Khamis, April 03, 2008

Oh Deris, Oh Deris


Deris oh Deris kenapa engkau nangis,
Macam mana tidak nangis,
Aku turun takhta,

Deris oh Deris kenapa turun takhta,
Macam mana aku tak turun,
Pak Lah dah surrender.

Dolah oh Dolah kenapa kau surrender,
Macam mana aku tak surrender,
Raja sudah murka.

Dolah oh Dolah kenapa Raja Murka,
Macam mana Raja tak murka,
Sebab Deris kurang sopan.

Deris oh Deris kenapa kau kurang ajar,
Macam mana tak kurang ajar
Hati aku geram.

Hati oh hati kenapa kau geram,
Macam mana aku tak geram duit
Negeri Patrick Lim baham

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama11:02 PTG

    Indahnya bumi kita ini
    warisan berkurun lamanya
    hasil mengalir ke tangan yang lain
    pribumi merintih sendiri..

    salah sendiri beb...sapa suruh pecaya kat itu Patrick Bedawi

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama11:17 PTG

    KOLEKSI LAGU KAROKE UNTUK DERIH JUSOH

    1. Sentuhan Kecundang
    2. Layang2 terputus talinya
    3. Umpama Mimpi Dalam Mimpi
    4. Selamat Tinggal Pujaan
    5. Tergamak Kau
    6. Ikhlas Tapi Jauh
    7. Dendam dalam Diam

    Beli yang "original"..hapuskan cetak rompak

    BalasPadam
  3. Husin Lempoyang memang antik....

    Banyak idea... Innovatif, kreatif dan menghiburkan.......

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.