Khamis, April 23, 2009
Dikantul nak mulakan spin
Semasa media dipegang oleh jari jemari Kalimullah, Brendan Pereira, Kamal Khalid dan lain-lain, tingkah laku mereka betul anih.
Media perdana kuat betul spin - memutarbelit, menipu atau sembunyi fakta - dan tidak seimbang dalam laporan, tetapi mereka dilihat menyokong dan mengaku memperjuangkan keterbukaan dan kebebasan berakhbar.
Dalam dibenci media yang sedemikian, kena hargai bukan senang nak spin cerita. Ia satu seni yang halus. Kalau tidak pandai dan ditangkap orang ramai, hilang kredibiliti dan pembaca lari seperti yang terjadi pada Muslim Mullah Hindu God dan Brendan Pariah.
Ini yang media perdana sedang cuba dipulihkan.
Bagi media kiri atau alternatif dan media luar nampaknya urusan seperti biasalah. Benda tak kata dilapor ada berkata dan ada cuba melaga-laga. Ana tak marah mereka kerana itu kerja mereka. Itu juga kerja sesetengah blogger (he he he ...)
Masa dulu boleh media perdana buat kerja macam itu dengan terbuka.
Namun begitu, jangan salahkan orang lain. Kenalah bijak dan cekap dalam menangkis usaha untuk spin. Tak boleh leka.
Ini kisahnya dalam satu press conference seorang Pak Menteri. Biasalah keadaannya yang agak-agak berebut-berebut dan masing-masing tak menyabar nak ambil gambar dan tanya soalan.
Dalam keadaan macam huru hara dan nak cepat inilah keluar soalan cepuk mas yang boleh mengena Pak Menteri yang menjawab atau salah jawab.
Ada satu wartawan bertanya, "Menurut sumber-sumber tertentu ada ... Apa komen Pak Menteri?"
"Sumber apa itu?" ditanya Pak Menteri. Kalau tak tahu sumber, tak tahulah apa yang nak dirujuk untuk komen.
"Pendapat orang ..."
"Orang yang mana satu memberi pendapat? Boleh sebutkan nama atau nama-nama?"
"Orang ramai, Dato Seri."
"Itu banyak sangat. Bila awak sempat tanya ramai orang? Kalau awak buat survey, kena sebut nama laporan survey. Tahulah saya nak rujuk untuk jawab.
"Baiklah, orang ramai mana yang awak maksudkan?" ditanya Pak Menteri lagi.
"Rakyat."
Lagi kena media kiri itu dengan Pak Menteri, "Wah hebat awak. Kelompok rakyat mana awak wakili? Saya pun hanya wakili rakyat kawasan Parlimen saya saja."
Tersipu langsung tak tertanya wartawan yang cuba hendak meletakkan kata-kata dalam mulut Pak Menteri.
Kalau dijawab, nanti medianya akan laporkan sebagai kenyataan Pak Menteri dan bukan menjawab satu perkhabaran.
Wow! Kalau banyak Pak Menteri macam ini, susahlah ana mahu jual orang. Jual unta saja laa ... Rindu kat Sadik Sigaraga.
Baguslah tu sesekali kena. Buat peringat supaya lebih tepat dan guna istilah betul dalam bertanya.
BalasPadamApa jadi dengan si tiga samdul ni?
Yang lebih menyakitkan telinga, katanay yang ganti Kamal Khalid iaitu Rahman Sulaiman adalah dicatur oleh proxi tingkat 4.
Dua dari staf Kamal Khalid akan dikekalkan.
Saya memang fed-up dengan laporan yang tidak berfakta dan permudah. Ianya hanya mengelirukan dan melarikan kebenaran.
BalasPadamMasaalahnya orang Malaysia tak kritikal dalam membaca berita tetapi suka dengan teori konspirasi, fitnah, dan tomahan.
Sering kesimpulan yang dibuat adalah berdasarkan andaian yang tidak dapat dipastikan.
Itu yang aku lebih suka baca satire kamu. Dah tentu tidak kadang2 dongeng dan kadang2 buat2 cerita.
Kamu tidak mengaku benar. Mereka mengaku betul tapi banyak dongeng dan putar alam.
Walaupun kamu belasah orang kadang2 terlalu teruk, aku tak kisah. Apa namanya blog kalau tidak sedemikian.
Yang bagus tu, satire kamu ni ada mesej yang kamu cuba sampaikan. Teruskan, Sin!
Ruzaidah Osman
Kertih, Pahang
Hehehe ... masa sadik sigaraga sentiasa ada yang lucu kelua dr mulutnya.
BalasPadamEra itu memang cemerlang. Ianya akan hilang dalam lipatan sejarah dan muga tidak terulang lagi.
Ingat dan jangan lupa himmah ini ... kekeke:
Cemerlang, gemilang dan terbilang!
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamPAS, DAP dan Keadilan sering membising mengenai kebebasan akhbar, dan mengutuk hina Utusan Malaysia.
BalasPadamAdakah Harakah, Siasah, Rocket dan Suara Keadilan benar2 professional dalam laporan mereka?
Agak berapa billion BN boleh buat saman akhbar kiri ini semua???
Pemberita pencen
pemberita pencen,
BalasPadamharakah,suara keadilan atau roket adalah akhbar milik parti politik..kalau UMNO nak..buat suratkhabar UMNO sendiri..bubuh nama Dacing ka apanama..
Utusan atau Berita hairan adlh akhbar nasional atau MSM,bukan akhbar UMNO..ada paham ka??
bukan pemberita
Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. (Sila baca petikan berita di bawah)
BalasPadamPersoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?
Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:
1. Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
2. Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
3. Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
4. Dimanakah Prowaris?
Apa lagi yang Najib tak lakukan?
Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.
Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.
Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.
Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.
Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamSin,
BalasPadamApa UMNO perlu adakan "YEAR ZERO"?
Pol Pot Abad Ke-21.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamSin...
BalasPadamPerpatah dulu ada mengatakan.. " Mata pena lebih tajam dari mata keris".
Sekarang.." Key Board Computer lebih bisa dari Type Writer" .
Sebaik-baik pena ialah yang menikam lubuk hati untuk mengenal tuhannya.Menulis semata-mata mencari kemasyhuran dan ketaksuban orang hanya perhiasan dunia yang palsu. Jadilah blog sebagai amal jariah seperti Imam Ghazali mewasiatkan kitab-kitabnya. Don't cook too much.
BalasPadambkn ke Pakatan Rakyat ni nk kan kuasa yg sama dan adil antara semua rakyat dan kaum..nak kan DEB dimansuhkan...baik LGE,khalid ibrahim dan ramai lg yg nk kan nya..bila da x bg kouta pd org melayu, penyokong2 PAkatan rakyat ini terus2 jgk menyalak...da bagi mkn pun menyalak lagi...apa la..ckp x serupa bikin..mcm anwar jgk...asyik menyalak aja
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam