Sabtu, April 18, 2009
Peraduan Cantik 1Malaysia
Bersempena dengan perlantikan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, satu pertandingan ratu cantik telah diadakan. Tema peraduan ratu cantik 1Malaysia adalah Unity in Diversity (Perpaduan dalam kepelbagaian).
Setelah 3 kali pusingan meragakan pakaian dan maju mandi, 13 peserta telah ditapis menjadi tinggal 5 orang. Bagai diatur maka 5 finalis terdiri dari lima kaum utama negara ini.
Pusingan akhir yang bakal menentukan adalah kemenangan adalah pusingan kecerdasan akal. Setiap peserta akan ditanya soalan yang sama. Mereka menunggu giliran dalam bilik sound proof supaya tak tahu soalan terlebih dahulu.
Peserta yang pertama adalah wanita kaum India, Sonia. Berasal dari Kuala Lumpur dan mendapat pelajaran di Sekolah Tamil Brickfield. Soalannya adalah sebutkan tiga buah buahan yang bermula dengan huruf "L". Wanita pertama menjawab, "Lemon Laichee Longan."
Yang kedua adalah wanita Melayu kacukan dengan Jerman, Maria. Banyak menghabiskan masa di luar negara dan kini seorang pelajar dan peragawati sambilan. Bila ditanya, dia menjawab, "Uhmm ... Limau, Langsat, dan Lai."
Ketiga pula peserta dari Sabah seorang kaum Kadazan, Cindy Guntingan. Seorang kerani dari Kota Kinabalu. Putih melepak. Dia agak nervous, "Limau, Langsat ...." Cuma dapat dua.
Selepasnya, peserta kaum kacukan Iban berbapa Cina bernama Margret Sng. Sebagai seorang pramugari, dia menjawab buah-buah antarabangsa yang boleh dijumpai di Malaysia, "Lai, Laici, Longan."
Akhir sekali peserta kaum Cina dari Taiping, Strawberry Chan. Mendapat pendidikkan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di Ipoh.
Antara banyak-banyak peserta, dialah yang paling bersungguh-sungguh mahu menang. Tak tahu siapa dia goda tapi dia sudah tahu soalan. Dia mahu menyerlah dan merancang memberi jawapan berlainan dari dijangka.
Juruacara pun tanya soalan 3 buah bermula dengan L. Dengan penuh yakin, dia menjawab, "Flut numba 1, lulian. Flut numba 2, lambutan. Flut numba 3, luku-langsat ..."
Tak apalah. Asal lepas peraduan, dia untung boleh dapat sugar daddy.
Untuk peraduan depan, kena dapatkan Penasihat Ethos Consulting untuk buat KPI bagi peraduan ratu cantik 1Malaysia. Biar nampak macam Perpaduan dalam Kepelbagaian, supaya tak sedar Cacamarba dalam Kesamarataan.
Woooooooooooooooowwwwwwwwww yg ni kelakar SIN,,,,, lebih baik jual org dari jual unta SIN,,,,,,!!!
BalasPadamNi biar betul, kalau mcm tu sudah tentu Datin Sri Rosmah pengadilnya.Datuk Sri Najib sudah tentu disuruh main jauh2. Kalaulah macam ni sudah pasti Datin Sri adalah orng pertama yang akan menentang 1 Malaysia yang hendak dilaksanakan oleh Najib.
BalasPadamAku perasan slogan 1Malaysia ini mula keluar dalam blog DSN yang dikendalikan oleh Ethos Consulting.
BalasPadamAdakah Omar Ong, operative Khairy dan Tingkat 4 akan menular balik masuk dalam pejabat DSN?
Baik2 DSN, Omar Ong ini lebih kurang sama dengan Khairy dan Anwar Ibrahim.
Gunting dalam lipatan.
Perasan
ni dah jadi macam2 malaysia daaa..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadampeh bukan main sakan Datin Seri RM boleh kata tiap2 malam ada news dalam Buletin Utama Tv3...pehh..ada makna ker???
BalasPadamkah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kahh lawak...lawak..lawak
BalasPadamnasib baik dia tak jawab buah wak...lu
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamBila mahu samalata tapi tak mahu sekolah sama, inilah yang jadi. Cakap bahasa kebangsaan pun tak tahu.
BalasPadamkelakar..wa bagi lu lima lintang..
BalasPadamOng, Ong, Ong, kalau itu Ong ada, pentadbiran Najib tada Ong oo..
BalasPadamsumber: Tukang Feng Shui Damansara Heights.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamPlease read the truth about situation in Perak here, this story is from the Perak officials!
BalasPadamhttp://parpukari.blogspot.com/2009/04/perak-truth.html
Dei Parpukari !
BalasPadam'Please read the truth about the situation in Perak ' What? the truth coming from you ?
You must be joking !
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamPak Blalang
BalasPadamTerima kasih kerana suka komen sini.
Pasti ada blog lain tengah bincangkan pasal Penanti. Pergi komen di sana.
Harap jgn larikan tajuk komentar sini. Mintak tolong baca2 undang2 rumah ini.
Jgn marah.
ENCIK HUSIN! Brother Anuar Bin Ibrahim pandai sebut RRRRRRRRRRRRRRRR PI SURUH DIA AJAR BUDAK TU KAH KAH KAH
BalasPadamYes, Sir !!
BalasPadamNo problem. Sorry for the incovenience.
Pak Blalang
BalasPadamTkasih kerana faham.
Nak tanya sikit. Awat blog kamu tutup. Nak juga jenguh2 situ.
Sin...
BalasPadamJuri yang ada masa pertandingan ratu 1 Malaysia ni ialah:
Lamli,Lahman,laduan,loslan,lahim dan losmah...
dude.. cuba bayangkan kalau malaysia kena serang bro.. lu rasa orang cina, india, iban nak tgk saja ke.. itulah yang cuba dimaksudkan kan tu.. 1 malaysia.. together forever.. macam KJ punya moto.. semangat setiakawan..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam