Sabtu, Ogos 30, 2008
Babak 3: Syarat-syarat Husin Lempoyang kepada Sadiq Sigaraga ... Kena Jual
Dalam perjalanan menaiki kereta, anak menantu Sadiq Sigaraga, yang memandu terpaksa memberhentikan keretanya berkali-kali. Pada kali kelima, Husin Lempoyang keluar kereta, pergi ke longkang berdekatan. Beberapa ketika, masuk kembali ke dalam kereta.
Anak Menantu: Apa fasal lah? Ante, asyik keluar kereta?
Husin Lempoyang: Tak perlu Lah tanya, Ana sudah terkena penyakit loya Lah.
(Rupa-rupanya, Husin Lempoyang keluar kereta lima kali kerana uruskan loya tekaknya. Tidak tahan mendengar cakap besar Anak Menantu Sadiq Sigaraga).
Anak Menantu: Kalau boleh kita teruskan perjalanan, tak perlu berhenti-berhenti. Tak bawa ubat loya ke.
Husin Lempoyang: Ini loya tak perlu obat. Kalau kamu berhenti cerita pasal diri kamu, loya ini hilang dengan sendirinya!
Anak Menantu: O itu macam ka?
Anak Menantu merenung jauh, mengenang nasibnya, macam mana nak take-over jawatan Memanda Perdana kelak, ramai orang loya mendengar cakapnya, terutama bab lulus hebat dari Universiti Kota Kerbau nya.
Anak Menantu: Itu dalam bungkusan kain batik itu apa?
Husin Lempoyang: Ini? O, ini untuk Tuan Sadiq Sigaraga. Dalam botol besar ini, air kencing onta. Dalam mangkok hayun ini, tahi onta.
Anak Menantu: Err yang kecik-kecik dalam botol kecik itu apa?
Husin Lempoyang: Ini? Minyak Onta.
Anak Menantu: Jauh lagi ke rumah nujum yang kita nak pergi ni?
Husin Lempoyang: Dah sampai pun. Itu ada lelaki pakai serban tu, dengan budak kecik tu, anak dia. Itulah mereka yang kita nak bawa sekali jumpa Sadiq Sigaraga. Tiga syarat campur satu tu jangan lupa.
Anak Menantu: Oh ... itu jangan worry. Pasti beres.
Kereta pun diberhentikan, Lelaki dan budak kecik itupun naik. Mereka berempat, dalam kereta meluncur laju ke PusatJaya Isketambola. Dalam kepala Husin Lempoyang, berlegar-legar memikir. Ingatkan belajar Universiti Kota Kerbau tahu aku nak jeratkan dia dengan syarat-syarat.
Syarat pertama senang, sentiasa pakai pampers. Syarat kedua, puasa sebulan cukup. Syarat ketiga, isteri pakai skirt waktu siang dan malam pakai hijab macam orang Arab. Tapi syarat campur satu yang pasti dia susah. Apa dia ... kita tunggu? Ini hanya apabila Rawna sudah dihalang.
*****************************
Di pejabatnya, Sadiq Sigaraga mundar-mandir tak sabar menunggu. Tak kiralah aku. Semua syarat-syarat yang dipinta aku setuju saja. Apa nak jadi, jadilah. Kalau tidak, susah aku sekeluarga. Apa susah sangat syarat-syarat itu? Dewan Perniagaan ini perlu dipertahankan dari terlepas kepada Rawna.
Sadiq Sigaraga: Manalah Anak Menantu sama Husin Lempoyang ni? Sudah ampat jam aku tunggu, sampai dah nak jadi penunggu. Kenapa lambat sangat!!! Rawna dah angkat sumpah, lepas ini, dia akan mai sini PusatJaya, mampus aku!
Tuan Penasihat: Sabarlah Tuan Sadiq Sigaraga. Tuan ini selalu gopoh. Itu sebab Tuan jadi flip-flop.
Sadiq Sigaraga: Mike perli kita ye?
Tuan Penasihat: Bukan perli. Ini yang benar. Kalau begitu, tidorlah dulu. Nanti saya kejutkan.
Sadiq Sigaraga: Tidor kau kata. Aku dah puas tidor merata majlis. Ini, si Rawna nak mai dah. Aku tak boleh tidor...
