Semasa Dr Mahathir mentadbir dia meminati bidang IT dan komunikasi dan dibina Multimedia Super Corridor (MSC) sebagai sebuah tempat yang dibina infrastuktur komunikasi yang hebat untuk membolehkan syarikat-syarikat dunia guna sebagai pusat kajian, operasi dan lain-lain.
Tatakala sedang merancang MSC ini, dia dapati kebanyakkan kertaskerja rasmi dalam bahasa Melayu menggunakan bahasa Inggeris. Akhirnya disuruh terjemahlah dalam bahasa rasmi, Bahasa Melayu (ikut perlembagaan ni).
Perancang-perancang MSC ni gopoh gapahlah terpaksa tanya sana sini. Bila ditanya Dewan Bahasa Pustaka, tak dapat-dapat istilahnya. Nak kena panggil mesyuarat dan panggil pakar-pakar. Peliknya salah seorang perancang yang terlibat dipanggil ke Mesyuarat DBP pulak.
Mereka pun berusaha dengan bertanya Institiut Penterjemahan Negara, mereka hanya bisingkan tak cukup peruntukkan untuk terjemah buku-buku ilmiah.
Perancang-perancang ini tak ada masa. Lalu mereka terjemah sendiri akhirnya dan dalam kurungan ditulis istilah Inggerisnya.
Apabila kertaskerja itu siap, CEO itu datang sendiri untuk menyerahkan kepada Dr Mahathir. Tercengang dan terkejut dia baca kertaskerja itu.
Mana tak. Tengok istilah-istilah yang diguna semasa itu:
Hardware = perkakasan kerasAda satu ayat itu, berbunyi berikut:
Software = perkakasan lembut
Joystick = batang gembira
Plug and play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = pelanggan
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.Terperanjat Dr Mahathir melihat ayat itu. Lebih kurang semasa itu ada seorang ahli Parlimen PAS kata dia tengok filem lucah dengan cucunya.
Inikan pula ada laporan berbunyi lucah. Dia mengangkat matanya. Dengan jelingan yang tajam, dia bertanya mengenai para itu.
CEO itu menjawab, "Dalam bahasa Inggeris, ia sepatutnya berbunyi, "That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."
Parah ...
Akhbar dahulu laporkan ramai diplomat kita tak tahu bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris.
Husin ingat ini menjadi sebab terpaksa guna bahasa Inggeris untuk subjek Matematik dan Sains.
Salahnya siapa?
Ada salahkan Dr Mahathir. ... Ada salahkan guru-guru bahasa Inggeris tak cekap. Ada salahkan DBP. Ada salahkan lambat sangat penterjemahan buku-buku teks ke dalam Bahasa Inggeris. ... Ada salahkan globalisasi. Ada salahkan persaingan yang terlalu sengit menyebabkan terpaksa. ... Hingga ada salahkan Bill Clinton dan John Major.
Diri sendiri yang tak kuasai Bahasa Melayu dengan baik tak disalahkan.
Walaupun kadang-kadang ada benda terlepas, nasib baik Dr Mahathir teliti. Kalau zaman Dolah, apa jadi akhirnya.
Wow! Kali pertama satira cuit Dr Mahathir. Tapi bukan jual.
Quran pun orang boleh terjemah....inikan IT. Memang pegawai tak ada nilai. unta pun ada akai
BalasPadammenggunakan BI tak semestinya kita hilang jiwa bangsa,
BalasPadamorang cina berbahasa inggeris tetap kita pangil cina.
begitu juga dengan orang india, sepanyol, jawa atau pun arab.
memperkasakan bangsa tak semestinya hanya bercakap tetapi kita kita kena buat dan berusaha.
Eden ingat Sains & Matematik patut diajar dalam BI pada peringkat Tingkatan 6 , A level , Matrikulasi dan bukannya pada peringkat bawah kerana pada peringkat tinggi begitu , para pelajar adalah terbukti bagus dan boleh menyerap pelbagai ilmu. Buktinya kalau dulu-dulu budak-budak Sekolah Alam Shah diajar dalam BI pada peringkat STP/HSC ( sekitar tahun 70an dan ketika ini menjadi orang2 penting dlm pelbagai bidang ).
BalasPadamBI dlm Sains & Matematik mesti diajar untuk perinkat tinggi mulai dari matrikulasi ke atas dan bukannya untuk budak UPSR , PMR dan SPM.
Hanya orang yang tidak mempunyai jatidiri yang kukuh akan 'takut' untuk menerima 'cabaran' belajar dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
BalasPadamOleh itu mereka berselindung di belakang alasan- bahasa inggeris boleh menyebabkan rakyat hilang jati diri.
Lemah sangat ke kita sampai jati diri boleh hilang hanya kerana bahasa inggeris?
Apa bahasa inggeris boleh menyebabkan kita lupa bangsa? lupa bahasa ibunda? lupa adat resam?
Rasanya itu hanya akan berlaku kepada orang-orang yang bukan Malaysia sejati tapi hanya pada nama dan penakut..
betul tu cik kiah,
BalasPadamsaya sokong 1000%, org akai cetek je yg takut nak blajar guna bhs inggeris..pastu bagi macam2 alasan
Wak Din
Husin,
BalasPadamKt msia ni mmg susah nk buat perubahan... ada aje yang melalak menentang... tak baguslah...hilang identiti bangsalah.. terpulang pada pemerintah jugak.. kalau asik duk dengar anjing menyalak, apapun tak jadi.. bagi ubat tidor jer kt anjing yg kuat melalak ni.. dulu anwar menyalak..guna BM..baku lagi... dia sendiri cakap omputih mengalahkan BUSH...habis sumer universiti tukar bahasa penghantar ke BM...hancur... tapi yg hancur budak2 melayu aje sebab bila mintak kerja kat swasta..time interview suruh speaking sikit..dh gelabah..berpeluh sejuk..tapi lulusan uni... apa ni... sebab tu swasta ramai mata sepet dan bau kari yang kerja..sebab BI dorang tip top... tapi bila dorang jumpa kaum2 dorang... cakap gak bahasa dorang... tak hilang identitipun... mata tetap sepet...bau kari tetap kuat...cuma melayu aje..takut hilang kemelayuan kalau berbahasa omputih... habis chedet tu.. yg BI dia tip top... ada tukar jadi omputih ke?... ini semua terpulang pada individu... tapi bila politikus yang bercakap dia kata dia mewakili rakyat... terus terang cakaplah... saya suka kalau sekolah Aliran Inggeris diadakan semula... mesti berlambak org melayu nk hantar anak2 dorang sekolah ke situ...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamHa ha... bercakap mengenai terjemahan ni, saya nak kongsi kisah lucu pengalaman saya ketika mengendalikan berita sukan luar negara di sebuah akhbar perdana pada zaman 80an dulu. Maka saya memilih beberapa orang wartawan yang amat bagus dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris untuk membuat terjemahan. Ada seorang staf ini, yang pengetahuan bahasa Inggerisnya agak terhad, mendesak untuk diberikan peluang. Saya tahu dia belum cukup berpengetahuan untuk membuat terjemahan memandangkan kefahaman Bahasa Inggerisnya tidak begitu baik. Tetapi hampir setiap hari dia mendesak, lalu saya berikanlah peluang...dengan pesanan, jika tidak yakin mengenai sesuatu perkataan, berpandulah kepada kamus atau tanya saya sendiri. Tetapi dia kelihatan begitu yakin dan tidak sampai setengah jam, dia berjaya menyiapkan satu terjemahan. Terkedu saya apabila membaca tajuk berita (heading)yang diterjemahkannya yang berbunyi, "Pemain-pemain Russia pendek-pendek belaka".....Ayat asal dalam Bahasa Inggerisnya berbunyi "The Russians are short of players"...Sejak hari itu terpaksalah saya "ban" dia daripada membuat terjemahan....alahai
BalasPadamnak kongsi satu lagi lawak mengenai kejadian yang berlaku di stesen keretapi KL satu ketika dulu.
BalasPadamTiga orang kawan sedang menunggu ketibaan keretapi.
Mat Kelantan: (berjalan ke hulu ke hilir platform sambil melihat jam tangannya dan mengomel dalam Bahasa Inggeris: "Wen is the teren (train)going to come?"
Mat N9: "Hey, fren (friend), if you want to sopik (speak), you sopik (speak) proporly (porperly) lah. Wait I solap (slap) you!
ooops (dua orang kawan)...bukan 3
BalasPadamsalam,
BalasPadamkali pertama komen ni...bnyak sbnya. sy dlm bidang fizik(solid state physics), semua jurnal dlm BI, tulis jurnal pun dlm BI. sb kurang penguasaan, tulis jurnal(master, wajib tulis jurnal, 1 sekurang2nya untuk jurnal antarabansa,phd 2) pun susah.jenuh cek, "betul ke BI aku nih".nak buat rujukan pun dlm BI,bleh jumpa ke jurnal Bm dlm Applied Physics Journal?Physics Review?(bnyk sngat nk sebut semua) bkn melayu sj, cina(BM diorg pun tunggang langgang) pun sama kat makmal nih. 2 kali 5.termasuk la sy.hahaha.tu baru solid state physics, bidang fizik lain?kimia?bio?segala mcm kejuruteraan?perubatan?prof awang ckp boleh terjemah?org DBP larat ke?hahaha, bnyak weh.ni baru bidang akedemik.pasaran kerja?BI kami bkn teruk sngat, cuma lg bagus mula blajar dr kanak2.masuk tingkatan 6, matrikulasi br nk terhegeh2 blajar sains dlm BI.untuk maju kita mesti berani sahut cabaran. bila dah maju, kuat, berpegetahuan baru bahasa melayu dipandang tinggi.xpayah ckp "jepun maju tak guna BI pun", org malaysia mcm jepun ke?rajin, tepati masa.fikir2kan.lg satu, kalau ckp BM, biar betul2,xmau rojak2.ni x diselit dgn perkatan english.
islander..
Tuan Lempoyang,
BalasPadamPada 1967, arwah abah, hantar saya ke Sek. Ren. Jen. Keb. (Ing.) (SRJK)..artinya sekolah aliran Inggeris. Semua buku2 teks sekolah (Arithmetic, Science, Hygiene dll)adalah dalam b.inggeris. Saya tidak pergi sekolah tadika atau pre-school kerana kami tak mampu..
Subjek English sahaja kami ada :
1)Comprehensive English
2)Oral English
3)Reading
4)Spelling and Dictation
5)Rhymes and Poems
(and i enjoyed all of the above and even scored A's!)
(Kalau English dan Reading Lessons, masing2 Cik Gu Nik Asiah dan Mr. Johari wajibkan kami bertutur dalam bahasa inggeris atau kami didenda).
Masuk sek. men. rendah, selain dari B.Ing., hanya tinggal subjects Mathematics, Integrated Science, Cooking and Home Science atau Industrial Arts. Walaupun Ilmu Alam dan Sejarah dibahasa Melayukan, kami lebih senang membaca buku2 rujukan itu dlm B. Ing.
Naik Sek. Men., subject2 dlm B. Ing. :
1) Modern Mathematics
2) Add. Maths
3) Physics
4) Chemistry
5) Biology
Hari ini, bila saya mula buka mulut bercakap dalam bahasa Inggeris mereka tanya 'u belajar oversea, kat mana?'
Persoalannya :
Mengapa mesti tunggu hingga naik tingkatan 5 atau 6 baru nak dipatutkan subjek diajar dalam bahasa Inggeris ?!?
Semuapun mesti bermula diperingkat awal (rebung). Bahasa Ibunda tetap menjadi sanjungan..jangan risau (& saya masih jadi best student untuk kedua2 matapelajaran BM atau English!. Kakak saya yg belajar di Sek Ren. Keb. dimasa itupun boleh bertutur bahasa Inggeris dengan betul!)
Cuba kita renung kembali mana silapnya...
PICOLOTIKUSMONDOQ
Pengajaran subjek Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris. Saya agak tertarik dengan komen saudara di dalam mempertahankan hujah menyokong dasar2 yang telah dibuat selama ini. Tetapi apa yang lebih menarik perhatian dan emosi saya adalah hasil daripada dasar yang telah dijalankan. Saya melihat saudara hanya menggunakan hujah-hujah ‘naratif’ yang tidak disokong dengan fakata, bukti-bukti imperikal, statistik, kajian-kajian ilmiah dan sebagainya. Seharusnya perkara-perkara ini perlu kita kaji, selidik supaya ianya membolehkan kita mempunyai maklumat sebelum kita menyuarakan suatu pandangan.
BalasPadamSaudara mungkin maklum, bagaimana terdapat konvensyen UMNO sebuah negeri sambil disokong oleh beberapa persatuan cendiakawan merayu dan memohon agar dasar ini dikembalikan kepada asal. Untuk makluman, konvensyen ini dirancang khusus bagi membincangkan pro dan kontra dasar yang sedang dilaksanakan. Peserta-peserta konvensyen tersebut bukanlah orang-orang biasa sepertimana kita, tetapi merupakan pakar-pakar yang arif lagi bijaksana dalam hal-hal yang berkaitan khususnya dalam hal-hal yang berkaitan soal pendidikan ini. Mereka bersependapat bahawa ‘based on statistic, records and others finding’ menunjukkan ianya tidak memberi manfaat secara total buat bangsa Melayu dalam jangkamasa panjang khususnya masyarakat luar bandar. Adakah saudara selaku pendidik faham dan jelas akan perkara ini. Mereka bersependapat dan bersetuju bahawa penguasaan Bahasa Inggeris ini memang tidak dapat dinafikan akan kepentingannya, namun pendekatan yang betul perlulah dilaksanakan dan bukannya menjadikan subjek Matematik dan Sains sebagai mangsanya. Mereka mencadangkan agar pengajaran&pembelajaran (P&P) subjek Bahasa Inggeris sediada dipertingkatkan dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran, penambahan masa subjek BI, latihan kepada guru BI dipertingkatkan dan sebagainya. Adakah saudara maklum kajian yang dijalankan mendapati guru-guru juga tidak bersedia untuk mengajar subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Saya kurang setuju dengan pandangan kononya ia adalah agenda sulit DAP di dalam menghancurkan orang-orang Melayu. Sebenarnya DAP hanya mengambil kesempatan atas kelemahan dan kesilapan atas segala dasar-dasar yang dibuat. Sebagai contoh cuba kita bandingkan P&P di SRJK(C) dengan Sek. Kebangsaan. Mengapa P&P di SRJK(C) lebih fokus berbanding dengan Sek. Kebangsaan yang banyak dihidangkan dengan program-program kosmetiknya yang tidak bermanfaat langsung kepada pelajar.
Sebagai ahli UMNO yang tulen, kita sewajarnya menjadi ahli yang waras dan matang dan bukannya mengikut, mengia apa sahaja secara membuta tuli. Lantaran itu sebenarnya kepimpinan yang ada hari ini perlu merubah kepada satu keadaan yang baru sekiranya benar-benar berhasrat untuk mengangkat martabat dan kedudukan ahli yang dipimpin. Sekali lagi, bersamalah kita memperbanyakkan maklumat sebelum kita memberi pandangan.
Anak anak madrasah di-Singapura fasih berbahasa inggeris...mereka masih juga fasih bahasa melayu dan memiliki ciri ciri unik...mereka inilah yang bakal menjadi ustaz dan ustazah yang dapat menjelaskan ugama Islam kepada yang bukan Islam dengan lebih sempurna.
BalasPadamWak Lu
ye ke BI sepet n kari neh tip top sebab tu diorang byk kerja swasta.. aku pon kerja swasta (banking) gak, tp semua sama saja.. ada yg pandai ada yg tak bbrp pandai. yg penting 'konfiden' dan buat muka poyo mcm bos aku tuh.. dan sentiasalah memperkasakan diri.. orang kata 'practise make perfect'
BalasPadamAku rasa teknik pengajaran BI disekolah2 patut menekankan aspek bacaan, penulisan, pemahaman & komunikasi. Biasanya bahagian komunikasi tuh yg kurang diberi penekanan.
sebab tu anak2, bila exam cemerlang gemilang terbilang tp bila buka mulut je alahai...
Klu alasan utk mengajar Sains & Maths dlm BI supaya anak malaysia hebat 'speaking' adalah sangat dangkal sebab istilah2 sains dan matematik tuh tersangat lah jarangnya diguna pakai dlm komunikasi seharian.
Patutnya kena tambah kelas2 yg fokus kpd BI itu sendiri mcm tikus mondoq cakap tuh.. bagusnya.. teringat cikgu aku ms.lim tgkt5 dulu..
"Subjek English sahaja kami ada :
1)Comprehensive English
2)Oral English
3)Reading
4)Spelling and Dictation
5)Rhymes and Poems
"
Kekadang ada lagu, Inggeris. Namun kerana tidak memahaminya, dipasang dan ke udara untuk halwa telinga pendengar.
BalasPadamSelamba jah
Feel like making love
Feel like making love to you
Ini bukan love itu cinta dek!
aku guna english utk dpt knowledge & bisnes..
BalasPadamtp kt umah & utk bersosial hanya cakap melayu. kecuali jumpa 'mat saleh'
English bukan jiwa aku. Aku benci english & mat saleh jahat2,
..tapi terpaksa diguna nak tau ilmu & bisnes/ kijo..belive me we are stronger than Bahasa Inggeris
Belajarlah dua dua bahasa tersebut, tidak ada ruginya.
BalasPadamIa saling bantu membantu, yang rugi hanya yang suka 'bertekak'atas perkara sebenarnya sama penting dan bawa kebaikan.
Wahai lensaPR ,,, sedap betul kata pada pegawai tak ada nilai,unta pun ada akai!!!!!!
BalasPadamHabis sdr banyak sangat ke akai sampai dok taksub sangat pada PR,PKR dan Pada nuar sondol tu???.
Quran memang mudah translate kerana bahasa nya amat indah dan amat mudah.Ini adalah dari Allah.
Berbalik kepada PPSMI ...
Pada saya seharusnya diteruskan dengan bahasa inggeris, kerana dengan berbahsa inggeris dalam subjek ni lah akan memudahkan geneasi muda belajar dialam yang lebih getir lagi selepas menamatkan peringkat spm.
Cuma pendekatan perlu dimurni dan lebih peka kepada kehendak semasa dan keadaan.
PPSMI ni boleh diteruskan dengan syarat fakta atau buku teks guna dalam Bahasa inggeris,manakala penerangan oleh guru boleh lah dicampur BM+BI,Cina+BI,Tamil+BI.
Manakala jawapan dalam peperiksaan beri pilihan kepada pelajar samada nak jawab dalam BM,Cina ,Tamil atau BI.
Kalau kita belajar diperingakat spm menggunakan BI maka bila ke IPT anak-anak muda tidaklah "terkejut beruk" dan "mengelabah" sebagaimana DSAI mengelabah tak dapat capai 16 september yang lepas.
Salam Tuan Husin,
BalasPadamScience and Math in English have tremendous advantage. Do not look too much into problems, but find the solution.
Sebagai anak Melayu, sebarang pendapat yang meminta dikembalikan semula Bahasa Melayu dalam pengajaran Science and Math, it's only for political reason, seperti yang telah dilaungkan oleh makhluk bernama Khairy Jamaluddin, disgusting!!!
Insaflah. Malaysia sebelum ini sudah diperintah penjajah Inggeris bertahun-tahun. Akibatnya ialah orang yang bukan ahli telah telah dilantik membuat kerja yang dia sendiri tidak tahu. Sepatutnya kalau nak terjemah ilmu kenalah bagi kepada yang tahu.
BalasPadamNasib baik Computer tak diterjemah sebagai "Tukang Mengira".
Di dalam bahasa Melayu, perbendaharaan kata (vocabulary) yang merujuk khusus utk terma-terma Matematik dan Sains adalah teramat kurang atau hampir tiada langsung. Sebab itu proses menterjemah terma-terma khusus tersebut menjadi satu 'bahasa rojak & lawak jenaka' apabila diterjemah ke dalam bahasa Melayu.
BalasPadamTerma-terma Inggeris untuk Matematik dan Sains ini pula banyak digunakan untuk bidang ilmu-ilmu yang lain, cth. ekonomi, kewangan, perakaunan, undang-umdang, sosiologi, anthropology, IT dll.
Oleh itu, pemahaman terhadap terma-terma Matematik dan Sains ini begitu penting sebelum penguasaan terhadap ilmu Matematik dan Sains itu sendiri dapat dilakukan. Begitu juga halnya jika penguasaan dan pemerkasaan terhadap ilmu-ilmu yang lain (ekonomi, perakaunan dsb), asas kepada terma-terma ini mestilah difahami terlebih dahulu.
Setelah terma-terma ini difahami, penguasaan terhadap ilmu-ilmu boleh dicapai dengan mudah. Apabila penguasaan ilmu sudah perkasa, proses menterjemahkan ilmu -ilmu tersebut ke dalam bahasa Melayu boleh dilaksanakan dengan berkesan dan efektif.
Seandainya (dan sememangnya benar) didapati tiada satu pun terma-terma Inggeris yang sesuai untuk diterjemahkan dengan menggunakan perbendaharaan kata bahasa Melayu, maka 'ciplak' boleh dilakukan. Sudah banyak juga perbendaharaan kata bahasa Melayu yang diciplak dari bahasa asing semata-mata kerana perbendaharaan kata bahasa Melayu tidak wujud, cth. demokrasi, teknologi, dll.
Renungkanlah berapa banyak lagi terma-terma Matematik dan Sains yang tidak wujud di dalam bahasa Melayu sekarang ini? Bagaimana kita hendak menerangkan dan/atau mengajarkan kepada anak-anak kita mengenai sesuatu ilmu sedangkan banyak terma-terma tersebut tidak terdapat di dalam bahasa Melayu?
Jika bahasa kita sendiri tidak mempunyai perbendaharaan kata untuk difahami dan diterangkan secara ilmiah, bagaimana bahasa kita hendak dimartabatkan menjadi bahasa ilmu?
Negara Jepun, sejak hampir 200 tahun dahulu, sudah menyedari bahawa perbendaharaan kata bahasa Jepun itu tidak mencukupi untuk mereka mendalami dan menguasai bidang ilmu Matematik dan Sains. Apabila mereka membuka negara mereka kepada 'western ideas' sekitar hujung abad ke 19, mereka memulakan langkah-langkah 'menciplak' terma-terma matematik dan sains ke dalam bahasa Jepun.
Ribuan terma-terma Inggeris diciplak dan sudah menjadi bahasa rasmi Jepun sekarang ini sehinggakan perkakasan dan komponen-komponen elektonik yang 'sebesar kuman' begitu mudah difahami secara langsung oleh anak-anak kecil mereka.
Menyedari hakikat kejayaan ini, bangsa Korea 'menciplak' pula terma-terma Jepun yang baharu ini ke dalam bahasa mereka. Begitu juga halnya yang dilakukan oleh negara China -- menciplak ribuan terma-terma bahasa Korea dan Jepun ke dalam dialek-dialek bahasa masing-masing.
Jadi, konsep pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris yang dipelopori oleh negara kita sekarang ini adalah satu phasa pertama yang teramat penting bagi memertabatkan Bahasa & Bangsa Melayu itu sendiri di abad-abad akan datang.
Kita sebagai orang-orang Melayu-Islam bukan sahaja boleh menciplak terma-terma bahasa Inggeris, tetapi kita juga boleh menciplak terma-terma bahasa Al-Quran (dan juga terma-terma dialek Indonesia jika perlu)untuk mengembangkan perbendaharaan kata bahasa Melayu kita.
Tetapi, proses memperkasa & menguasai sesuatu ilmu mestilah dilakukan terlebih dahulu sebelum proses penterjemahan ilmu-ilmu daripada bahasa-bahasa Inggeris, Arab, Jepun dll boleh dilakukan dengan berilmiah sekali. Kalau tidak, ianya akan menjadi bahasa rojak dan martabat bahasa dan bangsa Melayu akan pupus ditelan zaman!
Azman Mohd Isa
TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA. belajar semua bahasa tak aper. bahasa melayu tak kan hilang kalau kita tahu lebih banyak bahasa.
BalasPadamDalam hal bahasa, ada beberapa pihak berpendapat bahawa:
BalasPadam1. Apabila kita menggunakan BI untuk Sains dan Matematik, ia menafikan BM sebagai bahasa kebangsaan untuk meningkat menjadi bahasa ilmu.
2. BM boleh dijadikan bahasa ilmu sebagaimana yang dibuktikan oleh UKM.
3. JIka kupayaan BI yang mahu dicapai, sepatutnya dipertingkatkan pengajaran BI dan dilahirkan matapelajaran yang berkait rapat dnegan peningkatan BI seperti English Literature.
4. Sains dan Matematik tidak merupakan matapelajaran yang meningkatkan keupayaan berbahasa Inggeris.
5. Untuk menguasai ilmu adalah lebih baik digunakan bahasa yang memudahkan ilmu itu dikuasai, bahasa Melayu.
6. Adakah Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan sejak merdeka merupakan dasar negara yang silap?
7. Perubahan yang serupa "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".
Baca juga berikut:
1. Menjawab Zaharan di Utusan Malaysia Des 4hb.
2. Bahasa sumber ilmu bukan masalah besar
Argumen yang menyokong BI untuk Sains dan Matematik agak pendik jangka pandangnya dan tidak melihat dari aspek pembinaan negara bangsa.
Jika kita menyokong ide Mukhriz untuk satu sekolah aliran kebangsaan dalam bahasa kebangsaan untuk menyatukan kaum dan kita mahu BM diperagungkan sebagai bahasa kebangsaan, kita memandang remeh mengenai Sains dan Matematik dalam BM.
Apa yang kita mahu sebenarnya? Kita berbicara seperti tidak bertujuan!
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamMintak lalu sekali lagi Tuan Husin,
BalasPadamSaya rasa yang memperjuangkan bahasa Melayu ni lagi la layu dan tiada hujah konkrit.
Bidang saya ialah fizik. Saya ambil contoh, nama galaksi kita bima sakti. Pada nama itu sahaja tidak mendorong pelajar untuk mendalami.
Tapi jika kita ambil nama bahasa Inggeris, Milky Way, nama itu boleh kita dalami lagi.
Milk dalam bahasa latin, iaitu bahasa asas kepada Sains ialah galakto, kata umbi kepada galaxy. Jadi milky way = galaxy our way.
Tapi kalau bima sakti = mangkuk sakti Anwar?
Wassalam.
Den cumo poning apsal math./sains,bukan ditekankan pada subjek BI sendiri?
BalasPadamMath./sains ajar ikut BI,BI ajar ikut melayu,ini anak saya lah cakap,dio pun dah keliru.
Bilo tengok prestasi math,sains dia,den makin serabut.
Sokong t.s.lanang,jiwo bangsa takkan hilang kalau belajar BI,tapi den naik nyampah bilo tengok pak menteri ko, sapo2 ko kat tv tu sikit2 BI,weeh sini malaysialah gunokan bahasa kebangsaan.
teknologi, invention paling banyak dlm English..
BalasPadamSetakat ilmu petik buah kelapa, politik mengkafir- dlm semua bahasa ada.
payah betol org2 melayu ni nak paham, kecuali yg dh keje dgn orang2 yg maju.
bidang aku Engineering & Invention mana ada cakap melayu dlm bidang ni? utk discussion, kecuali bab2 yg lapok.
'leading edge economy"
tp bila pegi minum (bukan mabok) kita sembang melayu.
Apa punya kalutlah org2 melayu Malaysia nih... Cuba tengok Negara Brunei Darulsalam, bahasa rasmi ialah bahasa inggeris. Tak jadi negara inggeris pun ! Bila korang semua pergi ke Brunei dan berkomunikasi dengan rakyat Brunei, tak adalah pakai I..You..macam majotiri melayu di Malaysia tu. Tak hilang pun bahasa ibunda mereka. Bahasa inggeris dititik beratkan semenjak dari bangku sekolah rendah lagi, tak masalah pun ! Mahu atau tidak, itu aje masalahnya. Kalau dah dasar pemalas, banyaklah alasan diterjahkan...
BalasPadamOrg Msia D Brunei.
Salam,
BalasPadamakhirnya Husin cuit juga TDM...hehehe!!!!
cuit main2 je ke tok Hussin???
Bila nak cuit betui2??
thx!
Salam perjuangan,
BalasPadamBerbicara pasal berbahasa Inggeris, teringat kepada wawancara Al-Jazeera dengan bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin mengenai perhimpunan BERSIH. Memalukan sungguh. Bercakap menggunakan emosi daripada akal fikiran.
