Ini kisah dua orang rakan - Jamil dan Karim - yang nak berniaga.
Mereka berdua ini berlatarbelakang dan pengalamanan dalam dunia perniagaan, memang berkebolehan, dan ada sifat-sifat keusahawanan. Macam-macam yang diusaha dan dicuba.
Malangnya, setiap kali ada ide baik, siap kertaskerja dan ready buyer, Bank saja jadi penghalang. Macam-macam cekadaklah diberi alasan untuk enggan memberi pinjaman. Sebenarnya Bank tak yakin dengan orang Melayu.
Kebanyakkan orang berniaga kata sebenarnya pegawai-pegawai Melayu dalam Bank yang tak berkeyakinan dengan diri mereka. Pasal mereka pakai tie, kerja bilik air con dan tiap-tiap bulan dapat gaji, mereka tidak peduli. Kuasa dalam tangan mereka. Buat apa ambil risiko.
Memang letih si Jamil dan Karim. Tapi pasal mereka usahawan, mereka cari juga jalan. Dapat satu idea untuk tubuh sebuah syarikat bernama Jamil, Karim & Rakan-Rakan (JK&R).
Jamil dan Karim menukar imej untuk sentiasa pakai baju kot, pejabat mewah dan moden, dan perhiasan hebat. Profil ditulis dan reka dengan begitu canggih dan meyakinkan. Bila sedia, mereka hubungi syarikat-syarikat luar negeri MNC dan menjemput datang ke Malaysia.
Mereka bawa Mat Salleh bersiar-siar dan ditunjukkan pejabat-pejabat dan bangunan-bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) di merata tempat. Dibawa mereka melihat projek-projek yang telah dan sedang dibuat oleh JKR.
Sebagai usahawan pandailah mereka pasang kaki sana sini dan ramai kenalan. Omputih ni dapat dibawa melihat workshop dan bilik stor JKR.
Boleh percaya omputih ni. Terperanjat dan kagum omputih dengan syarikat JK&R yang menjemput mereka datang ke Malaysia.
Di hari terakhir sekali, Jamil dan Karim menjemput omputih ini ke pejabat mereka untuk memberi taklimat. Mereka terangkan bahawa mereka mempunyai satu projek tertentu yang berbiliyon biliyon di Malaysia.
Walaupun mampu buat sendiri, kerajaan Malaysia mahu mereka buat konsortium dengan rakan niaga luar negara untuk membuat teknologi baru. Teknologi itu mereka sudah ada. Cuma kerajaan lebih yakin dengan omputih dari orang Melayu sendiri.
Mereka perlu dengan seorang saja rakaniaga dan syarikat joint venture itu perlu hanya modal berbayar RM5 juta sebagai memenuhi syarat saja. Jika rakanniaga ini perlukan pulangan segera dalam jangkasamasa pendik pun, mereka sedia lakukan kerana pulangannya baik. Tetapi ini perlu dilakukan segera
Mereka yang sudah terpegun melihat logo JKR merata-rata negara yakin bahawa Jamil, Karim & Rakan-Rakan adalah satu syarikat yang pasti tidak gagal. Tanpa menunggu lagi, mereka menawarkan keseluruhan RM5 juta untuk dimasukkan dalam syarikat joint-venture itu.
Jamil dan Karim enggan menerima semuanya tetapi cukup dengan RM1 juta. Macam baik saja. Nak pulak omputih itu tanpa fikir panjang.
Senang betul berniaga. Buat syarikat nama macam JKR, omputih ingat JKR tu mereka punya. Inilah dia saudagar macam Sadiq Sigaraga.
Mungkin syarikat yang pandai auta macam JK&R saja yang Bank seperti SME Bank yakin nak beri loan. Inilah susahnya bila pemegang saham tak ada nama Noni, Nona dan Nonu, ada saja cekadak.
Wow! Lagi untung dari jual orang dan unta.
patutpun menteri kena buang walaupun JKR dapat 5 star dan menterinya menang MKT top ten. Jamil dan Karim dengar kabar dah join PKR dan bakal jadi calon nanti..kita tunggulah apa lagi idea mereka nak jual PKR pula.
BalasPadamSerupa makanan dalam tin.
BalasPadamDaging babi cap lembu.
Apa ada dengan cap?
http://ops-shield.blogspot.com/
Tepat sekali Tuan Husin. Bank kalau hendak bagi pinjaman mesti tengok dulu siapa yang punya. Keiri jamaludeen ka, noni abdullah ka ... barulah confident sikit bagi pinjaman. Kalau setakat nama Husin Lempoyang, alamat dibakulsampahkan sahajalah permohonan tersebut. Dunia.. Dunia ...
BalasPadamSALAM...
BalasPadamNONA???
NONI???
NONU???
HE HE HE....TAJAM DAN MANTAP BRO....
KAH KAH KAH
SALAM...
APA SUDAH JADI DENGAN KITA UMAT ISLAM DI MALAYSIA NI???
SAMPAIKAN ADA PIHAK CUBA MENYERANG ISLAM.....
AYUH KITA SIAP SEDIA DALAM MENGHADAPI SERANGAN INI.
CUBAAN MENYERANG ISLAM DI TANAH MELAYU INI http://www.gomounited.com/2009/05/mmonoharamjadah-cubaanya-menyerang.html
Brendan Nor Mohammad (BNM) Sdn Bhd aku dah cup
BalasPadamDulu kompeni aku BPR, tapi paklah pulak suruh tutup..
BalasPadamada betul, ada tak betul kata kau sin..
BalasPadamsaya pun serupa itu nasib dulu, ada job 200million, bank tak mahu bagi loan, itu chairman beritahu, bank tak bagi pinjam duit pada orang susah.bukan saya cakap, tapi itu chairman bank cakap.
saya fikir balik, mungkin salah saya juga sebab meniaga dengan akal tapi takda cukup modal, cuma saya fikir knapa itu nona , nono, noni,nonu dapat pinjam, saya tak boleh.
Apaapapun, saya respek sama KJ sebab ada kawan kawan boleh bagi pinjam berjuta, saya kawan ramai, tapi semua nak bagi pinjam seribu, 100 ribu belum pernah lagi, tak dapat pinjam satu hal, kena skolah tu yang tak tahan, orang beritahu saya..
D...doa
U...usaha
I...ikhtiar
T....tawakal.
ha betul betul...kalau yang datang kurus kering cam lidi..sah sah awal2 kena buang dalam tong sampah...aiseyy dunia2
BalasPadamSin,
BalasPadamApa khabar?...dah makaan? perut ko tu kene jaga..
Biasalah la bang hidup...serupa juga projek untuk kelas f,yang dirasmikan oleh Zahid Haamidi,baru-baru ini,kontraktor melayu ni dapat projek dlm kem,awal-awal lagi pegawai jurutera arahkan kontraktor ini sub dengan syarikat cat,tak taulah berapa komisyen yg dia dpat,sampai bila lah kontraktor melayu ni nak pandai,pegawai ini pula kalau cerita dialah hebat,kalau nak berniaga berhentije keje,gaji nak,komisyen pun nak...haprak
BalasPadamSin
BalasPadamKau sebut nona dan noni ni macam sindir aje.
Setahu aku hotel kepala batas yang dijalankan anak saudara pak lah haji wahid pun dibiayai oleh SME Bank.
SME Bank tu private Bank Pak Lah ke?
Usin..heheheh..
BalasPadamTu dia Pukui Keliling...Tak dapat buat pinjaman bank ka Usin...
Biasalah..buat proposal gila baguih..last-last manager bank yang ambik buat untuk dia..kita dok melupung aje..
Nama ja Melayau, tapi yang dok bagi pinjaman kat Orang lain..Dengkila tu..pthuiii..
Payah payah jadi kuli depa..huk huk..Usin tak pa gak ada UNTA..
Dengaq2 Syed Hamid dan Omar Ong jadi Chairman dan Director Petronas.
BalasPadamCompany apa pulak Petronas ... S dan O ada dah. N dan R pun ada.
J pulak tak ada.
Manakala A untuk (Raja) Azman, dan P bapaknya ... hehehe
Tuan blogg,
BalasPadamCantik gambar tu,,ada kenangan manis di sana kah??