Rabu, Mac 19, 2008
T'ganu Tidak Perlu MB, Pakai Sahaja Residen
Apalah tak habis-habis isu Menteri Besar Terengganu?
Perlis yang bergolak pun sudah sedikit sebanyak selesai - yang diperkenan telah ditabalkan dan yang bertelagah tidak dapat jawatan.
Dolah pun sudah dapat mengumumkan Kabinet, buat sementara ini. Walaupun pelik Kabinet sekejap kembang, sekejap kuncup dan sekejap lagi mula tenggelam, Dolah sudah umumkan Kabinet.
Kalau difikirkan-fikirkan, perlukah Menteri Besar untuk Terengganu. Pembangunan pelbagai projek-projek pelik-pelik di Terengganu pun difikirkan oleh Perdana Menteri yang lebih media agong-agongkan dari Perdana Menteri Perdana Menteri yang lain.
Dolah adalah pemikir luar (k)otak yang disegani dunia. Berkali-kali Dolah kata Khairy tidak mempengaruhinya. Mungkin hanya berfikir untuknya. Dalam perlaksanaan "ini ide saya", ia dilakukan oleh pelaksana hebat dan efektif kos, Patrick "Badawi" Lim.
Di dalam tulisan itu yang menyentuh mengenai pembangunan Terengganu yang "menaplik" (perkataan kombinasi menarik dan pelik), Husin tidak menyentuh mengenai "kebolehan" Patrick Lim dalam menarik pelabur Cina dari Penang dan Johor untuk membeli tanah dari orang-orang tempatan Melayu di Terengganu.
Walaupun siapa sebenar disebalik pelabur Cina dari Johor atau Wilayah Utara Singapura, tawaran yang berlipatganda dari pasaran hartanah adalah pelaburan yang hanya Patrick Lim boleh bawa masuk. Ini melepaskan beban rakyat Terengganu dari membayar cukai pintu setiap tahun.
Selain itu, ia meringankan beban moral dari lupa daratan akibat kekayaan yang boleh diperolehi dari membangunkan tanah mereka sendiri. Masaalah kekayaan segera dari menjual tanah tidak menjadi masaalah kerana wangnya boleh dijolikan terus dan masaalah joli ini tidak akan berulang lagi. Dari aspek ini, Patrick Lim telah berperanan dalam pengurusan sosial masyarakat.
Walaupun bukan orang Islam, Patrick harus dihormati penghayatan Islam Hadharinya. Dia memahami kehebatan agama Islam, maka dia bina masjid yang kecil tetapi hebat kelihatan. Bukan itu sahaja, dia membawa satu pendekatan Islam yang menarik dalam membina masjid untuk jadi tarikkan pelancongan. Itulah namanya ketamadunan.
Berbalik kepada isu Dato Idris Jusoh yang masih tidak diperkenankan Pemangku Sultan dan Majlis Penasihatnya untuk menjadi Menteri Besar, Husin cadangkan tidak payah diadakan lagi jawatan Menteri Besar kerana ia sebenarnya tidak berfungsi. Malah adalah lebih efektif dan effisyen untuk diadakah sistem Residen.
Semasa sistem ini digunakan, ia merupakan sistem out-sourcing pertama dalam dunia yang mana Raja-Raja Melayu telah out-source pentadbiran negeri kepada negara konsultan luar. Memang jelas keberkesanannya, kerana negara terlindung dari ancaman negara konsultan luar dan rakyat luar dapat datang bekerja, menjadi rakyat dan kaya raya.
Orang tempatan cukup sebagai petani kais pagi makan pagi tetapi keterbukaan mereka itu dikurniakan pahala yang banyak. Bagi yang tamak tidak mahu berkongsi kekayaan bumi dengan orang luar, mereka diberitahu mereka malas. Sementara itu, tuan tanah lebih suka orang lain bangunkan kekayaan negara dan raja-raja bersyukur dapat pencen chief kadhi.
Sesuai dengan peningkatan hubungan negara dengan Singapura yang hebat sebagai pusat out-sourcing, Husin cadangkan Patrick Lim sebagai Residen Singapura pertama. Selain kebolehan dan dedikasinya yang telah disebut, Patrick Lim juga seorang yang tidak segan dan malu untuk mengadakan hubungan dengan wakil-wakil Singapura di Malaysia. Kemenangan wakil Singapura dalam PRU terbaru diucapkan tahniah dengan bunga.
Saudagar .... Wow! Lagi untuk jual orang dari jual unta.
Cipet la lu... so funny la u!!
BalasPadamSori lah sin...
BalasPadamFor the time being tak bole pakai residen.
Takut2 jadi Resident Evil pulakkk.
ka ka ka....
Ya husin...
BalasPadamKamu dalam filem bolehlah bikin itu cerita. Bikin islam hadari ul maut auta
Sebab itu ada macam-macam kristal di pulau wan man, tapi untuk pelancong. Contoh Masjid krital tapi bukan untuk sembahyang. Tempat sembahyang tetap di masjid lama disebelahnya itu.
Sultan amat murka dengan idris, yang bermisai ala francis light itu.