Di zaman Dolah, asyik main 100 atau 200 ekor sahaja. Ini boleh bermakna bahawa gaji Perdana Menteri sekarang adalah sekurang-kurangnya 10 kali ganda. Mungkin dalam hal ini pun kita nak tandingi gaji Perdana Menteri Singapura.
Pada tahun lepas 2006, yang merupakan tahun annus horribilis untuk Dolah, salah satu isu tetapi tidak ramai sedar dan tidak diributkan adalah ibadat korban Dolah yang ditaja oleh syarikat DiGi Telecommunication Berhad (DiGi) hingga diajuk sebagai Lembu DiGi. Berikut ada berita Utusan ini tahun lepas:
Di dalam laporan bertarikh Disember 15hb, 2006, DiGi telah membuat majlis penyerahan lembu sebanyak 200 ekor kepada Perdana Menteri.
Semasa Hari Raya Korban dua minggu kemudiannya, Dolah dilihat sangat hebat kemurahannya untuk menyerahkan 130 ekor lembu untuk kawasan Parlimen Kepala Batas. Padahal itu Lembu DIGi yang diberi. Maka orang Kepala Batas makan Lembu DIGi.
Lembu DiGi, Lembu DIGi ...
Sebenarnya agak anih untuk melakukan ibadat korban menggunakan binatang ternakan yang di taja. Ibadah korban adalah ibadah peribadi yang perlu dilakukan lafaz …."Aku korbankan … lembu ini …”, sebagai contoh. Mengikut hukum yang lazim digunakan, salah satu syarat sah korban adalah berugama Islam.
Macam mana syarikat DiGi Berhad, pemegang saham utama, syarikat Norwey Telnor, Pengerusi DiGi Ave Johansen, dan Pengarah Urusan DiGi Morten Lundal hendak niat ... kerana Allah? Sahkah korban jika dibuat bukan Islam? Duit apa untuk kasi orang Islam makan? Entahlah hukum apa zaman Islam Hadhari … Lembu DiGi.
Baiklah, mungkin lembu-lembu ini boleh dianggap sebagai hadiah kepada Dolah. Sebaliknya, Dolah membuat ibadah korban dari lembu-lembu pemberian DiGi yang sudah jadi haknya. Hmmmm … pemberian sebanyak itu luar biasa, mana boleh dianggap pemberian atau hadiah. … Berapa ekor Dolah boleh makan? Entahlah hukum apa zaman Islam Hadhari …Lembu DiGi
Oh ya ... kemana 70 ekor lebihnya disedekahkan? Islam Hadhari ...hilang Lembu DiGi
Itulah dunia korporat. Apa saja kebaikan mahu dihebah-hebahkan untuk diketahui semua. Apa saja keburukan mereka perlu cepat-cepat ditangani.
Husin tak nampak gambar Lembu DiGi itu, tapi cuba bayangkan lembu-lembu yang akan dikorbankan di Kepala Batas ditampal dengan logo-logo DiGi … hehehe
Kalau dibuatnya DiGi ni buat tabiat, mereka buat pelbagai gimik-gimik saudagar dengan Lembu DIGi.
Bayangkan reaksi-reaksi Pak Imam, Pakcik-Pakcik dan Makcik-Makcik melihat pom-pom girl DiGi yang seksi-seksi mengiringi lembu-lembu DiGi yang serba kuning.
Bayangkan di depan masjid dan surau, diletakkan patung lembu kuning dengan logo DiGi. Hehehe...
Astagfirullah … mengucap panjang Pak Haji Mak Haji. Islam Hadhari, macam-macam boleh jadi ….
Lembu DiGi, Lembu DIGi ...
Baiklah itu tahun 2006. Sudah dibisingkan tahun lepas, rupanya tahun 2007 Dolah buat lagi! Cuba berdiam tapi akhirnya disedari juga.
Budak Tingkat 4 ingat cerdiklah untuk umum korban dahulu dan dengan ringkas …
… harap-harap orang tidak sedar.
Orang korporat mesti kompang. Akhirnya keluar di suratkhabar semalam, semua orang tahu Dolah korban Lembu DiGi lagi. Semua sekali jumlahnya dapat …
… dapat 134 ekor bermacam-macam binatang.
Jika tidak sah ikut hukum syariat, tak apalah. Sumbangan lembu itu menjadi sedekah sahajalah. Apahal pun, ibadah itu urusan masing-masing, kerana tuhan sahaja yang menentu. Yang penting dalam apa kita mahu lakukan, ianya perlu dilakukan dengan ikhlas dan dielakkan dari timbul sifat membangga diri.
Hairan bagaimana PRO DiGi Tengku Alizakri boleh memikirkan ide sedemikian. Tidakkah dia faham hukum dan budaya korban. Sebenarnya banyak cara lain untuk melunaskan tanggungjawab sosial korporat. Apa salah dibuat derma di tempat-tempat yang lebih miskin dan memerlukan. Kalau mahu buat Korban juga, pekerja-pekerja Islam DiGi lah buat Korban. Tak apa juga syarikat hendak bantu taja.
Sebenarnya Kepala Batas ni sudah kaya raya …
Sharif Udang yang dapat banyak kontrak Jabatan Laut boleh sumbang korban. Katanya, dia dapat kontrak sentiasa, malah kontrak yang tidak ada dalam peruntukkkan bujet pun tiba-tiba boleh ada. Katanya …
Kamal Bilal, sepupu dan adik angkat Pak Lah tu sorang dah boleh kasi 100 ekor. Katanya dia ada buat sesuatu di Pulau Carey satu masa dulu dan komisyen yang dia mintak RM25 juta. Tak tahulah ada kena mengena dengan PKFZ ke?
Ada pula anak buah Pak Lah, Haji Wahid Mahbut yang sedang membina resort 5 bintang di Kepala Batas. Satu lagi ide luar (k)otak dari Pak Lah. Dengar-dengar selurohnya dibiayai oleh Bank SME. Hehehe ... kalau bungkus, SME Bank boleh write off kemudian …
Kepala Batas ni tak payah ibadah korban lagi noh, depa semua tiap-tiap hari makan daging. Dah tak ada orang miskin lagi. Kalau ada orang miskin, kira bodohlah tidak tahu guna peluang.
Semua orang Kepala Batas, kaya raya. Dolah tidak pernah menghampakan orang Kepala Batas. Ratusan lembu ini diharap untuk memastikan orang Kepala Batas tidak menghampakan Dolah untuk kekal menang pilihanraya.
... tak perlu Lembu DiGi. Sebagai orang dah kaya, hanya perlu terus menerus memberi kontrak.
Husin tertarik dengan cara orang asal Kepala Batas buat Korban ... Sapi punya kepala, DIGi punya Duit, Dolah yang dapat nama. Hehehe... Lembu DiGi, satu lagi ide atau hukum luar (k)otak dari Dolah.
Tiap-tiap tahun Husin buat korban unta. Itu sudah mestilah. Ana berniaga unta lah.
Menarik... bagus kupasan untuk topik ni... saya pun musykil juga hal-hal sebegini apalagi bila cuba mengaitkan DiGi yang nyata mempunyai kepunyaan orang bukan Islam yang besar, dengan ibadah korban, tapi serasanya perkara yang baik tak wajar diperburukkan hanya kerana kita tak sekepala. Ibadah itu untuk dinilaikan oleh Tuhan, bukan untuk kita memperbicarakan sapa yang lebih alim dan banyak ibadat, dan siapa yang ibadat tak laku/berguna...
BalasPadamJanji, masing-masing ikhlas, Insya Allah, Tuhan lebih Maha Mengetahui...
Apa-apa pun, mungkin ada ustaz yang boleh memberikan kupasan yang lebih terperinci dan saksama tentang ibadah korban ini.
Wassalaam dan Eid Mubarak! (dah nak abis dah hari ketiga ni...)
Seorang sahabat hantar SMS pada Husin. Oleh kerana kalau dia tulis, imej dan popularitinya terjejas (sakat saja :) ), biaq Husin ceritakan apa yang dikatakan.
BalasPadamHusin tak kisah tak popular kerana penerangan UMNO nak cari siapa kebala si Husin Lempoyang ni.
