Khamis, Februari 26, 2009
Petua berkempen politik
Ada satu Pak Haji di Alor Setaq. Nama tak boleh sebut pasai dia bukan orang politik. Kita panggil Pak Haji Nawi saja la.
Pak Haji Nawi ni ada ampat isteghi yang semua baik-baik belaka. Sesama mereka macam peghadik peghadik. Tulung menulong dan kerjasama. Orang kampung heghan. Tak kan tak dak gaduh-gaduh atau cemburu na.
Empat bini ni mesti ada persaingan dan sedikit-sedikit cemburu sesama dia. Macam mana Pak Haji ni buat? Pakai ubat guna-guna ka? Atau peghikut P Ramlee dalam Madu Tiga, mesti pandai pembohong?
Peghati punya peghati, tak ada pun Pak Haji ni berlaku tak adil dan temberang sama depa ni semua.
Ada oghang pi tanya petua dia berumah tangga dengan empat oghang tapi aman damai.
Pak Haji Nawi pun cerita, "Petua saya senang saja. Semua bini rasa dia istimewa lebih dari orang lain."
"Macam mana tu? Kasilah contoh."
"Hang pun nak ikut macam aku ka?" tanya Pak Haji Nawi.
"Tak saya ni nak petua macam mana nak kasi semua oghang suka kat saya."
"Ohhh ... hang nak bertanding jawatan la. Senang. Aku kasi hang satu contoh. Bila aku beli kain, aku beli tujuh helai. Pasai apa aku beli tujuh?" Tanya Pak Haji Nawi.
"Semua dapat dua melainkan satu ka?" Oghang tu cuba meneka.
"Bukan macam tu. Tiap-tiap bini aku bawak empat helai dan simpan selebih. Bila soghang pilih satu, dia ingat yang lain untuk isteghi yang lain. Dia rasa spesel.
"Aku ganti hat satu helai tu dan tunjuk pada satu lagi isteghi. Tiap-tiap isteghi dapat pilihan daghi empat. Masing2 ingat dia lagi spesel."
Oh gitu ... barulah dia paham. Tiap-tiap pengundi mesti merasa dia spesel. Kalau calun depa menang, dapatlah jawatan atau peranan atau apa-apa tuntutan. Samada dapat atau tidak yang dijanjikan, masih belum tentu.
Tak caya tanyalah Brader Anwar Bin Ibrahim. Dia ada dapat petua dengan Pak Haji Nawi. Part rasa macam spesel itu Anwar pandai. Nak kotakan, tak tau la.
Jangan heghan Obama mintak petua dengan Pak Haji Nawi. Yang itu pasti tak kota. Selagi tak selesai Palestine, jangan haghap bule pecaya.
Macam Mat Taib, Noh Omar, dan Zin, depa dah hampir macam Pak Haji Nawi. Cuma tak pasti, depa dapat petuanya atau tidak.
Wow! Pak Haji Nawi kalau nak beli unta, beli tujuh ekoq tau ...
sin,
BalasPadamsebijik ceghita hang macam azizan mb kedah!
dia bini 2...tiap kali beli kain 3 helai...aku ada dengaq dia ceghita kat kawan2 dia...hehehe
Usin,
BalasPadamKalau cam tu baik lah Brader ANWAR berniaga jual kain ka atau apa apa ka kat Pak Haji Nawi.
Dah tentu la sekali beli 7 kain. Bayang kan kalau pak haji nawi nak beli rumah ka, kereta ka atau kapalterbang ka. wow anwa kaya
orang lelaki saja yang ada idea bijak mcm ni!pandai temberang!sebab tu susah wanita nak teraju negara sebab tak cukup bijak temberang mcm orang lelaki..hehehehehe
BalasPadamPrincess jiji....
BalasPadamtow tak per.....
Tuan Husin,
BalasPadamSapa awek lawa dalam gambaq yang dua orang tu? Kenen-kenen la kat Cucu. Cucu bujang lagi ... bujang 3 daa ...
sin hang kalau jumpa Pak Haji Nawi minta petua kawin empat....Petua jual kain tak nak...aku dengar Pak Hj Nawi nak bagi petua kahwin empat kat bro Nuar tapi di tak minat sebab- sebab tertentu....
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamSin,
BalasPadamToyota Harrier sudah keluar...http://www.malaysiakini.com/news/99160
Dari
Pemandu Toyota Harrier
memang betui tu, princess jiji, oghang laki laki semua nye kaki temberang......pembohong semacam...sebab tu mati cepat ....kah kah kah
BalasPadamOrang lelaki ni terpaksa muhong sebab orang pompuan tak sempurna kalau tak kena muhong..
BalasPadamTupasai kami dok muhong, terpaksa..permintaan kaum ibu.
Hoi mak ai, janganlah sampai perkataan maki keluar sini.
BalasPadamTerpaksa kena buang komen.
Berseni sedikitlan.
Husin, kalau beli kereta, kena beli tujuh jugak ke? Mampus aku!
BalasPadamSin, Wak pun kawin 4. Tapi Wak tak payah beli 7 kain batik. Wak hanya beli kapas aje. Kalau depa bising Wak sumbat kapas dalam telinga. Buat donno aje. Lepas tu depa penat bising, depa diam ler. Depa kata Wak cool. Depa tak tau ada kapas dalam telinga Wak. Sekarang dah ada anak 15. Aman dan bahagia selama-lamanya.
BalasPadammakcik bedah,
BalasPadamorang lelaki mati cepat tandanya Tuhan sayang
yang mati lambat tu Tuhan nak bagi masa lagi supaya bertaubat...jangan asyik mengumpat jiran sebelah je
hahahahaha