Tuan Penasihat: O itu pun mereka sudah sampai.
Sadiq Sigaraga: Bagus! Bagus!!
Mereka pun bersalam-salaman semacam amalan orang Arab.
Sadiq Sigaraga: Siapa yang kamu bawa ni Husin Lempoyang?
Husin Lempoyang: Ini Ahlil Nujum Pak Belalang. Ini pula anak dia, si Belalang. Sebelum kita mula, Tuan sudah ikut syarat-syarat itu?
Sadiq Sigaraga: Oh tentu boleh. Syarat pertama memang saya sudah lakukan lama. Syarat kedua tidak ada masaalah. Hari Isnin ini puasa nak mula. Syarat ketiga saya boleh suruh dia. Syarat yang campur satu lagi itu apa?
Husin Lempoyang: Oh itu hanya pengeras apabila sudah sampai masa nanti. Ia tidak susah . Kena guna kepandaian sedikit.
Sadiq Sigaraga: Oh saya memang pandai, tak ada masaalah. Saya berjaya mendapatkan Dewan untuk setuju bina Balkoni-Balkoni. Apa yang kamu bawak ni Husin Lempoyang?
Husin Lempoyang: Semua ini untuk ujian forensik. Wow!
Tuan Penasihat: Forensik tu apa dia?
Husin Lempoyang: Dalam botol ini air ehem onta. Tuan Sadiq gunalah untuk mandi dalam tempayan. Sisa air mandian, masukkan dalam botol, serah kembali pada hamba.
Tuan Sadiq Sigaraga: Baik Lah. Yang ini?
Husin Lempoyang: Dalam mangkok hayun ini, ehem onta. Sapukan ke seluroh muka. Bila sudah kering, kikiskan, masukkan dalam mangkok hayun ini, serah kembali pada hamba.
Sadiq Sigaraga: Dalam botol kecik ini apa?
Husin Lempoyang: Hanya air ehem onta, dan ehem onta sahaja diperlukan untuk ujian DNA. Dalam botol kecik ini, minyak onta. Oleh kerana Tuan Sadiq Sigaraga, masih baru lagi jadi penantin. Maka ini untuk disapukan pada ehem. Jika digunakan dengan betul. Isteri tuan akan menangis.
Sadiq Sigaraga: Menangis pulak, kenapa gitu?
Husin Lempoyang: Bukan menangis kerana sakit, tapi kerana kesedapan!
Sadiq Sigaraga ketawa besar. Seronok bukan kepalayang dia.
Sadiq Sigaraga: Kamu pulak bawak apa, wahai Nujum Pak Belalang?
Nujum Pak Belalang: Tiada apa yang istimewa, cuma ini sahaja, serbok kopi special.
Sadiq Sigaraga menghidu serbok kopi itu, lalu bertanya...pasal apa baunya macam tahi kuali?
Nujum Pak Belalang: Sebab dari kuali itulah anak hamba mengikisnya.
Sadiq Sigaraga: Tak mengapalah. Cerita pasal DNA onta ini, wahai Husin Lempoyang.
Husin Lempoyang: Ini hamba bawak balang berisi virus. Lepaskan ke dalam Rumah Tertinggi. Semua ahli akan merasa sungguh gatal seluruh badan. Semua orang dikehendaki memberikan sampel DNA, supaya penyakit gatal ini sembuh, setelah kita berikan penawar.
Tuan Penasihat: Bijak, bijak. Tentu pasti Rawna akan berikan sampel DNA dia, jika tidak dia akan gatal selama-lamanya.
Anak Menantu: Kita berjaya bapak.
Husin Lempoyang: Tuan Sadiq Sigaraga bacalah buku ini, semua maklumat mengenai DNA onta, ada di dalamnya. Ini mukasurat 13, ada dicatitkan DNA sama sahaja walaupun seratus tahun. Faham?
Sadiq Sigaraga: Tuan Penasihat, ambil buku, kamu baca. Nanti briefing aku.
Tiba giliran Nujuman pula
Nujum Pak Belalang: Tuan Sadiq Sigaraga. Cobalah tengok dalam mangkok telekan hamba ini. Nampak tidak si Rawna di dalamnya?
Sadiq Sigaraga menggeleng-gelengkan kepala.
Si Belalang: Kalau tak nampak, nyawa Tuan tinggal seminggu sahaja.
Sadiq Sigaraga: Oh baru aku nampak. Yang pakai songkok, baju Melayu hitam ini kan? Tuan Penasihat, kamu nampak dak?
Tuan Penasihat geleng kepala.
Sadiq Sigaraga: Kalau tak nampak, nyawa mike tinggal seminggu sahaja.
Tuan Penasihat: Oh ya, baru hamba nampak. Banyak jugak sampel DNA di badan dia ya!
Nujum Pak Belalang: Jika nampak, baguslah. Menurut telekan hamba, si Rawna ini akan sampai juga di PusatJaya untuk menawan kuasa.
Anak Menantu: Jadi macam mana nak halang dia?
Nujum Pak Belalang: Kekuatan mereka terletak kepada huruf "I".
Tuan Penasihat: Apa dia huruf "I" itu?
Nujum Pak Belalang: Internet Lah, Bahalol!
Sadiq Sigaraga: Oh aku pernah dengar ini Internet.
Nujum Pak Belalang: Ini hamba bawakkan software, hendaklah pasang di siber raya.
Sadiq Sigaraga: Apa lah yang kamu cakap ni Nujum, aku tak faham.
Husin Lempoyang: Itu lah, dulu orang suruh pergi sekolah, tak mahu pergi, sekarang kan dah menyusahkan diri sendiri.
Nujum Pak Belalang: Ini software, alat ajaib. Setelah dipasang di pusat Internet utama Siber Raya, semua pengguna Internet, terutama penulis blog dan portal, bila seseorang taip sahaja kebaikan Sadiq Sigaraga, akan keluar gambar Tuan Sadiq Sigaraga. Kalau tulis keburukan, gambarnya bertukar menjadi gambar si Rawna.
Anak Menantu: Jadi apa kesannya?
Husin Lempoyang: Aik itu pun tak tahu? Tadi dalam kereta bukan main cakap besarnya. Lulusan Universiti Lah, belajar tinggi Lah. Tapi tak cerdik rupanya. Patut Lah, gagal kuburkan kerjaya si Rawna.
Nujum Pak Belalang: Magiknya, pengguna Internet akan jadi confuse. Yang baik semua gambar Sadiq Sigaraga. Yang buruk semua gambar si Rawna.
Sadiq Sigaraga: Bagus! Kita sudah berjaya. Panggil semua para Memanda. Kita laksanakan sekarang jugak!
Husin Lempoyang: Jangan lupa syarat-syarat itu semua. Kalau tak buat, tak menjadi. Kalau langgar pantang-pantangnya, ada benda akan berlaku.
Sadiq Sigaraga: Pasti pasti ...
Dalam hati Husin Lempoyang, hai ... dapat aku jual saudagar penipu misai kontot. Tak sedar ke dia baru kahwin. Lantak kau Husin. Pilih nak bayar balik puasa dua bulan atau sedekah dua unta atau merdekakan hamba. Tapi masuk Dewan yang dia susah.
Akan Datang
Babak 4: Ismet jumpa Rawna di Dewan ... kecoh
* Sumbangan Babak 3 dari Zubli Zainordin.
Super class, Husin Lempoyang!
BalasPadamTerbahak-bahak gelak membacanya.
Wow!
Aik, ada babak 4 ka?
Okay, tak sabar nak tunggu babak 4.
Yabedabeduuuuuu!
Nak tanya ni, onta Saudagar Husin Lempoyang, sehari berapa kali kencing, dan kiraan berapa balang besar?
Tahi onta?
Boleh buat bisness dong!
Untung lumayan, jika pasarannya untuk Ahli-ahli Yang Berhormat.
Depa tu percaya apa saja yang supaya boleh depa terus berkuasa!
Kasi pekena depa Husin Lempoyang!
hahahahah
BalasPadamhusin ooo husinn...
pandai da lu wat lawak...
tabik la sama aku...
minyak onta wat isteri nagis kesedapan???
adoi3...
xxx
Bodoh bingkai Sadiq Sigaraga. Bulan pausa belum start. Kau kena pausa sebulan. Sure tak menjadi. Mesti dia mengaruk dan kena jual. Hahaha ...
BalasPadamAna bisa fenin kalau babak punya berbelit
BalasPadam