Isnin, Januari 19, 2009

Tak terfikir apa yang dikatakan Abang Tuah


Dalam memberi komen mengenai kekalahan di PRK KT, Muhyiddin berpendapat faktor tarikan sudah tidak ada. Panjang lebar dia bercerita mengenai persepsi dan perlu muhasabah diri di sini.

Ali Rustam berkata masaalahnya senang saja. Kalau peratusan undi 83% seperti masa PRU12 dan bukan 79%, pasti BN menang. Perbezaan 3% itu boleh diterjemah kepada 3,000 undi.

Katanya lagi, UMNO kalah kerana pengundi percaya kepada dakyah yang dibawa oleh PAS.

Puh ... tepuk dahi Husin.

Tak sangka dan tak terfikir itu penyebab UMNO kalah di KT. Mana tak, 79% tak cukup tinggi peratusan mengundi. Mana tak, kalau orang terima dakyah Wan Farid dan bukan dakyah PAS, tentu UMNO menang.

Apalah semua orang tak boleh fikir itu. Kenapa susah-susah sangat nak berfikir? Belajarlah dari  Abang Tuah yang pakar dalam pencak silat minda dalam mengelak soalan wartawan. Dia pandai mengelak dari menjawab.   

Nampaknya wakil-wakil rakyat BN perlu bukan saja kerangka badan dan roh yang sihat, tetapi makan kismis dan gingko bilbao untuk menguatkan lagi kerangka minda.

Wow! Unta ingatan kuat, banyak-banyak makan unta dan kismis. Makan orang tak boleh, lembab dan pelupa.

33 ulasan:

  1. INI KM kelas tadika bib. Lu baru tau ka.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama6:52 PTG

    Saudara,

    Mari lah kita sama-sama memboikot Air Asia kerana sikapnya yang begitu tamak dan asyik mengejar keuntungan. Langsung tiday ada sikap memberi. Saya telah menggunakan logo "I'm not flying Air Asia di blog saya: http://simedarbywatch.blogspot.com

    Saya harap saudara juga boleh meggunakan logo tersebut dalam blogsite saudara.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama7:14 PTG

    Betul Sin,
    Hek eleh! Ali Rustam memang layak jadi Timbalan Presiden UMNO Cawangan Kg. Dusun. Memang ada kelas.

    BalasPadam
  4. Sin...dia ni ke yang nak jadi orang nombor dua tu???

    Aiseyman...

    BalasPadam
  5. Salam Husin,

    Biar betul komen "TIMBALAN PRESIDEN UMNO" ni???? hahaha! Saya rasa laporan ni salah tulis la husin..mungkin ini dakyah UMNO kot sebab tu la undi lari....hehehe!

    Aku dah tanya member yang balik dari terengganu semua dah tahu BN akan kalah dari hari penamaan calon lagi dan yang agak ganjil kali in ialah mereka suka sangat BN tewas...heran tapi benar, lagi satu husin, aku nak tanya la mana la si mamat melaka peminat shah rukh khan pelakon blue film ni belajar matematik ? bikin ana banyak konfius la....

    thx!

    BalasPadam
  6. Saya setuju dengan Ali, jika peratusan pengundi keluar mengundi tinggi, BN menang. Begitu Lah sebaliknya. Di masa depan kira saja peratusan keluar mengundi dan tak perlu lagi kira berapa undi dapat.

    Konfirm punyia.

    Kaedahnya sama macam misai lebat. Jika lebat tak perlu gingko biloba. Minyak tahi unta sudah cukup. Tak perlu pun dakyah.

    Husin Lempoyang, tepuk dahi sekali lagi...

    Yes!

    BalasPadam
  7. camni nak jadi timbalan president umno. tergolek2 la orang ketawa, kalau umno pilih dia ni jadi timbalan president, tergolek2 la orang ketawakan umno.

    harap2 dia x jadi la, aku dah lepas cakap nak dudok atas ular kalau dia jadi timbalan president.

    aku ada tulis skit pasal dia ni di
    http://goreng3abdul.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama7:52 PTG

    Kalau Ali jadi Timbalan Presiden UMNO, tak perlu tunggu PRU13 untuk UMNO bungkus.

    Masa PRU12 suku, Anwar Berahi dah naik jadi PM.

    Hidup gay(a)!

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama8:10 PTG

    Ingatkan ada 2 orang je yang bangang . Rupanya ada sorang lagi di Melaka yang lebih bangang.

    Ramai menteri kena belajar balik Matematik pasal dulu cuma belajar Ilmu Hisap .
    Hisap susu unta gamaknya..

    BalasPadam
  10. Sin,

    Dia ni ketam batu, otak kaku. Congak simple pun tak faham macam mana? Jumlah pengundi cuma 80,229 bukannya 100,000 tapi macam mana si ketam batu ni boleh kata 3% mewakili 3,000 atau bermakna setiap 1% mewakili 1,000 pengundi?

    Alahai... Umno! Umno!
    BN... BN...

    Lagu ni punya pemimpin pun Umno masih simpan lagi. Campur, tolak, kali, bahagi pun tak lepas duduk berkira nak jadi pemimpin nombor 2 konon. Padanlah pun Muhyiddin kata tak ada daya penarik lagi tentang Umno. Aura pun dah tak ada.

