Poster oleh Mob's Crib
Pada Julai tahun lepas semasa Mat Taib membuat repot polis terhadap Raja Blog, Raja Petra, Husin menceritakan satu cerita lama mengenai Mat Taib:
... ada satu peristiwa masa dia menang jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan Team Wawasan. Adalah satu televisyen asing bertanya: “What is it that made you successful in this attempt?”
Mat Tyson terus jawab: “I think UMNO delegates appreciate my prestation.”
Semua terdiam dan tergamam tak tahu apa perkataan prestation. Menyedari keadaan, Mat Taib toleh kepada pembantunya dan tanya apa tu prestasi.
"Performance lah Tan Sri" …. jawab pembantunya termalu-malu.
Mutakhir ini kerjaya politik Mat Taib bangunkan kembali. Walaupun tidak bertanding di pilihanraya umum, dapat jadi Menteri Luar Bandar. Disamping itu, dia telah menggantikan Dr Khir Toyo sebagai adalah Ketua Perhubongan UMNO Selangor.
Dia memang sudah dilantik Senator dan Ketua Penerangan UMNO sejak tahun lepas.
Bertambah hari bertambah naik prestation Mat Taib.
Semasa Forum MyKMU dianjurkan di Hotel Singgahsana, dia memberi arahan ahli-ahli UMNO Selangor tidak dibenarkan pergi. Hmmmm ... ramai takut hendak pergi hingga melimpah-limpah orang berdiri mendengar dan keliling 3/4 batu radius tak ada parking.
Cara memahami masaalah UMNO adalah memastikan Pak Lah kekal Presiden UMNO. Itu dijalankan dengan membuat seolah-olah UMNO Selangor menyokong kepimpinannnya.
Untuk memastikan sokongan untuk Pak Lah, dia telah merancang macam-macam untuk sabotage orang dari bercakap di Majlis bersama Pengurusan UMNO. Akhirnya orang suroh Pak Lah turun juga dan belah balik. Sana sini terpampang kain rentang menuntut Pak Lah turun!
Terbaru, Mat Taib telah buka blog untuk menandingi blog Khir Toyo. Ini seorang lagi yang terikut-ikut nak berblog macam orang lain, tapi tulis macam cakap dengan orang kampung. Orang kampung lebih baik rumusan dari ini. (Jangan sensitif, Husin pun orang kampung ... merano merene). Jilat ludah balik brader, dulu kutuk bloger sebagai pondan.
Tapi Mat Taib bukan faham apa orang kata ... ini satu lagi cerita lama:
Pengurusi pertama PNB, arwah Tun Ismail Ali terkenal cerewetnya dalam penguasaan dan ketepatan nahu bahasa Inggeris. Masa itu, Tan Sri telah (pohon kerja dan) ditemuramah sendiri oleh arwah Tun.Tun Ismail: Nama saudara siapa ?
Tan Sri: Muhammad bin Muhammad Taib
Tun Ismail: Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!...
Tan Sri: Saya dua beradik.. adik saya masih belajar di Kuala Lumpur. Orang tua saya tinggal di Kuala Selangor. Nenek dan datuk saya dari belah ayah tinggal di sebelah berdekatan Sabak Bernam. Nenek dan datuk dari belah ibu pula tinggal di Perak. Bapak-bapak saudara dan mak-mak saudara tinggal di Melaka, Johor dan juga Pahang..
Tun Ismail: Apakan saudara boleh berbahasa Ingeris ?
Tan Sri: Yes .. sir ...
Tun Ismail: Now tell me about your family in English!
Tan Sri: Sorry sir .. I don't have family in English. They all live in Malaysia.
Tepuk dahi arwah Tun. Seperti yang kita sedia tahu, Tan Sri tidak dapat kerja PNB. Namun, sinarnya memancar dalam politik.
Wow! Jual orang lagi untung dari jual unta. Tapi ada orang memang layak dijual. Prestation ...
