Jumaat, Mei 29, 2009

Bekas Menteri cari adik kembar di Hong Kong

KUALA LUMPUR Mei 29 – Bekas Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Tan Sri Rafidah Aziz akan berangkat ke Hong Kong dalam usaha mencari adik kembarnya.

Menurut Rafidah, penyiasatan yang dilakukan telah menemui bukti adik kembarnya kini berada di Hong Kong. Adiknya telah dikesan akhir bekerja dengan sebuah syarikat produksi filem dan televisyen.

Gambar: Rafidah (kiri) semasa Persidangan Agung UMNO 2009. Lydia Shum (kanan) pelawak lawak terkenal Hong Kong

Sumber-sumber menyatakan kemungkinan besar adik kembar Rafidah adalah pelakun lawak terkenal Hong Kong, Lydia Shum.

Semasa ditanya wartawan, Rafidah berkata dia diberitahu tentang kewujudan saudara kembarnya beberapa tahun lepas. Usaha untuk mencari adik kembarnya itu tertunda kerana kesibukan tugas.

“Ini mungkin rahmat disebalik saya tidak terpilih menjadi Menteri dan Ketua Wanita. Kini saya dapat menghabiskan masa dengan keluarga dan membuat perkara-perkara yang tidak sempat lakukan seperti ini,” kata Rafidah.

Rafidah akan berangkat ke Hong Kong dalam beberapa minggu lagi.

Beliau memohon sesiapa yang mempunyai maklumat tentang adik kembarnya untuk menghubungi pejabatnya. – Agensi Husin Lempoyang

22 ulasan:

  1. hahahaha.....! Ada kemungkinan Dato berlakun ke, sebagai memenuhi banyak masa lapang?

    BalasPadam
  2. Ha ha .. memang lucu sekali... Jgn kena saman sudahlah husin oit

    BalasPadam
  3. Burung Jambul10:39 PTG

    Husin ,

    Chin Peng kominis nak balik ke Perak pasal nak jumpa anak saudara dia Nizar Bintang Tiga kerana dah lama terpisah .

    BalasPadam
  4. adik kembar dia dah meninggal da..2 tahun lepas kot

    BalasPadam
  5. tak paham11:25 PTG

    aku tak paham lah posting ni, apa kena mengena dengan perkembangan terbaru

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama12:20 PG

    Lidya sum tu dah lama meninggal la

    BalasPadam
  7. yup!! lydia dah meninggal... camne kakak kembar die boleh x tau!!!

    atau husin yg ketinggalan zaman??

    BalasPadam
  8. jawa peranakan1:39 PG

    HAHAHAHAHA!!! AMAT KOMEDI ENTRY NI!!!

    APA?! DAH MENINGGAL?!

    WAH..SEDIH LA KAK PIDAH BILA DAPAT TAU ADIK YANG DICARI DAH MATI..

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama2:04 PG

    Hahahahahah.....bang...sampai menangis di buat nye!

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama7:06 PG

    PI dia tak cekap ... cacam BPR siasat kes share Universal Cable

    Melayu Tak Lupa

    BalasPadam
  11. Rafila8:17 PG

    Betul2 2009 annus horribilis.

    Hilang jawatan menteri, ketua wanita dan baru tahu adik kembar meninggal.

    Jagalah suami yang sakit tu, Pidah. Tak akan out source lagi.

    BalasPadam
  12. Dah agak dah. Kahkahkah.

    BalasPadam
  13. Haji Bakhil9:50 PG

    Kah kah kah ... ha ha ha ha ha ... sakit perut tak tertulis komen.

    Aku dah agak, Husin kalau dia slow aja. Adalah benda dia nak keluarkan.

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama2:00 PTG

    hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    BalasPadam
  15. adik kembar Rafidah bukan Bujang Senang di Sarawak tu ke?

    BalasPadam
  16. udah2 la usin ooi.bila ler ko nak gi minta maaf ngan dia?ingat percuma ker kutuk2 org?mesti ada bayaran dan harga perlu dibayar.bertaubatlah kau dan aku.

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama5:12 PTG

    dari sumber risikan yang dibuat...kedua-duanya membeli cermin mata tu kat e-bay

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama5:45 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama9:37 PG

    Sibuk jadi Menteri ye ... sampai tak ada masa nak cari adik dan urus keluarga.

    Itu yang orang kata pompuan kalau jadi ahli politik, mesti pejenis yang lawan boleh cakap suami.

    Abis tu macam nak keluar dan buat kerja politik.

    Hidup Kak Min

    BalasPadam
  20. Husin, Lydia Shum dah meninggal agak2 setahun dua lepas...

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama8:46 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.