Rabu, Julai 23, 2008

Konspirasi Si Pembohong

Diambil dari blog Pokpet yang telah ambil entah dari mana-mana la ...

... Dengan pengumuman itu, Dolah raso sudah pasti menahan Najib dari dapek pencalunan untuk Presiden. Dio tau tak boleh monang kalau bertanding.

Mak ai Najib ... ado dikato-kato konon-konon terharu dan meminta terimolah peralihan,

Dua tahun adalah maso yang terlalu lama dan tak cukup maso untuk pulihkan UMNO. Tak boleh leko.

Dolah yang sudah jumpa tetapi gagal untuk cuba pujuk cawangan-cawangan mula menggunakan peraturan korum mesyuarat baru untuk blok mereka yang tak mahu donga.

Sebelum itu, Tatacaro Susila UMNO yang mulo kuatkuaso pada Julai 1hb sudah poi blok sapo-sapo yang tongah kempen macam Tengku Razaleigh. Tapi Dolah, Khairy dan pemegang jawatan tertentu boleh dan tak kiro. Kempen jugo.

Di bahagian-bahagian, sano sini orang Dolah sedang cubo untuk bertahto. Tak kirolah dikato bangang atau tak tau cakap omputih atau tak sekolah tinggi, semua akan dinaikkan. Mano ado orang Tengku Razaleigh atau Najib atau Muhyiddin, dio kojo langgar ajo. Takdo nyo demokrasi.

Ini tuntuk memastikan sama ado pasukan 'bisik-bisik' Najib-Muhyiddin atau pasukan 'tibo-tibo' Muhyiddin-Najib atau 'torang-torang' Tengku Razaleigh tidak akan dapek pencalunan untuk bertanding.

Di peringkat Naib-Naib Presiden, katonyo tengok calun yang orang Dolah - tak kiro Ali Ketam, Mat Taib, Zaid Hamidi, Khaled Nordin. Tak kiro dikato bangang atau tak tau cakap omputih atau tak sekolah tinggi, semua akan dinaikkan.

Datang 2010, mereka ini akan tekan dari bawah dan kata," Tak ada orang yang layak lagi. Kita perlu Dolah untuk trus memimpin UMNO." Lagi sompek dikojokan Najib.

Cubo ekau semuo bayangkan bakal Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan PM dari antaro ompek-ompek tu. Mengucap, astaghfar banyak-banyak ...

Bayangkan empat tahun, kito dah melunsur macam dunia ketiga. Negeri huru haro rakyat berbalah, ekonomi no money, dia dan keluargo maharajalela, dan keselamatan dan kedaulatan terhakis. Tak lamo lagi bonar-bonar jadi dunia ketigo. Apo nak jadi kito semuo jang ...

Kini, Dolah puro-puro muzakarah dengan PAS untuk dilihat seolah-olah menyatukan orang Melayu dan Islam. Hebatlah dilihat Islam ado had dan ado hari.

Nik Aziz mulo-mulo kata sanggup tetapi dio syak ado tak kono. Dolah dah jahanamkan UMNO dan BN, tak tahu repair. Nampak macam dio nak pocahkan PAS. Walaupun den sokong UMNO, tak payah jahanamkan parti Melayu satu lagi.

Dalam pembangkang, mesti ado parti Melayu jugo. Tengok Cino. Dio ado DAP, pembangkang di luar dan Gerakan macam pembangkang di dalam. PKR pun parti Melayu? Tak ... itu parti Hindraf. Penasihat pun ada sikit serupa. Kuat auta.

Ado kato bukan Dolah usohakan muzakarah, tapi dia tak sabar cari nama. Tunggu ajo masing-masing cabar mmencabar buat "mubahalah" mengenai "muzakarah." Balik cerita lama. Komdian cari loyar fail tuntutan "qazaf".

Masih kekal menyerang Najib dengan pelbagai peluru SD Bala, SD RPK dan tuduhan komisyen adalah Anwar. Oghang Penang sama oghang Penang tolong menolong na.