Ok lah tu, kira konsisten lah dengan claim dia tak tau bahasa inggeris masa kena tangkap kat Australia dulu. hehe
BalasPadamMB Terengganu (Ahmad Said) pernah berkata ditujukan kepada Mat Taib "Mung cakap babi ape....jahat-jahat ni yang dipertua...base setang-setang muke je pakai songkok"
BalasPadamYa husin,
BalasPadamMula-mula aku memang suka baca kau punya blog, tapi lama-lama aku dah faham sebenarnya kau ni dah menghampiri ke goblok dan banyak buang masa..Semua orang kau kutuk, dalam malaysia ni nampaknya kau sorang je yang bagus..
Justeru, konklusi aku blog kau takde la berfaedah untuk orang yang nak membangun dan membina masa depan.. mungkin sgt berfaedah untuk orang yang dah pencen, penganggur dan orang yang kecewa untuk mencurah pendapat yang orang taknak dengar..
Pendek kata, blog kau ni sama taraf dengan sidang mak bedah, mak kiah, kak tijah tu yang lepak kat tangga duk mengata orang, cuma bezanya kau guna komputer dia guna "sentir"
Jgn marah sin, kang ana jual kau kat mike tyson..
Wak Din Jawa Korporat
Ramai sangat orang nak buka blog iaitu bukan sahaja budak-budak nak tahu IT, tapi saya pun. Mencuba, kok-kok ada yang boleh bantu cerdekkan spelling dan nahu gramer saya. Untuk menambah pretation saya dalam dunia blog. Selamat membaca di:
BalasPadamhttp://2berita.wordpress.com
Tanks for husin lempoyang bagi ruang. Sorry kalau ada ganggu unta-unta anda.
huhuhu,bisanya....kalau rasa sengal-sengal mulut aku suka melawat husin.
BalasPadamCerita tu tak habis...sebab lepas Muhamad ditemuduga di PNB tu, masuk pula Khalid Ibrahim.
BalasPadamTun Ismail : Why you pick this job?
Khalid: Well, Tun, Pigs can be turned into a very lucrative business, domestically as well as internationally. So I....bla, bla...
Tun Ismail : (silap dengar) well good, so you pick this job because you want to bring PNB to the global level! Well done Khalid, you are hired!
Prestation dengan Errection sama je.
BalasPadamDua-dua boleh jadi menteri.
sekurang-kurangnya aku tersenyum kalu baca blog si husin ni...:) gud job
BalasPadamSaya pulak gelak terbahak2.. Kelakar.. mmg suka singgah sini.. kalau kat opis rasa ngantuk pun saya curi2 lawat blog Husin ni...
BalasPadamWak Din Korporat
BalasPadamTerima kasih kutukan dewata kamu. Aku hargai sangat.
Dia orang ni puji2 menghabiskan seluar ... banyak nak kena hantar jahit.
husin..aku mmg dah lama jenguk blog ko..mmg ade kat favorite lg tuh...tp pg ni ko buat aku gelak besar la...mmg ko berjaya mengalahkan si kartunis ujang la dgn citer sal mike tyson dan ali ketam tu..mmg lawak...aku sampai skg xtahan menggelak..pagi2 la pulak...cayala sin...teruskan lagi...jgn takiut..ade jer pembaca nnt..adioszz..
BalasPadamHusin,
BalasPadamPada pendapat aku betul tindakan kau hentam dua belah pihak.Kita nak lari dari MSM yang pro pada satu satu pihak dan pada aku setidak-tidaknya aku ada alternatif dan akan lebih terbuka pemikiran aku.
Tapi ingat,dalam seronok-seronok kita hentam orang,cuba kita fikir sejenak adakah kita ni betul sangat sampai tak ada langsung perkara yg tak betul yang kita buat.
Itu pendapat aku la.Teruskan.
Anon 6:58
BalasPadamKamu ni boring lah nak nasihat2. Biarlah aku nak hilang tension.
Husin lempoyang sudah cakap siang2, dia berniaga unta dan untung jual orang dari jual unta. Dosa dia punya.
Kalau yang nak membetulkan diri, sila pergi ke blog ali rastam, muhammad square taib, khiary jamaluddin dan warkah untuk PM.
Semua tu orang baik2 islam hadhari dan cemerlang.
Kalau nak lagi baik, cari blog brader anwar bin ibrahim dan limken siang. Pasti gemilang.
Khalid berahi dan kamaruddin jaafar ada blog tak? Mereka terbilang!