    BalasPadam
  11. Buka saja mulut - yang keluar hanyalah yang mencerminkan kebodohan diri sendiri - sebijik macam Dolah.

    Kalau Zahid Hamidi yang turut berkempen habisan habisan - tentu UMNo tak kalah.

    Kalau orang KT dijelaskan betul betul tentang Islam Hadhari tentu UMNO menang majoriti besar.

    BalasPadam
  12. Kluangman

    Awak tak kasihan ke kepada orang KT?

    Bila kalah, Zahid akan hantar gangster dan belasah semua 30,000 yang undi PAS.

    Macam babak Hang Jebat mengamuk dan bunuh orang satu Melaka.

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama10:11 PG

    Bagi saya semua pihak boleh cakap apa saja pandangan dan pendapat masing-masing. Itu hak masing-masing. Cuma kepada para pemimpin tak kira sama ada UMNO atau pembangkang, pandangan dan pendapat biarlah yang bernas dan berilmiah dan ada pengisisan...

    BalasPadam
  14. sungguh hairan ku dengan kenyataan tak cerdik or statement tak mengaku salah sendiri yang dikeluarkan oleh calon Timb Presiden UMNO drpd Melaka ni..
    buat malu saja!dah kalah,mengaku sajalah!takkan dah jangkit sindrom penafian DSAAB?

    BalasPadam
  15. Usin,

    Semalam aku baca Sinar Harian.... Ketua UMNO Cheras Al-Habsi si Taik Unta kata... Jgn Risau, dia ramal Pakatan Rakyat akan terkubur tak lama lagi.

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama4:49 PTG

    sin,

    patut le sangat Melaka jatuh ke tangan Portugis, Belanda dan Inggeris.

    Rupanya Bendahara dia dari dulu sampai ke hari ni bangang gila.


    PS. Bendahari tu title untuk bini bendahara ke atau memang tukang jaga duit.

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama5:12 PTG

    Dia tak pikiaq ka..lagi tinggi peratus keluaq undi... lagi tinggi undi PAS boleh dapat.Kalau ya pun nak komen..pikiaq laa sikit..adeh UMNO UMNO!

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama6:32 PTG

    apa bole buat..

    bila kalah mula la komen mengarut..

    napelah ada orang macam ni.. patut la umno tak kemana mana pemimpin atas bagi ulasan tak masuk akal..

    silap haribulan kalu semua kuar undi lagi teruk kalah adalah kot:-)

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama9:19 PTG

    baguih la hangpa semua dok bergaduh lagi.

    nak tunggu DAP naik jadi ketua ka?

    dah kena baru padan muka hangpa.

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama9:27 PTG

    bagusla kita ni, pakat-pakat kutuk sama sendiri...nanti hancur macam di Ghazaa tu baru padan muka,,baru nak bersatu.. tak sedar ke semua, kita pakat-pakat berbalah orang lain pakat-pakat tepok tangan gembira. sampai bila kita nak jadi begini...wahai bangsa ku yang tercintaa....

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama10:08 PTG

    Salam semua. Pandangan ikhlas saya adalah: Langkah pertama utk kembalikan keyakinan rakyat pada UMNO ialah pemimpin besar umno mesti akui kelemahan mereka diri mentadbir parti dan negara. Kedua menteri dan pemimpin besar parti hendaklah berhenti beri komen kekalahan parti atau sesuatu isu yang timbul yang dianggap bertaraf tadika. fikir dulu baik-baik kerana rakyat sekarang bijak, matang dan berpelajaran tinggi. Ketiga dan seterusnya barulah berfikir tentang strategi menguatkan parti.

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama11:23 PTG

    salam....
    apalah nasib diriku... mndapat org macam tu jadi calon no 2 parti yg sesetengah kawan2 kata parti keramat, .. kejap lagi jadi parti karat ramat..(istilah org kelantan.. karat yg dah tak boleh pakai lagi dah.. tunggu hancur jer..)harap2 bahagian yg mencalonkan dia ni insyaflah.. jgn buat malu bahagian..
    Kawan sokong benar kenyataan DS muhyidin kali ni, apa yg menarik yg ada dlm umno skrg? Takde apa2.. kawan sendiri hanya kerana masih mengenang budi dan jasa umno.. masih percaya kpd teras perjuangan utk agama bangsa dan negara.. masih percaya bahawa bangsa melayu bumiputra masih perlu diberikan sedikit keistimewaan.. sekurang2nya buat masa sekarang kerana kita melayu dan bumiputra masih jauh dibelakangwalaupun dah ada yg kedepan tapi peratusnya masih rendah..
    PAS memang hebat, mahu tidak mahu, org umno kena akui hakikat ini.. kalau umno nak bertahan, masih percaya kpd perjuangan mereka, berubah lah, jangan buat rakyat macam org bodoh... yg jadi masalah masih ramai pemimpin macam ali rustam ni... tak dapat nak bayangkan kalau ali ni jadi no 2, najib no 1, mmg tak sempat cukup haul lah penggal ni, pr13 habis la..
    Pada yg kata tak elok kutuk sesama kita, yg akhirnya kan merosakan diri, harap faham bahawa jika dibiarkan tanpa diberi kesedaran maka makin cepatlah hancur.. itu apa yg berlaku pd kepimpinan pak lah.. tak de org nak sedarkan dia, tidur lena lah dia..
    Akhir kata.. Selamat maju jaya utk ds muhyidin yassin.. selamat berjaya D. Mukriz..