Selagi lama tu 2010, macam-macam lagi akan di konokan Najib. Cucu Anwar lambek bertatih jalan dituduh Najib. Kambing Telok Tok Kun tak masuk reban pun dikato konspirasi Najib.

Mahkamah sedang berjalan dalam kes Altantuya. Maso tu, macam-macam nak dibelok ke Najib dan Rosmah. Bulan Oktober sebelum pertandingan UMNO ada kes hasutan RPK. Sambil nak menunggu, kes-kes saman malu dan criminal defamation SD RPK.

Banyak cerito akan dikato! Betul atau tidak sudah nombor duo atau tigo. Kalau betul, dah sonang cerito. Tapi kalau salah pun, orang akan cerito. Persepsi buleh dianggap realiti.

Lagi ekau kojo sokong, lagi susah ekau. Pikir kau Najib.

Sementara tu, Ku Li diam aja. Diam-diam padi, lagi diam bertambah isi. Diam-diam jeruk, lagi lama lagi kuning dan masam-masam manis. Jangan terlalu lamo, busuk nanti.

Muhyiddin pun tiba-tiba diam. Susah dio. Kalau tunggu di Naib, boleh kalah. Naik ke Timbalan, ada Najib. Kalah menang belum tentu. Mungkin kalah. Nak cuba Presiden, cukup ke pencalunan?

Baik Najib, baik Muhyiddin baik Ku Li, kono buek sesuatu. Nak suruh satukan, susah lah. Masing-masing ado caro sendiri dan palsafah sendiri. Buek apo yang patut dengan taktik masing-masing.

Harap boleh diturunkan si Dolah. Dio ni tak faham kojo dan tak kojo apo pun. Kalau dio berucap, boleh tahu dio tak tahu apo nak dikato. Sibuk slogan dan politik tak abis-abis. Lepas itu cayo sangat kato budak-budak. Kojo tidak, cumo tido. Tak nak pulak ikut Hussein Onn.

Dolah dengan senyum dan cakap macam orang kampung, ado yang suko tapi tak faham jahanam yang dilakukan. Main politik wang pun bertambah kuat.

Rasonyo siapo pun mahu tanding lawan Dolah harus dicukupkan pencalunan. Harap dapek perwakilan memilih. Dalam perlembagaan pun ado caro tertentu dalam fasal tertentu untuk cawangan lakukan.

Dolah boleh rancang dan tunjuk samseng tapi tuhan yang menentukan. Tapi kalau kito biarkan berlaku dan penakut, hmmm ... redakan diri bilo azab tuhan datang.

Wow! Jangan sampai di "jual" tuhan ...Serupo tak disuko tuhan.


* Kemaskini 8:33 pm Julai 24hb, 2008

25 ulasan:

  1. Duo tahun umpamo budak penagih kek pusat pemulihan.Bertunang lamo-lamo pun tak elok, setahun jangan apo lai duo tahun. Alamat melopeh....

    BalasPadam
  2. uhhh sekarang pun dah azab akibat samseng Dollah dengan Rawna Al-Juburi

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama7:29 PG

    banyak spekulasi2 di sini. ingatkan para2 pemimpin memang tengah giat meraih sokongan. kalao mereka memang mewakili suara hari golongan akar-umbi..tak susah nak bertanding. tapi ada jugak yg memilih supaya UMNO steady dan tidak mahu memecah-belahkan UMNO dengan banyak2 kem ni. tak manis panggil AAB nama2 macam tu.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama8:39 PG

    B E N D O N H E D N E S

    Bilo Ekau Nak Samo Dolah

    Habis Ekau dan Negara Ekau Solosai

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama9:09 PG

    Sin,

    Dulu laie den dah koba en,takdo manonyo Najib tu nak jadi PM.Ekau koba en kek Najib,mimpi la kau,Jib !!

    Den dah lamo sodar semuo tu helah Dollah yo..Suruh Najib duduk diam-diam.Padan muko.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama10:14 PG

    sekarang ni semua yang ingin bertanding semuanya ingin meraih sokongan dari akarumbi.jadi tak salah la jugak jika Pak Lah ingin juga meraih sokongan dari akar umbi.jangan hanya setakat buat spekulasi.Pak Lah baru empat tahun ambil alih dari Che Det yang sebelum ni memegang jawatan selama 22 tahun.mana nak sama.memanglah hur-hara sebab ini pemerintahan yang fresh dan ramai yang cuba ambil kesempatan.cuba kalau Che Det yang masih lagi memerintah rasanya asal bersuara je ada yang kena la.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama10:19 PG

    What's being written here are pure speculations with no concrete evidences to back it up.
    A clear attempt to tarnish Pak Lah's credibility as the PM of Malaysia.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama11:57 PG

    Den sokong modern youth...Dah banyak sangat spekulasi terhadap Pak Lah ni.. Cukup-cukuplah daripado mengato Pak Lah. Mano adil kalu pemerintahan Pak Lah yang baru 4 tahun dibandingkan dongan pemerintahan 22 tahun Mahathir? Irang sekarang ikut sedap mulut yo mengato dan buek spekulasi mengarut kek Pak Lah..Sopatut eh, kito kono support Pak Lah sobab beliau PM kita kito...

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama12:22 PTG

    Ini semua spekulasi je. Aku tak hairan sangat kalau nak cakap pasal benda ini. Ini semua perspektif dan spekulasi yang negatif untuk jatuhkan AAB je.

    Kalau DSAI dah naik perintah malaysia buat kerenah yang sama pun kena kritik jugak. Jadi takkan berhenti spekulasi dan pandangan negatif yang dilemparkan.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama12:24 PTG

    oii..kutuk kg aram btl..

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama12:25 PTG

    tentang pandangan orang tentang Pak Lah,senang je aku rumuskan.

    kalo suka,akan diberi kritikan yang membina dan beri beliau semangat untuk terus menerajui negara.tapi perlu juga di ingat bahawa beliau masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki.lihat pada pro dan kontra.

    kalo tak suka,akan diberi cacian,kejian dan pelbagai nama kepada beliau dan beliau akan sentiasa dipandang serong oleh "hater" beliau.apapon beliau buat akan dianggap sebagai tindakan yang salah.

    jadi,jangan kita sengaja mewujudkan kebenciaan sebab kebencian boleh mengaburi akal untuk membuat keputusan.letakkan diri pada minda yang terbuka.

    BalasPadam
  12. Alamak aih, sumo macam bawah otak unto yo. Nan mano satu kito boleh pakai neh? Tolak semuo ko?

    BalasPadam
  13. Salam,

    Nasib kau lah Najib.....

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama2:12 PTG

    Spekulasi-spekulasi jahat ni saja je pembangkang buat supaya diorang dapat penuhi koata 1,000,001 sebab kenapa Pak Lah dan UMNO tak layak memimpin negara... Sebab itulah kalau kita perhatikan, setiap yang keluar dari mulut Pak Lah atau apa jua tindakan yang Pak Lah buat atau belum buat sekalipun, semuanya kena kritik, kena hentam. Pendek kata, diorang tak kasi can langsung kat Pak Lah. Come on beb, Pak Lah baru 4 tahun memimpin Malaysia, Mahathir 22 tahun memerintah, so tak aci la kalau nak dibandingkan...

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama2:53 PTG

    Mano kau dapek info, sin? Macam tu yg sedang dimainkan sekarang di akarumbi dan cawangan...

    Link2 kau kasi tu kira2 info2 blogger yg ado informasi terkini.

    Bagi pembodek2 dolah sedang main psywar memintas utk mempertahankan dolah. Nampak maso posting dokek2 mcm orang samo.

