Sabtu, Mei 02, 2009

Pasal bapaknya Cina

Raheem suka bawak anaknya bila ke kedai. Semasa di kedai, ada saja Makcik tengok dan berbisik-bisik menegnai dia dan anak pompuannya.

Pasal kulitnya yang gelap, selalu orang ingat dia adalah orang India. Kulkit anaknya cerah.

Apabila anaknya yang lebih cerah kulit menyebut nak ini atau nak itu, ada saja Makcik yang menyebut, "Orang Melayu rupanya."

Yang buat Raheem boring, ada satu Makcik ini akan ulang saja perkataan itu tiap-tiap kali anaknya cakap Melayu.

Lama-lama Raheem bersemuka dengan Makcik sorang ni.

"Makcik saya mintak maaf. Saya nak terus terang. Pasal Makscik selalu kata-kata. Saya tak mahu Makcik jangan salah paham. Anak saya ni cerah kulit pasal bapaknya Cina."

Tergamam tak tahu nak cakap apa Makcik itu. Yang dia lihat adalah si Raheem hitam legam. Tapi dia mengaku dirinya Cina. Mana ada Cina kulit hitam legam? Tapi tak lagi dia berkata-kata "Orang Melayu rupanya."

Ini yang susah bila kita lihat orang dari kulit saja. Macam cerita di Perak.

Bila lihat, ingat Tuan Speaker itu gelap India, tetapi yang bercakap itu Cina Setiawan sebenarnya. Semua yang dia kata dan buat datangnya dari Cina Setiawan. Baca sini. Hehehe ...

13 ulasan:

  1. Dr Zambry hitam kulitnya, tapi hati nya putih bersih penuh dengan keikhlasan. Nizar kulitnya putih, tapi hati nyer BUSUK, HITAM LEGAM penuh dengan rasa TAMAK HALOBA dan DENDAM KESUMAT!

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama11:36 PG

    Salam sejahtera;
    Kalau spesis natang klon lah.Mari kita teka spesis baru yang akan datang di perak. Manusia kalau dah tak takut dgn TUHAN sanggup menghina sesama mike berbanding dgn natang walaupun dr spesis klon.

    BalasPadam
  3. cuti buruh br ni, sy bw 2 org pelajar yg pertama kali dtg ke Kuala Lumpur (sorang dr Perak, sorang lg dr Kelantan) Melopong mulut ank2 ni bila 1st time tengok Kuala Lumpur. Kelmarin, sy bawa ank2 ni p KLCC. Salah sorang ank2 ni bg penerangan pd saya pasal KLCC. "ni semua idea Dr Mahathir, dia nak ciri2 islam...bla..bla..". Melopong pula mulut saya. Mulut sy melopong 1) sb sy terkejut, budak umur 15 thn bg penerangan yg begitu detail pd org tua mcm sy ni 2) sy semakin kagum dgn Tun Mahathir

    Sy sempat berpesan pd ank2 ni, walau apa pun yg org nakkata kat Tun, kita kena ingat jasa Tun pada Malaysia. Jasa dia besar.Kerana jasa tun jgk la kita dapat menikmati kemudahan yg ada sekarang.

    sorry kalau sy menyimpang dr tajuk ni.

    BalasPadam
  4. Tajamnyaaaaaaaaaaaaaaaaa kena kat sapa tak tau? Kui, Kui, Kui

    BalasPadam
  5. Tak payah lagi 30% penyertaan bumiputra. Nak buat apa lagi. UMNO dah tak dapat sokongan lagi dari orang Melayu.

    Orang Melayu dah tak menghargai lagi apa UMNO dah buat selama ini.

    Sokonglah PKR PAS DAP. Mungkin mereka lebeh terer lagi dapat buat dasar baru untuk tolong orang Melayu.

    Beramai-ramailah orang Melayu sokong PKR/PAS/DAP.


    Best of luck to the Malays. You are great Malay race. Make no mistake about it. You don't need UMNO anymore. Why should UMNO help you anymore. After all you don't appreciate whatever UMNO have done for the Malays for the past 50 years.Now is the right time to move on and support other parties. That's what the Malays want now. Go ahead. JUST DO IT.

    Tak payahlah hendak hentam UMNO habis-habisan lagi. It is sickening !!!.

    Pergilah jauh-jauh dari UMNO. UMNO dah MATI. Melayu jangan berpaut lagi kepada UMNO.Tak ada gunanya UMNO melayan kerenah orang Melayu. Tak ada hasil. Melayu sudah bijak clever dan tidak lagi bodoh stupid. Melayu dah boleh berfikir. Melayu dah tak payah dimanjakan lagi. Ayoh! apa tunggu lagi lebeh baik UMNO terus ditalkinkan. Apa tunggu lagi.

    Go, go, go !!

    BalasPadam
  6. okay dah le. 7 mei nanti Perak dapat speaker Melayu. Sebab Zombie kata dia melayu, maka S. Ganesan pun kira melayu jugaklah. BN punya pasal kita kira percaya je lah. Hidup Melayu

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama10:52 PTG

    Sin,
    Orang PAS kena baca sejarah, camno Mao dan Parti Kominis China piggy back riding Parti Nasionalis China untuk bertapak di China pada lewat tahun 1920 han. La ni PKR dan DAP dok piggy back riding depa, ahli-ahli pas masih tak sedar lagi, sahingga Ulamanya pun.......

    Yeop Kulup Besor
    Kati, Kuala Kangsar

    BalasPadam
  8. HUSIN LEMPOYANG IS THE BEST!

    AKU PENDEKAR YANG MENJAGA HUSIN LEMPOYANG!

    DIE SUCK DIE!

    BalasPadam
  9. Yang paling menarik ialah komen Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham.

    Kalo tak silap, YB Ngeh ni kata dokumen macam tu sebenarnya tak boleh dibawa keluar dewan dan dilindungi akta DUN Perak.

    Haha.

    Kalau lah ada ISA atau OSA, saya jamin DAP Perak akan guna terhadap Faisal Rohban yang mendedahkan dokumen tersebut.

    Saya tetap setia bersama Tuanku Sultan Perak !

    BalasPadam
  10. Sin, sekarang mengaku cina dan india lebih class..libas dan kasi - libalisasi sekali hantam (wanmalaysia)

    Melayu dah jadi 3rd class walaupun duduk di depan.. ( macam tengok wayang )

    BalasPadam
  11. tu la.. dulu orang cakap jangan makan kicap bila mengandung.. sekarang dah jadi apa meteri besar dah kan.. banyak tangung jawab hang tu... tapi kalau dulu minum susu soya... jadi la putih, kalau muka je putih tapi rakyat tak suka pun tak mau juga la kan... jadi lepas ni ramai2 la kita suruh bini kita makan kicap banyak2 agar dapat anak hitam k...

    BalasPadam
  12. Hei Sin, apa khabar? Lama tak datang sini. Bisnes jual unta ok? Rusty Ali nak bina Bandar Arab kat Melaka, mereka ni pasti nak beli unta. Aku boleh bagi kamu contact jika perlu.

    Abang anda, nama dia Salahuddin... khabar dia baik? Saya nak pulangkan LP Pink Floyd yang aku pinjam dulu. Ha Ha Ha.

    BalasPadam
  13. Ada la saya kenal seorang doktor yang bekerja di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang. Masa ngundi dulu, doktor ni balik Ipoh untuk mengundi DAP. Katanya "demi perubahan". Lagipun, kita semua tahu golongan melayu yang cerdik pandai dah tak menyokong UMNO.

    Baru2 ni saya berjumpa lagi dgn beliau, kali ni lain pulak nadanya. Dia kata kat Hospital sana, semenjak dua menjak ni, semakin ramai pesakit cina yang tak nak bertutur dalam bahasa inggeris, hokkien atau melayu, walaupun depa faham. Dia nak paksa doktor2 di situ semuanya cakap bahasa mandarin.

    Sekarang ni dengar cerita hospital tu dah mula iklankan kepada doktor2 kat situ supaya ikut kelas bahasa mandarin. Apa komen penyokong2 PR?

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.