“Memperkasa Generasi Baru”
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
BalasPadamSELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.
MEMAHAMI ERTI PENGORBANAN NABI IBRAHIM YANG SANGGUP MENGORBANKAN ANAKNYA KERNA CINTA PADA ALLAH
MARDHOTILLAH
:-)
Mula-mula memang rasa pelik ... tapi bila dah biasa digunakan dah tak jadi pelik dah ..
BalasPadamSekarang ni kita dah biasa guna perkataan2 seperti :
Perisian (Ni software yer Sin ... bukkannya Perkakas lembut)
Perkakasan
Muat Turun
Muat Naik
Papan Induk (motherboard - bukan papan ibu)
Papan kekunci
tetikus
Pelayan
Dan banyak lagi ...
Tapi kalo diteruskan dalam Bahasa Inggeris, tak de saper dah nak mencari perkataan2 ini dalam bahasa Melayu ...
Itulah sebabnya kita tak suka MAth & Science dalam B.I ...
TIme kita dulu kita biasa gunakan Pembezaan dan pengamiran ... tak pelik pun ...
tapi cuba cakap kat bebudak sekarang ... haram jadah diorang tak tau pekebende nyer pembezaan dan pengamiran tu ... yg diorang tau differentiation and integral ...
lama² sebab dah tak digunakan, langsung tak der orang tau ape kebende nyer pembezaan dan pengamiran tu ...
yg penting ilmu nak disampaikan.
BalasPadamapa bahasa sekalipun nombor kedua. maka sampaikan ilmu dlm bahasa yg mudah difaham.
dgn demikian, isu nak kuasai bahasa inggeris atau bahasa perancis sekalipun belajar dlm kelas bahasa.
yg nak guna inggeris, guna inggeris. yg nak melayu, guna melayu.
Salam.. betul kata sonang saja.. yg penting ilmu yg hendak disampaikan sampai dan difahami, jadi persoalanya, apakah ilmu sains dan ilmu hisap ( hehehe saje tak tulis matematik) berjaya disampaikan kpd anak2 melayu kita dikampung? Saya ada anak darjah 3, byk benda dia tak faham dan takboleh jawap bila saya terjemahkan dan ubah kpd bahasa melayu senang ajer dia menjawap. kira bolehlah sikit2 dia faham, tapi org2 keliling, org kampung, makbapak lansung tak reti bahasa ingeris, bagaimana mereka nak ajar anak2 mereka yg tidak faham? ya memang bagi kita yg tahu dan boleh faham takde masalah tapi bagi yg dipendalaman, dikampung2.. amat besar masalah mereka.
BalasPadamMaka adalah penting memperkasakan sistem pembelajaran bahasa ingeris itu sendiri,bukan mengorbankan mata pelajaran sains atau matematik.. Pikirkan cara lain.. kat atas pun byk cadangan yg boleh diambil dan diperhalusi..
Itu terjemahan 'bebal' Husin Lampoyang ... tak boleh pakai ... tipu! ... hanya digunapakai oleh orang bebal macam Husin Lampoyang yang nak 'memperlekehkan' bahasa melayu. Terjemahan yang betul ialah yang dalam kurungan ( ). Setiap terjemahan ayat mestilah ikut konteks ayat ... bukannya terjemahan buta tuli perkataan demi perkataan. Terjemahan macam tu adalah "terjemahan orang yang tak sekolah".
BalasPadamHardware = perkakasan keras (Perkakasan)
Software = perkakasan lembut (Perisian)
Joystick = batang gembira (Kayu ria)
Plug and play = cucuk dan main (Autokesan)
Port = lubang (laluan)
Server = pelayan
Client = pelanggan (pelayar)
Ada satu ayat itu, berbunyi berikut:
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."
Hangpa terjemahlah sendiri .... ikut undang-undang bahasa (orang sekolah) ... jangan ikut kaedah Husin Lampoyang
Kerajae doh buak keputusan dak guna BI-teruskan ajelah dan Pakatan Rakyat,NGO serta bloggers gunakanlah modal ini untuk hentam habis-habisan dalm PK KT nanti-ini macam bola tanggung -kalu kalah juga aku ingat kali ini semua pemimpin BN mukah sudah masuk celah kangkang.
BalasPadam