Katanya zaman pemerintahan Habib Bourguiba di Tunisia, dia meminta ulamak memberikan pelepasan dari berpuasa dlm bulan ramadhan untuk pekerjaan bukan buruh. Mungkin dia tidak mahu puasa lah tu. Bourguiba di tulis dalam Wikipedia sebagai Kamal Attaturk bagi Tunisia.
Tentulah haram kerana puasa itu rukun islam dan ulamak enggan. Bourguiba 'suruh' kaji semula. Akhirnya kaji punya kaji, dapat dicari sebab untuk tunduk kepada permintaan Borguiba. Keluarlah fatwa.
Kawan tu kata mungkin sama dengan kes Lembu DiGi yang Husin cerita berlaku di Kepala Bana. Tunggu masa sahajalah. Keluar fatwa nanti dan kita boleh panggil fatwa DiGi.
citer pasal resort 5 bintang ni.. teringat saya pada tengku nan.. dulu dia ada pinjam duit dgn satu bank (bawah DAFIA)untuk beli tanah kat satu pulau.. tup-tup dia tak bole nak abis bayar.. jadi bank ni dapat arahan dari 'kayangan' untuk restructure hutang yang berjuta-juta ni kepada ratus ribu sahaja.. untungnya jadi ahli politik 'be end' dapat diskaun bila guna duit rakyat.. hehehe
BalasPadamsatu lagi.. dulu bank ni juga dapat dana wang ihsan untuk di agih-agihkan sebagai pinjaman kepada rakyat trengganu yang bersemangat keusahawanan.. tapi kriteria kelulusan calon da ditetapkan oleh 'kayangan' lagi.. mesti ketua bahagian, ketua cawangan dan bermacam ketua lagi daaa.. yang speselnyer.. pinjam 100 dapat hibah 40.. faham tak
contoh si ALI pinjam RM100,000 bayar cuma RM60,000 jer.. diskaun atas duit rakyat lagi ni
islam had hari... what to say....
BalasPadamSuatu hari nanti kita nak dengar pulak lembu2 sumbangan dari pusat beli-belah one utama kepada ahli parlimen segambut dan di agihkan ke serata mesjid2 berhampiran di hari raya Qurban.
BalasPadamMereka membolehkan apa cara sekali pong.... di atas nama populariti, publisiti korporat dan kebaikan murahan2 ini.
Cayalah.
Boss..boss.. semua ulasan anda benar-benar menyakitkan perut saya. Inilah apa yg dikatakan matlamat menghalalkan cara di zaman Hadhamari ini. Rasanya lah kan, kalo DiGi ni wujud dlm zaman nabi dulu, ada kemungkinan ke nabi pun buat mcm si bodohlah buat ? usyei...syok betul zaman ni!!!
BalasPadamhahaha...
BalasPadamsebab tu lah DiGi menang anugerah CSR perdana menteri... pastu apa yg diorang sponsor tu tax deductible tu.. kalau kita korban lembu boleh ke resit tu simpan, nak claim kat Income Tax? hahahah
lagi satu, kesian jugak kalau-kalau orang kat kepala batas tu, lepas masak dan makan daging korban tu, sibuk naka kena tanam tulang-tulangnya.. heheheh tak pasal-pasal je....
Bagi 200 ekor tapi sumbang 130 je yea? Baik punya kebas Dollah kat 70 ekor simpan kat estet Dollah supaya kambing kesayangan tak bersendirian.
BalasPadamKesimpulan:
Jadi kambing Dollah memang lumayan. ahaks!
dollah buat abedeen resort utk utk kaki2 ampu yg dtg duduk di kepala batas utk melobi dia. ramai pelobi komplen tak ada tempat penginapan yg terdekat(standard) utk mereka. selain dari pelobi2 tu mungkin kambing2 pak lah boleh berehat dlm resort tersebut.
BalasPadamLaa.. DiGi cume sumbang jer,,
BalasPadamDolah yg main kebas, nak wat cam ner.. dolah..dolah,
ko nak bikin farm blakang putrajaya ke??
Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!
BalasPadam