Selasa, April 21, 2009

Kenapa Nizar tak ada tanda alim?


Masa pilihanraya kecil Bukit Gantang, kebetulan masa masuk magrib di satu Masjid si Nizar berada di tempat sama dengan pesaingnya Ismail, MB Zambery dan lain-lain. Lalu mereka sembahyang jemaah sama-sama.

Nizar terus kedepan jadi Imam. Lepas tu dia baca doa Nazilah (kalau tak salah namanya) yang orang PAS suka baca panjang-panjang. Dia 'rampas mikrofon' dan bersyarah. Lepas itu, jadi isu kempen. Tahulah orang politik.

Ana tahu Nizar ini sebahagian kumpulan aktivis Islam, Suara Islam yang lebih radikal dari kumpulan Islamic Revolutionary Council (IRC) semasa dia belajar di England. Tapi ana kata dia tidak ada tanda orang alim.

Bukan pasal dia suka menunjuk-nunjuk mengetengahkan diri depan orang ramai nak jadi Imam sembahyang. Bukan pasal dia suka rampas mikrofon untuk bersyarah walaupun tak kena tempatnya (seperti lepas SPR menang PRK Bt Gantang).

Nak tahu, baca cerita pasal sahabat baik yang macam abang adik dengan ana, berikut:

Sahabat ana ini hitam. Memang sungguh-sungguh hitam. Samy Velu pun tak sehitam kawan ana. Mulut dia macam "sial". Orang Melaka kaki mencarut.

Hitamnya hitam manggis. Di luar hitam di dalam manis. Hati dia baik, be.

Lama ana tak berjumpa, rindu padanya. Entah di mana dia. Paling-paling pun, Insya Allah, kita jumpa di akhirat.

Masa mudanya, dia kuat mengembara. Pernah dengan duit seribu, dia boleh menjelajah sampai ke Eropah. Sebelum meneruskan cerita, kita panggil saja sahabat ana ini si Hitam.

Dalam satu pengembaraan hidupnya, Si Hitam berada di India. Dalam keretapi menghala ke satu destinasi, terjumpa satu orang India yang boleh cakap omputih. Mereka bertegur sapa dan jadi kawan bual untuk menghabiskan masa.

Orang ni bertanya pada Si Hitam, "Are you Muslim?"

Si Hitam jawab, "I am."

Orang ni menafikan, "No, you are not. I am a Muslim, but you are not."

Si Hitam fed-up. Seperti biasa pe'el dia, hatinya sudah menyumpah haram jadah si Koling ni. Dia bertanya, "How come?"

Si Koling ini menunjukkan kepada dahinya yang ada bekas hitam dan berkata, "I have this prayer's mark. You do not have. So, you are not a Muslim."

Lalu Si Hitam kata balik, "I think you are not a Muslim."

"Why did you say that?" Terpegun si Koling Hindustan yang kulit dia agak cerah Bollywood.

"I am a Muslim. I have prayer marks all over my body. My whole body is praying ..."

Ternganga si Koling itu kena dengan Si Hitam.

Dari cerita ini, Nizar tak cukup tanda hitam.

Itu buat jenaka, tapi Nizar adalah masaalah serius. Malas cakap, tapi kena cakap. Muga-muga dia sedar dirinya yang lari melencung.

Ada masa kempen di PRK Bukit Gantang, dia boleh pergi kedai Cina dan masak kuew tiaw yang Cina masak. Tak terfikir ke dia kuew tiau Cina ada sosej babi. Tak caya, pergi tanya Mustafa Ali yang macam nak muntah lari keluar kedai Cina.

Itu kotor fizikal yang boleh cuci atau samak. Bayangkan bila orang bukan Islam mula ambil mudah amalan orang Islam dengan alasan "Nizar boleh, apa pasal lu tak boleh."

Bagaimana pula pendiriannya berkenaan tanah 999 yang Mustafa Ali pun tak setuju. Sudahlah tersilap dan ditegur dalam PAS, masih lagi dia janjikan tanah 999 tahun kepada Cina Kuala Sepetang.

Ada pula tanah untuk pejabat ugama diberi taukeh Cina.

Nizar berbohong dalam DUN menafikan PAS memperjuangkan negara Islam. Dia pertahankan gereja guna istilah Allah tanpa memikirkan mubaligh Kristian boleh putarbelit sesatkan orang Islam.

