Sejak jadi Menteri Ugama dalam Jabatan Perdana Menteri, Husin baru sedar gelaran pada namanya begitu banyak ... Dato Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi.
Mak ai!
Kalau ada Majlis yang menjemput dia, jenuh siapa yang nak menyampaikan kata-kata aluan. Cramp lidah dok memanggil nama dia panjang-panjang.
Ah!
Panggil Zahid saja cukuplah.
Husin boleh bayangkan Zahid akan tegur lebih kurang macam ini, "Tolonglah! Kalau kau malas nak panggil Dr. atau Haji, kenalah panggil Dato'. Ini penghormatan Raja pada aku."
Hai!
Ini yang kadang-kadang menyampah dengan member-member yang baru dapat Dato'. Secara terbuka depan orang ramai, tahulah Husin adab formal. Tak akan, sebagai sahabat dengan secara peribadi dan di luar padangan orang ramai, masih nak Husin agong-agongkan kamu?
Pege da!
Kalau bersahabat, kena anggap tiada perbezaan antara kita.
Bukan tak mahu hormat dengan kejayaan Zahid dan kawan-kawan semacam ni.
Cuma nak beritahu, penghormatan itu diperolehi dan bukan dituntut. Kalau memaksa kawan suruh hormat pada diri sendiri, tidak ke janggal?
Alah!
Berpuloh ribu orang ada gelaran Dato'. Sebelum Husin terus mengeluarkan pendapat, mohon ampun terlebih dahulu kepada Agong dan Raja-Raja Melayu.
Kalau baling batu kecik ke orang ramai, pasti kena kepala seorang bergelar Dato. Ramai sangat!
Mana lagi yang beli pangkat? Ada pula terlalu muda dah dapat. Apo jasonyo nak dapek Dato'?
Bertambah lagi, mereka-mereka ni yang bergelaran pun bukan tahu bawak diri sekarang ini. Tengok cara Raja-Raja England, Lord dan Sir serta keluarga mereka membawa diri dengan penuh decorum yang tertib dan berbudi sopan.
Bandingkan Dato' yang ada di Malaysia, ada yang masih makan di warong? Ada masih berhibur di Kalabul Malami dengan ayam dan budak muda layak jadi anak masing-masing.
Ada yang main motor dan belasah kawan sampai masuk mahkamah? Ada yang anak tak tahu jaga diri hingga melewati lunas-lunas masyarakat dan memberi gambaran terhadap keluarga sendiri? Ada yang pernah menuduh mengenai KKN tetapi diri sendiri buat Criminal Breach of Trust kerana meletak saham Yayasan bawah nama sendiri.
Ada yang cakap begitu celupar seperti di bawah ini:
Tidak wajar hanya dikenakan (akta ISA) ke atas tiga orang sahaja kerana yang timbulkan perkara sensitif ini ramai lagi termasuk pengendali blog. Polis telah beri amaran sebelum ini, tetapi tidak diendahkan dan apabila tindakan diambil, maka mereka mengatakan kononnya bahawa polis dan kerajaan zalim. Mereka yang menzalimi diri sendiri kerana tidak mengendahkan amaran.
Adakah patut seorang Menteri Hal Ehwal Agama memberi kenyataan sedemikian?
Nampak seolah-olah pemimpin Islam itu tidak ada pri kemanusiaan. Bukan pelior (portfolio) kamu, jangan memandai komen. Dengar Zaid Ibrahim, Shabeery Chik, MCA dan pelbagai orang begitu perihatin dan berani persoal penggunaan ISA kali ini.
Salah ke tidak, setuju atau tidak, perlu atau tidak, dan apa sekali pun, kita mesti ada peri kemanusiaan terhadap mereka yang ditahan kerana ISA. Prihatin sesama insan. itu saja.
Pandainya Zahid! Mana dia dapat Phd?
Elleh!
Arwah Azman Atar pun ada Doktor ... UPM gut?
Tapi gelaran Haji, Husin tak main-mainkan. Itu jemputan Tuhan. Tak payah gelaran Haji tak salah.
Paling Husin respek adalah gelaran Guru dan Cikgu. Itu anugerah tuhan dan martabat tinggi.
Sebenarnya orang yang pe'el sedemkian dan ego adalah mereka yang dalam diri mereka ini insecure dan menyembunyi kekurangan.
Husin nak kongsi satu trick nak kenakan orang-orang yang act pasal ada pangkat. Kita mesti tuntut dia menyebut gelaran kita. Kalau kita bukan Cikgu, suruh dia panggil kita Encik atau Cik.
Tak ke kita kelihatan lebih hormat, apabila kawan yang bergelar Dato' memanggil kita Encik depan kawan-kawan lain?
Datin pun kita ajar macam begitu kerana lebih ramai Datin yang perasan dari Dato.
Allah mengukur orang dari kebaikannya dan ketaqwaannnya.
Wow! Tidak kira gelaran, masih lagi untung jual orang dari jual unta.
Husin Lempoyang,
BalasPadamKalau disenaraikan orang melebihi 3 orang yang di I.S.A. kan, seperti cadangannya, penuh dak setebal buku yang Zahid pegang tuh?
Agaknya dia dah hafal kitab yang dia pegang tu.. tu pasal la dia jadi cenggitu.. bukan senang nak pulih Husin oii..
BalasPadamPenarik Beca pun aku panggil Tuan.
BalasPadamSaudara Husin
BalasPadamSaya ada cerita nak kongsi,tentang gelaran 'dr dan datuk' ni.Ada kawan saya dulu (guru)kononnya buat PHD dalam masa perkhidmatan.Tugas sekolah diabaikan kerana beri tumpuan kpd pengajiannya.saya tanya apa tujuan dia nak buat phd,sebab skim gaji guru tidak ambil kira kelulusan itu?Jawapannya,bila lulus dapat title doctorate.Dia nak title,'Dr' dipangkal namanya,kemudian dia target nak tulis buku.Bila penulis buku ialah,... 'Dr sianu....?',bukunya mudah diluluskan,diitiraf dan mudah diterbitkan.Betul juga....!
Kisah datuk pula,saya tak hairan sebab dalam keluarga saya ramai yang ada title 'datuk',sehinggakan ada yg keliru bertanya,..'datuk Mat yang mana satu...yg datuk beli ke datuk bergelar? Masyaalah! (datuk beli=kerja kontraktor,datuk bergelar=bekas diplomat)Jadi jangan duk 'gah' sangat dengan title itu sin,orang akan menilai peribadi juga.Maaf kpd yg ada datuk dan dr,selain doktor perubatan ya...?
salam ramadhan drpd saya
datuk wan(kpd cucu).
Apa ada gelaran? Tapi dengan gelaran, sepatutnya kita akan dihormati dan disanjung kerana jasa kita terhadap negara yang membolehkan seseorang mendapat title Datuk. Walaupun begitu title sebegini bukan semata-mata untuk dibangga-banggakan tapi untuk menghargai penghargaan yang diberi...
BalasPadamPak Usin..
BalasPadamMenurut Utusan Online:
15/09/2008 2:29pm
KUALA LUMPUR 15 Sept. - Datuk Zaid Ibrahim hari ini meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Surat perletakan jawatan beliau diserahkan kepada Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 2 petang ini.
Apa maksudnye ni Pak Usin ye..ada makna ni..heheh
INI TIDAK ADIL!!!!ANA PUN NAK JADI DATUK....PHD DAH LAMA ADA ?"??!! Ana nak tanya Dato Zubli ,tak jual riciau (madu) lagi ke? Skrang buat business apa pulak?
BalasPadamIslam tidak mengajar kaum Melayu untuk membuat FITNAH terhadap seseorang individu untuk kuasa politik and isu perkauman. Semoga Tuhan lihat segala galanya.
BalasPadam(Khir Toyo bermain politik perkauman)
http://malaysianshares.blogspot.com/2008/09/malaysiakini-shocking-find-teresa-kok_15.html
Husin Lempoyang
BalasPadamjanganlah mengutuk orang macam tu sangat. Setahu saya Zahid Hamidi taklah begitu orangnya. Zahid nie suka berjenaka, melawak dan bergurau dengan kawan kawan. Saya tahu Zahid tak macam itu orang nye. Dia suka menolong kawan dan suka membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan jika termampu oleh dirinya. Jangan mencaci manusia seumpama kita sudah tidak mempunyai agama dan kepentingan diri mengatasi tuntutan Islam pulak. Insaf la Husin...