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama11:59 PG

    Husien
    tahniah kaum kerabat kau menang AJL
    meet uncle husien

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama12:10 PTG

    Sin aku nak habaq kat hang kawan aku pernah keje di melaka, satu hari jumaat dia pakai baju melayu warna hijau kebetulan hari tu ada mesyuarat abg tuah chair , maka berleter marah betul org pakai baju warna hijau. Pendekkan cerita pakaian warna hijau diharamkan secara tak rasmi di melaka terutama sekali dalam majlis2 rasmi. Lu pikir la sendiri layak ke jadi org no.2

    BalasPadam
  25. Takkan Melayu Hilang Di Dunia - Hang Tuah :-)























    Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
    http://pro-faizal.blogspot.com
    Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

    Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

    BalasPadam
  26. Esok2 parti pebangkang nie alamat tunjuk belang juga. Tunggu dan lihat sahaja.

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama3:50 PTG

    Kalau pemimpin UMNO jenis bangang ni tak reti nak perbetulkan diri, memang UMNO akan musnah.

    Tengoklah lepas bulan 3 ni kalau Pak Lah terus jadi PM dan pemimpin bangang terus tak nak berubah memang UMNO/BN tak ada harapan lagi.

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama10:32 PG

    Saya pernah berfikir dan membuat keputusan dan kesimpulan mengenai sesuatu isu seperti apa yang dikatakannya sewaktu saya di tahap sekolah menengah.

    Hehe, habislah masa depan Malaysia kalau dia jadi no.2 dan TPM.

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama12:36 PTG

    menteri2 ni bukan apa, wartawan mintak komen, depa komen. tp samaada komen itu bagus ka tak bagus, itu belakang kira. janji aku komen. sbb tu kita baca komen2 yg bodoh dan tak boleh diterima pakai otak zaman moden ni.....

    alahai.... paklah dan sekutu....apa nak jadi niiii......

    BalasPadam
  30. Dear Husin,

    Buat masa ni mana ada yang sanggup untuk perbaiki kapal yang dah nak karam... semua kalut dok kumpul harta untuk terjun kapal.

    Melayu dah hilang Melayunya.... hehehe

    BalasPadam
  31. Bukan KM Melaka saya yang bijak ilmu hisap tetek unta... MB Ganu pun jaguh juga.... entah apa silat yang dia pakai sampai boleh terpilih jadi MB Ganu... hehehe

    p/s - Depa pasti ke, jika banyak yang keluar mengundi akan pangkah BN/UMNO? Awat BODO sangat!

    BalasPadam
  32. Kenyataan yang memang menepati personaliti nombor satu di Melaka ni. Kenyataan yang setanding bagusnya dengan kenyataan sebelum ini.

    "Kita dah arahkan majlis bandaran TEBAS SEMUA SEMAK-SEMAK BAGI MENGELAKKAN KEJADIAN YANG SAMA DARI BERULANG"

    Begitulah kenyataan yang keluar dari mulut beliau apabila diminta memberi ulasan terhadap kejadian seorang pelajar sekolah yang telah dirogol dalam semak, ketika pulang dari sekolah dengan menolak basikal berdekatan semak tersebut kerana tayar basikalnya pancit.

    Nyata satu pendekatan yang berkesan kerana sejak itu tidak ada lagi lapuran mengatakan seorang pelajar sekolah dirogol dalam semak, ketika pulang dari sekolah dengan menolak basikal berdekatan semak kerana tayar basikalnya pancit.

    Memang Malaysia sekarang memerlukan seorang pemimpin yang mampu melaksanakan satu pendekatan berkesan terutama bagi menangani kemelut politik bangsa dan cabaran ekonomi negara dan dunia keseluruhannya.

    Sudah tiba masanya Melaka berkongsi kehebatan dan kelebihannya bukan hanya setakat dengan rakyat Malaysia malah keseluruhan umat manusia di SEANTERO DUNIA termasuk negara Pakistan, Turkistan, GoAheadGostan.

    BalasPadam
  33. Kalau ikut Ali Rustam macam silap umno kalah kerana 4%TAK KELUAR MENGUNDI .tAPI CUBA FIKIR KALAU MEREKA KELUAR DAN PGKAH PAS PULA TENTU UNDI MAKIN MENINGKAT ...biasanya yg tak keluar itu sebab mereka protes....dan kalau mengundi pasti ia ikut arus semasa...maka mereka undi pas....jangan perlekeh kehendak rakyat sebenarnya masalah dalaman dan salah pilih calon adalah puncanya.Rakyat dah cerdek dan boleh berfikir dan janganlah digula-gulakan rakyat lagi dengarlah isi hati mereka dan keluhan mereka....

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.