Isnin, Mac 02, 2009

Kisah Katak, Raja Katak dan Penternak Katak

Apabila sebut politik katak, kebanyakkan orang tujukan kepada Dato Ibrahim Ali atau gelaran pendiknya Tok Him kerana dia sudah masuk dan keluar banyak parti.

Pada 1978, Tok Him dipinta masuk Berjasa dulu. Lepas Berjasa menang dan dibubarkan di Kelantan, baru dia masuk UMNO. Dia kekal hingga 1988 dimana berlaku krisis politik dalam UMNO hingga terbubar UMNO. Tok Him tak setuju perlembagaan UMNO (Baru) ditukar dan masuk Semangat 46.

Lepas pilihanraya 1990, dia melompat balik ke UMNO dan kekal hingga 2003. Tahun itu tak semena mena dia dipecat oleh Stopa atas arahan Dolah dari jawatan Ketua Bahagian Pasir Mas. Demi mempertahankan maruah, dia bertanding di DUN Permatang Pasir dan dipecat oleh UMNO.

Tahun 2004 dia bertanding sebagai bebas tapi kalah. Tahun lepas dia bekerjasama dengan PAS dan menang Pasir Mas sebagai bebas. PAS dapat undi penyokongnya untuk kekalkan kerusi DUN di Pasir Mas. Sama-sama sudah untung dari masing-masing.

Siang-siang dia cakap, dia bukan lembu yang ditarik dengan tali dan masing-maing dah tahu sejarah kataknya. Sebab itu, hari ini dia satu-satu ahli politik bebas yang bersuara dengan jujur dan lantang mempertahankan Melayu/Pribumi dan Islam di Parlimen.

Di luar, dia bergerak sebagai Presiden Perkasa mempertahankan asas Perlembagaan dan kesetiaan pada negara yang terhakis sebab permainan politik katak dan flip flop. Pada Mac 22hb ada Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Perkasa yang besar-besaran. (Baik dipergi ramai-ramai untuk beri sokongan.)

Bila ditanya Tok Him mengenai panggilan katak, jawabnya dia bukan seorang. Cuma nasib badan dia sorang dipanggil katak. Saifuddin Nasution bermula sebagai PAS, masuk UMNO dan kini PKR. Kamaruddin Jaafar mula dengan UMNO dan kini PAS.

Sabah paling banyak katak. Menurut Tok Him, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia paling banyak lompat.


Dia bermula dengan Upko, kemudian masuk Usno. Lompat ke Berjaya dan sekali lagi ke PBS. Akhirnya ke UMNO. Speaker Dewan Rakyat ini sah adalah yang paling banyak lompat parti dan digelar Raja Katak.

Nampaknya bila bergelora politik sesebuah negeri itu, banyak kataknya.

Lagi hebat dari Raja Katak adalah Penternak Katak. Sejak Penternak Katak bebas berpolitik, bergelora politik dengan drama dan wayang.

Pada hari dia bebas berpolitik pada April 16hb, Penternak Katak umum akan bawa katak-katak keluar BN untuk tukar kerajaan. Katanya, dia ada ternak 30 ekor katak yang akan lompat menunggu masa saja.


Dia minta bersabar.

Semuanya dah pasti dan hanya sedikit perkara teknikal. Janjinya, kalau tidak dua tiga minggu lagi, bulan Mei. Kalau tidak Jun atau Julai, bulan seterusnya. Yang pasti, kerajaan baru akan naik pada September 16 Hari Malaysia.

Percaya 10,000 yang ada di Padang Kelab Sultan Sulaiman malam itu. Bila tak jadi semasa hari itu, dia kata Dolah dan Raja Katak tak berkerjasama. Pasti yang 10,000 tu masih percaya.

Tapi jangan main-mainkan dia lagi kerana rancangannya masih kekal. Usah cemik dia sebagai yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Senarai itu masih ada. Tak percaya tengoklah senarai yang ada pada blog Ayer Lemuju sini.

Cuma sedikit saja perubahan. Dr Puad Zarkashi beritahu dia dah ditemui agen-agen Penternak, dan bercakap sendiri dengan Penternak Katak. Dia tak yakin dengannya dan diulang tak mahu semasa ditalipon di Taiwan. Hairan nama masih dalam senarai yang dikatakan.

Nampaknya kena ganti dengan Katak betul-betul untuk tukar kerajaan. Syarat Tok Him dia mahu jadi PM dan Penternak Katak boleh jadi Timbalan.

Tujuan Penternak Katak bukankah jelas untuk jatuhkan kerajaan yang kononnya ... (panjang sangat kononnya senarai sebab musabab)? Dia bukan niat nak jadi PM sangat kan? Hehehe ...

Husin lagi minat ada kodok banyak-banyak dari katak. Cucur kodok pun boleh.

Dunia dunia ... lagi untung jual orang dari jual unta. Wow!

20 ulasan:

  1. Tanpa Nama8:59 PG

    Sin,

    Patut la skrg musim hujan smalam.. byk katak dok panggil hujan...

    BalasPadam
  2. Sin,

    cuba, try, test....kasi katak perentah pulak...macam mana jadinya...

    BalasPadam
  3. Sin,

    Penternak katak dah kena badi katak, dia dah anti-katak sekarang.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama9:52 PG

    Tok Uban

    Hang dah tadah kena try ke?

    Blog hang ni dulu blog Kisah Esah pasal kehidupan seorang GRO.

    Typical orang PKR. Hehehe ... semua bebas.

    BalasPadam
  5. Husin Lempoyang,

    Ada potensi ke tambah biznes jual katak, di samping orang dan unta..?

    BalasPadam
  6. Best Husin cerita binatang pagi ni.

    BalasPadam
  7. Sin,

    Kat kawasan rumah cucu banyak katak membiak ... musim hujan, musim mengawan!

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama10:41 PG

    Katak bercengkerama macam biasa ikut fitrah masing2. DIa mula dengan bunyi kroak kroak ...

    Raja Katak bila bercengkerama kena "mengikut peraturan dewan nombor fasal, kurungan dan lain2 ... ".

    Penternak Katak bercengkerama tak ikut peraturan, itu pasal dia boleh ternak banyak katak. Semua katak dikerjakan.

    BalasPadam
  9. tak sabar nak tengok katak kat sarawak tu nak masukkan "Batang" kat lubang yang mana.... lubang belakang ke lubang biasa..

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama11:12 PG

    Betullah .. tok uban blog http://kisahesah.blogspot.com/.

    Haha orang PKR kaki GRO

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama12:36 PTG

    Sin,

    Pasal Puad Zakarshi tukar pendirian tak tahu pulak tapi yang confirm dalam senarai itu Kesebelasan Utama dan beberapa simpanan mengesahkan mereka akan berhijrah ke PAS dalam kes lompatan ini supaya Hadi Awang yang jadi PM bukan Bro Anwar Bin Ibrahim.

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama2:45 PTG

    Tuan Saudagar Unta;

    Tulisan tak lengkap. Tuan lupa ulas pasal:

    1. Lompat Katak.
    Hukum lompat katak - lompat sana boleh, lompat sini tak boleh.

    2. Warna-warna Katak
    Katak Biru, katak Hijau, katak mata satu, Katak roket.

    3. Taraf2 Katak
    Katak Bumiputra tegar, Katak Bumi tak mau Bumiputra, Katak bukan Bumiputra, Katak kafir.

    4. Specis Scientific Katak
    Kataki al-Juburi, Kataki Bulanus, Kataki keris, Kataki DAPius, Kataki BrahimAlius, Kataki Bota U-turn


    Akhir sekali, Katak mengawan dibawah bulan mengambang...Mau naik roket ke bulan



    MRSM Kalae Chepo 66/73

    BalasPadam
  13. Pak Husin!

    Tambahan fakta untuk Pandikar Amin Hj Mulia : Keluar PBS tubuhkan parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) di Sabah! Sekarang parti tu dah berkubur....

    BalasPadam
  14. Sorry lari dari topik.

    Maulidur Rasul Celebration Introduces New 'Perdana' Award

    PUTRAJAYA, March 2 (Bernama) -- The annual national-level Maulidur Rasul 1430H/2009 (Prophet's birthday) celebration next Monday will see for the first time a recipient of the "Perdana" Award.

    Unlike the five recipients of this year's "Tokoh Maulidur Rasul" Award who will receive cash of RM22,000 each, the recipient for the "Perdana" Award will receive RM50,000 in cash, a plaque, a certificate and accompanying trophy.

    This year's celebration will also see a mass procession by 100,000 participants including 430 high-powered motorcycles and 1,000 motorcycles below 250cc.

    comment:

    No,no,no !!

    No motorcycle procession, please. Ini kerja bodoh. Siapa punya idea lah ni. Mesti si Menteri Zahid Hamidi. Dia ni "high powered Mat Rempit" sampai sambutan Maulidur Rasul pun dia nak gunakan Mat Rempit. Tak betul, tak betul. Jangan jadi bodoh stupid.

    I will definitely instigate the rakyat not to support the govt.if they allow this to happen. It is not the right ocassion to show off their high powered motor cycles.

    BalasPadam
  15. salam tuan husin! ana ingat sama ente, satu lagi panglima katak akan muncul bila bapak mertuanya "step down" apalah lagi dia kalah kp pemuda umno nanti, inilah panglima katak pengkhianat terbesar bangsa melayu, tapi panglima katak nie tak malu ngaku orang ghombau walaupun dilahirkan di kuwait. ana ingat tuan husin kena jual panglima katak nie sebelum takhta kp umno jatuh ke tangannya, kalau tidak umno hancuss jadinya. salam kembali tuan husin.

    BalasPadam
  16. Insyallah DSAI akan jadi PM yang berwibawa..Amin..

    BalasPadam
  17. Sin,

    Perak bersidang bawah pokok....

    Laksamana Do re Mi jumpa kerajaan Pasir Berdengung, dok bawah pokok gak

    P.Ramlee mmg laaa futuristik

    ex-ROTU

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama1:55 PTG

    sin,

    perak dah jadi macam negeri pasir bedengung! buat mesyuarat bawah pokok angkara menteri fasola. mmg p ramlee dah nampak lama benda nie.

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama2:26 PTG

    Ramai-ramai perkasakan PERKASA. Jom kita ke sana.

    BalasPadam
  20. sin, ko tolong komen kerajaan pasir dua butir nizar

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.