Dalam memberi reaksi kepada surat peribadi Mukhriz yang ditandatangani sebagai ahli Parlimen Jerlun, Dolah takut untuk membuat keputusan.
Kalau dipecat budak ni, nanti kurang pulak Barisan Nasional di Parlimen. Jika tidak dipecat atau diambil tindakan, dia akan lagi bising. Masaalahnya rakyat suka dan sayang Mukhriz. Takut pulak orang dan ahli UMNO akan lagi bising. Nanti dirinya dituduh untuk bantu Khairy untuk jadi PM. Khairy memang tidak boleh tunjuk batang hidung dan keluar suara untuk beberapa lama. Pak Lah tidak boleh kelihatan lemah pula.
Oleh kerana dia sedang memikirkan untuk memasukkan Khairy menjadi Menteri, biar dikasikan kentang panas ini kepada Hishamuddin.
Bagaikan sejarah berulang lagi, ayah Mukhriz pernah menulis surat yang hampir sama kepada Tunku pada tahun 1969 selepas kekalahan teruk Perikatan. Akibat surat itu Dr Mahathir telah dipecat parti dan hanya kembali semula dibawa balik oleh Tun Abdul Razak (ayah Dato Seri Najib).
Selepas kematian Tun Abdul Razak, Hussein Onn (ayah Hishamuddin) mengambil alih pucuk kepimpinan UMNO, Barisan Nasional dan Malaysia. Jika tidak kerana kematian Tun Dr Ismail, mungkin Hussein Onn perlu menunggu dahulu. Dr Mahathir dilantik sebagai Timbalan dan tidak berapa lama kemudian Dr Mahathir mengambilalih.
Kalau dilihat dari peristiwa surat itu, ianya bagaikan akan berulang kembali. Adakah ianya akan berulang? Adakah keadaannya, peribadi pemimpinnya dan senarionya sama atau berbeza? Bagi memendekkan perbincangan, semuanya tidak sama.
Dengan Dolah dan Khairy berada di hujong dahan dan Mukhriz sudah mula goyang-goyangkan pokok, adakah anak-anak dan cucu-cucu wira Melayu seperti Najib dan Hishamuddin masih tidak berani menghumban kerajaan anak beranak penghancur bangsa dan negara?
Disini, Husin (ejaan tanpa dua s dan satu e) lihat Najib yang sudah menghampiri puncak kuasa tidak seharusnya dilihat sebagai tidak taat kepada ketua. Sudah tentu kita tidak harus memulakan atau membiarkan budaya khianat dan menikam dari belakang kekal terus dalam masyarakat Melayu.
Maka kita ketepikan dahulu Najib dari equation kita tetapi di suloh spotlight kepada Hishamuddin. Dia tidak boleh menghampakan suara rakyat dan penyokong-penyokong UMNO.
Bapa Hishamuddin, Tun Hussein Onn adalah seorang yang prihatin dan telatin (meticulous) dalam kerjanya. Sebagai bekas pegawai askar, dia begitu tinggi displin dan tegas. Datuk Hishamuddin adalah pejuang kemerdekaan Dato Onn Jaafar. Bekas Menteri Besar Johor inilah yang menubuhkan UMNO dan meninggalkannya. Jasa dan pemikirannya begitu maju hingga hari ini baru boleh difahami dan dihayati sesetengah pendapat dan tindakannya.
Hishamuddin masih belum menyerlah kepimpinannya. Banyak yang beliau lakukan tidak diketahui ramai kebijaksanaannya. Mungkin dia mengikut cara bapanya.
Kesilapan besar Hishamuddin adalah membawa Khairy ke dalam Pemuda UMNO. Dia juga yang dikatakan Pak Lah beiya-iya sebut, “Pak Lah jangan masuk campur” kerana dia mahu bawa Khairy sebagai naibnya.
Akhirnya Khairy yang sombong dan tidak tahu malu dan segan menyalahgunakan pengaruh untuk tidak memberi hormat langsung kepada Hishamuddin. Dia sudah memperkotak-katikkan. dan memasang pelbagai jerat kepada Hishamuddin. Jerat terbaru adalah apabila diletakkan untuk mengetuai jentera Pemuda untuk mengalahkan Wan Azizah di Permatang Pauh.
