjaya menafikan semua ramalan negatif tentang dirinya. Pada ketika itulah semua rakyat Malaysia akan menyembah Pak Lah dan meminta Pak Lah menjadi PM hingga keakhir hayatnya.

    Pak Lah akan terus berjaya. Dia akan dilantik menjadi khalifah untuk semua manusia yang bergelar Muslim. Teraju pemerintah Pak Lah akan meliputi seluruh pelusuk alam. Waktu itu, Pak Lah sudah tidak lagi tertidur kerana mimpinya selama ini sudah menjadi kenyataan.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama8:11 PTG

    Suatu hari nanti bila minyak dah habish, Pak Lah mungkin akan fikir yang kita patut tanam bunga popi untuk membuat dadah. Untung besar ni, boleh jual di pasaran halal dan haram. Yang halal untuk buat ubat-ubat seperti Panadol manakala yang haram pula boleh dibuat pil khayal dan ganja.

    Think out of the box ni memang hebat! 2 jalan business pun boleh buat. Bila 1 jalan dihalang, masih ada 1 lagi jalan backup. Bestnya!

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama11:17 PTG

    woi bangganya dengAN KEPALA HOTAK DOLLAHHH HA.....

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama12:19 PG

    Saudagar Pak Husin,

    Tolong jualkan "orang" ini, ya? Murah pun takpa, asalkan terjual...

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama2:22 PG

    banjir berlaku sebab air lebih lalu melimpah bukan sebab tebing sungai bengkang bengkok, lagi pun PM bukan suka pada benda bengkok, contohnya jambatan bengkok :-) melampau

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama11:52 PG

    8 12 2007 Mat Sabu dan Tian Chua diTangkap 9 12 2007 . Rasanya Anwar dan Tok Guru akan mengikuti . Tak sapa boleh mencabar atau mengatasi undang undang.... melaysia boleh. Dolah boleh lakukan apa saja .Menantu Dolah boleh hentam duit rakyak. Najib boleh laku.....Malaysia boleh.
    Pemerintahan BN sama saja dengan Pemerintahan Yahudi dan Kominis.

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama1:01 PTG

    Apalagi.....kalu minyak dah habis..peduli apa...kan wang rakyat dah masuk dalam poket...cabutlah ke australia....lepai itu negara bagi kat org kita yang miskin untuk memimpin.....habislah..habis.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama1:41 PTG

    Biasanya kalau pemimpin sendiri tak pandai tu tak apa, asalkan dia tahu meletakkan orang-orang pandai untuk membantunya mentadbir. Itu sudah modus operandi dari zaman dulu hingga kini.

    Masalahnya timbul apabila pemimpin tak pandai, ditambah pula dikerumuni beruk-beruk yang purata IQ mereka sekitar 99. Maka timbullah keadaan yang pada mulanya melucukan, tapi cepat bertukar kepada memalukan dan berpotensi MEMUDARATKAN kesejahteraan rakyat.

    Sebagai rakyat yang prihatin kita wajar memerangi kebodohan sedemikian - yang gelap wajib disuluhkan!

    BalasPadam
  11. hehehe... tak perasan pulak itu hari tajuknya "susah bila dolah berfikir di luar (K)OTAK"...

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama3:00 PTG

    Si Dullah ni ada otak ke?

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama5:03 PTG

    Hj Dol,
    Pemimpin perlu IKHLAS dan bukan bertindak secara tidak bertanggungjawab secara lepas cakap sahaja. Jangan hanya melihat kepada banjir sahaja kemudian diberi idea luruskan sungai. Banjir berlaku disebabkan banyak faktor seperti sungai cetek, sampah sarap atau aras pasang surut laut.
    Kebelakangan ini sering berlaku kesesakan hiper di KL sehingga berjam-jam. Apa yang berlaku adakah semua jalan di KL perlu diluruskan. Sudah tiba masanya penguatkuasaan yang adil dan saksama dilakukan. Pembukaan Pavillion memberikan nafas baru kepada aktiviti ekonomi tetapi juga membawa padah apabila terlalu banyak keistimewaan juga diberikan. Laluan pejalan kaki yang selamat dan mudah perlulah mereka sediakan dan bukannya dibuat Zebra crossing sewenang-wenangnya di hadapan Marriot hotel.

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama12:33 PTG

    Hussin,

    wa banyak suka lu punya out of kotak thinking. Lu kasi wa gelak, tapi gelak gelak pun, lu kasi wa pikik dalam oh...manyak dalam.

    Tapi wa punya (k)otak sikit besar laa, boleh pikik dalam dalam.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.