Dia kata DEB tidak mendatangkan hasil tapi dia sendiri belajar England dan dapat kontrak kerajaan dan syarikat kerajaan sebagai Engineer atas keistimewaan DEB.

Pasti ada hujah defensif atau kritikan balas kawan-kawan Pakatan Rakyat. Mungkin betul dan mungkin salah. Bagi si Nizar ni, harap PAS tidak pilih Munafiq Erdogan ini sebagai Naib Presiden.

Malangnya, PAS sekarang bukan macam PAS dahulu.

64 ulasan:

  1. Malangnya, PAS sekarang bukan macam PAS dahulu

    Serupa juga UMNO sekarang bukan UMNO dulu

    Pendek kata pi mai pi mai tang tu !!

    BalasPadam
  2. salam tuan hussin,

    tu la masaalah orang pas apabila hanya mrlihat diri lebih baik dan alim dari orang lain... takbur bongkak namanya tu..warisan sifat iblis..

    BalasPadam
  3. Si husin lempoyang,

    Orang jahil akan baca tulisan anda dengan takjub. Orang yang faham Islam akan baca tulisan anda dengan gelengan kepala sambil berkata `kalau jahil pasal Islam jangan banyak berkata2, akan menampakkan kebodohan sendiri pula'.

    BalasPadam
  4. babi dah tak jadi masalah kpd nizar

    keluarga dia asal drp sana. nama dia kan chan ah chong

    BalasPadam
  5. kpd hlekir

    tok sah dok berlindung di sebalik imej islam

    org pas hebat camna pun,letak betina sorang kat depan,akhirnya 'terjun' juga ke dalam lubang tu dan seterusnya melakukan kerja 'korek mengorek'.

    nak berlakon tunjuk baik konon...pirahhhhhh mabuk

    pas sekarang dah bukan mcm pas dulu. pas sekarang PAS JAHIL

    BalasPadam
  6. Jahil-jahil orang PAS tak macam Orang UMNO, jahil murakkab

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama10:54 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama11:26 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. Mungkin pada pandangan PAS orang Islam boleh tolong masak daging babi tapi makan tak boleh !!Maklumlah dah bergabong dengan DAP semua boleh tukar !!

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama11:45 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama11:48 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama12:03 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama12:14 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  15. Anti Werewolf12:16 PTG

    Abu Siok Nurul Izzah At-Tipu Janji

    Sudahlah PAS. Jangan nak perasan holier than thou.

    Brader aku berniaga di kelantan pun dia orang pau.

    Dahlah tu, pau dalam masjid dan mintak halalkan.

    Mana ada rasuah yang halal?

    Masa pemilihan mereka ni, ngakulah sesama perwakilan pun ada mintak2.

    Paling kurang mintak doa pada kismis biar pandai. Rasuah pakai doa kau!

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  17. dah insaf12:23 PTG

    blog mu mmg hampeh,lebih kpd fitnah,langsung tak beretika

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama12:41 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  20. DashShengKoro2:27 PTG

    Aha...puak IRC..puak perasan hebat..
    Sekapal lah dgn Ir Amiruddin tu...
    Kalau betina, boleh dipanggil puak ketegark bijik...Serba halal, bila memihak kepada mereka..Wal harum bagiku, wal haram untuk mu..

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama2:32 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  22. sumber cerita yang di reka oleh encik husin sumbernya tak kukuh dan boleh dipertikai.

    umno dulu sikit sikit rasuah.umno sekarang berlambak lambak rasuah. dulu dan sekarang sama sahaja

    BalasPadam
  23. yA Allah.. Kau ampunkan lah dosa Saudara Husin dan juga dosa kedua ibu-bapanya!

    amin!

    BalasPadam
  24. jawa peranakan4:50 PTG

    bro..
    ada 3 sumber ilmu..
    1) AlQuran
    2) Sunnah
    3) Tak Tahu

    yang ketiga tu maksudnya kalau kita tahu yang kita ni tak tahu maka adalah lebih berilmu daripada org yang memang tak tahu tapi dia tak tahu pun yang dia tu tak tahu..
    lebih malang lagi jika dia tahu yang dia tu tak tahu tapi dia terus buat2 tahu..

    itu sebabnya islam menyarankan,jika kita tak tahu, baik kita diam sahaja..dalam pada itu berusaha untuk cari ilmu supaya tahu..

