Sambil itu, lawatan itu adalah untuk meningkatkan perhubungan dagangan dua hala antara Finland dan Malaysia. Jadual beliau agak padat dengan perjumpaan dengan ahli-ahli perniagaan dan lawatan-lawatan ke pusat-pusat industeri teknologi Finland yang telah dirancang sekali oleh ahli-ahli perniagaan Malaysia.
Sesampainya ke Helsinki, seorang ahli perniagaan telah menunggunya di lobi hotel . Pak Menteri ini adalah seorang pemegang jawatan utama dalam parti dan ahli perniagaan itu adalah seorang utama dalam pasukan politik partinya.
Setelah dapat berehat dan membersihkan diri, Pak Menteri menghadhiri satu Majlis Makan Malam yang di hos sekumpulan ahli-ahli perniagaan Malaysia. Selepas makan malam, mereka bertemu di lounge hotel.
"YB, ada orang nak challenge you kali ini. Malah semasa YB di sini, dia orang sudah kumpulkan orang secara besar-besaran."
"Biar betul Dato ini," Menteri cuba memprovokasi.
"Kalau saya berbohong, tak akan saya sanggup belok kemari dari London dalam cuaca sejuk-sejuk ini," jawab ahli politik dan ahli perniagaan itu.
"Baiklah. Kalau setakat pertandingan tak apa?"
"Ini bukan setakat bertanding dan biar ahli pilih. Ini cara kasar terus nafikan YB pencalunan."
Tersirap darah Pak Menteri. Hatinya naik berdebar dan keluar peluh sejuk. Dalam nada serius dia bertanya, "Aku rasa tak ada masaalah untuk dapatkan pencalunan dari Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, dan Wilayah?"
"Habis semua dia dah sapu. Ketua Menteri Melaka dah dalam pasukannya untuk jawatan Ketua Pemuda. MB Negeri lawan untuk KP, ada harpan buat pasukan. Itu pun tak tahu nak kata bila angin dah kencang. Sabah tunjuk kepala Agong senang dilencong. Wilayah ni ... cerita business aja."
"Macam mana rancangannya?"
"Bila Mesyuarat Bahagian mula, mereka susun Bahagian mereka dahulu. Maka bertubi-tubi pencalunan. Masuk minggu kedua tiga, mereka dah dapat melebihi 90% pencalunan."
Setelah menyedari keadaan, dia dapat mententeramkan diri.
"Aku percayalah dia kata tak akan challenge. Tak sempat buat apa-apalah?"
"Tak sempat YB. Kita orang pun tak ada bau pun. Cuma tahu dia hendak lawan."
"Selama ini kita ambil baik usaha-usaha dia untuk konon menguatkan parti di peringkat Bahagian."
"Sebenarnya YB, dia tabur duit RM20,000 tiap-tiap bulan ke Bahagian-Bahagian. Lain pula pink form saham. Lepas tu jawatan-jawatan Pengarah dalam Syarikat-Syrikat Tersenarai. Kontrak-kontrak kelas F sampai D. Banyak ..."
"Dulu orang main cuma bantu duit tambang datang ke Persidangan. Sudah macam begini sekali."
"Hmmm ...," mengeluh ahli perniagaan itu yang sudah berbuih memberitahu berkali-kali suruh mendesak bos untuk menahan terlalu banyak kuasa diberi pada penentangnya.
"That means I am finished. Tak apa saya ada kerja di sini. Might as well take full use of the opportunity here to visit while it last. Besok lepas persidangan, saya hendak minta agensi pelancongan hotel ini aturkan sendiri lawatan peribadi selepas siap kerja."
Keesokan hari selepas menyampaikan ucapan dipersidangan esok hari, Pak Menteri sempatkan diri ke pejabat pelancungan hotel untuk uruskan sendiri rancangannya. Memang caranya tidak membenarkan sesiapa uruskan urusannya yang bukan urusan kerajaan.
Semasa menunggu untuk bertemu pegawai agensi, seorang ahli perniagaan Jepun bertanya dengannya dimana tempat pusat konvensyen. Oleh kerana di situ tempat dia memberi ucapan pagi tadi, dapat di tunjukkan cara untuk ke tempat itu.
Ahli perniagaan itu bertanya, "Are you Finnish?"
"No, no, I am Malaysian. I am a Minister."
Suka si Jepun itu dapat bertemu dengan seorang Menteri. Mereka berbual-bual dan bertukar kad.
Bagai dijangka, Pak Menteri tak cukup pencalunan dan dia terpaksa mengundur diri dari jawatan dalam parti dan kerajaan.
Setahun kemudian, dia pergi ke Helsinki dan di hotel yang sama mewakili syarikat yang ia telah lawa menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah. Dia bertemu ahli perniagaan yang ditemui di hotel yang sama dan kini sudah ada hubungan perniagaan di Finland.
Bekas Pak Menteri tu pergi ke arah ahli perniagaan itu dan perkenalkan dirinya.
"You remember me, we met at this hotel and you asked for direction."
"Yes yes yes ... I remember. How are you sir?"
"I am fine but I just want to tell you that I am Finish now"
Baiklah, siapa yang beberapa tahun akhir-akhir ini telah pergi ke Finland.
Dolah ada pergi tahun 2006 sebelum terus ke Perth untuk buka kedai nasi kandar. Dia sudah umum turun Jun 2010. Anwar pun ada pergi-pergi ke Helsinki, dia dah lama turun dan cuba nak naik balik.
Najib? Yang Husin tahu, Anwar bersungguh-sungguh hendak dia masuk sinki. Adakah Dolah sedang jual Najib atau Najib sedang hendak cepat menjual Dolah?
Ada ingatkah Muhyiddin ke sana sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa atau Pertanian? Dia sudah jual kambing, makanan dan sayur. Sudahkah dia melawat Nokia untuk jual barangan elektronik?
Pasti dahulu dia sudah pergi. Adakah Ku Li ke sana dalam diam-diam akhir-akhir ini?
Khairy dah lama tak mahu pergi Helsinki. Selepas pilihanraya, tidak pergi kemana, tapi duit sampai ...
Wow! Jual orang lagi untung dari jual unta.
Kalau pergi Scotland, jadi Scottish ...Scot free.
BalasPadamKalau pergi Belgium, bahasa Flemish ... Fanish.
Kalau pergi Romania, boleh cari Ramuan.
Kalau pergi Sweden, makanan ada yang jadi Sweetish. Di Yemen, pun jadi Yang-manis.
Bila ke Canada, jadi pm Camudian.
Pergi Algeria, dengar aljeritan.
Di Kenya, mereka kenyang ke?
Di Cape Horn, the Capes are sometime called Hornish
Ppppressure banyak beb.
BalasPadamKalau PAS mengaruk dengan PKR, saya mungkin pergi Finland.
Man from Ijok
BalasPadamAna mungkin sampai hari merdeka saja.
Fed up ana dengan DAPee. Takkan ana tak boleh perjuang negara islam??!!
Dulu Flip-flop saje. Now Flip-flop LAME DUCK. Lihatlah kawannya si Bush, kehulu ke hilir melawat sana sini, tak dak siapa peduli. So, kita PM kita boleh lah buat benda yang sama. Dua tahun lagi you tempoh. Lagi lama tu. Boleh lengkap lawat 191 negara dalam PBB.
BalasPadamPak Lah akan jadi Australian bila pencen di perth nanti.
BalasPadamGuna kedai nasi kandar sebagai tempat ngajar ngaji quran islam hadhari
aku bangga aku anak MALAYSIA
BalasPadamhuhuhuhu
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamSin, ana tak suka ke Helsinki takut career ana import/export sapi punya susu nanti finnish.
BalasPadamTapi ana suka sama itu Nora Danish, sudah cerai and is back being young, free, single and the most mportant "avaiable".
Sapi punya susu anak boleh kasi offer kat Nora to bake Danish cookies.
Steve Martin dalam Pink Panther ada accent yang sangat menarik dengan "hamburger, damburger, dufbege....."
BalasPadamDalam filem "Condo and Apartment", Inspector akan mengolah ayat ini " You tools, i reaffy fook the boot. I woint fell tools. I did eat... I did eat.
"Not damburger you tools....i did feet!!"
"Its niece.... its niece...."
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamTempat yang paling elok datang kalau kalah jawatan ialah Jengka sebab ada Jin Ke? Memang banyak dan mengganas pula habis pokok dicabutnya. Yang tinggal ialah kelapa sawit.
BalasPadamMaaf banyak komen terpaksa di buang.
BalasPadamApa kena mengena harga minyak naik dgn post ini? POst spamming.
Apa pula kena mengena cerita mat rempit pula?
Tak suka sini jadi tempat komen sebarangan.
Patut pergi ke posting yang relevan.
Nampak macam Pak Lah yang nak finish. Kepercayaan akarumbi sudah habis. Kalau Tun undur orang nangis, Pak Lah ditepok habis-habis.
BalasPadamTapi jangan terperanjat. Ini hanya helah pak lah mahukan najib ditambat. Pasukan Najib-Muhyiddin tanpa Najib tak hebat.
Najib kena lawan. Walaupun dia terharu, akarumbi harapkan dia untuk membaikan dan pembaharuan. Pak Lah yang menjahanamkan tak boleh perbaiki keadaan. Dari sekarang Najib mesti boleh lakukan.
Najib boleh kasi Pak Lah finish, tapi kalau dia takut maka dia yang habis. Kalau dia asyik pakai kondom, dia tidak akan rasa nikmat sepenuhnya. Tunggu masa, pak lah dan anwar akan pangkah dia. Pergilah ke Finland.
Muhyiddin sekarang sudah dalam serba salah. Dia dilihat seolah2 telah dimainkan. Kalau dia lawan Najib utk nombor dua, maka dia akan dikalahkan. Lebih baik dia lawan nombor satu.
Kalau Muhyiddin kalah pergi ke Finland, dia akan dihormati. jadikan diri macam Obama untuk membawa pembaharuan. Tunggu masa nanti ada peluang.
Sama-sama bersatu dan berfikir utk hantar Pak lah ke Finland. Itu perjuangan!
Maaf saya meletakkan komen ini di sana sini. Bukan spam artikel tetapi komen asli. Ada perkara-perkara penting untuk disampaikan kepada peminat kamu husin
BalasPadamSaya terbaca di satu blog bahawa Tan Sri Sanusi memetik sebahagian dari kata-kata Alexander Fraser Tytler dalam ucapannya di Telok Kemang pada Julai 12hb, 2008.
Petikan itu seperti di bawah:
From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.
Mengikut Sanusi, orang Melayu berada di pelbagai peringkat dan masih perlu pembelaan dan diperjuangkan.
Ayuh kita fikirkan pula keadaan mereka yang tidak perlu pembelaan?
Ada yang sudah mewah dan kini leka. Ramai sudah ambil sikap tidak peduli kepada nasib bangsa dan perjuangan bangsa yang memberi kemewahan dan kejayaan kepada mereka.
Ramai pula dalam masyrakat sudah di tahap pergantungan dalam pelbagai rupa. Mereka rela lakukan apa saja untuk jalan mudah ke arah kemewahan dan kuasa. Pembohongan, pengkhianatan, pencurian, dan apa saja dilakuakan untuk demi kepentingan diri, keluarga – anak dan menantu, dan sahabat dan kroni.
Mereka ini yang akan membawa kita kembali semula kepada penjajahan dan penghambaan. Abdullah Badawi telah membawa kita ke keadaan demikian dalam masa singkat 4 tahun.
Adakah peralihan dalam dua tahun itu sesuai?
Mandat habis akhir tahun di dalam waktu tambahan. Apahak Presiden untuk menyerahkan pada masa yang dia tidak ada mandat lagi. Alangkah pelik UMNO melakukan kita .
Adakah Abdullah seorang yang berkebolehan?
Dia diserahkan kuasa dengan negara sudah dipulihkan. Dia hanya melakukan pembinasaan. Tidak dapat kuasai pentadbiran, lemah, leka/tidor dan mudah dipengaruhi.
Adakah ini satu penyelesaian dengan keadaan negara, bangsa dan parti serta tekanan pembangkang dan tuntutan masyarakat?
Demi menjaga hati, kita mengenepikan kepentingan parti, halatuju perjuangan dan kepentingan bangsa, negara, agama dan parti.
Dalam keadaan yang sangat kritikal kita masih mah mencari jalan tengah dan menangguh2 lagi. Kita sudah tidak ada masa.
Demi tatasusila dan adab, kenapa Imam yang tidak diterima makmum mahu lagi kekal? Margret Tatcher boleh turun bila akarumbi sudah tidak mahu walaupun mahu dapat 60% undi?
Pak Lah seperti seorang yang gila kuasa. Bukankah tidak ada adab susila Melayu orang yang tidak tahu merendah diri, bersikap ego dan menolak kehendak akarumbi parti dan rakyat?
Bolehkah parti dipulih dalam dua tahun lagi dengan masa lebih kurang dua tahun setengah?
Orang yang tidak tahu dan telah membinasakan ekonomi tidak boleh diharap menghidupkan kembali.
Lame duck hanya siapkan kerja yang ada. Reform tidak boleh dilakuakn oleh seorang PM lame duck tetapi oleh pemimpin yang mahu kekal. Sepatutnya dalam 100 hari sudah cukup masa untuk memahami, selepas itu sepatutnya tindakan dan penyampaian.
Dalam 4 tahun, tidak ada apa2 signifikan yang telah dapat dilakukan! Dia tidak boleh diberi lagi masa.
Persidangan UMNO Cawangan 17 Julai ke 24 Ogos. Bahagian 9 Oktober - 9 November. Agong 16-20 Disember.
Fikirkan apa yang dikata sebelum pergi bersidang.
Sedia berjuang. Tentangi kekangan. Hilangkan ketakutan. Rungkaikan pergantungan.
Berani lakukan perubahan!
Bersuara. Sebarang manipulasi ditentang habis-habisan. Usul diguna untuk nyatakan pendirian. Undi diguna dengan penuh kebijaksanaan dan keberanian.
Kepada rakan-rakan,
BalasPadamIngat lagi tak lagu Warisan?
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Mengalir Keringat
Bumi Dipijak milik orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman...
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa Depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Sebak rasa hati bila teringatkan lagu ini.. dulu masa kita masih student kita hafal dan nyanyi saje, tetapi skrang kita sedang berdepan dengan situasi yang terkandung didlm lagu tersebut..
Pakcik Din
Pemimpin finnish tak apa juga. Masing2 dah kaya.
BalasPadamAgama bangsa tanahair dan parti habish .... nak buat apa lagi?