Hishamuddin menghunus keris hingga menimbulkan kemarahan kaum lain kerana terikut-ikut Khairy yang mula mengapikan sentimen kaum Cina dalam Mesyuarat Agong Pemuda UMNO di Jerlun, Kedah pada tahun 2006. Ya, Jerlun adalah kawasan yang mana Mukhriz kini adalah ahli Parlimen.
Husin percaya Hishamuddin ada keupayaan untuk bertindak berani mengikut naluri gene bapa dan datoknya. Jika Onn Jaafar boleh berani dan bijak untuk menyelamatkan Cina Batu Pahat yang hampir kesemua adalah tali barut Komunis dari dibunuh habis oleh Kiyai Salleh, dia pasti bisa melakukan sesuatu untuk menyelamatkan umat Melayu dan UMNO dari kezaliman dan keganasan yang ingin dilakukan oleh Dolah dan Khairy, bermula terhadap Mukhriz.
Mukhriz menulis surat sebagai seorang ahli Parlimen Jerlun yang menyuarakan suara rakyat. Hantarkan balik bola ke gelanggang Dolah sebagai Ketua Barisan Nasional. Di situ panaslah buntotnya. Mereka secara halus sudah menghantar alamat menuntut ia berundur.
Bukan tidak boleh buat alasan untuk katakan isu disiplin ini di luar ruang kuasa Pemuda UMNO dan seharusnya dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO, malah peringkat Barisan Nasional.
Kalau Hishamuddin sebenarnya cucu Jaafar, Onn (ikut stail orang Inggeris) dan bukan cucu pelawak lembut yang pandai memasak, menari dan berandam, Jaafar Onn, inilah masa untuk menunjukkan darah keperwiraan bangsawan sebenar yang mengalir di dalam dirinya dan bukan hanya hunus-hunus keris.
Katakan parti harus menghormati hak peribadi untuk menyuarakan pendapat kerana Pak Lah sering mengatakan dia terbuka.
Alasannya surat Mukhriz itu telah dihantar secara peribadi dan cc kepada hanya beberapa orang tertinggi dalam parti. Dia tidak hebah-hebahkan merata-rata. Pihak pejabat UMNO yang bersalah untuk fotostat dan menyebabkan pembocoran hingga sampai ke tangan Blogger yang dengan cepat tersebar ke seluroh negara pada hari Jumaat.
Kini adalah masa untuk bertindak dan bukan masa untuk berbirokrasi dan berprotokol. Rakyat, orang ramai dan ahli UMNO mengukor Hishamuddin di masa yang boleh dikatakan decisive moment (saat penentu) dalam kepimpinannya.
Mukhriz sudah tunjuk dirinya sebagai pejuang dan pahlawan yang berani dan sanggup menyeberang titian yang berapi itu. Hishamuddin bila pula?
Lakukan yang berani. Barulah tidak diejek-ejek auwww dan dihormati untuk bertanding sebagai Naib Presiden UMNO. Sifat tegas daripada ayah dan datok sudah perlu disaksikan ramai.
Wow! Husin Lempoyang macam boleh jadi penasihat untuk cucu cicit Dato Onn ... hmmm masih untong jual orang dari jual unta laa.
nampaknya lebih kapad cucu jaafar, onn. Tapi tak boleh salahkan dia sangat kerana tengah cari makan.Tapi kalau asyik cari makan aje.. nampak sangat jenis kais pagi makan pagi kais petang.....Itu politik ayam.
BalasPadamHahahaha....cukup2lah pelawak yang ada d malaysia. Takkan dia nak jadi Raja Lawak pulak.
BalasPadamKesian Hisham d passing baton menyelesaikan masalah yang rumit.Telan luah dua2 mati.But bak kata pepatah, once and for all buatlah keputusan yang mengikut suara hati sendiri. Atas kesedaran itu kita tidak akan dikejar rasa bersalah di kemudian hari. Jangan jadikan alasan hendak merapatkan yang longgar or etc..etc...memang dah longgar dah ikatan dan akan putus bila2 masa kalau tindakan drastik tidak diambil..For Mukhriz...way to go braveheart. At least, whatever the "TON" has in store for you..you r free from guilt conscience...i couldnt say so for the rest of them(you knew who).
Tekaan saya Hisham takkan buat apa-apa. Bola balik kepada Dollah. Mukhriz now untouchable. ....mungkin Azmi/Radzi terpaksa pikul kerja ini kalau nak sangat Perlis. Kesian Shahidan ....
BalasPadamKemelut UMNO politik hari ini amat mudah. Pemimpin lemah; SIL porakperandakan dan kemudian Anwar hanya menangguk ikan mabuk. Kesudahannya Anwar dan KJ jual ikan. Takkan tak nampak, kata telah berjuang politik puluhan tahun.
BalasPadamPKR hanya akan mengosongkan kerusi untuk Anwar semasa PAU nanti iaitu waktu yang sangat baik kerana inilah masanya UMNO paling lemah kerana perebutan jawatan.
Tuanku telah mengorak langkah, DS Shahidan terlepas peluang kerana bosnya tak kuat dan mempertahankannya. Semasa Tan Sri Isa Samad berkrisis dengan istana Tun M turun menyembah Tuanku kesudahannya Tan Sri Isa Samad menjadi MB Negeri Sembilan selama lima penggal. Itu baru boleh kata bos kita power dan bukannya kata hantar watikah tapi tak laku.
Kalau perjuangan ikhlas apa ditakut si bodoh pun masih nak kemudi kapal. Tak tau la Apa nak jadi kat Malaysia ni. Semua tak kena ...............
lempoyang, husin.
BalasPadamsaya kurang setuju dgn kata saudara. apakah benar onn jaafar tu bekas pegawai tentera? sepatutnya anaknya tegap dan gagah.
hishamuddin tegap dan gagah? saya rasa saudara silap. hishamuddin ni mesti anak jaafar onn.
ps: pernahkah saudara melihat gambar2 "allegedly" hishamuddin minum air tin waswas? sekiranya belum, silalah saudara ke weblink berikut
http://dewan-karut.blogspot.com/2007/12/untuk-ismail-member-gua.html
lihatlah dgn sendiri. betulker hishamuddin ni pengangkat bangsa? aku bangsa melayu dan aku takdelah pulak minum dari tin berjenama waswas.
Kalau tak boleh bertindak cara waras, boleh jugak buat cara lain.
BalasPadamKata orang putih, dalam gene suku Melayu ni, ada trend untuk mengAMUK. Hishammuddin boleh bangun dan mengamuk. Bila nak protokol sesangat kan payah.
Tapi hishammuddin ada banyak gene Turki.
Ya husin lempoyang,
BalasPadamKou punya analisa patut dibaca oleh mereka yang tak belum tau sejarah, sejarah yang belum diajar sekolah.
Aku nak kasi engkau lima bintang.
Satu lagi:
Minta-minta Pak Lah jangan apa-apakah mukhriz. Biarlah orang lain yang buat penilaian, dan kalau salah pun biar oran lain yang menghukum.
Aku harap paklah bukan TUNKU atau TUN DR Mahathir yang sikit-sikit ISA, hingga susah nak luahkan pendapat.
KJ oh KJ ke mana engkau sembunyi
BalasPadamMacammana aku tak sembunyi, semua olang cari
KJ oh KJ ke mana engkau nak lari
Itu senang saja aku lari keluar negeri
Setidak-tidaknya Hishammudin dapat juga tugas jadi Barua. KJ ingat boleh menang Kelantan balik tetapi kalah lebih teruk. Kemudian diam seribu bahasa.
Ingatkan betul-betul anak jantan rupanya lebih teruk dari PONDAN. Kalau berani jalan sahaja kat Bintang walk sorang-sorang kalau tak 100 orang ludah mukanya bolehlah dia jadi Menteri.
Tun M dah kata Hisham tak guna jadi janganlah Datul dan bapanya pulak terhina. Dah memang tak guna apa boleh buat. Lebih bibir dari lidah macam biawak
Hisham, mana jantan mu? Napo diam je ? Ko takut ko? Mace ni nak belo bangso dan Isle ko? Ko ni mmg dak guno weh.
BalasPadamhusin lempoyang, teruskan tulis. saya akan ikut. haha. cara penyampaian yang menarik dan sungguh oh! lazatnye.
BalasPadamkan best kalau kat sekolah dulu cikgu2 mengajar sejarah camni. takdela aku tido je time sejarah. takdela kepala bengkak kene baling ngan pemadampapanhitam.