    TAHU?

    BalasPadam
  25. Sin,

    Ramai pengunjung kau ni tak faham maksud satira lah. Dia orang tak faham sindirin engkau.

    Orang melayu ni dari dulu lagi asyik nak berkias sahaja, tak nak cakap direct. tu yang ramai orang-orang baru sekarang ni tak faham cerita kiasan

    Walaubagaimana sekalipun (cikgu sains aku dulu tak suka guna perkataan ni, membajir waktu je tulis panjang-panjang kata dia), aku tetap suka blog engkau, unik dari yang lain.

    Yang peliknya satira "P**IM*K" karya Allahyarham Shahnon Ahmad dulu diorang suka dan tak kutukpun.

    Manusia dua alam.

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama5:14 PTG

    org PAS guna Islam tapi hambat duit balak utk kepentingan diri dan parti, kawe tgk ramai kat klantan ramai camtu, nak tahu cuba intai2 kat kantin kota darul naim (SUK office) selama seminggu, situlah hang boleh kenai betapa hapraaknya pengejar taik/daki dunia ni, kopiah dan dahinya hitam melengit tapi asyik dok kecek,

    'kalulah kawe boleh tanah balak hok kawe mitok nih mercedes barulah kawe pakai'

    piirah, PAS guna Islam dan ayat quran akhirnya tertipu dgn daki dunia, lebih dahsyat dari puak UMNO yg memang ahlul-dunia dari awal2 lagi, aku tak ralat sbb identiti mereka tak berpura-pura guna Islam, yg dulu masuk syurga adalah ulamak2, juga yg dulu masuk neraka jugalah ulamak dah nampak dah akan kebenaran hadis ni.

    Boleh tanya aku secara detail akan perangai ahli2PAS yg taik dunia ni kat Kelantan, hancuur, ada tu guna Yayasan Perihatin la minta tanah balak, ramai broker2 yg melilau kat K.lumpur mencari pembeli(tokey2 cina) tanah balak,bila tanah balak diluluskan oleh tok guru. Kenyanglaa broker dan taik2 dunia ni ambek komisyen, tokey2 plak sbg tanda jadi bank-in dulu 1 @2 Juta.
    Adik aku lawyer puak2ni tau sangat pe'el sang kopiah/dahi hitam laparkan tanah balak, cina spura pun ramai yg beli tanah kat kelantan pakai nama puak2 nih.
    Jual negeri woo, tapi tak pa solat jgn tinggal, mlm2 dgr ceramah, siang2 dok melangut kat kantin SUK cari line, ptg2 dok lepak kat kopi haus ala kelantani.

    Bila kiamat semakin dekat kita dah tak kenai yg mana musang berjangut, yang mana kucing bertanduk, itulah hikmah Allah nak extract yg benar2 terbukti syahadahnya dgn yg palsu.

    Jaga2 akhir dunia ramai yg nak menzahirkan baik2 saja demi utk kelebihan dunia, ramai yg baca quran tapi hancurr/gelap qalbunya, rammai yg nak nampak baik tapi lepa tengok dahi licin plan ala sunnah-rasul tapi hati plan tanah tiga segi sekangkang katil.

    Takbiir

    anti tok guru palsu

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama5:45 PTG

    Satu fakta yang orang Melayu UMNO lupa ialah orang Cina lebih ramai yang Islam jika dibandingkan dengan orang Melayu.

    Kat Cina saje ade lebih 60 juta orang Cina Islam. Kat M'sia ada brp juta je?

    Jangan mudah nak stereotype orang Cina tu bruk sgt jika dibandingkan dgn orang Melayu. Bagi Islam semua nya sama. Hanya Yahudi Israel je yg mengaku dia paling hebat.

    http://nmjnh.wordpress.com/2008/08/09/anugerah-allah-untuk-rakyat-perak/

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama5:56 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  29. Sapa nak baca lirik rozal, sila pergi sini http://lirikpolitik.blogspot.com.

    Sampai spamming berkali2, ana kena buang semua sekali.