    Kalau dolah tu bagus mcm ado beberapa hanjuk2 yg defend dio, takdolah umno di bonci orang umno sendiri masa pru12.

    Johor muzium umno ado 300,000 undi rosak!!! Takkan itu bukan orang umno???

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama2:55 PTG

    Sin,

    Apo kata kito tanam durian hari nie. Kita tgk mana dulu.. makan buah durian dari pokok tadi atau najib jadi PM?

    BalasPadam
  17. Pak Lah ni terror! Dia macam cerito "Drunken Master". Tongah tidor pun boleh lawan musoh.
    Tu sobab dia boleh kawan dongan si Zaid yang kuek minum tu...
    abih la UMNO dongan malaysia sekali..

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama5:31 PTG

    I didn't see any Pak Lah's credibility so far.. Sorry Bluementos

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama6:36 PTG

    Bluementos, you speak from the arse, wait for Pak Lah to do a Sai-ful on you, then you know

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama6:39 PTG

    Posting Rocky ... RPK goes for broke with The Confession nampaknya menambah longgok persepsi atas Najib dari serangan duo Anwar-RPK.

    Maka, bertambah diam si Najib dan bertambah menjadik konspirasi husin.

    BalasPadam
  21. Sin,

    Kao dengen Husin longgong adik bradik ko?

    Baik Dolah, Najib & Anwar sumo tak buleh pakei. Eloknyo dicampak urang - urang ko kek Pulau Perhentian. Baru beronti nak merusakken negaro.

    Sakit hati ako dengen sikap urang melayu ari ko. Kilen tau tak sekarang ko banyak tanah dah jatuh kek tangen Cino di Penang & Perak. Dedolu pajak 99 tahun. Sekarang ko DAP dah ubah sampei 999 tahun. Macom mano kito nak ambik balik? Mano idaknyo, exco tanah awal awal lage DAP dah booking.

    Urang Melayu bercakar sesamo sendiri. Ado yang mogah buek fitnah & tuduhan yang buken-buken. Penyokong pulo tukang tambah gulo & garam.Buek komen konon kilen lah Thinkers. Ado kilen tengok urang DAP fitnah urang MCA?

    BalasPadam
  22. modern youth, bluementos, mahyudin n mankanan.

    Saya salah seorang yang pulaukan PRU 12. Seorang ahli UMNO biasa di Kluang, Johor.

    Punca saya memulaukan PRU 12 kerana Pak Lah langsung tiada kredibiliti. Semua langkah yang diambil tak ada satu pun yang meyakinkan. Yang paling saya marah apabila krisis putus bekalan barangan ke[perluan dan kenaikan harga barang. Dia dengan menteri KPDNHEP pada masa tu Safie Apdal berkeras kata tiada kenaikan(itupun berangan pulak shafie ni nak tawar diri jadi VP?)

    Selepas PRU 12 lagi Pak Lah punya keadaan. Dengan dia punya flip - flop, cakap merapu meraban tah apa apa. Takde satu pun langkah yang diambil dengan konkrit untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Yang ada gula - gula untuk rakyat.

    Saya tak berapa pasti pepatah yang patut pak lah jadikan panduan tapi lebih kurang begini - Jangan bagi ikan pada orang yang tak ada ikan, tapi bagi pancing dan cara cara memancing supaya dia dapat cari ikan sendiri untuk seumur hidupnya. Cara dia bagi gula gula guna duit rakyat tu pun saya rasa dah bersalahan dengan cara menguruskan wang rakyat. sesuka je dia nak bagi.
    Cubalah nilai semula ketegasan Tun, cara Tun membuat keputusan, dan keputusan2 yang Tun ambil masa dia jadi PM. macam langit dengan bumi berbanding Paklah ni.
    dengan itu rakyat yakin malaysia berada di landasan yang betul. Percayalah UMNO akan hancur di PRU 13 sekiranya tiada perubahan bln 12 ni kerana sekiranya ada perubahan pun pada 2010 pengganti takkan sempat untuk reform UMNO. Maka hilanglah UMNO yang kusayang.
    -ujangmuiz

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama10:53 PG

    Nampaknya selepas debat hangat gomen UMNO/BN telah menggorak langkah untuk implement dua cadangan Anwar yang diutarakannya dalam debat dengan Ahmad Shabery Chik tempoh hari………………
    meh habaq kat cheq hussin lepas hang baca dan tgk video ni...

    SCENARIO ONE
    http://www.youtube.com/watch?v=_yFqqpdIylc&NR=1 - seperti satu paksaan kpd Dermawan

    SCENARIO TWO
    http://www.youtube.com/watch?v=W0lbHoTQEiE -After Dermawan keluar dari penjara.


    bukan apa nk tau apa pandangan awak berkenaan artikal & video nie...jgnlah buta kan hati dan fikiran awak tu hussin....fikir2kanlah guna akal yg Allah dah kurniaakan pd awak tu..jgn awak melenting pula ini cuma sedikit teguran dari cheq.
    Tentang Rezab Bekalan Tenaga Letrik

    Anwar : Bagaimana boleh dapat saya kumpulkan RM5 bilion ini? Saya akan jelaskan dan memperincikan berikutnya. Iaitu TNB sekarang umpamanya mempunyai standby capacity yang berlebihan. Reserve 40%, di antara paling tinggi di dunia. Siapa yang untung? IPP – Jana Kuasa Bebas. Untungnya sudah berbilion ringgit, ada lagi kapasiti yang begitu besar.

    Mengapa kita harus berikan? PETRONAS rugi, TNB rugi… yang untung IPP. Dan kapasiti 40% itu saya usulkan untuk dikurangkan standby capacity itu kepada 20%. Dengan mengurangkan kapasiti itu sahaja kita telah mendapat RM2 bilion. Jadi kita kena cari RM3 bilion lagi. PETRONAS hari ini dalam financial announcement menyebut jumlah keuntungan yang besar bagi tahun 2008 yang baru selesai diumumkan hampir RM100 bilion.

    Untung IPP ini berbilion dan PETRONAS itu kerugian, termasuk TNB kerana beban perjanjian IPP. Sebab itu harus diteliti semula. Saya menganggarkan, kalau diteliti semula selain RM2 bilion rizab kapasiti kita boleh jimatkan RM1 bilion lagi. Dari kadar RM3 bilion, kita hanya perlu RM2 bilion.

    —-
    Selepas debat gomen UMNO/BN kata…………….

    KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menurunkan margin simpanan (reserve margin) bekalan tenaga elektrik negara daripada 41 peratus kepada 25 peratus menjelang 2014 bagi menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1.5 bilion setahun yang ditanggung kerajaan dalam industri tenaga. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata proses untuk menurunkan margin itu memerlukan tempoh masa lama kerana banyak perkara perlu diambil kira seperti komponen bekalan tenaga elektrik, daya harap tenaga dan perkembangan ekonomi negara.

    “Bagaimanapun, perancangan bergantung kepada pelan induk yang dirangka kementerian dan dijangka siap pada September ini. Jika kerajaan berjaya menurunkan margin simpanan itu, ia bakal memberikan penjimatan kepada negara yang dianggarkan berjumlah RM1.5 bilion setahun.

    Ditanya rundingan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) bagi merundingkan semula perjanjian pembelian tenaga (PPA), Shaziman berkata, kementerian menyerahkan kepada TNB membuat rundingan itu.

    “Kita bagi mereka masa buat rundingan dan sekiranya dalam masa dua atau tiga bulan masih tidak berjaya, kita akan minta Suruhanjaya Tenaga memberikan bantuan,” katanya.- Berita Harian Online.
    Tentang dividen khas Petronas.

    Anwar : Soalnya sekarang, kita beri satu kebocoran yang saya sebutkan tadi. PETRONAS umumkan, ada dividen khas selain daripada beberapa bilion tadi ni, dividen khas tahun ini kepada Kerajaan sebanyak RM6 bilion. Tak bolehkah saya ambil RM1 bilion untuk tampung, supaya kos minyak turun 50 sen?

    Apa, bagi Ahli-ahli Yang Berhormat, berat sangat ke? Allah, bagaimanakah, takut bayangkan Kerajaan nak bagi RM1 bilion. RM1 bilion, untuk redakan masalah ini. Saudara percayalah, dua bulan, tiga bulan sekarang. Ini bukan soal penangan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat satu wadah. Ini soal, rakyat. Kalau kita nak teruskan kebijakan ekonomi, sekarang ini, apa yang akan berlaku ialah kemelesetan, pengangguran yang sekarang setengah juta akan mencecah hampir 1 juta orang. Ini beban kepada rakyat.

    Selepas debat apa gomen UMNO/BN kata……….

    KUALA LUMPUR, 17 Julai — Kerajaan merancang menggunakan dividen khas diberikan Petronas sebanyak RM6 bilion bagi meringankan beban rakyat menghadapi kenaikan harga bahan api pada masa ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengumumkan usaha-usaha yang akan dijalankan menggunakan dividen itu.

    “Akan ada lebih banyak pengumuman bagi membantu rakyat (dengan dividen khas itu),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran pendidikan dan kerjaya Malaysia 2008 anjuran Pekan Fest, serta logo F500 Powerboat World Championship Series 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

    Petronas Selasa lepas mengumumkan mencatat prestasi tahun kewangan luar biasa yang membolehkan syarikat minyak negara itu menyumbang RM62.8 bilion kepada perbendaharaan negara, dan dari jumlah itu, RM30 bilion adalah dividen. Daripada RM30 bilion dividen, RM6 bilion merupakan dividen khas yang akan dibayar tahun ini.- BERNAMA

    * > Soalnya, memang berita baik apabila kerajaan BN sanggup makan ludah sendiri (setelah apa yg Shaberry jawab balas terhadap anwar) mengenai dasar pemberian subsidi dari sumber yg lain; tetapi persoalannya, adakah perlu Anwar naik ke pentas berdebat untuk ajar kerajaan setiap kali? Ini membuktikan kerajaan BN tiada kredibility dalam mengunjurkan pelan tindakan yang populis rakyat.. Ya, populis rakyat; bak kata Anwar “Ye lah.. kalau bukan populis rakyat, kerajaan untuk siapa ? Untuk populis kroni? ” .. saya nak tambah sat, .. untuk populis poket anak menantu dan suku-sakat UMNO..


    p/s - saya x kesian langsung dgn najib , rosmah & Saiful...nk tau kenapa? mereka semua dilindungi oleh polis,hakim...kuasa kan ditangan kerajaan Najib..takut kalau PKR memerintah habislah semua najis yg dah berulat dari kerajaan najib digali oleh PKR. Kuasa didunia sj lah kerajaan boleh ubah dan ikut cara dia...di Akhirat nanti jawablah dgn Allah.


    Pemerhati.

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama5:28 PTG

    Wei pemerhati,

    Aku ni pun bukannya selalu setuju ngan si Husin ni...kadang2 je.Aku bukannya orang UMNO pun,tapi ni blok Satira la beb,blog lawak2 bodoh.

    Nak tulih panjang2 buat la blog sendiri.Suka hati la si Husin nak tulis apa...open minded la sikit brader!!!

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama8:03 PTG

    Aku ras dalam aspek ini Anwar pun suka main buat lawak bengong dgn rakyat. Kata 30 MP lompat parti tang sekarang habuk pun tarak. Entah iye tidak benda 16 Sept tu. Kata nak jamin nasib Melayu dgn Islam, apa benda nya. Yang aku nampak DAP makin gah, bangsa lain pun nak itu ini.

    Samo jo pak husin!

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.