Rabu, April 15, 2009

Cuti sekolah YB pening


Bila masuk cuti sekolah wakil-wakil rakyat kita, pening kepala. Tak kira ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri. Samada UMNO atau PAS atau PKR atau apa sekali parti, pasti pening. Mereka syok, YB-YB ni pening.

Mana tidak pening, banyak jemputan kahwin di kawasan. Kalau dua tiga tak ada hal. Ini main berbelas sehari.

Setiap rumah kena jamah makanan. Setiap rumah kenalah duduk barang setengah jam. Nak jalan dari satu tempat ke satu tempat makan masa. Kalau ada yang pejenis Majlis di dewan, itu lagi pening. Kena tunggu sampai habis. Di suruh tepung tawar.

Dari satu rumah ke satu rumah, nak kekal mesra pun satu hal juga.

Tapi yang pening sekali adalah wang nak kena hulur. Bayangkan kalau jemputan satu hari sampai 10, satu rumah kasi RM100, dah seribu. Dua hari minggu, mahu dua ribu.

Serumah tak boleh RM50. Bawah standard YB. Ada kala kalau rumah penyokong, kena kasi lebih.

Gaji YB banyak mana sangat. Claim saja lebih. Tak akan nak habiskan untuk derma kerja kahwin saja. Maka lain-lain YB ada trick masing-masing untuk mengurangkan kos.

Kebanyakkan YB akan pakai paket ang pau dan tak tulis nama. Bila dah campur dengan paket lain, tak tahulah YB kasi berapa.

Satu trick adalah dengan tidak memberi masa salam. Kasikan dalam poket baju Melayu tuan rumah terus. Kalau dia letak duit-duit sumbangan dalam poket bawah, ia akan bercampur dengan poket orang lain.

Kisahnya ada satu YB ni, dia pakailah taktik masukkan dalam poket. Cara demikian dapat dia mengurangkan kos. Dari RM100 sepeket jadi RM50 sepaket. Sudah puluhan rumah maka kuranglah kos.

Ada satu pakcik ni tahu taktik YB. Maka dia pun pakai baju Melayu yang tak ada poket bawah, hanya ada poket atas, untuk kenakan YB. Sumbangan orang ramai, dia pegang sendiri dan serahkan kepada anak untuk dimasukkan dalam kantung wang derma.

Bila YB sampai, dia dijemput makan. Selalunya adalah orang yang duduk sama melayan. Oleh kerana banyak rumah nak dipergi, YB makan sikit saja. Dia cuma jamah makanan dan berbual dengan yang melayannya. Dalam setengah jam gitu, dia pun nak beredar.

Ikut skrip dia, dia salam tuan rumah dan selitkan duit pada poket bawah. Bila nak selitkan peket yang RM50, baru dia sedar poket bawah tak ada.

Siul... kalau poket atas yang kosong, tahulah tuan rumah berapa dia kasi. Alahai ... cepat-cepat kasi dua sampul.

14 ulasan:

  1. taktik yang sedang dihidu oleh semua orang..hehe~..~

    BalasPadam
  2. Sulaiman Akhlakan3:25 PTG

    YB kita banyak buat kerja yang bukan tugas utama mereka. Mereka sepatutnya jadi lawmaker. Ini yang menjadikan susah untuk ana mengamal undang-undang di negara ini.

    Nasib ana ini peguam yang paling amanah. Semua harta Abdul Wahub yang diamanahkan pada ana diserahkan kepadanya. Kalau loyar lain, dia sebat semua harta.

    BalasPadam
  3. Biasalah bila menjelma cuti sekolah banyaklah "surat saman" sampai. Memang poneng kepala den !!
    Ini memang tak boleh nak blame YB!!

    Memang semua kena "pau" !! Sama ada ikhlas atau tidak saja !!!

    BalasPadam
  4. bakal menantu YB4:24 PTG

    Sin,

    jadi yang selalu tuan rumah kutuk pasal bagi sampul angpau kosong ni kereja YB le rupanya.

    siap le kau masa kenduri kawin anak YB nanti

    BalasPadam
  5. jawa peranakan5:08 PTG

    inilah antara budaya yang menyumbang kepada pembudayaan rasuah di kalangan ahli politik..

    gaji mereka tidak seberapa untuk menampung perbelanjaan sebegini maka alternatif yang paling mudah ialah dengan mencari duit tambahan melalui rasuah..

    aku rasa la..

    BalasPadam
  6. Pengundi5:21 PTG

    Jawa Peranakan

    ... lepas tu kita salahkan mereka rasuah.

    Mcam mana cara ahli politik pembangkang yang bukan yb hadapi keadaan begini?

    BalasPadam
  7. SIN KAU MEMANG LEGEND LA SIN!

    AKU MEMANG SUKA MEMBACA ARTIKEL KAU SIN!

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama7:55 PTG

    Rakyat ada saham dalam menyebabkan YB rasuah. Melampau sangat harapan kita dari mereka.

    zaihan

    BalasPadam
  9. Buat je persidangan parlimen atau DUN masa cuti sekolah, ada alasan tak payah pergi kenduri, dapat claim lagi kerana pergi bersidang.

    Tapi kalau kenduri atau majlis pada waktu malam, tak boleh nak elaklah.

    Kenduri hujung minggupun tak boleh nak elak.

    So, tak payah nak berebut jadi wakil rakyatlah.

    BalasPadam
  10. Kita minta KJ sarankan di dalam parlimen nanti supaya YB YB dikecualikan dari memberi angpau untuk semua majlis kenduri kahwin..

    Jika tidak diluluskan, YB YB semua perlu belajar dari KJ bagaimana mahu memberi angpau tanpa dapat dikesan oleh jawatankuasa kenduri kahwin yang mana satu angpau YB dan yang mana satu bukan angpau YB..

    Dengan cara ini walaupun YB itu bersalah tetapi di mahapkan..

    BalasPadam
  11. Nama Tanpa8:41 PTG

    Kah kah kah ... setuju kluangman

    BalasPadam
  12. WALK D TALK 09

    Keputusan dah dibuat. Itu hak Najib. Kita dah tak boleh buat apa lagi. Life must go on.

    That is what leadership is all about. A decision has to be made. Salah atau betul Najib sendirilah tanggong risikonya.

    Memang ada yang mempersoalkan kewajaran Najib melantik Mukhriz.

    Apa istemewanya Mukhriz?
    Jawapannya mungkin pasal kepala dia botak kut !!

    KJ terpaksalah gigit jari !!

    Kita lihat sajalah sama ada keputusan Najib ini akan membawa kepada kebaikan UMNO atau sebaliknya. Hanya masa akan menentukannya.

    Sementara itu KJ tidak perlu melatah. Dia kenalah memperbaiki persepsi rakyat terhadapnya.

    BalasPadam
  13. Nasib baik aku bukan YB.. Bagi RM10 pun cukuplah

    BalasPadam
  14. tumpang sekaki.....3:35 PTG

    asalkan dia ikhlas dah la Pak Husin..... 50, 100, 10, 20 ape2 aje, tak kisah... jgn bagi paket kosong dah ler....

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.