Anon 5:58 PM kata ... "Tapi ingat,dalam seronok-seronok kita hentam orang, cuba kita fikir sejenak adakah kita ni betul sangat sampai tak ada langsung perkara yg tak betul yang kita buat."
BalasPadamBelader non dan wak din korporat,
Kalau Husin tak betul, ente pula tegur ana? Kalau Husin tak hentam mereka, siapa nak hentam?
Mereka ini pemimpin yang kalau buat kerjatak betul, kita susah. Kalau mereka buat kerja bodoh, kita malu.
Orang yg Husin cakap, bukan jenis kalau cakap baik2 tahu dengar dan paham. Antara degil atau jawab balik.
Kalau Husin buat tak betul, tak kacau orang lain. Tak susah sama orang lain. Tak malukan orang lain, Husin saja yang malu.
Jika dosa, ku tanggung sendiri. Manafaat ku kongsi bersama. Biar tuhan mengadili.
Ada faham, belader!?
Sekali lagi, salam kedua!
BalasPadamKali ni rasa nak call Brader Husin pulak...boleh ke?
Topik ni memang betul-betul pecah perut, saya ketawa bagai nak lelah rasanya. Brader Husin memang "hebat giler" jadi "Pak Lawak" mengalahkan semua "Pelawak Jenaka" seantero dunia dan semua "Kartunis"...
Mula-mula terbaca perkataan "prestation" saya termangu dan tercengang jugak sekejap, rasa macam ada yang tak kena. Kebetulan PC saya ni ada kamus, lantas saya taip perkataan tu untuk cari makna, tiba-tiba tak semena-mena tergelak sorang-sorang macam kena sawan pulak.
Isteri saya mula pun terperanjat jugak dengar saya ketawa kuat, tapi bila sama-sama baca lagi sekali... dah dua-dua mula nak terkencing.
Syabas! Brader Husin...
"Go ahead" Brader...
Pedulikan je apa orang nak kata. Selagi rasa larat boleh belasah... belasah sajalah. Cakap Brader Husin ada betulnya. Sesetengah orang (khususnya pemimpin), bila kita tegur dengan baik, haram nak didengarnya...
Bila kita hentam "kaw-kaw" macam "kopi kaw" mulalah depa naik berang muka merah menyala (eh! eh! lebih kurang lak nama - awangsulungmerahmenyala) jadi bara api konon kita ni jahat, fitnah, hasut dan pengecut tapi hati depa hitam macam "kopi kaw" tak makan dek nasihat cara baik depa tak nampak.
Inilah barah dalam politik yang amat merunsingkan. Tapi kalau tak dibendung segera, habislah PRESTATION Umno/BN.
Cuit pembangkang sikit
Dapat kat "Kumpulan brader (babi)" lagi naya punya kes... apa ada harta qarun semua disondolnya. Itu yang kita tak mahu tengok.
Walaupun Umno/BN ada jugak menyondol tapi kata orang, masih jugak lagi ada "reserve" dan "border" untuk mengutamakan orang Melayu.
Ini dapat saja pada PR, kepentingan Cina dan kafir lain diutamakan dulu. Entah apa nama "halatuju" depa punya perjuangan pun tak faham.
Pasai-nye...
PAS... Parti Anak Setan
PKR... Parti Keluarga Reformer
DAP... Dunia Ana Punya
Sekarang gagasan pembangkang dikenali sebagai Pakatan Rakyat - PR
Dulu-dulu dinamakan gagasan mereka sebagai BARISAN ALTERNATIF - BA (kalau dalam sebutan bunyinya apa?)
Bila kita gabungkan kesemua maknanya, jadilah...
P... Padang
R... Ragut
BA... Barisan Anwar
BI... Bin Ibrahim
Bukankah ianya PADANG RAGUT BABI?
Cuma kita saja yang tak berapa nak faham matlamat depa dah lama pun depa aturkan. Sekarang baru mampu jadi kenyataan. Bayangkanlah kalau depa dapat tubuh Kerajaan Persekutuan, habis lembu, kambing digantinya dengan brader malahan unta Brader Husin pun tak mungkin dibenarkan bela.
PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA
hehehehe.. so funny..
BalasPadamyou are also have a good prestation as blogger..