Selasa, Ogos 19, 2008
Sekarang baru nak sibuk
Selalunya pemimpin itik tempang (lame duck) hanya siapkan kerja yang ada dan biarkan pengganti ambilalih. Lagi tempang, lagi sibuk. Tentulah untuk jalan laju-laju, sudah susah dan tak sempurna.
Selama empat tahun, buat apa?
Hanya membatalkan projek, menjenamakan projek orang sebagai dirinya punya, mengeluarkan pelbagai slogan, membentangkan rancangan ini itu tapi tak ada apa-apa, dan lain-lain.
Akhirnya yang dilihat hanya flip flop, dan inflasi. Kehidupan rakyat bertambah susah. Jangkaan ekonomi tahun ini hanya naik 5 peratus pun nak bangga? RMK9 tak menjadi, Corridor lebih-lebih pula. Dapat tambahan peruntukan RM30 billion. Itu airmata rakyat bayar minyak mahal.
Pilihanraya pun orang dah nyatakan tak suka. Itu pun tak tahu malu nak kekal lagi sebagai Presiden. Pemilihan yang demokratik menjadi pengagihan rasuah politik terbesar.
Jangan hairan 2010 dia sambung lagi kalau Kamal suruh. PRU13 UMNO kalah, peduli apa asal anak dia dapat kaut berbillion billion.
Sekarang baru nak sibuk.
Serupa Husin yang suka sedia peperiksaan sekolah di saat terakhir. Akhirnya hanya dapat jadi saudagar unta. Malaysia nak jadi apa pula bila diurus di saat terakhir pentadbirannya?
Adakah berakhir menjadi saudagar unta juga? Atau menjadi seperti orang yang lagi untung diniagakan dari unta? Wah wah wah .... sedih
Benar itu Husin
BalasPadamAkhirnya PRU13, UMNO hancur dan terhapus.
Melayu yang baru nak bangun dan merasa bangga melihat kejayaan menjadi melarat kembali.
Islam akan menyelam. Akhirnya Muslim UMNO rugi dan Muslim PAS rugi.
Bangsa dan orang asing yang untung.
Adakah ini rancangan boneka Amerika - Anwar, Abdullah dan Khairy?
Hang Tuah menangis dalam kubur ... Melayu hilang di dunianya sendiri.
Macam bersedia last minute nak ambik periksa?
BalasPadamPatutlah gagal saja. Lulus pun nyawa2 ikan.
Dollah memang haprak. Sama itu juga Rawna.
Dua2 haprak
Rakyat Isketambola sudah mengantuk. Tetapi Si Dol RajaLawak Politik, masih mahu buat lawak.
BalasPadamTerkini, ada 5 lawaks lagi mahu dipersembahkannya.
Ramai dah kata TAK Nak LAH!!!
Tapi, dia muka tak malu, dan masih mahu terus juga buat lawak.
Rakyat tak berani marah sebab nanti kena jual.
Jadi, strategi cadangan terkini ialah, sebaiknya semua Rakyat jumpa Husin Lempoyang, belilah seplastik tahi unta, seorang seplastik.
Bila Si Dol buat lawak lagi, gunakanlah tahi unta itu. Gunakanlah tanpa was was.
Di mana saja dia buat lawak, di Isketambbola, di Putrajaya, Permatang Pauh, atau Baling.
Maka, Husin Lempoyang boleh jadi kaya pulak.
Ana, tak banyak Sin, 10 par sen...
Dia tak buat korang kutuk, dia nak buat korang kutuk juga.
BalasPadamYe ke Pak Lah tak buat apa-apa langsung kepada negara sebelum ni?
PakLah baru bangun dari tidoq lenanya selama 4 tahun, ditambah lagi dengan bini baru tu.. lagi asyik ooo...
BalasPadamKepada sdr White,
Memang PakLah ada buat sesuatu kepada negara, iaitu yang paling ketara dan utama sekali dan menjatuhkan maruah orang malaysia - pembatalan projek jambatan bengkok tanpa alasan yang kukuh kerana aku pun anak Johor!
PakLah, boleh belah!
Sepanjang 4 thn Pak Lah jadi PM,jasa dia yg paling besar ialah menaikkan harga petrol sebnyk rm0.78.
BalasPadamPak Lah = Bapa Kenaikan
Harga petrol NAIK
Inflasi NAIK
Harga brg NAIK
Menantu NAIK
Rakyat NAIK meluat
sapa kata pak lah lembik? biarpun dihentam kiri kanan depan belak***, dia masih tegak... boleh tersenyum sambil mengangkat kening. CAyalah pak lah!
BalasPadamSin, the topic should be:
BalasPadamPM MAHU SUSAHKAN LIMA PERKARA SEBELUM BERUNDUR.
Susahkan rakyat dengan beban inflasi.
Susahkan melayu yang semakin teruk dicabar DAP, berproksikan BABI.
Susahkan UMNO untuk memulihkan keadaan dan mngembalikan keyakinan, sebab makin lama Dollah pegang, makin hina UMNO dipandang.
Susahkan pengganti beliau sebab kapal ditinggalkan berada dalam keadaan hampir tenggelam, or dah memang tenggelam, la ni Dollah dok atas sampan.
Susahkan umat Islam yang konpius dengan ajaran Hadhari yang ditinggal. Memang susah nak paham, jadi imam boleh, cakap bohong pun boleh, raba bahu dan bontot pun boleh.
Politik ini sukar diramal..kerana strategi yang digunakan oleh pihak masing-masing adalah berbeza. BN juga perlu sedar setiap langkah yang diambil akan memberikan kesan kepada mereka,sama ada menang ataupun tidak pada pilihan raya di Permatang Pauh nanti, takut gara-gara ini semua taktik camouflage pihak pembangkang supaya kerajaan tumpu terus pada Permatang Pauh dan tidak pada tempat lain.
BalasPadamBanyak lagi faktor yang perlu diambil kira seperti penyelidikan mekanisme harga minyak petrol dan pemberian subsidi, ekonomi negara, keharmonian parlimen, kestabilan politik, dan juga pengaruh mereka di dalam kerajaan untuk mentadbir negara. Ini penting kerana mereka diundi dan mereka dilantik oleh rakyat untuk jalankan tugas, dan bukannya mudah untuk menguruskan sesebuah negara dengan baik dan teratur.
orang kita ni susah betul la.buat salah,tak buat pon salah.
BalasPadamPak Lah gariskan 5 task sebelum beliau berundur selepas dikemukakan soalan oleh Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong).
memang la dalam waktu yang terdesak 5 tugas itu tidak dapat disempurnakan dengan jayanya.sebab?sebab pembangunan adalah satu proses yang berterusan.5 tugas ini akan diteruskan pula oleh pengganti dia nanti.
sama la jugak macam Tun Dr.Mahathir.dia memulakan wawasan 2020 kemudian diteruskan pula oleh Pak Lah.
orang yang persoalkan kelemahan dan kredibiliti Pak Lah memang la tak nampak pembangunan dan pembaharuan yang baik yang dilakukan oleh Pak Lah setakat ini.yang nampak cuma tang harga minyak naik je.
pk, orang bincang pasal Pak Lah, bukan pasal politik di Permatang Pauh.
BalasPadamHarga minyak naik turun itu masalah global. Tiada kaitan dengan Pak Lah ek. Tolong kaji sikit. Kalau asyik bagi subsidi je kt minyak, camne nak maju negara Malaysia?
Sekarang ini sudah dibuat mekanisme untuk harga minyak. Sebab asyik banyak komplain pasal harga minyak, kerajaan buat begini untuk korang semua tahu keperitan yang mereka hadapi untuk kawal harga minyak.
Pak Lah buakn cekap dalam bidang ekonomi, tetapi lebih kepada pembangunan sahsiah. Itu yang rasuah dan kebanterasan wang politik jadi pilihan beliau. Ini kira sebahagian sumbangan beliua lah. Kalau nak harapkan TDM, hampeh.
Ekonomi kian turun meleset sebab desas desus dan kekecohan yang dibuat oleh ANWAR sendiri. Pak Lah sudah keluarkan beliau dari penjara dengan baik, beliau pulak tikam balik Pak Lah. Ini ke pemimpin reformasi yang kita semua inginkan? Kalau senang-senang saja beliau tikam balik Pak Lah, inikan kita rakyat jelata.
Kalau bekas rakan ANWAR sendiri Ezam dengan Nallkarupan berkata ANWAR penipu dan pandai berlakon, kita yang tidak kenal rapat dengan beliau pun boleh percaya dengan ANWAR? Apa kejadahnya ni?
Pimpinan Pak Lah mungkin tidak sehebat TDM yang telah berlangsung selama 22 tahun, Pak Lah belum sampai 10 tahun pun. Jangan kemampuan berdasarkan faktor sumbangan sedangkan jangkamasa mereka adalah berbeza.
Saya setuju dengan Dave, Tun 22 tahun, Dolah 10 tahun...manakan sama..
BalasPadamCuma, Kelebihan Dolah ialah, dia lebih cepat melingkupkan seagala pembangunan mahathir dan lebih cekap menjual maruah negara, tahniah
paklah memang berfikir tanpa menggunakan otak. bila dah menjadi PM, tidak tahu apa yang perlu dibuat untuk negara. fikiran macam pemimpin mahasiswa, cakap berapi, sebenarnya menunjukkan diri tidak matang.
BalasPadamto kluang man:
Berikut disenaraikan perbandingan antara Mahathir dan Abdullah, seperi yang ditulis oleh Keris Merah dilaman Mykmu.net.
1. Semasa Jadi TPM
Mahathir
Sudah merancang apa yang akan dilakukannya apabila menjadi Perdana Menteri nanti. Ideanya banyak tetapi tidak dilakukannya semasa menjadi TPM, sebagai menghormati bosnya.
Abdullah
Disebabkan terlalu berhati-hati setelah melihat kegagalan Musa, Ghafar dan Anwar ketika mereka menjadi TPM, Pak Lah menjadi begitu low profile sehingga tidak ada apa-apa idea langsung dan menimbulkan keraguan ramai mengenai keupayaannya mengambilalih pucuk pimpinan nanti.
2. Sejurus Selepas Jadi PM
Mahathir
Terus melaksanakan idea-ideanya yang tersimpan lama itu, seperti menyeragamkan waktu bagi seluruh Malaysia, memperkenalkan kad perakam waktu, Malaysia Incorporated, Dasar Pandang Ke Timur, Kepimpinan Melalui Teladan dan sebagainya.
Abdullah
Disebabkan ketiadaan idea semasa menjadi TPM lagi maka Pak Lah tidak dapat melaksanakan apa-apa lagi, yang ada hanya slogan-slogan retorik seperti Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang mencetuskan tafsiran-tafsiran rambang dan umum.
3. Pembangunan Islam
Mahathir
Di awal penerajuannya, Mahathir memperkenalkan 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' yang disambut baik tanpa bangkangan dan kontroversi. Dia tidak cuba menampilkan dirinya sebagai seorang Islam waraq atau berpura-pura dengan menjadi Imam atau membaca doa. Baginya dia adalah seorang fundalmentalist. Namun Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa adalah merupakan cetusan ideanya yang kemudiannya diakui Anwar sebagai idea-ideanya sendiri.
Abdullah
Pak Lah tiba-tiba berani memperkenalkan IIslam Hadhari' yang amat kontroversi dan itupun datang dari penasihat agamanya. Tidak cukup dengan itu, Pak Lah sering menjadi imam sembahyang berjemaah yang gambarnya dipamerkan di muka depan akhbar-akhbar utama. Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat. (Jangan lupa Anwar juga sering menjadi imam sembahyang apabila baru-baru berpindah kementerian dan menjadi TPM!).
Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat.
4. Menghadapi Aduan
Mahathir
Mahathir biasannya mendengar aduan dari orang-orang politik atau perniagaan yang menemuinya dengan tenang dan tanpa sebarang emosi atau komen. Biasanya juga dia akan minta bukti yang lebih lengkap. Tidak berapa lama lepas itu, pengadu dapat tahu isu atau aduan berkenaan telah diberi perhatian dan tindakan diambil oleh pihak berkenaan.
Abdullah
Pak Lah akan mendengar aduan seseorang dengan penuh teruja dan merangsang si pengadu. Beliau sering memberi komen, "Macam mana boleh jadi macam ni? Mengapa tak bagi tau Pak Lah lebih awal? Ini kita tak boleh biar" dan sebagainya. Si pengadu seronok dan merasai masalah berkenaan telah separuh selesai. Namun bila ia pulang isu tersebut jadi terperap dan tidak ada sebarang tindakan yang diambil Pak Lah. Dia hanya melaku satu political public relations. Itu sahaja.
5. Menghadapi Cadangan Perniagaan
Mahathir
Meneliti cadangan atau proposal perniagaan. Dia akan menggariskan segala fakta-fakta penting dan menandakan mukasurat?mukasurat yang berkaitan. Dalam masa paling lewatnya seminggu kertas cadangan tersebut akan turun ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) di JPM. Sekiranya EPU mengatakan 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya' , Mahathir mengarahkan EPU untuk 'cari wang'. Dengan itu pegawai-pegawai di EPU akan bergegas membuat perkiraan dan congak bagi mempastikan wang diperolehi dari pelbagai saluran kewangan kerajaan. Mahathir mahu cadangan itu dilaksanakan bagi menjana kegiatan ekonomi seperti yang lazim dilakukannya.
Abdullah
Ramai yang tidak tahu apa Pak Lah buat dengan cadangan-cadangan yang dihantar kepadanya. Kalaupun diturunkannya kepada EPU dan EPU jawab 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya' . Pak Lah akan jawab balik, 'Tak ada wang tak payah buat'. Maka cadangan berkenaan akan mati terus di situ. Pegawai EPU tidak perlu lagi pening kepala untuk usaha mencari wang kerana PM mereka juga tidak mahu pening-pening kepala. Keputusan untuk tidak payah buat ini akan bertuah jika dibuat dalam masa sebulan atau dua bulan. Tetapi apa yang berlaku ialah ia mengambil masa berbulan-bulan malah dalam banyak keadaan kertas cadangan itu entah hilang kemana, bak kata pepatah Inggeris, Gone with the wind.
6. Pengurusan Waktu
Mahathir
Mahathir dikenali sebagai seorang yang dispilin dengan waktu. Beliau selalu tiba di pejabatnya selewat-lewatnya 7.45 pagi setiap hari. Dia tak pernah lewat menghadiri mesyuarat yang dipengerusinya. Kalau dia terlewat 10 minit pun dia akan memohon maaf. Tetamu-tetamu yang buat temujanji dengannya tidak perlu menunggu berjam-jam. Kalau janji lima belas minit, lima belas minitlah masa yang dibenarkan bertemu dengannya. Maka tetamu-tetamu kemudian tidak perlu duduk berlegar-legar di bilik tetamu atau berlepak di bilik setiausaha-setiausa hanya sementara menunggu giliran.
Abdullah
Pak Lah pula terkenal sebagai seorang yang amat tidak tahu mengurus waktunya dan amat berlawanan dengan Tun dalam hal ini. Lewat sejam atau dua jam dalam mempengerusi mesyuarat kabinet dan post kabinet bukan lagi perkara luar biasa, malah menjadi bahan rungutan dan ketawa ahli kabinet dan pegawai-pegawai kerajaan. Bukan juga luar biasa bagi orang-orang yang membuat temu janji dengannya menunggu sampai 5 hingga 6 jam di pejabatnya!
Masalah ini memberi kesan besar kepada pegawai-pegawai kanan yang mahu berjumpa Pak Lah untuk mendapat keputusannya. Disebabkan kadangkala mereka tidak dapat bertemu dengannya maka mereka terpaksa berbaris menunggunya di mesyuarat post kabinet untuk mendapat keputusan dan tandatangan beliau. Fikirlah apa jenis keputusan yang beliau buat apabila beliau tidak sempat membaca dan meneliti kertas-kertas yang duhulurkan kepadanya secara tergesa-gesa itu.
7. Memenuhi Jemputan Majlis
Mahathir
Apabila menerima sebarang jemputan rasmi atau peribadi, Mahathir akan segera jawab boleh atau tidak boleh hadir. Kalau dia kata boleh, maka dia tetap akan hadir sebagai menunaikan janjinya. Kalau tak boleh, maka awal-awal lagi dimaklumkan pejabatnya bagi menyenangkan penganjur mencari ganti.
Abdullah
Pak Lah sebaliknya, apabila menerima jemputan akan lambat memberi jawapan sehingga menyusahkan pihak penganjur dari segi mencetak buku program, menyusun peraturan protokol dan sebagainya. Dan apabila memaklumkan tidak boleh hadir di saat-saat akhir, penganjur majlis macam nak gila kena cari penggantinya.
Dalam pada itu bukan sekali dua Pak Lah janji untuk hadir, tiba-tiba di saat-saat akhir tidak boleh dan meminta wakil dari kalangan menteri-menterinya hadir. Bayangkan persiapan yang telah dirancang berbulan-bulan bagi meraikan seorang Perdana Menteri. Harapan penganjur berkecai kerana hampa dengan seorang 'alim?'yang memandang ringan dengan janji-janjinya.
8. Membuat Keputusan
Mahathir
Mahathir seperti yang diketahui ramai tegas dalam keputusannya. Sebagai seorang manusia keputusannya mungkin silap, tetapi dia terus juga buat, kerana baginya lebih baik buat keputusan yang silap dari silap kerana tak buat apa-apa keputusan. Namun sebagai seorang doktor, sebelum sebarang keputusan dibuat, beliau akan pastikan segala maklumat atau bukti telah diperolehinya agar keputusan tersebut menjadi sebaik mungkin
Abdullah
Pak Lah nampaknya tidak begitu berani buat keputusan kerana takut silap dan takut tidak popular. Apa-apa keputusan yang mahu dibuatnya dia lebih cenderung untuk mengambil hati pihak-pihak tertentu. Takut buat keputusan dan mengubah-ubah keputusan merupakan satu kelaziman Pak Lah yang diketahui seluruh negara. Contoh klasik ialah keputusan membatalkan projek Jambatan Bengkok. Mula-mula setuju. Malah selepas beberapa jam mengatakan kepada Syarikat Gerbang Perdana, projek ini Pak Lah gerenti akan laksanakan, tiba-tiba diumumkan batal!
9. Menghadapi Wawancara Media
Mahathir
Apabila Mahathir, semasa menjadi PM, diwawancara beliau merupakan favourite penonton. Isi wawancaranya bernas dan penuh maklumat. Seperti kata Inggeris he says what he means and he means what he says. Noktah.
Abdullah
Pak Lah pula bila diwawancara sering menampakkan beliau tidak cukup maklumat dan terpaksa berdolak dalik. Dalam kes ECM Libra mengambilalih Avenue Capital Resource, beliau pernah menjawab ?Saya tidak tahu, saya tak terlibat?. Dalam kes Scomi pula yang melibatkan anaknya, beliau dengan mudah mengatakan Scomi tidak mendapat sebarang projek di dalam negara. Sedangkan ramai yang tahu jenis-jenis projek dalam negara yang diperolehi Scomi. Wawancara terakhir beliau dengan Dato? Annuar Zaini boleh dikatakan menimbul lebih banyak persoalan dari jawapan.
10. Campurtangan ahli keluarga dalam pentadbiran dan politik
Mahathir
Walaupun pernah dikatakan Toh Puan Dr Siti Hasmah mempengaruhi keputusan-keputusan Mahathir, hal ini tidak ketara dan kalau ada pun dalam urusan-urusan kecil sahaja. Manakala anak menantunya boleh dikatakan tidak langsung ambil tahu mengenai hal-hal pentadbiran negara. Pernah diceritakan apabila anak-anak beliau mahu dicalonkan bertanding mana-mana jawatan parti, tidak kira rendah atau tinggi, Mahathir akan menghalangkannya. Dia tidak mahu mereka terlibat semasa dia memegang jawatan Presiden parti.
Abdullah
Campurtangan ahli keluarga Pak Lah amat jelas. Anak menantunya turut serta dalam urusan Pak Lah membuat keputusan. Walaupun letih Pak Lah menafikannya tidak sesiapa yang percaya kerana apa yang dikatakannya lain dari apa yang dialami mereka yang berkenaan. Penyingkiran Tan Sri Isa Samad dari jawatan parti dan kerajaan, jelas dikatakan hasil manipulasi Khairy.
Penutup
Kesemua di atas adalah sebahagian kecil perbandingan yang diketahui penulis mengenai Mahathir dan Pak Lah dari segi pentadbiran dan kepimpinan mereka berdua. Manakala markah diberi mengikut penilaian bebas oleh sekumpulan pemerhati.
Mahathir menunggu lebih dua tahun selepas persaraannya untuk meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya kerana beliau merasai dirinya telah dikhianati, amanatnya tidak diambil hirau oleh penggantinya.
Beliau menunggu dua tahun kerana beliau mahu mengutip sebanyak mungkin bukti. Mahathir tidak akan bercakap kosong. Dari dahulu lagi beliau arah orang cari bukti yang lengkap atas aduan yang mereka buat. Takkanlah beliau sendiri mengkritik kosong tanpa sebarang bukti sekarang ini.
Perbandingan ini bukan bertujuan mahu mencadang diletakkan semula Mahathir ke tempat yang telah diserahkan kepada penggantinya itu. Hanya pandai-pandailah kita menilai kepimpinan yang ada sekarang ini dan tanyalah diri mampukah kepimpinan ini membawa negara ini ke arah kecemerlangan?
Hari itu terkejut gila saya bila terdengar jiran yang marahkan anaknya yang malas belajar. Jiran saya dengan suara yang kuat menjerit pada anaknya - Bodoh nak mampus bila suruh belajar tak mahu nanti bila besar jadilah macam Paklah. Kecik-kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan orang pulak.
BalasPadamDalam hati saya - hai ke situ pulak orang tua itu marah budak sekarang. Adakah Perdana Menteri dijadikan contoh marahkan budak.
Dunia, dunia - sejak Paklah jadi PM macam-macam yang pelik-pelik kita dengar dan lihat. Menjatuhkan kemaluan bangsa sahaja.
Pak Lah dan Mahathir adalah dua orang yang berbeza.jadi cara kerja pun berlainan lah.
BalasPadamtapi kita jangan lupa yang Tun menjadi PM selama berpuluh tahun.Pak Lah pula baru sahaja beberapa tahun jadi PM.boleh dikatakan kita masih didalam keadaan menyesuaikan diri dengan cara Pak Lah.
orang yang tak suka Pak Lah memang sengaja dan suka cari salah dia.bila dia buat kerja,menafikan kerja dia.bila dia tak buat kerja,lagi teruklah dia.sukar nak jadi PM sebab nak jadi ketua kampung pun susah juga.satu keputusan tak boleh nak puaskan hat i semua orang.
Itulah orang sekarang ini. benda yang jelas nampak di depan mata, benda yang tak jelas malas nak pikir. Korang semua ingatlah sikit kalau Pak Lah tidak buat reformasi macam ni korang semua tahu ke ada rasuah-rasuah yang terdedah kat media dan rakyat ke? Reformasi badan perundangan? Ingat ANWAR tu boleh FREE-FREE saja bagi ceramah sana sini? Kalau zaman TDM jangankan batang hidung ANWAR pun tak kelihatan.
BalasPadamAku rasa kalau Pak Lah bagi turun haraga minyak lepas senyaplah balik semua rakyat. Sebab harga minyak naik melambung saja korang semua bising. Ini jugak jadi isu pilihan ANWAR untuk jatuhkan kerajaan sekarang.
Pernah terfikir tak kalau PR yang tubuhkan kerajaan jadi macam mana? Jika PR berjaya tubuh kerajaan persekutuan pada 16 September 2008, iaitu selepas 45 tahun penubuhan Malaysia, kerajaan Malaysia dibawah PR akan menjadi kerajaan terlemah dalam sejarah! Sekarang, BN mempunyai 140 kerusi berbanding 82 di pihak PR.Jika 30 MP BN lompat katak ke PR, kedudukan kerusi akan berubah menjadi BN 110 kerusi manakala PR 112. Ini bermakna kelebihan 2 kerusi sahaja termasuk 1 yg diwakili Bebas!
Dengan perbezaan 2 kerusi,apa keputusan yang kerajaan baru tu boleh buat? Bolehkah mereka meminda undang-undang? Jika kerajaan sekarang dikatakan lemah dengan kelebihan 58 kerusi, apa pulak gelaran yang sesuai untuk kerajaan PR pada 16 September 2008 nanti? (petikan daripada jeanbara; http://depa-kata.blogspot.com/)
Bukalah mata buka minda, yang benar kita ambil, yang salah kita perbetulkan. Sekian.
kalau dah tak suka tu memang semua akan di kritik habis-habisan.. semua nya jadi negatif.
BalasPadamsemua nya salah.
Macam mana diri sendiri dan bangsa nak maju...asyik semua nya salah.
Encik dave, apa awak cuba cakap? Benda yang jelas memanglah nampak depan mata, kalau benda yang tidak jelas itu buat apa nak susah-susah nak peningkan kepala berfikir?
BalasPadamMungkin awak cuba maksudkan bahawa kami ini tidak dapat lihat sumbangan Pak Lah sedangkan keburukan beliau jelas nyata?
Itu mungkin pendapat daripada segolongan mereka. Tapi ada juga yang berpendapat Pak Lah tidaklah seteruk yang disangkakan. Pak Lah telah menyebabkan reformasi berlaku di dalam bahagian perundangan dan juga revolusi dalam BPR.
Sektor pertanian juga mula berkembang dengan pesat. Ini jelas nyata dengan pembukaan berpuluh ribu hekta di sarawak dan di brazil oleh syarikat-syarikat malaysia.
Perubahan di dalam media massa, dimana keterbukaan di dalam isu-isu yang berkaitan.
Pelbagai lagi aspek yang boleh diperbincangkan. Semua itu terpulang kepada keterbukaan minda rakyat untuk menilai dan berfikir tentangnya.
hassan karim,
BalasPadamencik dave tu ada point tapi mungkin semangat tengah membara tu.haha.takpe2.janji sekurang-kurangnya kita boleh faham apa yang dia cuba sampaikan.
memang betol kata hassan karim yang sebenarnya ada yang berpendapat Pak Lah ni tidaklah seteruk mana.cuma yang nampak teruk sebab dicanang-canangkan keburukan pasal dia padahal takde apapon.
tapi itu lah.ada yang pandai mengapi-apikan rakyat untuk membenci Pak Lah secara membuta tuli sampai tak nampak perubahan yang telah dilakukan beliau.
Setiap pemimpin ada kelebihan dan ada keburukannya. Tetapi untuk PakLah, yang jelas nampak adalah keburukannya.
BalasPadamMemang lumrah manusia lebih suka menilai sesuatu keburukan daripada kebaikan. Dalam kes PakLah, takde yang balance. Semuanya berat kepada keburukan.
Pemimpin apa kalau cakap tak serupa bikin? Buat rakyat sakit hati. Dulu cakap lain, la ni cakap lain. Dulu kata takde projek reka dan bina, kecuali khas untuk projek mega. Tapi, projek RM1 juta pun jadi rundingan terus? Apa ke jadah?
Pembatalan projek jambatan bengkok amat mengecewakan dan merugikan Malaysia secara khasnya. Semata-mata kerana pasir Malaysia digadaikan maruah? Malaysia tidak perlukan orang sebegini.
Penjualan minyak ke atas warga negara asing. Baru je nak kuatkuasa, naik je harga minyak, terus tarik balik. Kejap ada kejap takde. Flip flop! Walaupun 30sen, tetapi diorang tetap share subsidi yang patutnya kita dapat.
Kelemahan yang jelas adalah menantu si KJ menjadi naik ketua pemuda. Ikutkan Tun Dr M, mana ada anaknya melibatkan diri dalam politik masa dia berkuasa? Tapi PakLah mana kisah.
Sekarang, mana ada orang respect apa yg dia cakap? Cakap entah apa.. takde talent sebagai pemimpin.. bla bla bla...
pakpu,
BalasPadamsebab itu lah aku kata satu keputusan belum tentu dapat memuaskan hati semua pihak.
masa TDM dalam beberapa tahun banyak yang dibuatnya contohnya proton saga. Pak lah apa yg nampak? bini baru, kapal terbang baru, rumah baru, etc... ini pemimpin berjiwa rakyat ke? Tulah amalkan kerja buat last minit... lebih baik le jual unta... heheh
BalasPadamAda satu yang Pak Lahh...buat yg kita semua lupa dalam 4 tahun ini ...iaitu mengkayakan anak-anaknya dan kaum kerabatnya ....rakyat juga yg terlopong...contoh paling nyata diTerengganu....kalau ya pun nak rembat , sang kroni kena ingat jugalah rakyat. Kan mereka yg undi kamu ,rakyat jangan lah dilupakan ...Trg ni harap rakyat dah serik dgn PAS dulu kalau tidak tak tahulah mungkin akan kalah juga.Berlainan dgn zaman Datok Wan Mokhtar dulu amat prihatin dalam menjaga kebajikan rakyat.Cuma zaman tu kerajaan kurg kewangan utk memajukan Trg masa tu, ttp sebenarnya semua pembangunan yg ada sekarg sebenarnya kebanyakannya telah dirancg zaman Datok Wan Mokhtar dulu,ttp tiba-tiba kalah pd thn 1999.PAS menang gelap 4thn...lgsung tak bangun Trg walaupun Pas mewar-warkan membangun bersama Islam.Pd zaman BN meng pulak harga minyak naik maka pembangunan yg dirancg semasa Wan Mokhtar dpt diteruskan .Wbp. pemerintahan Wan MOKHTAR KEKAL LAMA KRN BELIAU SANGAT prihatin dgn nasib rakyat dan sangat lemah lembut dan berhemah orgnya,wlp beliau seorg ulama.....
BalasPadamAda satu yang Pak Lahh...buat yg kita semua lupa dalam 4 tahun ini ...iaitu mengkayakan anak-anaknya dan kaum kerabatnya ....rakyat juga yg terlopong...contoh paling nyata diTerengganu....kalau ya pun nak rembat , sang kroni kena ingat jugalah rakyat. Kan mereka yg undi kamu ,rakyat jangan lah dilupakan ...Trg ni harap rakyat dah serik dgn PAS dulu kalau tidak tak tahulah mungkin akan kalah juga.Berlainan dgn zaman Datok Wan Mokhtar dulu amat prihatin dalam menjaga kebajikan rakyat.Cuma zaman tu kerajaan kurg kewangan utk memajukan Trg masa tu, ttp sebenarnya semua pembangunan yg ada sekarg sebenarnya kebanyakannya telah dirancg zaman Datok Wan Mokhtar dulu,ttp tiba-tiba kalah pd thn 1999.PAS menang gelap 4thn...lgsung tak bangun Trg walaupun Pas mewar-warkan membangun bersama Islam.Pd zaman BN meng pulak harga minyak naik maka pembangunan yg dirancg semasa Wan Mokhtar dpt diteruskan .Wbp. pemerintahan Wan MOKHTAR KEKAL LAMA KRN BELIAU SANGAT prihatin dgn nasib rakyat dan sangat lemah lembut dan berhemah orgnya,wlp beliau seorg ulama.....
BalasPadamDave
BalasPadamSetakat kebebasan saja.
Negara maju ke? Makmur ke? hidup senang ke?
Itu saja yang boleh dibanggakan oleh Pak Lah.
Kebebasan ini yang menghancurkan negara dan menjadi huru hara.
Kalau dia digelar Bapa Kebebasan, kita tukarkan jadi Bapa Huru Hara.
Pak Lah dilekakan oleh Brendan Pereira untuk percaya kebebasan adalah sumbangannya apabila dia pencen nanti.
BalasPadamItu yang Islam, Melayu dan Perlembagaan dipersoalkan tak henti2 di zamannya. Ini hanya menujukkan dia lemah sebagai pemimpin. Kata2nya tidak dihormati. Pemikirannya tidak disegani.
Pak Lah harus dingat sebagai Perdana menteri yang paling kuat berbohong dan paling tidak tahu kerja, peraturan dan tatacara kerja dan tanggungjawabbya!
Pertama kali dalam pentadbiran PM2 Msia boleh ada seorang yg terang2 menjual negara dan bangsanya!
He is incompetent, irresponsible and dangerous!!!!
Tuan Husin,
BalasPadamDah nak melingkup UMNO pun masih tak berenti. Bodoh melampau betuk Dollah ni. Nak selesaikan masalah konon. Tambah masalah lagi ada.
Sekarang ni dia dah suruh gantung sementara mesyuarat cawangan pasal nak tumpu Permatang Pauh. Nampak sangat sekarang ni UMNO tak kuat. Satu negara dia suruh tangguh mesyuarat. Bangang ke tak bangang Dollah ni.
Berentilah Dollah Badawi ..jahanam negara dan jahanam orang melayu.
Tuan Husin mungkin tak boleh jual Dollah ni. Jual unta lagi senang bro
anonymous 9.02pm,
BalasPadamdari kebebasanlah kita boleh dapat kemakmuran.macam masa pendudukan Jepun dulu.bila dah bebas dari cengkaman mereka barulah rakyat pada masa tu boleh "bernafas" semula.
ramai yang hendak Pak Lah letak jawatan.tapi aku rasa dia takkan letak jawatan sehingga 2010 nanti.kalau dia letak jawatan sekalipun,belum tentu masalah tidak akan berulang dan berakhir.
Kita tidak menafikan jasa jasa Dolah, antaranya 'dia tidak buat apa apapun, sekadar ucapan demi ucapan yang disangkanya ucapan itu akan jadi dengan sendirinya tanpa perancangan dan usaha yang bersungguh'.
BalasPadamOtak Dolah semasa menjadi PM sebenarnya 'kosong' dan hanya di isi oleh anak menantunya dan beberapa kerat kawan kawannya. Niat dan cita citanya murni, angan2nya tinggi seperti PM2 yang terdahulu tetapi keupayaannya terhad, nafsu ada tapi tak power. Kurang jantan bila berdepan dengan desakan melampau, lembek bila digertak.
'Saya pantang dicabar' adalah antara slogan hebat seperti slogan slogan yang lain, gemilang, terbilang, cemerlang..
Dan akhir akhir inilah, slogan trbaharu...siapa tau ???
lawak la kadang-kadang bila tengok orang kutuk Pak Lah.apa yang dorang dapat ek?.aku tau dapat apa.dapat puaskan hati je la.nak jadi ahli politik tak mampu jadi merapu dalam blog-blog je la.lagipon merapu dalam blog lagi banyak untung.Rm2 boleh dapat online satu jam kat cybercafe dan boleh bantai Pak Lah macam-macam dan berkongsi "kemarahan" dan "kekecewaan" dengan rakan bloggers yang lain.
BalasPadampadahal bukan ambil peduli pun apa dorang kutuk pun.kutuk untuk puaskan hati.sadis la.hahaha.
Kluangmann...
BalasPadamaku setuju dgn mu. Aku tambah ayat mu bg sedap skit...
