Khamis, Ogos 14, 2008
Mestilah Orang Pahang ...
Baru-baru ini, Husin diberitahu Sultan Pahang telah memanggil 1,000 orang pemimpin-pemimpin UMNO Pahang ke istana.
Kawan yang beritahu tidak sedap hati, tetapi malam-malam kawan itu membetulkan syaknya. Dia kata tidak ada apa-apa hanya Tuanku menyampaikan pesanan dan kerisauan hatinya.
Tuanku memang seorang Sultan yang berjiwa besar dan sentiasa prihatin mengenal hal ehwal rakyat dan keamanan dan kesejahteraan negara.
Tersebut besarnya jiwa Tuanku Sultan Pahang, perlu sedar Pahang adalah negeri yang terbesar di Semenanjung.
Sungai Pahang adalah sungai yang paling panjang di Semanjung. Gunung Tahan di Taman Negara ikut Jerantut merupakan Gunung tertinggi dan Taman Rimba terbesar di Semanjung.
Pada orang Pahang, serba serbi mengenai negeri Pahang itu terbesar.
Bertambahlah, apabila penyanyi jelita suara buluh perindu, Siti Nurhaliza orang Pahang. Punya banyak dia menang anugerah, pasti dia mempunyai almari trofi yang terbesar di Semenanjung. Rasmi orang Pahang ...
Orang Pahang tidak boleh dipuji. Kalau dipuji, mereka akan jawab, "Mestilah orang Pahang ..."
Masa bujang dahulu, Husin ada seorang rakan dari Pahang. Begitulah dia, sikit-sikit "Mestilah orang Pahang ..."
Satu masa dia ajak kami, bujang-bujang ke rumah ibubapanya di kampung semasa musim buah-buahan. Rumahnya rumah Pahang lama yang begitu besar. Apabila dipuji rumahnya besar, dia jawab, "Mestilah orang Pahang ..."
Lepas dapat bonus tahunan, member ini sudah beli kereta. Keretanya terlalu besar untuk orang bujang. Apabila dipuji keretnya besar, dijawab, "Mestilah orang Pahang ..."
Dalam kami bujang-bujang bersukaria selalu ke Kalabul Malami, kawan ini terjatuh cinta dengan hostes, Imah yang selalu mendampingi kami. Walaupun kami kurang sedap dengan pilihannya, tapi kami hormati keputusannya. Rupanya jodohnya untuk kahwin dengan Imah.
Kenduri besarlah dia di kampung. Beberapa pokok kelapa tumbang untuk buat lauk umbut yang dikira makanan kerja kahwin yang special di Pahang. Memang sedap. Bila dipuji kenduri besar dan lauk sedap, dia seperti biasa menjawab, "Mestilah orang Pahang ..."
Malam itu kira malam pengantin. Besoknya kami talipon dan sakat, "Selamat pagi pengantin. Amacam seronok kahwin ..."
"Seronok ...", dia jawab tetapi nadanya tidaklah begitu riang gembira sangat. Biasa-biasa saja.
"Rupanya Imah dah orang Pahang ..."
Eh ... bukan ke Majlis nikah dengan Imah yang kami pergi di Parit Buntar? Husin tak faham masa itu. Woooo ...
Tak faham endingnyer...
BalasPadamtak brapa nak paham la sin...cuba xplain sket...
BalasPadamsalam,
BalasPadamaha lah..tak faham..macam best jer cerita ni..sambung²..hehehe
wasalam.
Imah punya dah besar macam negeri Pahang?
BalasPadamAda orang Pahang tu, bini dia pun Mah, byk botox tapi dari Soromban ...
ooo...besar sbb bekas org dah kot...baru la ana pahammm....
BalasPadammesti si JJ dah rasa dulu.....
BalasPadamElok juga Imah tu "dah orang Pahang", beranak senang.
BalasPadamada ada saja usin ni...
BalasPadamtapi terhibur!!
sentiasa ternanti-nanti posting usin...
nasib baik hamba kain org johor, jawa plak tuh,..
BalasPadamooooo.... kesian gadis2 pahang
BalasPadamahahahah...kui kui kui
BalasPadambaru aku PAHAM.!!
Sin,
BalasPadamNi patut tag dgn SG18X. Ko main belasah aja, budak2 baru semua melopong jadinya..
Imah dah orang Pahang? Dengan sapa? Orang Pahang jugak?
BalasPadam`Imah dah orang Pahang' sama maksudnya dengan `Imah dah kena pahang'...sin sin...aku baru paham
BalasPadamPropose projek besor telekom sampai kena datang Putra Jaya..mesti ler org Pahang.. -JantanGiler
BalasPadamAna tak boleh tahan gelak la dengan ente punya cerita, ana terbayangkan berapa Pahang si Imah tu.
BalasPadamEnte punya unta baka dari baghdad atau dari Pahang, kalau dari Pahang mesti mahal harganya.
HA AH LA CIN..TAK FAHAM..YANG SULTAN NAK JUMPA TU,,APA CITE NYE..?
BalasPadamweeiii... tu joke lama le... berdesing koi dengar. gonne nye awok masih ingat joke tu ha.
BalasPadamtak mende. awok dah rodong, koi pun suka baca. lain kali awok buat lak orang negeri.
Cicit Husin,
BalasPadamMestilah Orang Pahang...
Kalau tak percaya sila follow lik ini: http://rockybru.blogspot.com/2008/08/18-billion-ringgit-man.html
heheheheh caya lah Husin !!!
En Husin, Kalau tak silap saya , Imah bukannya dah besar, tapi anunya tu dah besar.
BalasPadamSin..tak pe Imah dah Orang Pahang..baru kena dengan Kawan Husin yang Memang Orang Pahang..Ngam kan sama saiz ler tu..kawan Husing nak saiz lain kot...
BalasPadamKih kih..kih..Husin husin...Wow...
Kutuk orang Pahang yerr.. Ko singapore boleh mamapuos lah agen KJ macam kau tak tahu!
BalasPadamBedawi sponsor engko!