    BalasPadam
  30. hangkui jaya9:02 PTG

    apelah punya magkok ayun kau orang ni..
    nikan blog lawak dan sindiran..
    kalu tak tahan jaganlah tengok..
    pergilah berambus..

    BalasPadam
  31. NMJH, SAPA KATA CINA TAK GUNA? SAPA KATA CINA CELAKA? SAPA KATA CINA KUAT MAKAN BABI? SIAPA? SIAPA?

    BAGI AKU CINA KE INDIA KE MELAYU KE TAK PENTING, KITA ORANG MALAYSIA!

    TAPI SEBAGAI KAUM YANG MAJORITI, YANG MINORITI KENA HORMAT LA KAN?

    ITU AJE! CAKAP PAKAI AKAI LA!

    BalasPadam
  32. Burung Jambul9:31 PTG

    Sin,

    Di kedai 4D pun ada jugak yang dahi hitam pasal kerap sangat tepuk dahi pasal miss nombor yang dibeli .

    BalasPadam
  33. Tanpa Nama10:21 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  34. Yang patut kita dok fokus dan terbei ialah puak kafirun, tapi hampa dok bedai sesama muslim..

    what hepe...

    BalasPadam
  35. Ana sangat setuju dgn ante ya habib! LUCU JUGA CERITA SI HITAM!

    Org seperti Nizar dan kebanyakan seperti mereka dahulu Amiruddin, Abu Urwah, Khalid Samad ..... semua nya Engineer konon....LUPA diri kalau tak ada DEB tak ada langsung harapan nak belajar di UK.

    Kalau Suara Islam si Nizar itu, banyak cakap dari bikin saja beb! Ana dah lama kenal mangkok hayun jenis munafiq jiddan ini! Kalau tak percaya tanya lah berapa sumbangan yg dia orang sapu bersih semasa jadi student di UK? Brader Arab kita ingat dia orang pejuang Islam tetapi menjual Islam! Murah murah murah!

    Kalau setakat bercakap mengenai Islam, lebih baik Sheikh Ahmad Dedat dari pengecut-pengecut PAS & PKR dgn DAP atau orang-orang kafir di Malaysia ini. Setidak-tidaknya Sheikh Ahmad Dedat bertanya, "What is your contribution to humanity, O Christian brethens? The answer is nil since everything is salvation!
    (dgn izin ya habib berbahasa Inggeris sekejab maklumlah lulusan UK macam mala-ngun Nizar tu!)

    Jangan harap orang macam ni nak bertaubat atau nak muhasabah diri - memang masa Suara Islam dan IRC dahulu mereka-mereka inilah yg SOMBONG dan tak boleh diajar!

    Ana harap Org Melayu tak akan dapat menerima cara mereka meraih kuasa politik! Lepas ini jangan kata tanah dia nak gadai, org Melayu dalam PAS & PKR pun dia jual hidup-hidup, murah murah murah.......

    BalasPadam
  36. Tarak baca punya UMNO. Makanpun cina suap, lagi bising cina dapat tanah.

    BalasPadam
  37. Tanpa Nama3:58 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  38. berasiam4:09 PG

    Speaker DUN Perak tu pun macam si Hitam dalam cerita ni juga, patutlah orang PAS punyalah pertahankan dia. Tapi Zambery anak Kadir pun tak kurang jugak dalam skala tu, tak pula orang PAS sokong dia. Pelik jugak tu.

    BalasPadam
  39. Tanpa Nama7:27 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  40. Jamal Pak Tongkol8:06 PG

    Anon 10:21

    Sebelum komen kamu dibuang pasal tak ada nama samaran, sejak bila Husin tak jual orang?

    Baru masuh sini ker?

    Sin,

    Peduli komentar ni, buat hal kamu. That is what made you popular. Bila kamu tegur pemimpin UMNO, dia orang tak tegur.

    Sejak bila pemimpin PAS ini maksum sampai tak boleh ditegur. Saidina Abu Bakar sedia ditegur.

    Lebih besar Nik Aziz dari Abu Bakar ker? Akhir2 ini dia menyesatkan.

    BalasPadam
  41. Local Fighter8:25 PG

    Salam Sin,
    Sepertimana yg kita tau, pengkritik2 tetap ko ni mmg sudah taksub tahap deva anvar berahi. Kalo pembesar2 diorg ni makan babi pun diorg tetap halalkan. Macam lah ko tak tau sin!!

    Kita tak anti Cina. mmg diorg menjadi sumber ekonomi negara. tak bleh dinafikan.

    Yang kita tentang ni ialah org2 yg mmg terang2 anti kpd Islam. Nape kita sokong org yg berak atas bendera malaysia (lim kit sial) masa tragedi 13 Mei masa berarak menang di Chow Kit?

    Kes Lina Joy sapa peguamnya? Anak Karpal Sigh no. 2 Jagdeep Singh Deo pnyer kompeni.

    Org yg ckp ' bullshit malay' masa demonstrasi Hindraf pun disokong PAS. Org PAS ckp apa bangsa2 ni! Rasullah pun berbangga (bukan takbur) dgn bangsa Arabnya.

    Nak wat camne Sin, PAS dh pilih jalannye. Lebih sanggup kawan dgn musuh Islam utk jatuhkan saudara seIslam.

    Kita tgk je apa puak2 PAS ni boleh bagi JASA kpd umat Islam kat Malaysia ni. Ada ker Sin..?

    BalasPadam
  42. DashShengKoro8:38 PG

    Ya AbuArif,
    Puak IRC ni sememangnya puak perasan hebat. Puak ni sebenarnya puak yang rimas dgn puak PAS. Dulu, bagi mereka PAS parti kampung. Depa mana mau...Depa kan intellect.. Ego cukup tinggi... Tak caya tengok..Dia nak habaq jgak kat org dia mampu pakai Camry, dia tak let go..Dia nak beli jugak...Ego la tu..
    Puak ni senang aje nak identify..Opportunist.. Malangnya orang kampung ramai tak tau..Pasal nampak puak ni rupa cerdik, orang kampung sokong bagai nak rak.. Tau sajalah orang kampung..Tengok saja boleh baca khutbah, hebat gila la...
    Ir Amiruddin salah satu breed IRC. Khutbah cakap lain, in reality dia buat kut lain.. Tapi puak PAS pondok, tetap terpegun..
    Too bad.....

    BalasPadam
  43. Pas Pis Puss9:11 PG

    PAS ini patut diharamkan sajalah.

    Tak boleh ditegur dan tak boleh dilarang.

    Disindir saja, macam2 kata nesta dikeluar dari mulutnya.

    Dikritik lagi tak setuju dan mulalah dia salahguna kata2 tuhan dan rasulullah untuk memutarbelit fakta.

    Polis tangkap, dia kata salah guna kuasa.

    Mahkamah buat hukuman, dia kata tak adil.

    Dengan Sultan, dia derhaka.

    Kalau tak boleh hormati, baik suruh orang PAS pindah ke Afghanisatan dan ikut Taliban yang tak ada undang2 dan peraturan, main tembak bunuh.

    Baru dia tahu apa itu aturan.

    BalasPadam
  44. Pak Husin

    Saya letih tengok orang dok jaja ayat suci Al-Qur'an untuk kepentingan politik.

    BalasPadam
  45. quote="Nizar terus kedepan jadi Imam. Lepas tu dia baca doa Nazilah (kalau tak salah namanya) yang orang PAS suka baca panjang-panjang. Dia 'rampas mikrofon' dan bersyarah. Lepas itu, jadi isu kempen. Tahulah orang politik."

    1. apasal doa tu untuk orang PAS saja kah?, ada ka Doa Nazilah? Qunut Nazilah adalah, lain kali buka kitab jangan main hentam.

    2. saudara fahaman apa? mainkan ugama saja?

    BalasPadam
  46. Tanpa Nama10:07 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  47. Yang aku paling seronok ialah Usin buat lawak tapi puak hat satu lagi dok rasa tak kelakar.

    Depa ni dah hilang sense of humor !!!

    BalasPadam
  48. Si Yob10:38 PG

    Ikut cerita kamu Sin, orang paling dalam dunia adalah Sivakumar.

    Sebagai orang alim, maka dia berkuasa untuk gantung orang sesuaka hati.

    Nizar berguru dengannya.

    Cuma Sivakumar ni ugama sesat dan Nizar ikut sesat.

    Mereka di remote control oleh Ngeh yang tak ada tanda hitam di mana2 pun.

    BalasPadam
  49. Hasan Tempeleng10:50 PG

    Sin

    Dari yang sikit2 kau tulis, aku rasa kau lebih tahu apa yang berlaku dalam PAS dari kebanyakkan penyokong buta PAS yang cepat naik angin dari memberi komen di sini.

    Pasti mereka ini putih melepak macam Ngeh dan Nga.

    BalasPadam
  50. Tanpa Nama11:56 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  51. 'Ostad'2:04 PTG

    Tau dak pasai apa...Pasai depa la ni dah rasa cukup hebat..Depa rasa kemenangan sudah hampir..Depa rasa depa cukup bertanjak untuk menegakkan hukum Allah..

    Hakikatnya, depa dah mula jadi confuse.. Sesama mereka pun dah mula duk berbalah.. Pandangan individu lebih penting dari syura.

    Dalam nak melaksanakan Islam pun, depa dah mula rasa was-was..takut terluka pulak kawan Dap sediada..Lastly, depa putar pula dgn ayat ayat Quran supaya menghalalkan cara mereka.

    Tapi, puak ni puak tak guna. Lagi ditegur, melompat bagai kera kena mercun..Ilmu yang ada, tak boleh dipertimbang dgn akal yg sempurna..

    Bersembunyilah mereka dgn jubah dan lebai yg ada.. Haram duk serupa tu jugak...Jenih specis biskut Marie..Skali rendam..pakai habih pi..

    BalasPadam
  52. Tanpa Nama8:21 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  53. Ruginya Aku8:58 PTG

    Kalau aku Cina yg kaya raya dh lama aku balik China.

    China bukan mcm tahun 50-an

    Sekarang China dah maju, banyak big city. Massage centre pun banyak. Amoi2 cun service baik punya, (murah2).

    Apala korang? Duit Malaysia masih ada nilai gunakan sebelum susut.

    BalasPadam
  54. Tanpa Nama6:01 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  55. betul tu sin, tak caya tengok sini..

    BalasPadam
  56. Tanpa Nama10:55 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  57. Tanpa Nama11:15 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  58. Anon 11:15 am

    Kalau ente letak nama samaran, ana tidak buang komen.

    Ana sudah tulis dalam kotak komen berikut:

    Tinggalkan ulasan anda

    Ana mohon ente semua untuk sila letak nama, betul atau samaran, pada komen ente supaya mudah kita berinteraksi. Jangan marah komen yang "Tanpa Nama" terpaksa ana buang. Kalau marah, nanti kena jual.

    Bukan pasal takut atau apa ...

    BalasPadam
  59. Tanpa Nama8:41 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  60. Tanpa Nama11:08 PG

    tanda hitam didahi adalah tanda yg menunjukkan seorang itu x menghayati cara2 bersolat.Sujud adalah sekadar sentuhan ringan antara dahi dah tempat sujud.Walau sebanyak mana pon seseorang bersujud tidak melekatlah tanda hitam di dahi.Jadi tanda hitam didahi bukanlah tanda yg menunjukkan seseorang itu muslim @ tidak.

    org kg...

    BalasPadam
  61. Tanpa Nama11:23 PG

    Syeikh Ibn ‘Uthaimin r.h berkata:

    “Ia bukan tanda yang boleh dihasilkan oleh orang soleh, tetapi ia seperti cahaya yang menyerikan wajah, menenangkan hati, memperelokkan akhlaq dan sebagainya. Mengenai kesan sujud pada muka seseorang, kadangkala pada muka orang-orang malas solat pun ada. Perkara ini berlaku disebabkan kulit yang sensitive. Begitu juga sebaliknya, orang yang bayak mengerjakan solat langsung tidak ada tanda di dahinya.” (Rujuk Fatwa-fatwa ISLAM, jil. 1, ms. 484)

    org kg..

    BalasPadam
  62. السلام عليكم ورحمة الله
    Saudara Husin Lempoyang.

    Ana sedang ' semak ' blog enta dan ana dah ' tayang ' dalam blog ana jugak. Bagi orang lain ikut baca. Nampak gaya ada kelainan ....

    Tapi ingat, jangan pulak orang lain jual enta ! He he...

    BalasPadam
  63. Terima kasih elbi risalah dan semua yang meletakkan pautan di blog masing2.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.