Khamis, Mei 28, 2009

Canggih tak mahu kalah


Sejak teknologi mikro-cip menjadi keupayaan memori yang besar, dunia elektronik menjadi bertambah canggih dan perubahan itu begitu deras. Begitu cepat kita ketinggalan kerana ada saja produk baru yang keluar dengan ciri-ciri terbaru.

Kisahnya ada tiga wanita pergi ke spa. Dua orang muda dan seorang warga emas.

Sedang mereka sedang berpanasan dan berpeluh dengan hanya bertuala dalam sauna, tiba-tiba terdengar bunyi beep. Salah seorang dari wanita muda itu, menekan di pergelangan tangannya dan bunyi itu berhenti.

Wanita yang lain melihat kepadanya dengan iras muka tertanya-tanya. Wanita muda itu memberitahu, "Itu saya punya pager. Saya ada mikro-cip dalam kulit tangan saya."

Beberapa minit kemudian, terdengar bunyi talipon. Wanita muda yang seorang lagi angkat telapak tangannya ke pipi dan bercakap. Habis bercakap, dia menerangkan, "Itu talipon bimbit saya. Saya ada mikro-cip pada telapak tangan saya."

Wanita warga emas pun rasa rendah diri tetapi dia tak mahu kalah. Dia perlu lakukan sesuatu untuk tunjuk terer pada orang-orang muda ini.

Dia pun keluar bilik sauna untuk ke tandas. Sekembalinya kertas toilet roll tergantung keluar dari bawah tuala bahagian punggungnya. Kedua-dua orang muda ini melentik bulu kening melihat telatah makcik ini.

Menyedari dia sudah mendapat perhatian mereka, wanita warga emas itu berkata, "Oh, saya terima faks ..."

Maka jangan pandang rendah Pak Tih dan Mak Ngah di kampung, mereka itu semua berhubung pakai e-mail dan jaringan friendster yang dibolehkan oleh mikro-cip dalam kornea mata.

Hanya menunggu masa untuk mereka buka blog, facebook dan twitter ...

12 ulasan:

  1. Tanpa Nama10:22 PG

    Kha kah kah ha ha ha ... Sakit perut aku pagi ni.

    Tapi hidup ku tak bererti tanpa jenaka dan sindiran mu, sin

    Bekas kerani pada Omar Ong

    BalasPadam
  2. SIn,

    Boring la cite ko ni....

    Ko dah sunat belum Sin?

    BalasPadam
  3. Kah kah kah10:54 PG

    Aku dengar orang amno baru sibuk nak bukak blog.

    Mereka ini ada strategi ke tidak. Min ikut2 saja.

    Siapa nak baca? Blog dah banyak.

    Slow UMNO slow ...dah lebih setahun kalah pilihanraya umum dan beberapa PRK, baru nak berblog.

    Otak dia orang perlu micro-cip. Mungkin dapat cepat skit.

    BalasPadam
  4. org amno memang nak buat blog tapi asyik minta peruntukan untuk mengendalikan blog pulak. itu yang lambat tu.

    padahal kalau mereka ni ikhlas dalam perjuangan, dah lama kereka jadik macam saudagar kita nie..

    BalasPadam
  5. Kawan Husin Lempoyang12:33 PTG

    Quote:

    padahal kalau mereka ni ikhlas dalam perjuangan, dah lama kereka jadik macam saudagar kita nie..Aku setuju. Kalau ramai macam Mamat ni, letih PAS. Tetapi alhamduliLlah, rasa-rasanya tak ramai..

    BalasPadam
  6. Pakar Blog2:03 PTG

    Ada satu mesyuarat nak buka blog. Dalam mesyuarat itu adalah seorang wakil puteri.

    Bila bincang minta ramai buka blog, wakil ni kata sanggup. Dia mintak sedikit peruntukkan untuk laptop. Ramai tak ada komputer.

    Bincang2 punya bincang, dia mintak pulak peruntukkan untuk bayar broadband atau streamyx.

    Bincang2 lagi, dia kata kalau ada elaun bagus juga. Yang penting beritahu dan berikan bahan2 untuk tulis.

    Akhirnya ahli puteri itu ditanya, "You nak tuliskan posting sekali?"

    Puteri2 ... jadi pinky2 penyeri majlis atau gelfren/bini nombor dua.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama2:32 PTG

    Ni daripada sahabat kita http://mesintaipburuk.blogspot.com/
    Niat puasa sunat "mogok lapar"...

    Puak2 Pas kata mogok lapar tak haram kalau diniatkan sebagai puasa sunat. Jadi tertanya2 juga aku bagaimana niat puasa sunat mogok lapar ni? Sebab Tok Guru tak ajar pula tu. Jadi puas menyelongkar kitab2, agaknya begini lah kot:

    "Sahaja aku puasa sunat mogok lapar pada esok hari selama tiga hari kerana Nizar nak jadi MB"

    Hemm... sesiapa yang tahu tolong leraikan kekusutan otak aku ini??

    p/s: memang menarik

    BalasPadam
  8. Saintis Amatur2:44 PTG

    Sebenarnya Sin, anggota dan deria yang tuhan jadikan adalah lebih hebat dari teknologi canggih semua.

    Mata = Scanner, Text recognition, PC Camera
    Tangan = Printer, Keyboard
    Otak = CPU, Hard Disk, CD
    Mulut = Speaker
    Telinga = Voice recognition, Microphone
    Kaki = PC tak ada, automobile technology, robotic,
    Anu = ... takda teknologi boleh tiru dalam reproduksi specie manusia

    BalasPadam
  9. Ari ni lawak kau kurang power lah Sin.. tak macam selalu. Kau mogok lapar ke Sin..

    BalasPadam
  10. buah geduak6:43 PTG

    kah..kah..kah..kah..kah
    hampeh

    BalasPadam
  11. Burung Jambul8:18 PTG

    Sin,

    Teknologi mikro cip ini sepatutnya dipasang pada juburi pekerja2 lelaki yang bekerja dengan brader nuar . Barulah dapat kumpul data ada bahan tumpul masuk atau keluar.

    BalasPadam
  12. siti aurora,

    Mujurlah orang Umno yg bawa masuk sistem multmedia( MSC)dan INTERNET di Malaysia (pd zaman Mahathir) untuk penggunaan rakyatnya...spt org PKR, DAP,Pas. Jadi ada jugalah jasa mrk kpd kamu...semua..yg hanya tahu mengutuk... tapi ide....zero...bg memerintah 2,3 tahun ni pun ...tak nampak lagi jasa sebaliknya hanya memecahbelahkan umat....di Malaysia...kalau nak jadi pembgkg biarlah jadi pembgkg yg benar-benar boleh jadi alternatif yg berfaedah kpd rakyat bukan setakat yg pandai cakap saja hu..ha..hu..ha sana sini ,tak ada hujung pangkal ..kalau mengata Umno KAMULAH.... no. satu.....TAPI APA YG KAMU DAH BERI pd rakyat Malaysia sebgai sumbangan yg mereka telah sokong dan undi pembgkg..... jngan pandai cakap saja ...macam NIK AZIZ....TAPI APA PULA SUMBANGAN YG TELAH DIA beri pada rakyat Malaysia semasa memerintah kelantan malah masalah air tupun masih tak boleh hendak selesaikan... KENYANG KE RAKYAT MALAYSIA ASYIK DENGAR CERAMAH SAJA YG MENGHEMTAM SESAMA melayu itukah yg ISLAM ajar selama ini salahkah kalau duduk sama sama dan berunding MANA-MANA YG TAK KENA IKUT MACAM SUNAH NABI.....malu-malu.....

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.