Rata-rata orang ramai sudah meluat dengan pertembungan politik yang keterlaluan hingga ekonomi merudum, kedudukan luar negara dan keamanan terjejas. Hingga ada yang sudah meletakkan bendera terbalik.
Husin tak sanggup buat begitu.
Kalau blogger Bakaq boleh dibawa ke mahkamah kerana mencemar simbol polis, ini bermakna simbol-simbol seperti bendera, lagu kebangsaan dan adat istiadat ada kepentingannya dan perlu diberi penghormatan yang sepatutnya.
Kalau tidak, tak akan dimedan peperangan, bermatian-natian askar mempertahankan panji-panji mereka supaya tidak jatuh.
Simbol-simbol ini banyak istiadatnya semasa meraikan hari kemerdekaan Ogos 31hb. Kalau tidak dikacau Indonesia, Sabah dan Sarawak merdeka sama hari dengan hari kemerdekaan dan bukan pada hari Malaysia September 13hb.
Dalam kita sepatutnya bergembira meraikan hari kemerdekaan, rakyat tidak berapa senang hati. Macam mana nak membetulkan masaalah kepimpinan dan politik negara?
Dalam sembang-sembang kedai kopi malam tadi, ada seorang pokcik yang dipanggil Pok Nik ... orang Kelantan memberi buah fikiran.
Katanya, nak selesaikan senang saja. Kita sokong semua ... Pak Lah, Tun Mahathir, Tengku Razaleigh, Najib, Anwar Ibrahim, Hj Hadi, LIm Kit Siang, Hindraf, Dong Jiao Zhong, Majlis Peguam, rasuah, liwat, zina, arak, bawah 15 tahun, lari duit ke Australia, PPRT, pegang punggung, pukul anak orang kerana mengorat anak sendiri, dll. Semua kita sokong, tidak pening lagi.
Ini ide pelik. Husin kata, bila semua sudah bersatu, pasti ada yang diketepikan.
Dia kata, tak apa. Kita tolak seorang saja ... YB Dato Ibrahim Ali, MP bebas yang tak ada parti.
Jawab Husin. Tak lah sokong semua. Masih tak ada perpaduan.
Pok Nik tu ghoyak balik. Kalau kita sungguh nak cari perpaduan, kita tolak semua dan sokong Tok Him. Itu formula untuk perpaduan ummah.
Silap Husin hendak tunjuk pandai dengan orang tua. Dah dikenakan ... Rupanya penyokong kuat Ibrahim Ali.
Wow! Aku ingin bebas, hidup bebas
Silap tu Pak Sin. Tarikh Hari Malaysia (bagi Sarawak dan Sabah) ialah 16 September; bukan 13 September.
BalasPadamMesti sangkut kau Sin, tak boleh hidup bebas. Mesti ada orang perambat kau Sin, terutama adik angkat.... Tu belum campur Bagan Datok lagi.
BalasPadamtak tahu apa pulak penyakit sesetengah orang nak terbalikkan protes sebagai tanda tak puas hati dengan keadaan politik dan ekonomi kita sekarang ni.rasanya kita masih mampu untuk berdiri dan meneruskan kehidupan.
BalasPadambuat apa nak terbalikkan bendera.ramai yang sudah tewas di medan perang untuk menegakkan panji negara dari jatuh.jangan persiakan perjuangan dan pengorbanan mereka.
Betul tu. Lagu kebangsaan, bendera malaysia dan adat istiadat perlu diberi penghormatan yang sewajar dan sepatutnya.
BalasPadamPerpaduan akan terlahir seandainya sikap kita yang bertoleransi sesama bangsa dan kaum bukannya saling berdengki dan berbalah atas kepentingan diri sahaja.
Kita sokonggggggggggg semua...
BalasPadamtak sokong cari calon bebas
pandai ko sin...saje je letak kat situ "september 13"...hahaha
BalasPadamaku suka la blog ko nih! kite kawan nak? hehehe! kalau nak, meh, jemput ke laman aku meh...
Hmmm...pasal perpaduan...ko caye ke x kan ade langsung sifat perkauman ni...hm? aku rase la, selagi "semangat kekitaan" tu terus diterapkan semenjak kecil lagi, x kan tercapai perpaduan punyer...
cumenyer, aku masih merasekan itu normal...
Mcm la jgk kalau Kedah vs Perak dlm piala Malaysia, orang Kedah xkan sokong perak punyer...and vice versa...
pasal terbalik bendera tu, jauh di lubuk hatiku yang paling dalam memang sgt2 x setuju...
cube ko tgok, ape lagi yg ade pade kite? susah sangat kite nak bersatu di bawah ape2 sekalipun, x mungkin dan imposible!
yang kite boleh bersatu cume kat bawah BENDERA tu jer, yang mana ade puak2 yang pendek akal dah kempen terbalikkannye...
ko nak bediri bawah bendera terbalik? x nak kan? aku pun x nak, dan pasti ramai lg x nak kecuali mereka2 yang pendek akal tu...which is benda ni dah pecahkan kite semule... Asalnyer bleh duk dan bediri sesame di bawah 1 BENDERA, jadi dah terpecah dah...
alaaaahai...
Tujuan aku terbalik kan bendera malaysia didlm blog aku sekadar utk menyuarakan rasa tidak puas hati aku kepada kepimpinan negara yg tercinta ini.
BalasPadamApa lagi cara yg aku ada untuk melahirkan "ketidakpuashatian" aku ini..bukan niat aku nak menderhaka kepada tanahair aku sendiri sin..tak terfikir pun aku nak buat camtu.
Kalu dibiarkan dollah dan kuncu2nya terus mentadbirkan negara ini..bukan ajer bendera yg akan terbalik..negara ini pun boleh terbalik..ketangan singapura..ko tak perasan ke sin?
hehehe nanti ada la fuckwa nik najis keluarkan nak cover si sheih balaci husam tu
BalasPadam"zaman nabi dulu pon ada orang terbalikkan bendera sebab tak puas hati dengan kerajaan"
tok guru sesat tu bukan boleh kira sangat.dulu mahathir,anwar semua kena hentam sebab amal kronisme.semuanya haram...berdosa...masuk neraka
bila kena tang batang pelir nik najis endiri baru la semuanya halal...nabi pon ada kroni
Sin, Ingat senang ke jadi PM?.. Masa ekonomi baik, semua ok, boleh sembang tinggi dan senyum lebar.
BalasPadamBila datang ribut dan kemelut, baru tau. Tapi macamana pulak kalau ribut tu datang sebab kita yang seru mari.
Perpaduan waktu ini? Dengan mantan yang serah tengkolok dalam dulang pun boleh kuis-kuis kaki dan juih-juih mulut. Ingat orang percaya dan terpanggil untuk seruan perpaduan.
Boleh cuba. Di Kepala Batas, Permatang Pauh, Bagan Datoh atau Johor Baru. Disitu ada tokoh perpaduan?
Susah jugak jadi PM ni.
ada bloggers yang sudah ambil keputusan untuk tidak menterbalikkan bendera.phew!.rasa legaaa sangat.harapnya lepas ni tiada lagi isu menterbalikkan bendera ini lagi.
BalasPadamSin
BalasPadamDemonstrasi di depan pejabat Majlis Peguam itu perpaduan ke ?
Berahe Ali ni gedebe orangnya dulu.
BalasPadamTapi kali ini dia masuk Parlimen, dia nampak matang dan objektif.
Nampak dia sorang yang berani bersuara dengan ikhlas mengenai isu2 tanpa dikongkong oleh parti.
Adakah ini jalan untuk masa hadapan dengan ahli parlimen tidak dikongkong oleh parti tetapi menyatakan sesuatu mengikut kehendak constituent masing2?
Ini menarik untuk dibincang
Tak kiralah apa jua alasan mereka yang menterbalikkan bendera tu. Sama ada berniat atau tidak, penghinaan tetap berlaku. Kepada mereka yang menterbalikkan bendera, marilah pulang ke pangkal jalan.. Jangan diturut perasaan dan hati yang marah. Masih ada cara lain lagi untuk menunjukkan ketidakpuashatian. Hormatilah bendera kita...
BalasPadamcerdik pok nik tu... Ibrahim Ali punya jiwa tersendiri....
BalasPadamKali ini dia bebas cakap apa yang dia nak cakap.
Sin,
'Perpaduan' UMNO makin mahal harganya.
cerita ni jadi macam orang melayu ISLAM sekarang la...bila gejala sosial dan lain makin membarah dalam komuniti tak semua ambil peduli....mereka seolah-olah tak menyedari bahawa inilah punca yang sampai boleh membawa kepada orang yang bukan ISLAM boleh berforum tentang ISLAM...kembalilah kepada ajaran yang sebenar...ambil peduli sama jangan dah terhantuk baru nak tengadah.....melayu jangan layu lagi lepas ini...
BalasPadam