BAPA MELINGKUP dan MENJAHANAM.
tak sedo diri dah le muke hudoh sampai ke dalam2 hati hudoh!!!
Semoga ALLAH memberi hidayah kepada insan-insan dan rakyat rakyat teraniaya ni..AMINN
O pak lah pujaan hati ku. Duduk opis 4 tahun, kemas barang isi dalam kotak 2 tahun. Lama tu...
BalasPadamlawaklah!, sekarang ni baru diorang tau penangan blog atau media alternatif. kat mana nak diharapkan lagi? media semua dikawal oleh gomen sekarang ni..
BalasPadamdiorang tetap baca, mana kau tau diorang tak baca? kalau tak, takkan ada blogger yang kena cekup?
Suruh Paklah balik buat anak aje sudahlah dari terus menjahanamkan negara.
BalasPadamTo Sandwich;
BalasPadamAnda adalah penyokong pak masaLAH yang paling setia. Cuba pikir dengan kepala tumit engkau (tahap yg paling minimum), baru empat tahun memrintah Malaysia dah macam nak bangkrap, ko nak dia memerintah macam TDM, 22 tahun ? Entah negara mana yg untung dapat beli Malaysia...
anonymous pukul 9.52am,
BalasPadamok lah.kau kata aku "peminat setia" Pak Lah.kau pula "peminat setia" siapa?.
bankrap ke Malaysia sekarang ni?.aku rasa boleh tahan lagi.matawang kita masih kukuh.rakyat Malaysia masih boleh lagi mencari nafkah.kau ingat aku suka sangat ke harga minyak naik.tapi buat apa nak membebel.baik aku perbaiki diri aku dan cuba untuk menaikkan taraf kehidupan aku.aku dah set minda aku yang hidup ini bukan senang.kita kena berusaha dan tolong mereka yang kurang berkemampuan sedaya mungkin.
Sandwich
BalasPadamKalau kau nak perbaiki diri sendiri, baguslah tu.
Yang kau marah orang nak buat fardhu kifayah untuk beritiqamah mengkritik, menentang, melawan, membenteras dan menegur kepentingan ramai apa pasal?
Apalah cybertrooper pendebat argument murah? Tak intelektual langsung!
Bukan Anon 9:53 am
kepada anonymous 3.17pm,
BalasPadamhuh?cybertrooper?apa kebenda tu?.cybertrooper tu macam ko ek?.sowi.aku x tau sgt.aku bagi komen pon sbb amek and curi masa sikit jenguk2 blog.
bila masa pulak aku marah orang lain?.aku pon sama macam kau.setakat meluahkan pandangan.itu je.aku takde attack sapa-sapa secara spesifik pon.yang terasa tu mintak maaf lah.
jangan marahkan aku kerana aku "tak intellectual" tapi ko patut marah pada mereka yang suruh aku befikir guna "kepala tumit".aku kalau bagi komen pon takde la sampai guna macam tu.aku pon manusia mcm dia jugak.ada otak yang terletak dikepala.salah ke aku bg pendapat aku?
setiap pemimpin ada kebaikan ada keburukan. tapi sepanjang pemerintahannya asyik nampak keburukan, apa cerita ni. Kebaikan untuk negara tidak nampak dengan jelas, keburukan untuk negara lebih jelas. kebaikan Paklah hanya bertaraf pegawai yang menurut arahan bos.
BalasPadamkalau korang terlibat dalam bidang construction, korang akan tahu betapa peritnya keadaan sekarang.
BalasPadamduluiada peruntukan untuk sesuatu projek, tapi duit dah kena cekup. dari RM80mil, tinggal RM30mil.. pastu tinggal RM2mil.. apa nak buat dgn RM2mil? buat jamban bole la kot?
construction index akan menunjukkan prestasi dan keadaan ekonomi negara kerana impaknya besar..
TDrM dulu utamakan construction dlm keadaan kegawatan ekonomi masa tahun 1997-1998.. projek masih berjalan.. tapi lain cerita skarang ni.. duit projek tu hilang entah ke mana?
boleh beLAH
Saya terpanggil untuk berbincang tentang "flip flop" yang sering diperkatakan tentang Kerajaan pimpinan Pak Lah ini. Dahulunya saya fikir PM kita ini tidak kompeten berikutan keputusannya yang flip flop.
BalasPadamSekarang ini saya terfikir yang beliau sebenarnya seorang yang bijak, berlindung disebalik kebodohan yang diprojekkan kepada ramai orang, sebagaimana sebelum ini orang fikir bahawa beliau seorang "Mr Clean".
Kenapa? Saya rasa seolah-olah bila keputusan pertama dibuat (flip), ada golongan yang diugut. Apabila mereka mengalah (seperti membayar yang perlu), maka berlakulah keputusan kedua (flop). Sebagai contoh, kes majlis kerajaan yang tidak boleh diadakan di hotel-hotel. Mungkin setelah towkay2 hotel membayar yang sepatutnya (atau berjanji sesuatu), keputusan diubah dengan membenarkan majlis kerajaan diadakan di hotel-hotel semula.
Umum melihat keputusan yang flip flop, tetapi kini saya tertanya apakah sebenarnya ia adalah "Ugut & Rasuah".